Sekadar Pencerahan dari Mohd Asri Yusoff - 2 video
Dalam kita dok kalut di PRN Sarawak, tetiba muncul cerita pelbagai berkaitan Forum, ceramah oleh Dr Zakir Naik. Apakah ia suatu kebetulan atau memang 'sengaja' diagendakan untuk 'swing' untuk alihkan kan isu yang membelit rakyat?, terutama yang menghantui Umno dan rakan sekutunya yang baru PAS, walaupun bukan komponen rasmi UBN !
Isu DZN ini memberi kesan meluas dan dipolimikan sedemikian rupa hingga menyebabkan ceramah awalnya di Melaka dibatalkan. Kesan dari ini berbagai pihak memberi pendapat sana sini pro dan kontra terhadap DZN dengan kehadiran beliau di negara kita !
Walhasilnya Umno BN bukan kepalang bergumbira atas semua ini? Orang tidak lagi bercakap pasal GST, tidak lagi riuh pasal 1MDB dan ia memberi kredit puas untuk kempen UBN di PRN Sarawak bro !
Ini pandangan Dr Mujahid Yusof Rawa sini berkaitan polimik tadi, apakah ia benar atau sebaliknya ada campurtangan luar? Sebaliknya Kerajaan Negeri P.Pinang telah membenarkan anak DZN, Fariq Naik meneruskan syarahannya di Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Jumaat ini dengan beberapa syarat yang mesti dipatuhi.(sini).
Begitulah bro ! Payah sungguh untuk membebaskan minda dari mendengar dahulu hujah ilmiah yang bakal dilontarkan oleh orang yang 'pakar' dan 'istimewa' dalam perbandingan agama ini ! Tidak banyak manusia yang berkemampuan seperti DZN ? Kalau hal berkaitan hiburan ringan ke, berat ke, k-pop, konsert ke, Miss Tourism (sini) ke? semuanya ditanggung beres bro ! Kan ke aneh tu? KAH KAH KAH
Cuba fikir, Dr Zakir Naik (DZN) ini tinggal di India yang kerajaannya
Hindu dengan jutaan penduduk Hindu. Bagaimana kerajaan Hindu di sana
boleh membenarkan DZN membuka stesen TV sendiri, buat pelbagai kerja
dakwah di sana, berbincang secara terbuka dengan orang yang beragama
Hindu? Tidak pula kerajaannya berasa terancam atau berasa ianya
menyentuh sensitiviti masyarakat kaum Hindu.
Masyarakat Hindu atau mereka yang beragama lain juga tidak pula berasa takut pun! Kalau orang masuk Islam pun, mereka pun tak kisah pun. DZN sudah pergi ke merata dunia dan disambut dengan begitu baik sekali termasuk di negara-negara bukan Islam sekalipun.
Kenapa kita sendiri di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi pula tidak berani untuk mengadakan program ini kerana hanya tekanan segelintir ahli daripada kumpulan Hindraf. Setakat itu sahajakah kekuatan orang Islam di Negara Islam ini?
Sebenarnya kita tidak perlu takut dengan tekanan sebegini. Jika ianya benar-benar berlaku, mereka akan terus memberi tekanan pula di kemudian hari. Sampai bila akan dapat berdakwah? Melalui program sebegini, kita bukan nak mengata, nak menghina, sumpah seranah kepada orang Hindu!
Kita orang Islam bebas nak berdakwah sementelah pula kita berada di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi. Berbeza sekali keadaannya dengan Negara India. Kita bukan nak adakan program sebegini selalu, hanya sekali sekala sahaja, itu pun kita berasa takut!
Ingat tak kita, setiap kali hari raya kita selalu baca “walau karihal kaafirun, walau karihal musyrikun” (walaupun orang kafir dan orang musyrik tidak menyukai). Kita nak buang ke lafaz arab tersebut? Sebab kalau nak kira, itu pun boleh menyentuh sensitiviti agama juga.
Sepatutnya dibiarkan program baik ini berjalan dengan lancar dan ianya akan menjadi peluang kepada masyarakat kita untuk menyertainya. Kenapa kita nak memenangkan segelintir orang Hindu itu yang akan menyebabkan mereka semakin berani di masa depan
Berkenaan dengan dakwaan bahawa ada fatwa daripada ulama Deobandi tentang kedudukan DZN, saya ingin bertanya kepada mereka yang timbulkan perkara ini; kenapa tidak mahu menggunakan fatwa ulama Deobandi tentang majlis Maulud Nabi SAW, kenduri arwah malam ke 1,3, dan 7, aktiviti seperti zikir menari dan qasidah di kuburan?
Soal ulama itu tak setuju dengan seseorang ini adalah suatu perkara yang biasalah. Kita pun tidak mengatakan yang DZN ini lebih alim daripada Maulana Zakaria Kandhlawi rhm (merujuk kepada ulama Deobandi), cuma mereka berada dalam bidang masing-masing. Kalau betul-betul nak guna fatwa ulama Deobandi, contohnya dalam soal cukur janggut boleh menyebabkan seseorang menjadi fasiq. Betapa ramai orang kita yang cukur janggut termasuk para mufti di sini pun.
Perlu diingat, DZN seorang yang baik dan sangat cemerlang di bidangnya. Inilah masanya untuk kita sambut baik kedatangannya. Sepatutnya pihak PDRM memberi kerjasama yang baik dengan menjaga keselamatan dan keamanan sepanjang program berlangsung.
Saya berharap segala halangan kepada program DZN ditarik balik dengan segera..SUMBER
SISIPAN MAKNAWI
'Usir Satan Zakir Naik Keluar Dari Malaysia!' - Ramasamy
KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Profesor Dr Ramasamy menggelar Dr Zakir Naik sebagai 'Satan' mencetuskan reaksi kurang senang netizen yang merasakan tindakannya itu biadab dan kurang ajar.
Dalam kenyataan yang dimuat naik 19 jam lalu di laman Facebook itu, Ramasamy meminta Dr Zakir Naik diusir keluar dari Malaysia.
"Mari kita usir Zakir Naik keluar dari negara ini. Pendakwah Zakir Naik berada di negara ini kerana dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
"Dia merupakan pendakwah muslim yang tidak punyai apa-apa kecuali menerapkan kebencian dan penghinaan terhadap orang bukan muslim.
Bagaimanapun, gelaran 'satan' telah dipadamkan dari status tersebut setelah dikritik oleh orang ramai. Namun, ada yang sempat menyimpan kenyataan asalnya itu sebagai bukti Ramasamy berbuat demikian.
Klik dan baca selengkapnya dari sumber ini.
Terlajak Kata
1. P. Ramasamy yg juga yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP, kabornya telah menyesal menggelar DZN sebagai “Satan” dan suruh dia keluar dari sini? (Ramasamy kesal). itu pun bila ianya dah jadi viral di Internet dan beliau sedar mengenai kesilapannya.
Kata dah terlepas, apa pun alasan mohon maafnya, akan 'mempengaruhi' diri dan DAP sendiri malah akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan dalam usahanya meraih untung dalam pilihanraya umum nanti? Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak Kata? Tanggunglah sendiri. Pun begitu, bila kena kaw- kaw dihantam orang ramai, netizen dan lainnya..Ramasamy nie gheti pula minta maaf? kira okey laa tu bro ! kerana bersedia terima krikan dan mohon maaf. Setel. Tapi apa hal...
2. Apa hal pula, pimpinan PAS yang 'fitnahkan' LGE menggunakan tweeter, kononnya LGE halang DZN dari memasuki Pulau Pinang? mana mamat nie pi kutip berita yg tak bertanggung jawab ini? Ini namanya terlajak tweet dan terlajak fitnah? Bukan masalah kita sokong sapa sapa? tapi kalo inilah perangai gatal tangan untuk mereih sesuatu? Siapa yang rugi nanti? kerana sampai sekarang (Khamis 12. April 2016) belum ada kata-kata mohon maaf dari mamat de so called 'ulama' ini yang walaaunn begitu taksub sangat dengan orang-orang sebegini? Tak malu ke dengan Ramasamy? Malu ke nak mohon maaf? Ianya akan kekal sebagai 'fitnah' dan akan dipertanggungjawabkan dunia dan akhirat.
Ini pula tweet dari Teresa Kok menafikan 'fitnah mamat atas tu.
Lim Guan Eng tidak pernah memberi apa-apa komen terhadap Dr Zakir Naik. Jadi, Tweet di atas tadi itu adalah PALSU bro ! Inilah musibahnya bila emosi kebencian melulu terhadap DAP menguasi dalam tubuh badan para walaunnn setia macam ini, akal yang rasional sudah tidak menjadi ukuran lagi kepada mereka. Kebencian yang tidak berasas seperti ini sepatutnya tidak lahir dari orang yang hari-hari membaca Al-Quran? Tidak lahir dari seorang yang 'mengurus' sebuah pondok pengajian ilmu agama? kalau si pembacanya membaca dengan penuh 'tadabbur' terhadap isi dan kandungan Al-Quran, nescaya hal-hal seumpama 'fitnah' sebegini tidak keluar dari tangan-tangan mereka? Bila tahu kesilapan? kenapa belum hulur salam kemaafan ?
PASCAI,..Kalau nak buruk Pakatan Harapan pun, carilah peluang yang senonoh sikit bro !Jangan main bedal saja nanti orang tau asal usulnya, kan ke malu? Tak payah laa susah payah dok berjegeh bersengkang mata menulis menaip perkara fitnah sebegini, malu atas kapasiti yang ada, hari2 cakap Islam adalah ad-deen, adakah ini ajarannya? Tentu sekali tidak, habisnya apasal walaaun dihimpit emosi huduh dan jelik sebegini? Selalu nasihat orang suruh jadi baik? Diri sendiri? Sebesar-besar kebencian dan dosa di sisi Allah bila mereka (ulama) bercakap memberi nasihat, mereka lupa diri mereka sendiri, Tetapi mereka lupa melaksanakan ucapan baik dan muluk tadi ( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ (٢) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ (٣)) Surah Ash-Shaff - Mafhumnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (As Shaff:2-3). Wallahu'alam.
"Yang anehnya Ketua Polis Negara telah mengarahkan program ceramah itu dibatalkan.
"Kami rakyat khasnya masyarakat Islam menunggu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menterinya membuat keputusan rasmi berhubung perkara ini," ujarnya.
Hindu Rights Action Force (Hindraf) meminta kerajaan untuk mengharamkan pendakwah itu daripada memasuki negara ini.
Ketua Pemuda MIC, C Sivaaraajh pula berhasrat untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang melarang Dr Zakir masuk ke negara ini..SumbeR
Pihak berwajib perlu tegas menangani situasi ini agar ia tidak mencetuskan ketegangan kaum. Berdiam diri akan mengundang keresahan berpanjangan dari kaum-kaum terlibat?
Apa pun seperti kata Mufti P.Pinang, "Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang menggunakan metod yang lembut di dalam ceramahnya. "Beliau bukan daripada kategori yang suka menyerang agama-agama lain dengan mencerca dan memaki hamun."Sebaliknya beliau berdakwah berdasarkan fakta-fakta ilmiah dan hujah-hujah yang mengajak para pendengarnya berfikir secara rasional." ujarnya dalam satu kenyataan semalam - sini
Jadi kenapa kita ambil gear gostan dulu sedangkan jalan raya diturap dengan licin dan laluannya cukup mudah? Jika rasa letih, pergilah berehat sambil minum dan makan di R&R yang disediakan. Lepas tu sambunglah pemanduan berhemah itu...Kah Kah Kah
Halang Dr Zakir Naik: Tindakan KPN memalukan negara
Tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menghalang
pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik untuk meneruskan syarahan umum di
negara ini, satu tindakan memalukan negara kata Naib Presiden Amanah
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berpandangan perkara sedemikian tidak akan berlaku dalam sebuah negara demokrasi ia ditafsirkan sebagai satu tindakan terkebelakang.
"Pada awalnya beliau (Dr Zakir) dijemput secara rasmi oleh kerajaan negeri Terengganu sepatutnya tidak ada halangan baginya untuk meneruskan programnya di negara ini.
"Apabila PDRM mengunakan kuasa yang ada kononnya bagi mengekang sensitiviti agama dan ketenteraman awam, malu kita...(Teruskan Baca Bro)
Penganut pelbagai agama
wajar ambil peluang kehadiran Dr Zakir , kata Mufti Pulau Pinang
Seluruh rakyat Malaysia daripada penganut pelbagai agama wajar
mengambil peluang daripada kehadiran tokoh perbandingan agama ini untuk
memahami ajaran-ajaran Islam dengan lebih tepat dan lebih mendalam.
Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, gesaan Hindraf sebagaimana dilaporkan media, adalah keterlaluan dan prasangka semata-mata.
"Selama ini orang-orang bukan Islam lazimnya mendapat gambaran tentang agama ini daripada sumber-sumber yang tidak boleh dipertanggungjawabkan seperti tulisan-tulisan para orientalis.
"Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang menggunakan metod yang lembut di dalam ceramahnya.
"Beliau bukan daripada kategori yang suka menyerang agama-agama lain dengan mencerca dan memaki hamun.
"Sebaliknya beliau berdakwah berdasarkan fakta-fakta ilmiah dan hujah-hujah yang mengajak para pendengarnya berfikir secara rasional." ujarnya dalam satu kenyataan semalam..sumber
GPMS cabar Hindraf debat dalam ceramah Dr Zakir Naik
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencabar Hindraf
mengadakan debat dengan pendakwah perbandingan agama Dr Zakir Naik dan
mahu Hindraf lebih menghormati semua agama tanpa prejudis.
GPMS juga mahu Hindraf lebih sensitif terhadap Perkara 11
Perlembagaan, iaitu tentang Kebebasan Beragama. Ini kerana setiap orang
berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (3)
dan (4).
Pengerusi Biro Agama GPMS Kebangsaan Ekma Faroza berkata, GPMS ingin mengingatkan Hindraf bahawa negara ini mempunyai perlembagaan, oleh itu sebarang tindakan menyekat atau menghalang agama lain untuk melaksanakan ajaran mereka adalah salah disisi undang-undang negara ini..sumber
Dr Zakir kesal dan sedih ceramahnya di Melaka dibatalkan
Dr Zakir Naik melahirkan rasa kesal apabila ceramahnya di Melaka pada
Ahad ini, diarahkan batal oleh pihak berkuasa atas alasan keselamatan.
Beliau juga rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.
"Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan," katanya seperti dipetik Sinarharian Online hari ini.
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di dalam twitternya tidak membenarkan ceramah membabitkan pendakwah perbandingan agama Dr Zakir Naik di negara ini diteruskan berdasarkan ketenteraman awam dan sensitiviti masyarakat berbilang agama..SUMBER
Di atas polimik yang panjang itu, kita rasa malu dengan kenyataan dari DZN sendiri yang meluahkan kekesalannya terhadap cara kita menangani 'isu' seperti ini bro ! MALU. hanya itu yang boleh kita sebut.
Isu DZN ini memberi kesan meluas dan dipolimikan sedemikian rupa hingga menyebabkan ceramah awalnya di Melaka dibatalkan. Kesan dari ini berbagai pihak memberi pendapat sana sini pro dan kontra terhadap DZN dengan kehadiran beliau di negara kita !
Walhasilnya Umno BN bukan kepalang bergumbira atas semua ini? Orang tidak lagi bercakap pasal GST, tidak lagi riuh pasal 1MDB dan ia memberi kredit puas untuk kempen UBN di PRN Sarawak bro !
Ini pandangan Dr Mujahid Yusof Rawa sini berkaitan polimik tadi, apakah ia benar atau sebaliknya ada campurtangan luar? Sebaliknya Kerajaan Negeri P.Pinang telah membenarkan anak DZN, Fariq Naik meneruskan syarahannya di Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Jumaat ini dengan beberapa syarat yang mesti dipatuhi.(sini).
Begitulah bro ! Payah sungguh untuk membebaskan minda dari mendengar dahulu hujah ilmiah yang bakal dilontarkan oleh orang yang 'pakar' dan 'istimewa' dalam perbandingan agama ini ! Tidak banyak manusia yang berkemampuan seperti DZN ? Kalau hal berkaitan hiburan ringan ke, berat ke, k-pop, konsert ke, Miss Tourism (sini) ke? semuanya ditanggung beres bro ! Kan ke aneh tu? KAH KAH KAH
www.youtube.com |
Polimik Dr Zakir Naik: Umat Islam tidak perlu gentar dengan tekanan
Masyarakat Hindu atau mereka yang beragama lain juga tidak pula berasa takut pun! Kalau orang masuk Islam pun, mereka pun tak kisah pun. DZN sudah pergi ke merata dunia dan disambut dengan begitu baik sekali termasuk di negara-negara bukan Islam sekalipun.
Kenapa kita sendiri di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi pula tidak berani untuk mengadakan program ini kerana hanya tekanan segelintir ahli daripada kumpulan Hindraf. Setakat itu sahajakah kekuatan orang Islam di Negara Islam ini?
Sebenarnya kita tidak perlu takut dengan tekanan sebegini. Jika ianya benar-benar berlaku, mereka akan terus memberi tekanan pula di kemudian hari. Sampai bila akan dapat berdakwah? Melalui program sebegini, kita bukan nak mengata, nak menghina, sumpah seranah kepada orang Hindu!
Kita orang Islam bebas nak berdakwah sementelah pula kita berada di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi. Berbeza sekali keadaannya dengan Negara India. Kita bukan nak adakan program sebegini selalu, hanya sekali sekala sahaja, itu pun kita berasa takut!
Ingat tak kita, setiap kali hari raya kita selalu baca “walau karihal kaafirun, walau karihal musyrikun” (walaupun orang kafir dan orang musyrik tidak menyukai). Kita nak buang ke lafaz arab tersebut? Sebab kalau nak kira, itu pun boleh menyentuh sensitiviti agama juga.
Sepatutnya dibiarkan program baik ini berjalan dengan lancar dan ianya akan menjadi peluang kepada masyarakat kita untuk menyertainya. Kenapa kita nak memenangkan segelintir orang Hindu itu yang akan menyebabkan mereka semakin berani di masa depan
Berkenaan dengan dakwaan bahawa ada fatwa daripada ulama Deobandi tentang kedudukan DZN, saya ingin bertanya kepada mereka yang timbulkan perkara ini; kenapa tidak mahu menggunakan fatwa ulama Deobandi tentang majlis Maulud Nabi SAW, kenduri arwah malam ke 1,3, dan 7, aktiviti seperti zikir menari dan qasidah di kuburan?
Soal ulama itu tak setuju dengan seseorang ini adalah suatu perkara yang biasalah. Kita pun tidak mengatakan yang DZN ini lebih alim daripada Maulana Zakaria Kandhlawi rhm (merujuk kepada ulama Deobandi), cuma mereka berada dalam bidang masing-masing. Kalau betul-betul nak guna fatwa ulama Deobandi, contohnya dalam soal cukur janggut boleh menyebabkan seseorang menjadi fasiq. Betapa ramai orang kita yang cukur janggut termasuk para mufti di sini pun.
Perlu diingat, DZN seorang yang baik dan sangat cemerlang di bidangnya. Inilah masanya untuk kita sambut baik kedatangannya. Sepatutnya pihak PDRM memberi kerjasama yang baik dengan menjaga keselamatan dan keamanan sepanjang program berlangsung.
Saya berharap segala halangan kepada program DZN ditarik balik dengan segera..SUMBER
SISIPAN MAKNAWI
'Usir Satan Zakir Naik Keluar Dari Malaysia!' - Ramasamy
KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Profesor Dr Ramasamy menggelar Dr Zakir Naik sebagai 'Satan' mencetuskan reaksi kurang senang netizen yang merasakan tindakannya itu biadab dan kurang ajar.
Dalam kenyataan yang dimuat naik 19 jam lalu di laman Facebook itu, Ramasamy meminta Dr Zakir Naik diusir keluar dari Malaysia.
"Mari kita usir Zakir Naik keluar dari negara ini. Pendakwah Zakir Naik berada di negara ini kerana dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
"Dia merupakan pendakwah muslim yang tidak punyai apa-apa kecuali menerapkan kebencian dan penghinaan terhadap orang bukan muslim.
Bagaimanapun, gelaran 'satan' telah dipadamkan dari status tersebut setelah dikritik oleh orang ramai. Namun, ada yang sempat menyimpan kenyataan asalnya itu sebagai bukti Ramasamy berbuat demikian.
Klik dan baca selengkapnya dari sumber ini.
Terlajak Kata
1. P. Ramasamy yg juga yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP, kabornya telah menyesal menggelar DZN sebagai “Satan” dan suruh dia keluar dari sini? (Ramasamy kesal). itu pun bila ianya dah jadi viral di Internet dan beliau sedar mengenai kesilapannya.
Kata dah terlepas, apa pun alasan mohon maafnya, akan 'mempengaruhi' diri dan DAP sendiri malah akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan dalam usahanya meraih untung dalam pilihanraya umum nanti? Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak Kata? Tanggunglah sendiri. Pun begitu, bila kena kaw- kaw dihantam orang ramai, netizen dan lainnya..Ramasamy nie gheti pula minta maaf? kira okey laa tu bro ! kerana bersedia terima krikan dan mohon maaf. Setel. Tapi apa hal...
2. Apa hal pula, pimpinan PAS yang 'fitnahkan' LGE menggunakan tweeter, kononnya LGE halang DZN dari memasuki Pulau Pinang? mana mamat nie pi kutip berita yg tak bertanggung jawab ini? Ini namanya terlajak tweet dan terlajak fitnah? Bukan masalah kita sokong sapa sapa? tapi kalo inilah perangai gatal tangan untuk mereih sesuatu? Siapa yang rugi nanti? kerana sampai sekarang (Khamis 12. April 2016) belum ada kata-kata mohon maaf dari mamat de so called 'ulama' ini yang walaaunn begitu taksub sangat dengan orang-orang sebegini? Tak malu ke dengan Ramasamy? Malu ke nak mohon maaf? Ianya akan kekal sebagai 'fitnah' dan akan dipertanggungjawabkan dunia dan akhirat.
Ini pula tweet dari Teresa Kok menafikan 'fitnah mamat atas tu.
Lim Guan Eng tidak pernah memberi apa-apa komen terhadap Dr Zakir Naik. Jadi, Tweet di atas tadi itu adalah PALSU bro ! Inilah musibahnya bila emosi kebencian melulu terhadap DAP menguasi dalam tubuh badan para walaunnn setia macam ini, akal yang rasional sudah tidak menjadi ukuran lagi kepada mereka. Kebencian yang tidak berasas seperti ini sepatutnya tidak lahir dari orang yang hari-hari membaca Al-Quran? Tidak lahir dari seorang yang 'mengurus' sebuah pondok pengajian ilmu agama? kalau si pembacanya membaca dengan penuh 'tadabbur' terhadap isi dan kandungan Al-Quran, nescaya hal-hal seumpama 'fitnah' sebegini tidak keluar dari tangan-tangan mereka? Bila tahu kesilapan? kenapa belum hulur salam kemaafan ?
PASCAI,..Kalau nak buruk Pakatan Harapan pun, carilah peluang yang senonoh sikit bro !Jangan main bedal saja nanti orang tau asal usulnya, kan ke malu? Tak payah laa susah payah dok berjegeh bersengkang mata menulis menaip perkara fitnah sebegini, malu atas kapasiti yang ada, hari2 cakap Islam adalah ad-deen, adakah ini ajarannya? Tentu sekali tidak, habisnya apasal walaaun dihimpit emosi huduh dan jelik sebegini? Selalu nasihat orang suruh jadi baik? Diri sendiri? Sebesar-besar kebencian dan dosa di sisi Allah bila mereka (ulama) bercakap memberi nasihat, mereka lupa diri mereka sendiri, Tetapi mereka lupa melaksanakan ucapan baik dan muluk tadi ( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ (٢) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ (٣)) Surah Ash-Shaff - Mafhumnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (As Shaff:2-3). Wallahu'alam.
'Ini tweet palsu, bukan dari Guan Eng'
Published on Apr 12, 2016Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung tweet palsu mengenai Dr Zakir Naik yang didakwa dimuat naik di akaun Twitter Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam.
Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Zaidi Ahmad berkata pihaknya mendapati satu 'screenshot' memaparkan status yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap Lim.
Status melibatkan tokoh pendakwah antarabangsa dari India itu menjadi viral petang semalam, kononnya memuatkan kenyataan Lim yang akan memastikan pendakwah terkenal itu disekat daripada masuk ke Pulau Pinang dan meminta rakyat menolaknya..KiniTV
Jamil Khir diminta penjelasan rasmi polimik Dr Zakir Naik
Ahli politik veteran Tamrin Ghafar mahu kerajaan menyatakan pendirian terhadap polimik pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik yang mendapat tentangan ceramahnya dikalangan pemimpin NGO dan politik di negara ini.
Dalam satu kenyataan hari ini Tamrin berkata, rakyat menunggu keputusan rasmi kerajaan sama ada bersetuju atau tidak dengan bantahan Hindraf untuk membatalkan ceramah Dr Zakir yang pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Maal Hijrah negara."Yang anehnya Ketua Polis Negara telah mengarahkan program ceramah itu dibatalkan.
"Kami rakyat khasnya masyarakat Islam menunggu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menterinya membuat keputusan rasmi berhubung perkara ini," ujarnya.
Hindu Rights Action Force (Hindraf) meminta kerajaan untuk mengharamkan pendakwah itu daripada memasuki negara ini.
Ketua Pemuda MIC, C Sivaaraajh pula berhasrat untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang melarang Dr Zakir masuk ke negara ini..SumbeR
Pihak berwajib perlu tegas menangani situasi ini agar ia tidak mencetuskan ketegangan kaum. Berdiam diri akan mengundang keresahan berpanjangan dari kaum-kaum terlibat?
Apa pun seperti kata Mufti P.Pinang, "Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang menggunakan metod yang lembut di dalam ceramahnya. "Beliau bukan daripada kategori yang suka menyerang agama-agama lain dengan mencerca dan memaki hamun."Sebaliknya beliau berdakwah berdasarkan fakta-fakta ilmiah dan hujah-hujah yang mengajak para pendengarnya berfikir secara rasional." ujarnya dalam satu kenyataan semalam - sini
Jadi kenapa kita ambil gear gostan dulu sedangkan jalan raya diturap dengan licin dan laluannya cukup mudah? Jika rasa letih, pergilah berehat sambil minum dan makan di R&R yang disediakan. Lepas tu sambunglah pemanduan berhemah itu...Kah Kah Kah
Halang Dr Zakir Naik: Tindakan KPN memalukan negara
Beliau berpandangan perkara sedemikian tidak akan berlaku dalam sebuah negara demokrasi ia ditafsirkan sebagai satu tindakan terkebelakang.
"Pada awalnya beliau (Dr Zakir) dijemput secara rasmi oleh kerajaan negeri Terengganu sepatutnya tidak ada halangan baginya untuk meneruskan programnya di negara ini.
"Apabila PDRM mengunakan kuasa yang ada kononnya bagi mengekang sensitiviti agama dan ketenteraman awam, malu kita...(Teruskan Baca Bro)
Penganut pelbagai agama
wajar ambil peluang kehadiran Dr Zakir , kata Mufti Pulau Pinang
Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, gesaan Hindraf sebagaimana dilaporkan media, adalah keterlaluan dan prasangka semata-mata.
"Selama ini orang-orang bukan Islam lazimnya mendapat gambaran tentang agama ini daripada sumber-sumber yang tidak boleh dipertanggungjawabkan seperti tulisan-tulisan para orientalis.
"Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang menggunakan metod yang lembut di dalam ceramahnya.
"Beliau bukan daripada kategori yang suka menyerang agama-agama lain dengan mencerca dan memaki hamun.
"Sebaliknya beliau berdakwah berdasarkan fakta-fakta ilmiah dan hujah-hujah yang mengajak para pendengarnya berfikir secara rasional." ujarnya dalam satu kenyataan semalam..sumber
GPMS cabar Hindraf debat dalam ceramah Dr Zakir Naik
Pengerusi Biro Agama GPMS Kebangsaan Ekma Faroza berkata, GPMS ingin mengingatkan Hindraf bahawa negara ini mempunyai perlembagaan, oleh itu sebarang tindakan menyekat atau menghalang agama lain untuk melaksanakan ajaran mereka adalah salah disisi undang-undang negara ini..sumber
Bila Melaka awalnya tidak memberi laluan kepada ceramah DZN, maka Dr Maza tampil dengan 'tweet' ini untuk membolehkan ceramah tadi diadakan di Perlis, cumanya kita belum pasti samada jemputan ini diterima oleh penganjur atau tidak?.
Beliau juga rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.
"Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan," katanya seperti dipetik Sinarharian Online hari ini.
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di dalam twitternya tidak membenarkan ceramah membabitkan pendakwah perbandingan agama Dr Zakir Naik di negara ini diteruskan berdasarkan ketenteraman awam dan sensitiviti masyarakat berbilang agama..SUMBER
Di atas polimik yang panjang itu, kita rasa malu dengan kenyataan dari DZN sendiri yang meluahkan kekesalannya terhadap cara kita menangani 'isu' seperti ini bro ! MALU. hanya itu yang boleh kita sebut.
Dr Zakir Naik 'manusia istimewa'
Published on Apr 12, 2016Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menyelar sesetengah pihak yang mengkritik pendakwah Islam antarabangsa Dr Zakir Naik sehingga menyebabkan polemik kaum dan agama di negara ini.
Shahidan berkata, mereka tidak seharusnya campur tangan berkaitan agama Islam sedangkan Zakir disifatkannya sebagai 'manusia istimewa' dengan pengetahuan yang mendalam mengenai perbandingan agama..KiniTV.
Comments
Post a Comment