Lobang2 Sekat Kemaraan AMANAH?

Kes Bukit Kepong yang membabitkan Mat Sabu ini telah selesai lama sebenarnya ! lihat sini dan sini

Percubaan kedua ini dilihat seperti adanya ketidakpuasan pihak 'tetentu' atas kemenangan yang berpihak kepada Mat Sabu? 

Bukan itu saja bro ! Pas pun pernah 'refresh' juga kes khalwat Mat Sabu yang dah setel tu, di sini. Andaian kita bahawa semua ini dilihat sebagai adanya usaha pihak2 berkenaan untuk cuba menghalang kemaraan Mat Sabu terutama dalam PRU akan datang? Sebolehnya Mat Sabu mesti disekat? Kemaraan Mat Sabu akan ada yang tidur kurang nyenyak, akan ada yang mengigau bro ! Terutama kiranya beliau mampu menang di mana-mana kerusi parlimen? 

Jadi untuk itu kalau ada lobang2 sebesar jarum pun yang boleh 'dicucuk benang'? Senanglah untuk menjahit bro ! Bolehlah depa pakai 'baju baru'? Kah Kah Kah



~ Imbas kembali
Mat Sabu (tengah) diiringi pasukan peguamnya keluar daripada Mahkamah Sesyen Butterworth selepas didapati tidak bersalah atas tuduhan fitnah membabitkan anggota polis dan ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950. -Foto TRP/ Adib Hakim sini

Kes Bukit Kepong Mat Sabu: 
Pendakwaraya merayu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

| MALAYSIA DATELINE


Aminuddin Zulkifli
Meskipun diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth bahawa Mohamad Sabu tidak bersalah dalam kes Bukit Kepong pada Julai tahun lalu, pihak pendakwa raya walau bagaimanapun tidak berpuas hati dan telah merayu bagi mencabar keputusan tersebut.
Peguam beliau, Aminuddin Zulkipli yang juga merupakan Pengerusi Amanah Tanjung Malim mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes dirayu oleh pihak pendakwa raya dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

“Pendakwa raya telah merayu, tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah sebelum ini, dan pengurusan kes akan dijalankan pada Khamis, 21 April ini” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sebelum ini Mahkamah Sesyen Butterworth memutuskan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak bersalah atas dakwaan membuat kenyataan fitnah berkaitan serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 1950.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes.

Mat Sabu didakwa mengeluarkan ucapan tersebut dalam satu ceramah di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor dekat Butterworth pada 21 Ogos 2011.
~ SUMBER






Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?