Posts

Showing posts from 2016

Anak2 Suriah dalam kesejukan | Rayuan Kemanusiaan Untuk Syria [2 Video]

Image
Menitis air mata, sebak dan pilu melihat penderita an saudara Islam kita di bumi Suriah. Bantulah mereka sekadar mampu kita bro ! Hulurkanlah bantuan. Mereka anak-anak Islam Suriah dan keluarga mereka amat memerlukan apa juga bantuan saat ini. Pengerusi Kehormat YDH Dato Haji Husam Musa menulis di facebook beliau merayu sangat2 agar kita bermurah hati hulurkan bantuan tadi bagi meringankan beban yang ditanggung saudara seagama kita di sana.  Mereka anak2 Suriah sedang bergelut dengan cuaca sejuk melampau di sana. Berdoalah kita moga bantuan nanti selamat sampai kepada sasaran sebenar. Insya' Allah. 5 anak Syria terkorban kesejukan, Yayasan Darul Hijrah terus rayu sumbangan Setiap sumbangan boleh dimaklumkan melalui whatsapp 018-359 0403 dan email ke admin@yayasandh.com untuk urusan resit dan audit

Erdogan Bertemu dan Peluk Bocah yang Kirim "Kicauan" dari Aleppo [VIDEO]

Image
Bocah itu kanak-kanak bro ! kanak2 perempuan berusia tujuh tahun yang berasal dari Suriah telah menarik perhatian dunia kerana 'kericauan' dari akaun Twitter beliau dari Aleppo (Halab). Ia berhasil menarik perhatian untuk bertemu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Ankara, Rabu pada 21/12/2016 baru-baru ini. Lihatlah bagaimana tersiksanya kanak2 ini untuk keluar dari Suriah di mana ramai kanak-kanak, para gadis dirogol, disiksa dan dibunuh dengan kejam oleh kumpulan Syi'ah Syria, sedangkan dalam masa yang sama ada de so called 'ulama' sebuah gerakan Islam dari sini boleh duk berpeluk dengan Tok Sheh Besar Syi'ah di Tehran. Sementara itu bro ! Parti Amanah Negara tidak bersetuju dengan tajuk berita sebuah portal yang menyebut "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran" kerana bagi parti itu, menghadiri 'Muktamar Perpaduan Ummah' dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria (sunni) di bunuh dgn kejam khususnya di Aleppo adalah ...

Kapal Buruk PAS menanti Karam ?

Image
Dalam 'bahtera' PA$ nie berapa nakhoda sebenor nya bro? KAH KAH KAH. Kalau sebuah bahtera yang sedang belayar, tetiba ada anak-anak kapal yang berlagak bagai nakhoda mahukan kapal tadi berlabuh di pelabuhan musuh dan seorang awak-awak lain mahukan ianya berlabuh di tempat lain. Kan haghu sighuu semua tu bro ! Dah laa PA$ sekarang macam 'kapal buruk' dan usang saja, anak-anak kapal memasing punya citra seorang 'nakhoda' utama? sedangkan mereka semua adalah wala'unta yg sengaja dibiarkan bercakaran antara yang punya jawatan dalam 'kapal' buruk itu.  Itulah yang berlaku bila 'percanggahan' kerap berlaku dalam PA$ dan terbaru ialah antara de so called ustazya yg seorang sebagai Pengarah Penyelidikan dan seorang lagi adalah Naib Presidennya.  Mana satu nak pakai nih? Wala'uns kat bawah lagi laa 'gila' jadinya? masing-masing bertutur macam kakak tua, berkokok macam ayam, lepas orang bangun, ayam pun membuta tidur.....Kah Kah Kah ...

Al-Kisah Antara KUDA & KHADAM

Image
Antara KUDA & KHADAM mana yang sedang UMNO lakukan kepada PAS..? K uda sifatnya tangkas, yang tangkas jadi kuda lumba, kalo kuda patah kaki, depa 'tembak' buang bro ! menyusahkan. Kah kah kah PA$ dan wala'uns dah lama jadi kuda kat Umno. Wala'uns saja yang tak nak mengaku.  Lamanya tu, selepas Tok Sidang sekarang memegang tampok pemerintahan PA$ bro ! PA$ diperkudakan semahunya oleh Umno.Samada depa dijamu dedak atau tidak, sendiri boleh pikior bro. Tapi adat kata, kambing akan kenali tuan dan patuh dgn baik bila acap sangat diberi sireh oleh tuannya, nampak tuan saja, kambing pun akan kuatlah mengembikk bro ! Begitu juga kuda, nampak tuan dia saja, manjanya terlampau lebih, kadang2 tu naik melugai bro, cuba bukan tuan dia, silap haribulan, kuda tu boleh boh penerajang bro ! Kah Kah Kah Kuda tetap kuda, setangkas mana pun kuda tu, tetap selamanya diperkudakan oleh jokinya oleh penunggangnya. PAS telah, sedang dan akan di perkudakan semahunya oleh Umno seh...

Mahfuz Omar Kenen Che Det ? - kah Kah Kah [Video]

Image
Telatah Mahfuz Omar [MO] MP Pokok Sena ini sedikit unik bro ! Jarang boleh jumpa macam susuk dia nie, MO punya stail dan pembawaan politik yang jelas berbeza dengan parti dia sendiri PAS.  PAS pening kepala dengan dia nie, Bersih 5 dia pergi, rata pentas parti lain dia pergi dan turut berucap. Orang kata dia menyongsong arus..tetapi 'perahu' dia bergerak elok bro, tak dengar sangkut dengan arus pun. Mahfuz is Mahfuz..itulah Mahfuz, dia bukan heran kat sapa pun selagi dirasakan jalannya betul..Kah kah Kah Sejak kecil lagi bawaan nya ini senantiasa mahu jadi jawara ! demikian apa yang difaham dari cakap abangnya sendiri semasa kami berbual di sebuah warung, kebetulan abangnya tinggal di Tikam Batu dekat tempat aku. Bila Mahfuz kata bukanlah PAS yang keliru, dia seolah sindir atau orang kedah kata 'bede' atau kenen kat Che Det bilamana Mahathir mendakwa Pas keliru apabila tidak mahu bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menyertai Pakatan Harapan.Ini kerana katanya d...

AMANAH ganti PAS, bagaimana?

Image
Amanah sudah mempunyai 154 kawasan dan 100 cawangan seluruh negara. Amanah telah buktikan jati diri, ketabahan dan kekuatan iman dalam perjuangan ahlinya untuk teruskan usaha tegakkan keadilan untuk negara menentang kezaliman dan penindasan seluruh rakyat yang inginkan negara ini menikmati rahmat Allah. Amanah meneruskan jihad perjuangan bersama dengan rakyat melalui Pakatan Harapan yang di dokong semua warga negara. Sebahagian  mereka bukan beragama Islam boleh sama berdiri dan duduk dengan mereka yang beragama Islam kerana mereka bersedia menjadikan Islam sebagai pegangan membawa rahmat. Inilah AMANAH sebuah bahtera politik yang versatile sifat dan coraknya. Ia mencorak dirinya setelah PAS tidak mampu bersaing idea dan fikrah pemimpinya semasa mereka di dalam PAS. Pemimpin PAS lebih teruja mahukan UMNO sebagai 'Tuan Besar' baru mereka atau lebih tepat menjadikan UMNO sekutu mereka, sedangkan pemimpin AMANAH yang rata-rata dari kumpulan ' progresif ' menolak Umno ...

Umno Berpesta Berjaya Perdayakan PAS

Image
Umno berjaya menjinakan wala'uns dan ketuanya sekaligus memperdayakan PAS. Di PAU yang berlangsung di PWTC.Perwakilan Umno berpesta sakan meraikan kejayaan ini bro ! Kah Kah Kah Berjaya Perdaya PAS satu kejayaan manis buat Umno. Pas yang dipenuhi ego dan kesombongan itu masih belum sedaq habaq lagi bro ! Pas sebenarnya sudah terjerumus ke dalam perangkap Umno dan tak mampu lagi untuk keluar. Tok Sidang Pas begitu percaya dengan Umno, sebaliknya ahli akar umbi dan pimpinan peringkat bahagian Umno masih lagi kabur dgn 'kerjasama' yang terjalin antara Umno dan Pas, demikian kata Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sini .  PAU kali ini seperti kata Zahrin Mohd Yasin orang kuat UMNO, perhimpunan UMNO kali ini hambar dan tidak seperti perhimpunan2 yang lalu.  Mana tak hambar bro, ucapan perwakilan semua jenis ucapan syok sendiri. Ramai tidak ambik pot sangat dengan ucapan-ucapan UMNO ini. Ada pemimpin bercakap seorang diri tanpa ada ruang yan...

AJK PAS Pusat NAFI Terlibat Perbualan Tidak Senonoh Di FB Mesengger

Image
02 December 2016 Ulama PAS Pusat Terlibat Perbualan Tak Senonoh Di Internet?? AJK PAS Pusat Nafi Terlibat Perbualan Tidak Senonoh Di FB Mesengger - Gambar2 Tersebar Itu Fake Kata Mokhtar Senik. Gambar fake. Tiada kaitan dengan dirinya. Satu lagi fitnah untuk menjatuhkan dia. Ini susulan beberapa gambar screenshot yang dikatakan perbualan antara Ustaz Mokthar Senik bersama seorang janda anak satu tersebar di laman sosial. Gambar-gambar itu mula dimuatnaik pada semalam dan tersebar secara meluas sejak itu. Beberapa penyokong-penyokong Ustaz Mokhtar Senik bertanyakan kesahihan tentang penyebaran itu namun dinafikan oleh UMS sendiri. Antara respon UMS ; Walaupun telah dinafikan, penyebaran gambar-gambar berkenaan tidak terhenti disitu bahkan bertambah mengelirukan netizens yang mengikuti pendedahan tersebut. Ini kerana Ustaz Mokhtar Senik secara tiba-tibanya menukar nama di profile FBnya. Dan, serentak dengan itu, individu yang menyebarkan gambar2 perbualan tidak seno...

Pulau Pinang kian diminati ulama dunia - Video

Image
Pulau Pinang bertuah menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa hari ini. Kunjungan ini punyai erti yang cukup signifikan terhadap perkembangan Islam di negeri itu walaupun ia dilihat sebaliknya kerana berketuakan LGE dari DAP. Beliau turut memuji usaha Kerajaan Negeri dalam memartabatkan agama Islam di samping berlaku adil terhadap semua rakyat di negeri Pulau Mutiara tersebut tanpa mengira latar keturunan dan agama. (sila ke bawah dalam sisipan) untuk melihat usaha Kerajaan Negeri hingga mendapat penghargaan pihak luar seperti Imam ini. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan yang turut mengalu-alukan kunjungan Syeikh Ali menyifatkan imam negara bergolak itu sebagai tokoh yang berani. Videonya boleh dipaut di Buletinmutiara 's video . Imam al-Aqsa puji Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Abdul Malik Kassim.bersama menyantuni Imam Masjid al-Aqsa Sheikh Ali Omar  Yacoub Al-Abbasi 

Layar Bersih 5 - Video

Image
Pojok ini sengaja aku namakan seperti tajuk atas tu bro kerana banyak cerita-cerita selepas B5 masih terus hangat terutama selepas  Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ditahan di bawah Sosma ( Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Susulan demi susulan diperkatakan rakyat yang pro B5 lebih2 lagi yang tidak senang dengannya.. ada yang nak buat Bersih 7 berwarna merah ( sini ). Manakala Bersih5 buktikan bahawa Amanah dan PPBM adalah mewakili kepimpinan Melayu dalam Pakatan Harapan bro, demikian menurut Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional M.Fakhrulrazi Mohd Mokhtar ( sini ). Bersih 5  baru sahaja selesai melihatkan puluhan ribu umat Melayu turun menjayakan perhimpunan aman itu dicampur jutaan umat Melayu lain yang menyokong dan bersimpati dengan Bersih 5. Sementara itu bro ! AP Pokok Sena kata terpulang laa kat Pas nak ambil tindakan pasai attend Bersih 5 Sabtu lepas ( sini ). "Saya lakukannya untuk rakyat. Saya sertai Bersih kerana permintaan rakyat. Apa ...

Peguam Pemerhati respon Bersih 5

Image
Masa Bersih5, Mesjid Jamek ditutup, orang Islam tidak boleh menunaikan solat Zohor di situ. Mesjid India dibuka, ramai peserta Bersih 5 menunaikan solat dan berehat termasuk memberishkan diri. Ini antara respon oleh peguam pemerhati di Bersih 5. Sebahagian daripada peguam Amanah yang menjadi  pemerhati di perhimpunan Bersih 5 pada 19 November

Seputar Bersih 5 - Segugus Foto pilihan n Video

Image
Mereka yang turun Bersih5 adalah mereka yang faham tujuannya, mahukan suatu pilihanraya yang bersih, telus dan menolak penipuan. Bersih berhimpun secara aman. Perhimpunan aman BERSIH 5 berjalan seperti di rancang....pihak baju kuning sehabis boleh untuk mengelak sebarang provokasi dari baju merah yang datang dari arah sogo. Pihak berkuasa, fru dan pihak polis menjalankan tanggungjawab dgn cekap.

Super Moon, Apa itu ? Video

Image
Umat Islam wajib meyakini bahawa setiap kejadian dan fenomena alam yang berlaku adalah menunjukan tanda-tanda Kebesaran Allah SWT. Allah perlihatkan tanda-tanda ini untuk manusia kembali mengingatiNya kerana hanya Allah sahaja tempat dan tumpuan sembahan seluruh makhluk dan manusia. Kejadian 'Bulan Besar' kerana paling dekat dengan bumi adalah kerana beberapa faktur alamiah yang manusia masih belum mampu menggarapnya secara pasti sekalipun kemajuan sains manusia dah terasa maju benar oleh orang-orang yang tidak percayakan kekuasaan Allah . Banyak ayat al-Quran mengisahkan perihal matahari dan bulan bro ! antaranya terdapat dalam surah Yasin pada ayat 38-40, Al-An'am: 96, Al-Baqarah: 189, Yunus: 5, Al-Isra: 12 dan di berbagai ayat lain dalam Al-Quran.    {وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ (37) وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (38) وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَ...

Perangai Jamal Dan Baju Merah Semakin Jijik Dan Jelik - Video

Image
Jamal: Polis Tumbuk Saya...Jamal Akhirnya Dibelasah Hingga Pecah Hidung Di Ampang. Ingat kan kebal rupa-rupanya berdarah jugak hidung JAMAL SI BAJU MERAH.. Selepas kena 'belasah', Jamal khabarnya berjanji akan membayar setiap titisan darahnya yang tertumpah hari ini kerana ditumbuk dalam satu pergelutan pada konvoi Bersih di Ampang sini .. sementara itu bro, Maria berkata, ketua gerakan Baju Merah itu tidak berperikemanusiaan, selepas seharian pergelutan. Kah Kah Kah Cerita 1 Usaha PKR untuk melonjakkan sokongan terhadap perhimpunan BERSIH pada Sabtu depan telah bertembung dengan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan kumpulan Gerakan Baju Merah pimpinannya. Program bertemakan BERSIH yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua sayap wanita PKR bermula pada awal pagi dengan konvoinya melawat beberapa kawasan perumahan. Pada dua hentian - rumah pangsa PKNS Tasek Permai dan Tasek Tambahan - Zuraida dilihat memberika...

Betulkah Pas tidak pernah khianati Pakatan? [Video]

Image
Kenapa tiba-tiba bila berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan hari ini, Hadi nyatakan Pas tidak pernah khianat dalam Pakatan? Agaknya dah tersampok kerana makin dipinggirkan gamaknya? Pas kian ditinggalkan dan makin susut etika serta nilai di mata rakyat, langsung tidak ada 'value added' nilai tambah untuk rakyat menilainya. Hadi itulah yang musnahkan Pakatan Rakyat, demikian dakwa DAP . Begitulah juga tanggapan ramai bila PR sendiri telah gagal berfungsi kerana tindak-tanduk Hadi.  Seperkara lagi, Hadi tidak pernah menerima DSAI sebagai calon PM Pakatan. Pakatan Rakyat akan menghadapi krisis jika memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu kerana Hadi Awang tidak pernah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, demikian Lim Kit Siang pernah berkata, baca sini . Sebelum PAS memutuskan untuk menamatkan sebarang hubungan dengan DAP, Pakatan sendiri telah gagal berfungsi kerana tindak-tanduk Hadi. Nak baca kenyataan Hadi tu, hangpa baca di Sinar Hari...

Muhyiddin Yasin cetuskan persoalan ketika hampir menjelang Konvensyen PH ?

Image
Dalam Pas, yang ada adalah tunggul-tungul tua dan lama dan dah nak mereput pun ! Kerangka dan fikrah 'mind set' mereka terlalu jumud, beku dan statik untuk melihat rencana rakyat terbanyak yang mahukan perubahan besar menolak Umno dan BN ketepi dalam memacu negara ke arah lebih cergas, dinamik serta dpt mengembalikan segala kesilapan besar angkara beberapa kerat pemimpin mereka yg bernafsu besar hingga setiap rencana besar mereka selalu gagal. Ketika Pakatan Harapan sudah mula di terima baik oleh rakyat, Bersatu lahir untuk semarakan lagi politik pembangkang di persada ini. Dalam waktu Pas sudah tidak lagi diterima oleh pembangkang kerana sikap mereka yang berpusing-pusing dalam tutur kata dan tindakan mereka ketika berhadapan dengan Amanah dan DAP serta menjadikan Umno sebagai rakan sekutu tidak rasmi mereka, Tok Din (Muhyiddin Yassin) pula dilihat hadir dalam program Pas dan sepentas dengan Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari dari PKR selain pemimpin Pas Selangor Adun Meru, ...

Protes terbesar Anti-Trump sudah bermula bro ! Foto dan Video menarik

Image
Donald Trump sebelum muncul sebagai calon Presiden Amerika adalah seorang tokoh korporat dan billionair. Ketokohannya jarang dikaitkan dengan kepimpinan politik tetapi dikenali sebagai selebriti dalam dunia hiburan program realiti 'The Apprentice'. Peribadi Donald Trump sering mengundang kontraversi khususnya dakwaan gangguan seksual terhadap wanita dan sikap sexistnya. Selain itu, dalam serangan kempen Hillary terhadap Trump, beliau juga dituduh mengelak cukai dan menindas pekerjanya. Namun di sebalik kemunculan Trump sebagai 'manusia paling berkuasa di dunia' masyarakat global masih tertanya-tanya bagaimana Trump boleh menang? Untuk menjawab soalan itu, yang lebih utama diajukan ialah bagaimana Hillary Clinton boleh kalah? Soalan ini relevan kerana tumpuan media dan pembanci ialah kepada Hillary sebagai calon presiden wanita pertama yang berpengalaman manakala Trump adalah calon tidak berpengalaman dan jahil tentang dasar luar negara dan sebagainya. Hillary lebih tert...

Hikayat Pusing-Pusing..Nik Abduh disaran jumpa 'Psikiatri'?

Image

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video

Image
Perlumbaan senjata dan kelengkapan perang blok Barat begitu pantas sekarang ini. Banyak negara di dunia berlumba-lumba memperkuat diri dengan senjata nuklir. Tidak lama dulu, Rusia telah pun memamerkan gambar senjata nuklir terbaru mereka, "Satan 2".Terbaru Rusia mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan misil nuklear terbesarnya dan dikatakan mampu memusnahkan kawasan sebesar sebuah negara Perancis. Menurut Mail Online, misil berkenaan yang diberi nama RS-28 itu dan digelar Satan 2 oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), mempunyai kelajuan maksimum sehingga tujuh kilometer per saat dan direka untuk mengatasi sistem perisai anti-misil. Misil Sarmat terbaharu itu boleh melancarkan kepala pele­dak sehingga 40 megaton iaitu 2,000 kali lebih berkuasa berbanding bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki pada 1945. Terbaru pula, Rusia turut mempamirkan 'super tank' suatu perubahan dan revolusi ketenteraan dan disifatkan sebagai yang terc...

Letusan G.Berapi, keberanian peluncur antara foto terbaik bermutu tinggi 2016 -Videos

Image
Paus yang membuat bising, letusan gunung berapi di Itali, keberanian peluncur yang membuat terjunan bahaya adalah antara gambar dan foto terbaik dalam satu pertandingan yang dianjur oleh The Siena International Photo Awards yang diadakan di Teatro dei Rozzi, Italy. Ia merangkumi sebelas kategori antaranya Alam Semulajadi , Hidupan , Kembara dan Sukan.   Enjoy Bro ! An exploding volcano, a nosy killer whale and a very brave skier: The new photo contest that is setting EXTREMELY high standards

Kami Bantah PAS bergabung semula dengan Pakatan Harapan.

Image
PAS dalam minggu ini mencoba untuk mendekati Pakatan Harapan semula setelah menyedari parti tua bangka itu kini tidak lagi mampu bertahan ter utama setelah gagal dengan gagasan 355 mereka. Ramai berpendapat 'gagasan' 355 itu di pandang sepi oleh Umno dengan menurunkan usul 355 itu ke bawah dari posisi 4 sebelumnya dan hampir pasti ianya tidak dapat dibentang untuk penggal Parlimen kali ini. Ramai rasakan Pas telah di'kencing' Umno? Hasilnya, kepimpinan utama Pas menyedari ia telah dipermainkan Umno? Cumanya mereka tidak mengaku saja. Menyedari perkara ini, Pas pun bersuaralah dan bersedia semula membuka pintu kerjasama bagi hadapi PRU 14 ?? Tindak-tanduk Pas mutakhir ini menunjukkan parti itu semakin yakin akan kehilangan Kelantan. Dgn sebab itu Tok Sidang Pas bersuara membuka pintu rundingan, tetapi tidak pasti dengan kumpulan mana? kerana sebelum ini PAS begitu lantang 'menyerang' Amanah dan DAP dua seteru yang paling sengit. Apa yang Pas tak lebelkan A...

Anak Orang Utan dirantai selama setahun - Zalimnya manusia | foto menarik

Image
Menyayat hati bro ! Melihat bagaimana anak orang utan dirantai selama setahun. 'Mingky' nama anak orang utan ini dirantai sebegitu rupa antara dua dinding rumah yang diserahkan kepada satu keluarga setelah ia ditangkap oleh pemburu haram.  Kejadian ini berlaku di Sumatra, Indonesia. Kumpulan penyelamat dapati orang utan tersebut memeluk dirinya yg terikat itu untuk tidur. Anak orang utan ini berumur sekitar 3 tahun, hanya dirantai untuk hiburkan kanak2 di situ bro !.  Zalimnya manusia memperlakukan binatang seperti orang utan ini. Sekalipun terhadap haiwan, ia tetap zalim dan dilarang keras dalam apa jua keadaan, sebab itu Islam ajarkan supa mana-mana binatang ternakan yang hendak disembelih, hendaklah mempertajamkan pisau mereka bagi mengelak haiwan yg disembelih itu tidak mengalami siksaan fizikalnya.  Heartbreaking photographs  show how a baby orangutan was chained to a wall for a YEAR as entertainment for a family after he was captured by hunters  ...

Berleluasanya Pembalakan Di Kelantan? Pusat arkeologi terancam [Video]

Image
Makin rakus nampaknya Kerajaan PA$ Kelantan bro ! Orang nampak puak lebai ini tak tahu sangat nak cari nak isi kantung negeri?; yang dia nampak balak. Itu saja. Sebab itu dia kata, nak henti pembalakan, bayar royalti? Kah Kah Kah Cukup jelas ianya sebagai bukti bagaimana MB, timbalan dan exco2 PA$ tidak pandai urus  tadbir negeri untuk kepentingan rakyat sendiri ( sini ) malah ia lebih mengundang kepada kemusnahan yang semakin parah hingga Pusat Arkeologi berusia 10 ribu tahun begitu terancam. Ini semua adalah kerana terlalu ramai ostad yang jahil murokkab berada dalam parti sekular PA$ ( sini ). Mereka khianat dan tidak amanahnya mereka dalam mengurus harta rakyat ( sini ).  Bukan kehidupan binatang saja terjejas, kehidupan orang asal turut terjejas bro ! kononnya hutan yang telah diteroka sudah ditanam semula dengan sawit, getah dan durian kunyit menambah hasil pendapatan kerajaan dalam bentuk cukai, premium tanah dan sewa tapak bagi jenis pertanian lain – BOHONG! Apaka...

9 institut pendidikan guru ( IPG ) akan ditutup?

Image
Berita dan desas desus penutupan sebilangan  maktab perguruan (sekarang IPG) begitu heboh di perkatakan sekarang ini bro ! Kita kurang pasti apakah alasan sebenar kerajaan berbuat demikian? Sedikit sebanyak ia menampakan beberapa kelemahan Kementerian Pendidikan sendiri? Pengambilan guru seakan terhenti sejak beberapa tahun kebelakangan, sedangkan sekolah-sekolah baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Setiap tahun bilangan murid sekolah kian meningkat, cuti sekolah saja, adalah kenduri kahwin, setahun kemundian generasi baru bercambah. Semua itu perlu kepada pertambahan guru yang tersusun.  Adakah guru berlebihan? Guru j-QAF misalnya sudah dihentikan pengambilannya? Begitulah yang difahamkan bro ! Semua guru di bawah klausa j-QAF telah diserapkan sebagai guru pendidikan Islam seperti biasa. Admin sendiri terlibat dalam merangka kurikulum j-QAF tahun 2004 dahulu. Ketika itu Pak Lah sekarang Tun Abdullah Ahmad Badawi mahukan j-QAF dilancar dan dikursuskan se awal ta...