Berleluasanya Pembalakan Di Kelantan? Pusat arkeologi terancam [Video]

Makin rakus nampaknya Kerajaan PA$ Kelantan bro ! Orang nampak puak lebai ini tak tahu sangat nak cari nak isi kantung negeri?; yang dia nampak balak. Itu saja. Sebab itu dia kata, nak henti pembalakan, bayar royalti? Kah Kah Kah

Cukup jelas ianya sebagai bukti bagaimana MB, timbalan dan exco2 PA$ tidak pandai urus  tadbir negeri untuk kepentingan rakyat sendiri (sini ) malah ia lebih mengundang kepada kemusnahan yang semakin parah hingga Pusat Arkeologi berusia 10 ribu tahun begitu terancam. Ini semua adalah kerana terlalu ramai ostad yang jahil murokkab berada dalam parti sekular PA$ (sini). Mereka khianat dan tidak amanahnya mereka dalam mengurus harta rakyat (sini). 

Bukan kehidupan binatang saja terjejas, kehidupan orang asal turut terjejas bro ! kononnya hutan yang telah diteroka sudah ditanam semula dengan sawit, getah dan durian kunyit menambah hasil pendapatan kerajaan dalam bentuk cukai, premium tanah dan sewa tapak bagi jenis pertanian lain – BOHONG! Apakah mereka masih tidak tahu malu terus menipu rakyat dengan slogan membangun bersama Islam??? Kerajaan Kelantan ! Berhentilah dari menipu rakyat (sini).

Hasil dari melantik pemimpin bodoh, ia lebih banyak memudharatkan rakyat Kelantan sendiri dan negara amnya ! Jangan ingat bila hutan2 di Kelantan dibogelkan semahunya, ia tidak memberi impak kepada negeri lain? Sungai umpamanya, ia menjadi nadi bukan saja bagi rakyat Kelantan, malah ia turut menjejaskan aliran dari hulu ke muara yang bukan saja membelah negeri Kelantan tetapi juga bersambung dengan negeri-negeri jiran. 

Sebab itu jangan salahkan Taukey Balak 100% sebab memang Taukey Balak, hidupnya berniaga Balak. Kalau aku jadi Taukey Balak, semua kawasan yang ada Balak tak kira dalam Hutan Simpan atau bukan Hutan Simpan aku mohon untuk tebang Balak (sini). KAH KAH KAH   




Balak di Kelantan: Pusat arkeologi berusia lebih 10,000 tahun terancam

 
Papan peringatan di jalan masuk Gua Cha yang terbiar bukti kerajaan negeri Kelantan abaikan tapak arkeologi bersejarah.Papan peringatan di jalan masuk Gua Cha yang terbiar bukti kerajaan negeri Kelantan abaikan tapak arkeologi bersejarah.

Siapakah pemilik syarikat yang menjalankan aktiviti perladangan hutan betul-betul berhampiran pinggir Sungai Nengiri di Gua Musang sehingga dibimbangi mengancam pusat arkeologi Gua Cha yang berusia lebih 10,000 tahun itu?

Itu antara persoalan Pengerusi Jawatankuasa Penaja Royalti Malaysia, Syam Ghaz apabila tinjauan melalui pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron baru-baru ini mendapati sungai tersebut terjejas teruk dengan zon penampan (buffer zone) 40 meter dari gigi sungai seolah-olah telah diceroboh.

“Kami terkejut dengan gambar yang diambil mengunakan teknologi dron dari udara apabila melihat air sungai berhadapan Gua Cha memang didapati keruh pekat macam teh tarik.
“Aktiviti pembalakan dan perladangan hutan di hulu Sungai Nenggiri ini dibimbangi menjejaskan kualiti sungai dan lokasi ini sebagai tarikan pelancongan di Kelantan.

“Kami risau aktiviti pembalakan dan perladangan hutan akan meranapkan lokasi bersejarah ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri sewajarnya menghalang mana-mana syarikat atau agensi melakukan aktiviti pembalakan dan perladangan hutan berhampiran pusat arkeologi bersejarah yang terletak di tebing kiri Sungai Nenggiri di Hulu Kelantan iaitu 16 kilometer ke hilir Kampung Kuala Betis.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan perlu memantau dan mengambil tindakan di atas aktiviti perladangan yang betul-betul masuk dalam kawasan zon penampan yang ditetapkan.

“Destinasi tersebut juga sepatutnya dijadikan tarikan pelancongan bersejarah di negeri Kelantan dengan suntikan dana khas bagi mengekalkan keaslian Gua Cha dan kawasan sekitarnya sebagai tempat bersejarah,” jelasnya.

Sungai Nenggiri di Gua Musang seperti teh tarik akibat pembalakan berleluasa.Sungai Nenggiri di Gua Musang seperti teh tarik akibat pembalakan berleluasa.

Mengulas lanjut, Syam berpendapaqt aktiviti pembalakan sepatutnya mengamalkan sistem tebangan terpilih manakala perladangan hutan secara tebang habis untuk tanaman getah klon balak, sawit, dan pokok-pokok hutan dihentikan di hulu Sungai Nenggiri bagi mengelakkan penghasilan lumpur yang menjejaskan kualiti air sungai.

Tinjauan Malaysia Dateline bersama Royalti Malaysia dan beberapa media lain, 10 Oktober lalu mendapati kawasan sekitar Gua Cha yang dikatakan mulai ditemui penyelidik Barat, H.D. Noone pada 1936 dalam keadaan terbiar.
Hanya satu papan peringatan yang dijalari tumbuhan liar meminta pengunjung menjaga kebersihan dan mencintai sungai.

Siasatan menerusi program ‘Rain Forest Camp’ yang turut disertai NGO dan aktivis alam sekitar itu bagi meninjau kesan aktiviti pembalakan berskala besar dan perladangan hutan yang menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit.

Sejak akhir September lalu, ratusan Orang Asli daripada suku Temiar di kawasan itu terpaksa mengadakan 'blockade' bagi memastikan hutan simpan kekal tempat mereka mencari sumber rezeki antaranya sekitar Pos Tohoi, Pos Simpor, Pos Gob dan Kampung Bring tidak terus diceroboh pembalak.

Dari Gua Cha dapat dilihat ke.musnahan hutan yang dilihat turut menceroboh zon penampan.Dari Gua Cha dapat dilihat ke.musnahan hutan yang dilihat turut menceroboh zon penampan.
~ (sumber)


 Dengar sendiri luahan dan rintihan orang2 asli yg dizalimi oleh Gov balak PA$ ...
APA luahan dan rintihan orang2 Asli tentang kehidupan mereka sekarang ?
Published on 14 Oct 2016
 

Kezaliman kerajaan Kelantan terhadap kehidupan orang Asli - Published on 13 Oct 2016 


SISIPAN SENTAP


 Nak bangun galeri wayang kulit ?Galeri wayang penuh karut tu bro ! yang dikarutkan oleh tukang karutnya. ATGNA pernah larang wayang kulit inisemasa era beliau tetapi lebai kelarah nie nak bikin galeri pula?Kalo betul tulisan Rusydan di atas itu? , memang lebai dah tersasar jauh darimelaksanakan tanggungjawab sosial terhadap rakyatnya bro ! Kah Kah Kah


 Pemandangan demonstrasi pertahankan Kg. Laut.Ibn Abdullah Azmi sah sahabat lama ambo, Sdr Hj Nordin. Langkah seorang pejuang membela nasib rakyat. Walau parti sendiri yang zalim, penentangan wajib dilakukan. Ana doakan Sdr Nordin bahagia sejahtera. Ustaz Cim, jaga saing ambo tu. Orea lama, barang baik. (fesbuker)


Sidang Dun Kelantan dihangatkan dengan soalan berkaitan pembalakan -  Balak Kelantan: Husam lontar lebih 30 soalan .Selepas Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat menuduh Datuk Husam Musa mengambil maklumat ‘tepi jalan’ ketika perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan 2017 semalam, Adun Salor itu tampil dengan lebih 30 soalan berhubung isu pembalakan di negeri tersebut.  secara psikologi nya wakil kerajaan nampak tertekan bila berhadapan dgn dato husam musa di sidang dun kelantan pagi ni kerna mereka berhujah dgn diselubungi nafsu marah dan dendam. Sentap habis puak lebai kelarah balak tu.
Tarik nafas panjang panjang blaka
Tenangkan fikiran
Jangan kasi rakyat benar benar yakin
betul lah seorang husam bersamaan dgn 10 adun..
Baca sini bro

KHULSAH  Kan dah cakap dari dulu lagi lebai2 ni tak  pandai mentadbir negeri.Menjahanamkan hutan merosakkan sumber kehidupan rakyat dan orang asli. Memang lebai2 ni pandai. Alim  warak bukanlah syarat atau lesen untuk mengatakan seseorang itu pandai mentadbir sebuah negeri. Rasulullah tidak melantik  seorang sahabat Abu Dzar ke suatu jawatan walaupun Abu Dzar terkenal salah seorang sahabat yg alim fakih dan warak. Kerana alim dan warak ni belum tentu lagi boleh mengurus sebuah kepimpinan ummah yang memerlukan seseorang yg betul2 berwibawa dalam mentadbir dan memimpin ummah. Urus tadbir sebuah negeri tidak boleh diberi pada mereka yg lemah dalam mentadbir, kerana kepimpinan yg lemah akan menatijahkan  kesannya pada kehidupan rakyat. Seperti mana kesan yg dapat kita lihat sekarang pada kehidupan orang2 asli yang akhirnya mereka bangkit memberontak merintih meluahkan segala permasalah yg mereka hadapi sekarang kesan dari penyelewengan dan  kelemahan urustadbir lebai2 dalam kerajaan Kelantan..

Kerajaan Islam jenis apa macam ini? Apa sebenarnya nak ditonjolkan atas nama kerajaan Islam yang suci ini. Masa ceramah mulut berbuih melopong dengan suara lantang mengaku membela seluruh rakyat dalam jajahannya tapi  malang  sekali  dalam pemerintahannya hanya memikirkan duit dari  tauke2 balak semata2 dan dalam masa sama tak memikirkan kesan buruk hasil dari pembalakan (atas nama pembangunan) yang telah menimpa rakyatnya dan bakal diterima oleh rakyatnya..?

Masalah dari kesan Banjir Mega 2014 pun sampai sekarang masih tak dapat diselesaikan dengan baik, masih ramai mangsa banjir yang tinggal dalam runtuhan rumah, masih juga nak diteruskan Pembalakan dikawasan tadahan hujan.

Pimpinan-pimpinan kerajaan Islam yang tidak bertanggungjawab macam inilah kalau kita jumpa elok bagi teguran  je atas  muka – “kalau  tak  pandai  mentadbir negeri jangan jadi bodoh bangang  tak  nak dengar nasihat dan teguran rakyat”

Dah la  bodoh tak  boleh diajar kebodohannya malah merosakkan dan memudharatkan orang ramai pulak. 

Silapnya kita apabila memilih pemimpin yg alim berkopiah tapi jahil dlm urusan pemerintahan, jahil dalam urus tadbir memerintah sebuah negeri..Sebab itu Rasulullah saw tidak memberi jawatan kepada Abu Dzar ra apabila ia meminta walaupun Abu Dzar seorang yang alim dan fakih..kerana yang alim dan fakih ini belum tentu lagi mahir dalam masalah urus tadbir sebuah kerajaan.
 
KAH KAH KAH ~ disunting dari
Pink Turtle 


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]