Hikayat Pusing-Pusing..Nik Abduh disaran jumpa 'Psikiatri'?

Terbaru, Pas berpusing lagi bro ! lebih ligat punya pusing - silap hari boleh pening macam tu saja ! Kah Kah Kah.

Selain dari Nik Abduh yang nak Pas bekerjasama dengan pembangkang (Bersatu) tetapi menolak untuk bersama Amanah dan DAP ialah Mursyidul Am baru PAS. Rajin sungguh Mursyid ni bercakap sejak dilantik ke jawatan itu (PAS sedia bertahaluf siyasi dengan parti bukan Islam) pulak dahhhhhh ! Kononnya depa belajar kesilapan dahulu? Kah Kah Kah. 

Mursyid baru terus bermadah (Pas tegaskan sedia kerjasama dengan syarat Islam memimpin) kononnya Pas sentiasa membuka pintu kerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk parti bukan Islam dalam pilihan raya akan datang dengan syarat mereka menerima Islam untuk memimpin kerjasama ini.

Dalam undian bajet 2017 misalnya, PAS ambil sikap berkecuali. Berkecuali tu nak jaga siapa bro? (Berkecuali dalam undian Bajet 2017: Pas nak jaga siapa?) Nak jaga Umno? Dalam Ameno tak berikan kredit untuk 355 pun? masih nak tongkat Ameno lagi? Memang sah Pas jadi khadam setia Ameno. Kah Kah Kah

Pas sejak berayah cik sekarang ini kian hari kian melalut ke laut. Cakap mereka seperti tersesat jalan dan kompas seakan hilang dari tangan. 

Ramai tidak faham apa sebenarnya yang Pas mahu bro? Rupanya mereka nak jadi ketua dalam pakatan pembangkang? Memang sah dan padan pun DAP suruh mereka pergi jumpa 'Psikiatri' kerana sering sangat cakap berbelit-belit, kona dan berpusing pusau sana sini...Kah kah Kah


Cakap ‘pusing-pusing’, 
DAP saran Nik Abduh jumpa psikiatri
Mohamad Fadli

Kenyataan berbeza-beza daripada pemimpin PAS menyukarkan DAP bekerjasama dengan parti Islam itu..Teng-Chang-Khim.




SHAH ALAM: Datuk Teng Chang Khim menyarankan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berjumpa psikiatri berhubung kenyataan terhadap partinya.

Naib pengerusi DAP Selangor itu berkata, Nik Abduh memerlukan rawatan psikiatri agar tidak mengeluarkan kenyataan yang “berpusing-pusing”.

“Saya cadangkan Nik Abduh pergi jumpa doktor psikiatri supaya beliau tidak cakap bukan-bukan. Setiap hari beliau nak cari hal untuk menyakitkan hati orang.

“Beliau cakap ‘pusing-pusing’ dan pemimpin sendiri cakap pun beliau tidak setuju. Saya juga setuju dengan kenyataan yang ramai orang ada masalah mental, suma tidak tahu serius atau tidak,” katanya kepada FMT di Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor.

Beliau berkata demikian berhubung kenyataan Nik Abduh yang mengesahkan sedang berunding untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi tidak akan mempertimbangkan berbaik semula dengan DAP dan Amanah.

Sebelum ini Nik Abduh juga pernah menafikan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuka pintu bekerjasama dengan parti pembangkang lain itu dan berkata ia diputar belit media.

Bagaimanapun Hadi dilaporkan berkata, parti itu mahu menjadi pengemudi utama sekiranya parti lain hendak bekerjasama dengannya menjelang menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Teng yang juga Adun Sungai Pinang berkata, DAP sukar bekerjasama dengan PAS berikutan kenyataan yang berbeza-beza daripada pemimpin parti Islam itu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan PAS berpakat dengan Barisan Nasional (BN) untuk membincangkan satu lawan satu menentang pembangkang dengan sikap PAS yang sebegitu.

“Sukar nak percaya beliau (pemimpin PAS) cakap. Beliau cakap hari ini lain, esok lain cerita. Jadi kita pun pening. Susah nak kerjasama.

“Kemungkinan PAS akan bincang dengan BN lawan pembangkang, saya tidak tahu. Tetapi itu boleh berlaku sebab saya kata ada di kalangan mereka hari lain cakap lain,” katanya.

~ sumber .


Hikayat
Pusing Pusing

Hikayat Satu



Hikayat Dua
Pas yang kata mereka kuat, matang dan lain-lain cakap serba muluk itu ropanya tidak sedar mereka ditipu mantah oleh Ameno? Kah kah KahTertipu  juga mereka? Tetapi masih ramai walaunter yang masih seronok berkhadamkan Ameno?Sebahagian walauter lain mulalah cakap berpusing-berpusing macam gasing daa...Kah kah Kah
Hikayat 3
  Nampaknya ramai yang lain kena berjumpa pakar sakit jiwa. Tak terkecuali yang ini juga bro ! Dalam masa seminggu dua nie, dua tiga macam ayat yang bertentangan nanti terpacul keluar dari segala wala'uns. Lepas itu dakwa kata depa matang, berpandangan jauh dan seumpamanya? Itu sebab depa mau cepat jumpa pakar psikiatrik bro..dikhuatiri ada 'wayar' yang terputus atau bersimpul bro?Kah Kah Kah

Bidasan
Bijak Pandai

Pas pasti
bergelut besar dalam PRU 14
Apakah bendera Pas akan terus koyak dalam PRU 14 nanti? Pas sekali lagi menegaskan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik dengan DAP dan Amanah namun masih membuka pintu rundingan buat parti lain selain dua parti ini.

Pas menyifatkan DAP sebagai musuh Islam apabila menentang usul Pas berkaitan RUU 355,manakala Amanah disifatkan sebagai pengkhianat parti yang tidak mungkin sama sekali akan diterima sebagai sekutu politik.

Maknanya disini, jika kita mengambil situasi dimana PAS hanya sudi bekerjasama dengan PKR dimana akan dipersetujui Sesama mereka tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru diantara Pas – PKR – UMNO, maka situasi ini sedikit sebanyak akan memberi keuntungan kepada Pakatan Harap
an.,MD.
  Sebab itu Pas perlu berjumpa doktor bro ! Jumpa Psikiatri.. mana tau kalau-kalau ada 'wayar' yang putus?  Kah kah Kah



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?