Bila dekat dengan pilihanraya, maka pihak parti pemerintah BN akan
mendendangkan lagu yang sama dengan irama yang sama iaitu turun sana,
turun sini namun hakikatnya selepas pilihanraya, semuanya naik malah
subsidi pun kena tarik. Mereka cuma
pandai berjanji menjelang tibanya musim pilihanraya tetapi hakikatnya
selepas menang, batang hidung tak nampak dan habuk pun tak ada. Janji
pula dicapati.
Manifesto BN dulu sini ada dimasukan yang harga kereta akan diturunkan antara 20%-30% bro ! Tak turun tara mana pun? Secara kumulatif hanya turun 12.7% saja yang mana sepatutnya turun 6% setiap tahun? Kini dah 2016, depa janji lagi nak turun 2018 pula? Ertinya kena bagi depa menang sekali lagi laa baru ada harap nak turun cuba bacaini ? So n sorakyat Malaysia boleh berhentilah bermimpi untuk memiliki
harga kereta yang murah dalam masa lima tahun akan datang kerana harga
kereta cuma akan turun selepas PRU ke-14," kata satu kenyataan sini . Tunggulah depa menang lagi? Janji tunai ke tak tunai ke, rakyat tak kisah sangat bro ! Janji jangan tak janji, janji kosong pun tatap diharapkan juga oleh rakyat?
Turun sana turun sini akan terus menjadi 'ubat penawar' mujarab bagi orang yang selalu 'sakit' bro! Umno akan menawarkan 'Khurafat' mereka bahawa tanpa UBN ? Semua orang akan susah terutama melayu? Kah Kah Kah
Rencana
Jika BN jujur,
turunkan harga kereta sekarang
9 April 2016 oleh Abdul Aziz Isa
Kerajaan BN sememangnya terkenal dengan membuat janji manis
sehinggakan akibat terlalu ‘manis’, kebanyakkan janji tidak tertunai.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina
Othman Said menyatakan bahawa harga kenderaan akan turun pada tahun 2018
dalam Dewan Rakyat.
Adakah BN mempunyai iltizam politik atau ‘political
will’ untuk menurunkan harga kenderaan di Malaysia? Beliau harus
berfikiran waras dalam mengeluarkan kenyataan dan bukan hanya untuk
menyedapkan telinga rakyat. Jangan hanya pandai tiru manifesto Pakatan
Rakyat (dahulu) kemudian ubah sikit agar BN nampak seolah-olahnya
prihatin kepada rakyat namun akhirnya tidak mampu dikotakan.
Harga Kereta TURUN - Rafizi Ramli
Persoalannya sekarang, jika kerajaan begitu komited untuk menunaikan
janji menurunkan harga kenderaan sehingga 30 peratus seperti yang
termaktub dalam manifesto BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13),
kenapa perlu tunggu tahun 2018? Bukankah tempoh parlimen akan tamat pada
tahun 2018 dan Perdana Menteri harus membubarkan Parlimen pada tahun
2018? Kenapa tidak turunkan harga kereta pada tahun 2016?
Adakah kerana
kerajaan sekali lagi hendak menabur dedak pada Pilihanraya Umum Ke-14
yang dijangka akan berlangsung pada tahun 2018? Selain itu, jenis
kenderaan apa yang harganya diturunkan sebanyak 30 peratus? Adakah
kenderaan berat, kenderaan nasional atau kenderaan import? Azalina tidak
menjelaskan secara terperinci dan membiarkan rakyat tertanya-tanya.
Pada tahun 2013, harga kenderaan dikurangkan kepada 3 peratus,
kemudian pada tahun 2014 turun sebanyak 7 peratus, dan pada tahun 2015
pula turun sebanyak 2.7 peratus. Mengikut perkiraan saya, setakat tahun
2015, kerajaan BN hanya mampu mengurangkan harga kenderaan dengan jumlah
kumulatif sebanyak 12.7 peratus.
Jika kerajaan bergitu komited,
sepatutnya harga kenderaan diturunkan sebanyak 6 peratus setiap tahun
dan jika penurunan ini berlaku secara konsisten, maka jumlah kumulatif
penurunan harga kenderaan setakat tahun 2015 adalah 18 peratus!
Masalahnya sekarang, terdapat harga kenderaan tempatan buatan
Malaysia lebih mahal berbanding dengan kereta buatan Korea Selatan dan
Jepun. Harga kenderaan tempatan dinaikkan agak tinggi disebabkan
pentadbiran kerajaan BN yang tidak mahu rakyat menggunakan kereta
import. Kerajaan BN turut menaikkan duti import kenderaan luar dengan
alasan untuk menggalakkan penggunaan kereta tempatan.
Setelah Zon
Perdagangang Bebas Asean (AFTA) ditandatangani, kerajaan BN berhadapan
dengan dilema untuk menurunkan duti kenderaan yang diimport kerana takut
permintaan kenderaan tempatan terjejas. Justeru, kerajaan zalim BN
memperkenalkan duti eksais kononnya untuk mengimbangi pengurangan cukai
import.
Akibatnya, hutang kenderaan menjadi hutang kedua terbesar selepas
rumah. Lebih 705 keluarga di negara ini menggunakan kenderaan sedangkan
50 peratus daripada keseluruhan keluarga berpendapatan kurang RM3,000
sebulan. Keadaan ini membayangkan harga kenderaan yang mahal menjadi
beban hutang utama rakyat pada ketika sebahagian rakyat berpendapatan di
bawah RM1,300 dan terpaksa mengikat perut akibat penarikan subsidi bagi
bahan keperluan asas dan cukai rakus GST.
Jika Azalina kata kerajaan komited untuk turunkan harga kenderaan,
turunkan cukai import, jualan dan duti eksais dalam kadar segera.
Sebagai contoh, kereta bersaiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan
duti eksais 60 peratus, cukai jualan 10 peratus jika dikilangkan di
Malaysia dan akan meningkat 100 peratus jika kenderaan itu diimport. Ini
bermakna, kenderaan yang berharga RM40,000, rakyat perlu membayar cukai
RM16,500 akibat dasar zalim BN. Harga kereta melambung tinggi
disebabkan oleh ‘Dasar Automotif’ ciptaan BN yang lebih mementingkan
kroni daripada mengambilkira penderitaan rakyat.
Namun, saya yakin kerajaan BN tidak dapat mengurangkan harga
kenderaan sebanyak 30 peratus secara berperingkat sehingga tahun 2018.
Beza manifesto Barisan dan Pakatan pada PRU13 adalah Barisan akan
menurunkan harga kenderaan sebanyak 30 peratus dalam masa lima tahun
tetapi cara yang ditawarkan oleh Pakatan adalah dengan menurunkan cukai
eksais kepada ke atas kereta.
Tidak mungkin Barisan berani untuk
menurunkan cukai eksais kereta kerana ianya memberi pulangan lebih RM7
bilion dalam bentuk pungutan cukai. Walaupun harga kereta ditentukan
oleh kuasa penawaran dan permintaan, kos pengeluaran dan mark-up
keuntungan, yang ketara di Malaysia ialah kadar cukai yang tinggi dan
cara pengiraan cukai yang membawa kepada kesan “cukai atas cukai” adalah
komponen utama harga kenderaan di Malaysia. Kecuali sesuatu dilakukan
ke atas struktur cukai berkenaan, khasnya dalam keadaan kos pengeluaran
yang terus meningkat, sukar untuk harga kereta diturunkan sebanyak 30%
sebagaimana yang dijanjikan.
Bila dekat dengan pilihanraya, maka pihak parti pemerintah BN akan
mendendangkan lagu yang sama dengan irama yang sama iaitu turun sana,
turun sini namun hakikatnya selepas pilihanraya, semuanya naik malah
subsidi pun kena tarik. Kebanyakkan anak muda sekarang sudah muak dengan
janji-janji manis yang ditaburkan oleh Barisan Nasional. Mereka cuma
pandai berjanji menjelang tibanya musim pilihanraya tetapi hakikatnya
selepas menang, batang hidung tak nampak dan habuk pun tak ada. Janji
pula dicapati.
Jadi, kepada Azalina, jika beliau dapat mengurangkan agar harga
kenderaan di Malaysia turun sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2018
agar ramai rakyat Malaysia mampu membeli kenderaan, adakah kerajaan
bercadang untuk menurunkan harga tudung sebanyak 30 peratus agar ramai
wanita Muslim di luar sana mampu memakai tudung memandangkan harga
tudung begitu mahal di pasaran dan memandangkan tiada cukai eksais
dikenakan pada jualan tudung yang begitu mahal di Malaysia.
-Roketkini.com
*Penulis merupakan Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP Petra Jaya merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak. ~ SUMBER
Semenjak dari azali lagi orang ME-layu kebanyakan nya telah di tipu oleh PUAKA UMNO, malang nya mereka seolah olah memang suka di tipu. Itu lah kebanyakan sifat orang ME-layu terutama yang berdarah biru. Di sebab kan itu mereka sukar untuk berubah walau pun telah di "BUKTI" kan segala kemungkaran yang di laku kan oleh mereka.
GST, PTPTN yang ternyata menyusah kan kehidupan seharian mereka dan banyak lagi, tidak mereka hirau kan malah kelihatan menyukai nya. Bila kah agak nya orang ME-layu jenis ini akan berubah walau pun ISLAM mengalak kan mereka berjihat(MELAWAN)para pemimpin yang rasuah, salah guna kuasa dan kerap menyusah kan hidup mereka. Orang orang ME-kayu ni kalau di katakan bahawa mereka tidak mengikut ajaran ISLAM sebenar, mereka marah. Tapi tak marah atau merasa apa apa kalau di kata kan bersekongkol dengan para pemimpin yang berperanggai hodoh, lebih hodoh daru Syaitan yang di katakan mereka kenali.
Percaya lah bahawa Malaysia akan menjadi lebih hodoh sekira nya puak puak ini enggan berubah dan terpaksa merimpat di tanah air sendiri. Sebenar nya sudah pun berlaku tetapi belum ketara sahaja lagi.
Membaca ngomelan Nik Amar, si Lebai yang tidak tahu dan jahil mengenai 'money matters' ternampaklah kebangangan yang teramat bro! Lalu semaraklah Lebai memuji DAP yang dulunya bagai nak rak punya benci dan berkempen tolak parti Cina tu. Hadi gesa tolak DAP kerana tidak bersih, bukan Muslim | sini | Sekarang angin Lebai nie dah berpusing pusau macam 'hurricane' beb ! Tiba2 DAP dah jadi 'baik' di mata lebai? Lihat | Video ni bro ! | Bila Najib serta Umno dan BN dah kena 'screw' dalam PRU14. Tidak ada lagi kelibat Lebai-Lebai PA$ dari Presiden, timbalannya serta lebai2 yg mengampu UmnoBN termasuklah lebai2 'Pasu Bunga'. Entah ke mana mereka membawa diri? Di PRK Sg. Kandis pun Pas dan lebai serta walauns terus berikan Umno bernafas dengan terus menyokong Umno . Lebai tidak letak calon pun. Takut spring sekali lagi. Nak selamat terus jadi khadam Umno abadi. Itu yang afdhal bagi Lebai. KAHKAHKAH Memang satu kesilapan besar manusia ini dibe...
Apa dah jadi bro ? kerjaya tertua donia ini tidak perlukan ilmu membusung di kepala. kerjaya ini hanya bermodalkan rupa paras yang cantik, menggiurkan saja. Harga boleh dirunding beb ! Soal bahasa dan komunikasinya bukan halangan besar, kerjaya ini tak perlukan sangat sijil bahasa tinggi bro ! yang penting setuju, bayar, setel. Kah kah kah Ibu Arab dah berlambak hak kat KL dan bandar2 besar sekitar bro ! Depa mai pakai pas nak mengaji bro ! lepas dapat masuk, depa pi mengaji kat Bukit Bintang? Bukit Bintang tu 'open U' bro ! Kah Kah Kah. Kita mengaku menjadi ' Negara Islam ' contoh kepada negara Islam lain di donia? Senario yang dipaparkan ini hanya sekelumit kecil yang di temui bro ! Ini bukan lagi contoh, ini comot namanya ! kah kah kah Wanita 'arab' yang dilaporkan ini boleh jadi sebahagian mereka bukan Islam bro? Soal hijab yang mereka pakai itu belum boleh dikatakan mereka itu muslimah arab sebenarnya, kerana ramai juga orang arab beragama nasrani d...
Bila Pakatan Harapan menyapu bersih negeri2 Pantai Barat kecuali Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis..Ramai dari ahli parti komponen BN yang bercambah itu tersangatlah berminat untuk masuk parti komponen PH ini. KAHKAHKAH Demikian diumumkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan beb !. Mereka disaran menjadi ahli bebas dan boleh menyokong Pakatan Harapan sebagai ahli bebas saja. Pengumuman dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamed pada mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung di Ibu Pejabat PPBM di Petaling Jaya. | Siapa ahli parti komponen BN yang tak jadi ahli mana2 komponen Pakatan Harapan sama ada PPBM, PKR, DAP atau AMANAH ! Mereka sekarang TIDAK dibenarkan untuk lompat parti kalo pun depa menang PRU 14 yang lepas. Ini adalah satu tindakan terbaik dan terpuji seperti di putuskan oleh Majlis Presiden PH bro ! Semua ini tentu ada sebab2 nya. Aku alukan sangat2 sebab dan asbabnya ini bro! . Puak2 BN ni bukan boleh diberi muka. Esok lusa ada saja ...
Semenjak dari azali lagi orang ME-layu kebanyakan nya telah di tipu oleh PUAKA UMNO, malang nya mereka seolah olah memang suka di tipu. Itu lah kebanyakan sifat orang ME-layu terutama yang berdarah biru. Di sebab kan itu mereka sukar untuk berubah walau pun telah di "BUKTI" kan segala kemungkaran yang di laku kan oleh mereka.
ReplyDeleteGST, PTPTN yang ternyata menyusah kan kehidupan seharian mereka dan banyak lagi, tidak mereka hirau kan malah kelihatan menyukai nya. Bila kah agak nya orang ME-layu jenis ini akan berubah walau pun ISLAM mengalak kan mereka berjihat(MELAWAN)para pemimpin yang rasuah, salah guna kuasa dan kerap menyusah kan hidup mereka. Orang orang ME-kayu ni kalau di katakan bahawa mereka tidak mengikut ajaran ISLAM sebenar, mereka marah. Tapi tak marah atau merasa apa apa kalau di kata kan bersekongkol dengan para pemimpin yang berperanggai hodoh, lebih hodoh daru Syaitan yang di katakan mereka kenali.
Percaya lah bahawa Malaysia akan menjadi lebih hodoh sekira nya puak puak ini enggan berubah dan terpaksa merimpat di tanah air sendiri. Sebenar nya sudah pun berlaku tetapi belum ketara sahaja lagi.