Umno Berpesta Berjaya Perdayakan PAS

Umno berjaya menjinakan wala'uns dan ketuanya sekaligus memperdayakan PAS. Di PAU yang berlangsung di PWTC.Perwakilan Umno berpesta sakan meraikan kejayaan ini bro ! Kah Kah Kah

Berjaya Perdaya PAS satu kejayaan manis buat Umno. Pas yang dipenuhi ego dan kesombongan itu masih belum sedaq habaq lagi bro !
Pas sebenarnya sudah terjerumus ke dalam perangkap Umno dan tak mampu lagi untuk keluar.

Tok Sidang Pas begitu percaya dengan Umno, sebaliknya ahli akar umbi dan pimpinan peringkat bahagian Umno masih lagi kabur dgn 'kerjasama' yang terjalin antara Umno dan Pas, demikian kata Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sini

PAU kali ini seperti kata Zahrin Mohd Yasin orang kuat UMNO, perhimpunan UMNO kali ini hambar dan tidak seperti perhimpunan2 yang lalu. 

Mana tak hambar bro, ucapan perwakilan semua jenis ucapan syok sendiri. Ramai tidak ambik pot sangat dengan ucapan-ucapan UMNO ini. Ada pemimpin bercakap seorang diri tanpa ada ruang yang terbuka untuk dicabar dan berdebat, memang seronok laa. Langit pun boleh runtuh kalau ikut hati bercakap sendirian begitu. Tambahan pula dengan tepukan gemuruh perwakilan yang kenyang dijamu dedak. Mengampu tu biasa laa, Kah Kah Kah

Manakala dalam Program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 Najib berkata hubungan tegang antara Umno dan PAS kini semakin kendur termasuk di peringkat akar umbi Malay Mail Online

Kesian kat TITM. Tapi puak nie bukan boleh kesian, dah tahu ramai budak-budak walaun termasuk Ketua Pemuda Pa$ bukan main seronok nak berkepit dengan Amno, cuma tak tengok lagi TITM duk bersimpuh sambil meghela dengan Najib, yang lain tu bukan main seronok sampai lupa diri.

Tapi TITM nie pun sama je berkerih, bersamping bertengkolok sikit masa lalu bilamana nak tunjuk depa pun MELAYU macam Umno jugak? Tapi bila lebai berkerih, bertengkolok tu nampak sumbang sangat bro ! Sekarang, TITM boleh duk habaq kata 'mustahil boleh adakan kerjasama politik' lihat sini Dah macam-macam atur program bersama ke hulu hilir, pasal kata mustahil nak kerjasama pula? Nak kerjasama sampai tara mana lagi? Kah Kah Kah.

Dari Program 'Solidariti Ummah', sekarang Umno dan Pas akan bersama lagi di MAHA pulak sini... Pas merasakan kononnya inilah politik matang, sejahtera depa dan kononnya semakin diterima rakyat? Kah kah Kah..

Rakyat mana yang terima nie Pas? Wala'uns boleh jadi laa terima, kian menyampah lagi ada laa. Rakyat boleh terima ke kalau PM sendiri ber demonstrasi dalam isu Rohingya [Apabila Perdana Menteri "berdemontrasi"] dan kenapa Malaysia menghantar delegasi ke Myanmar untuk pulihkan hubungan? sini dan sini. Kenapa ada orang Pas yang tak puashati dgn isu Rihinya ini? Bukan ke Pas dan Umno dah bersatu hati buat demonstrasi? Kah Kah Kah.

Sekarang wala'uns makin terpinga-pinga bila Najib sentisa memuji Hadi.Ada yang syok terlampau dan yang senyum sumbing pun ramai juga. Kah Kah kah
PAS menyifatkan Amanah musuhnya yang paling dibenci kerana ia menjadi batu penghalang kerjasama Umno-PAS.

“Pemimpin utama PAS tahu jika mereka membuat kerjasama dengan Umno, ahli bawahan mereka akan lari. Jika Amanah tiada, ke mana ahli mahu lari melainkan kekal dalam PAS atau berdiam diri sahaja?

“Sebab itu mereka sangat benci kepada Amanah,” kata Husam yang kini penasihat Amanah Kelantan
Sendiwara low class Najib. PAS yang kena dan tertipu. Hudud PAS tertipu, isu Rohingya pun PAS tertipu.Think Tank Najib bijak mencari dan mencadangkan idea tapi rakyat selain ahli PAS (Wala'uns) tidak mudah terpedaya.

Pas takkan kerjasama, beri Amanah, DAP kerusi
Bila masa pulak PAS berikan kerusi pada DAP?
Ada ke pada bila-bila masa PAS punyai kerusi
di kawasan majoriti Cina?
Bukankah begitu juga sebaliknya DAP.
Mana ada kerusi DAP di kawasan dominan PAS?
Pas dah mula pening, bab kerusi dgn Umno pun, Pas tak akan berani tuntut punya bro !Awat duk lepas TITM bercakap bab gini? DAP tak pernah perdayakan Pas. Tetapi Umno memang selalu kenakan Parti wala'uns ini. Itu pun masih belum sedaq habaq lagi !Kah Kah Kah

Malaysiakini

Umno berpesta di PWTC kerana tiada lagi ancaman PAS, kata penganalisis
Zulkifli Sulong
| December 2, 2016




Dan strategi Umno 'meneutralisasikan' musuh tegarnya itu setakat ini berjaya.

KUALA LUMPUR: Walaupun menerima ancaman paling besar dalam sejarah politiknya, namun pimpinan dan perwakilan Umno masih mampu berpestaria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana parti itu berjaya meneutralisasikan musuh tradisi yang mengancam mereka selama ini, PAS.

Menurut penganalisis politik, tanpa ancaman PAS, Umno yakin akan boleh terus mengekalkan kerusi Melayu yang bakal ditandingi mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang supaya terus kekal di Putrajaya.

“Dengan isu kenaikan harga barang, 1MDB, perpecahan dalam Umno ekoran tindakan Tun Mahathir menubuhkan Bersatu dan lain-lain lagi, ia akan membebankan Umno. Jika isu ini turut digunakan oleh PAS untuk menyerang mereka, Umno akan teruk,” kata Hisomuddin Bakar, pengerusi eksekutif Ilham Centre, sebuah badan penyelidik politik dan pilihan raya bebas.

Sebaliknya, Hisomuddin berkata apa yang berlaku ialah pemimpin dan perwakilan Umno terus berpestaria di PWTC.

“Menuju PRU 14, Umno akan terus rasa selamat di kawasan Melayu tanpa ada tentangan daripada PAS,” katanya kepada FMT.

Bagi Hisomuddin, strategi paling ampuh Umno menjelang PRU ke 14 ini adalah “meneutralisasikan” musuh tegarnya PAS, dan usaha itu, menurutnya, berjaya setakat ini.

Namun beliau mempersoalkan apa sebenarnya sokongan atau bantuan yang diberikan kepada PAS sebagai balasannya, selain membenarkan rang undang-undang Pindaan Akta 355 dibacakan di Dewan Rakyat.

“Ini bantuan politik paling besar dan untungkan politik PAS,” kata Hisomuddin.

Sebagai balasan, PAS berkecuali dalam bajet, tidak turun Bersih 5 dan tidak bersama pembangkang yang lain dalam banyak hal, tambahnya.

“Saya yakin ahli PAS juga keliru ke mana hala tuju PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sebab perhitungan utama sebuah parti politik adalah kemenangan dalam pilihan raya dan sebelum itu melalui pembahagian kerusi atau kerusi yang akan mereka tandingi.

“Sebab itu, ketika presiden PAS nampak bekerjasama dengan perdana menteri, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula secara konsisten menyerang dan berkata akan lawan Umno dalam dalam pilihan raya nanti,” katanya.

Hisomuddin berkata berdasarkan ucapan Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada perhimpunan Umno yang berlangsung sekarang, Umno akan bekerjasama dengan PAS.

“Pada bacaan kami, sikap PAS kini dan ucapan Najib semalam sudah menunjukkan mereka sudah masuk fasa kerjasama. Namun bentuk kerjasama masih dalam perkiraan pemimpin mereka bagi menentukan implikasinya terhadap ahli.

“Sebab itu pimpinan kanannya masih dalam mood nafi, PAS tetap akan lawan Umno, tuduhan mahu bersama dengan Umno adalah fitnah dan sebagainya,” kata Hisom.

Sementara itu, tidak ada seorang pun pemimpin kanan PAS yang memberikan reaksi terhadap kata-kata pujian yang dibuat oleh pimpinan Umno khasnya Najib terhadap PAS.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi menyifatkan kenyataan presiden Umno yang mengalu-alukan hubungan mesra Umno-PAS sebagai muslihat politik untuk cuba memerangkap PAS supaya mengikut rentak parti itu.

“Ia sebagai satu percubaan membina persepsi di kalangan rakyat bahawa PAS sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, PAS menyifatkan Amanah musuhnya yang paling dibenci kerana ia menjadi batu penghalang kerjasama Umno-PAS.

“Pemimpin utama PAS tahu jika mereka membuat kerjasama dengan Umno, ahli bawahan mereka akan lari. Jika Amanah tiada, ke mana ahli mahu lari melainkan kekal dalam PAS atau berdiam diri sahaja?

“Sebab itu mereka sangat benci kepada Amanah,” kata Husam yang kini penasihat Amanah Kelantan. ~ sumber.



Sisipan 
Sesak Nafas bagi PAS

kredit ~ BANkami Blog




Ucapan perkauman Najib di PAU orkestra PRU14
Mohamad Sabu..Ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berbaur perkauman dan mengecam DAP secara khusus memberi isyarat jelas bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.

Presiden parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, ucapan Najib jelas ke arah memastikan Umno BN menang PRU14, bukan untuk menyemai semangat perpaduan antara kaum.

"Presiden Umno berada di landasan yang betul kerana ucapan itu untuk menang pilihan raya bukan ucapan untuk membaik pulih ekonomi, melahirkan perasaan muhibbah antara rakyat, tapi ucapan untuk Umno-BN menang pilihan raya," katanya dalam ceramah umum di Taman Putra Perdana, Sepang
sini 

Hasilnya
Inikah hasilnya? Apakah agaknya yang di menungkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man...?Kata kamcing bagai aur dgn tebing?Usah dimenung bro ! kan ke Umnuutu sahabat qaribbbbb ? Kah Kah Kah 

GAMBAR MENARIK BUAT DIHAYATI SEMASA DEMONSTRASI BELA ROHINGA PAS – UMNO

Macam tak seronok jer Tuan Berahim nie? Nak Syronokk macam mana? Dah terpaksa...Randuk pi laa, dah kepala atas mau sangat !Kambing bila masuk kandang singa? Mana boleh eksyen sangat ?? Kah Kah Kah

Santai Sikit
Anda semua banyak membuat dosa dalam negeri ini..dialog enamjahanam p.ramlee.. Yang tertinggal tu kalo tak salah namanya 'Sujamang'? Kah Kah Kah 
Tak payah berunding apa-apadengan PA$ bro ! Pa$ memang suka kalo ada yg pi melutut katdepa...PA$ sudah tidak relevan lagi utkdibuat kawan..kena paham moleksikit..PA$ sedang dalam 'dakapan'Amno ! Mana mahu dia dengarpihak lain..Baguih punya tengah ber'cinta' dgn Amno..jangan pi kaco laa Kah Kah kah 
Akhirkalam



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video