Betulkah Pas tidak pernah khianati Pakatan? [Video]

Kenapa tiba-tiba bila berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan hari ini, Hadi nyatakan Pas tidak pernah khianat dalam Pakatan? Agaknya dah tersampok kerana makin dipinggirkan gamaknya? Pas kian ditinggalkan dan makin susut etika serta nilai di mata rakyat, langsung tidak ada 'value added' nilai tambah untuk rakyat menilainya.

Hadi itulah yang musnahkan Pakatan Rakyat, demikian dakwa DAP . Begitulah juga tanggapan ramai bila PR sendiri telah gagal berfungsi kerana tindak-tanduk Hadi. 

Seperkara lagi, Hadi tidak pernah menerima DSAI sebagai calon PM Pakatan. Pakatan Rakyat akan menghadapi krisis jika memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu kerana Hadi Awang tidak pernah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, demikian Lim Kit Siang pernah berkata, baca sini .

Sebelum PAS memutuskan untuk menamatkan sebarang hubungan dengan DAP, Pakatan sendiri telah gagal berfungsi kerana tindak-tanduk Hadi.
Nak baca kenyataan Hadi tu, hangpa baca di Sinar Harian hari ini 12 November 2016, aku maleh nak tempek kat sini bro ! Kah kah Kah

Kita dah bosan dengar, baca madah berhelah Tok Sidang tu, bukan kita saja, DAP dan PH pun bosan bro ! DAP bosan madah berhelah Hadi macam - macam helah dok ada bro, yang terbaru nie pun?, helah juga tu bro ! Kah Kah Kah

Kesempatan ini aku senaraikan beberapa rentetan untuk menolak dakwaan Tok Sidang yang kata tak pernah khianat Pakatan tu. Biaq senang kita menilai? Bohong atau pun benar dakwaan itu? Madah berhelah Tok Sidang tu dah bosan kita dengar, macam-macam helah dok ada bro ! Kah Kah Kah


Penolakan 
Dakwaan Hadi dan
Senarai Pengkhianatan PAS VS PR.
  •  Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.
2. Haji Hadi hendakkan PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.

3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013, PAS tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

5. Bertembung di Dun Kota Damansara dan tiga Dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.

7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).

8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).

9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).

11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.

13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.

15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN.

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).

18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhum Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.

19. Haji Hadi dijanjikan (rasuah) oleh umno akan tambahkan kerusi parlimen di kawasan PAS boleh menang di negeri Kelantan dan Terengganu, sebab itu Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya, tetapi Haji Hadi tak nampak bahawa dalam masa sama umno akan tambahkan kerusi parlimen di negeri2 yang umno/BN boleh menang dengan tambahan kerusi berkali ganda dari apa yang dijanjikan kepada Haji hadi dengan itu umno/BN akan kekal berkuasa hingga kiamat.

20. PRU-13 DUN Damak,Pahang Haji Hadi secara terbuka sokong calon bebas Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin Abdul Rahim.

21. Dalam mesyuarat setuju bantu PKR di Permatang Pauh, luar mesyuarat setuju PAS kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan kepada PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak wala'?.

22. Tahun 1982 populerkan ungkapan `marakbar'(mampus) ditujukan kepada Dato Asri, 2014 populer dengan kalimah `barua dan broker' ditujukan kepada adun PAS yang berpegang dengan keputusan mesyuarat 17.8.14, tahun 2015 populer dengan kalimah `tolol' ditujukan kepada ahli PAS juga. 


~ Kredit | Lepak Politik .

KHULASAHPengkhianatan PAS paling nyata ialah menjadikan UMNO sebagai sekutu baru selepas mengkojolkan Pakatan Rakyat. Inilah sebab lahirnya AMANAH yang tidak rela menjadikan Umno sebagai sekutu tidak rasmi. Pas yang sekarang ini bukan lagi Pas dahulu. Pas sekarang banyak bercakap kosong tetapi kerja buat hancai. Banyak lagi kalo nak karang bro ! Tak terkarang lhooo !  


Khalid Samad 2016
-Konspirasi Pengkhianatan 
PAS Dalam Pakatan Rakyat


Lihat dan
Nilailah Sendiri..

Bila masa PAS jadi komponen Pakatan Harapan?Apa sudah jadi bro? Kah Kah Kah
Memang sah PAS jadi Tongkat Ameno dah begitu lama..Tak Khianat lagi ke kalo sampai tara nih? Setelah'mengkhianati PR (PKR), dengan PKR jugalah mereka PAS berkepit terutama di Selangor. Padan laa dgn PPKR pun, bukan main lagi nak kan PAS hanya merasakan PAS boleh bantu dia di Pru 14 nanti? Kah kah Kah

Lama dah Pas dok buat perangai dengan membelakangkan PR  dulunya...Menyedari kaliber DSAI terlalu menonjol dan menenggelamkan  reputasi lebai yang gilakan kerusi eksekutif utama negara, mereka sanggup khianati persetujuan bersama utk lantik Anwar. Lebai lebih rela pi cari sekutu Umno juga untuk lampiaskan dendam mereka itu.
Untuk 'menghalalkan' tindakan meletakan calon Pas, sebaranglah boleh dituduh? Tuduhan tanpa bukti. Saksi ! Mana Saksi? Kah Kah Kah - Inilah wajah huduh PAS yg suatu ketika berkata depa tak gila kuasa, ketika lain kata nk jadi penasihat saja, ketika lain pula tak kemaruk kuasa dan akan tolong Umno dalam P.Raya..Boleh berkira ke dgn puak macam nie..Better 4 get it bro !

Kata kat sapa nie Nurul?Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa
P.Harapan tidak memerlukan 
'pemimpin
yang namanya sahaja pak haji
tetapi korupsi'.
Sebaliknya, kata beliau, 
parti pembangkang kini
memerlukan pemimpin yang
berfikiran kritis.

  TANPA PAS Kemaraan Pakatan Harapan akan berhasil - Ramai dah jelak dengan Pas dan wala'uns
Hantamlah lebai !Ini namanya OVER DREAMING atau Khayal Melampau ?Ini semua mungkin pasai 'Depression and dreaming' agaknya.? Lebih baik laa jaga Kelantan tu..Umno pun dok cadang nak sambaq kali ini? Kah Kah kah 
Sheikh yusuf qardawi ulamak nombor 1 dunia begitu sayang dan prihatin terhadap dsai, yang jadi masaalah olamak dari negara marang yang buat hal.
Sudahlah Tok Din - PH dah bosan ajak puak lebai tu? Lagi pun ramai yang bantah kehadiran Pas dalam Pakatan Harapan.  Sejak jadi orang besar Umno dulu, belum kenai ke PAS nih? Tanpa PAS Pakatan Harapan lebih selesa bergerak....
Akhirkalam
Kesemua pembangkang sudah bersatu hati ingin DSAI dibebaskan, cuma pak lebai Pas yg tak mahu... mungkin pak lebai pas bimbang angan2 besarnya ingin jadi PM terbantut... suka engkaulah lebai pas... haha. 
KAH KAH KAH KAH


Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$