Warna-warna penamaan calon PRU14 - Video

PRU14 yang dinanti-nantikan banyak pihak telah tiba hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di 222 pusat penamaan di seluruh negara.

Walaupun bahang pilihan raya boleh dirasai di mana-mana, dengan bendera dan sepanduk parti mula dipasang lama sebelum tarikh rasmi berkempen bermula hari ini.

Namun di celah-celah kehangatan itu masih terdapat aksi dan insiden lucu dan manis yang memeriahkan suasana, dan membuktikan rakyat Malaysia masih berupaya melalui semua persaingan itu dengan sikap positif, rasional dan manusiawi.



Walaupun bersengketa dan saling saling kata-mengata, calon PAS, Ibrahim Ismail, dan DAP, Teh Kok Lim di Parlimen Taiping sempat berpelukan semasa menyerahkan borang pencalonan masing-masing.
Warna-warna penamaan calon

Tun Dr Hasmah Mohd Ali, isteri bekas perdana menteri dan calon PH bagi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, memasukkan sumbangan ke dalam peti derma yang disediakan di Ibu Pejabat Polis Langkawi. Beliau berhenti rehat di situ dalam perjalanan ke pusat penamaan calon.
Laungan reformasi, kapal layar Equanimity dan Jho Low menyambut calon-calon PH di Parlimen Damansara. Lebih 500 penyokong mengiringi Tony Pua ke pusat penamaan sambil menyanyikan lagu Negaraku dan laungan “tangkap Jho Low”.


LANGSUNG: 3, 4, 5 penjuru 

untuk Dr M, Najib dan Kak Wan


3 anak pemimpin besar Pas
jadi calon Pakatan Harapan


Faiz, Mujahid dan Nik Omar, anak tiga pemimpin besar Pas kini menjadi calon PH dalam PRU 14.

1. Ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz, anak lelaki sulung Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, bekas Mursyidul Am Pas, menjadi calon PH di DUN Cempaka, dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

2. Datuk Dr Mujahid bin Hj Yusuf, anak Almarhum Ustaz Haji Yusuf Rawa, Presiden PAS yang kelima (1982 – 1989) menjadi calon di Parlimen Parit Buntar.

 3. Faiz Fadzil anak kelima Almarhum Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor, Presiden Pas yang keenam (1989 – 2002) menjadi calon DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang.


“Oleh itu, tidak ada sebab untuk orang Melayu takut untuk memberikan kepercayaan kepada PH dalam pilihan raya ini kerana anak ulama besar Pas kini bersama Amanah,” kata Mohamad Sabu di khemah PH selepas penamaan calon di Dewan MBSA Kemuning Utama, Klang hari ini.. | sumber.

|| Berita Ustaz Nik Omar Nik Aziz jadi calon AMANAH di DUN Cempaka dan Parlimen Pengkalan Chepa ibarat 'time bomb' yang tetiba menyentapkan segala urat sendi dan urat angin para lebai dan walaunsnya hingga semuanya terkedu diam. Terkentut2 lebai dibuatnya? Sebelum ini Nik Omar menafikan beliau berada dalam saf AMANAH Fmt

Hari ini sahih lagi benar beliau diterima sebagai calon PH. Inilah 'gempa' paling kuat hingga mencecah 9 skala richter? 'Terbenam' Lebai sekali ini dibuatnya? Tabik kepada pimpinan AMANAH dan PH Kelantan yang menyimpan 'rahsia' ini hingga sampai masa dan ketikanya bila berlaku hari penamaan calon hari ini 28/4/2014 yang mengesahkan Nik Omar adalah calon bakal MB Klantan kiranya beliau menang kerusi DUN Cempaka nanti Insya' Allah. 



Mohamad Sabu (tengah) bertanding tiga penjuru di Kota Raja melawan calon Pas dan BN.
Parlimen Kota Raja menjadi semakin banyak pengundi bukan Melayu apabila dua peti undi di bawah parlimen Perlabuhan Klang yang majoriti bukan Melayu dipindahkan ke sini melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Pengundi bukan Melayu kini 56% di Kota Raja berbanding 52% dalam PRU 13 lalu. 

Pengundi Melayu adalah 44% berbanding India 37% dan Cina 19% dari kira-kira 150,000 pengundi berbanding 130,000 dalam PRU 13. | sumber.

|| Mat Sabu kata Lawan 'tak mencabar', Mat Sabu yakin menang bergaya bro ! Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yakin beliau akan menang bergaya di Parlimen Kota Raja menjelang pengundian PRU pada 9 Mei ini. Ini sudah baguslah Bang Mat ! Mat Sabu kata, LGE tu budak Melaka tapi boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang,. Jadi PH ada kelebihan pasai disokong semua kaum. Kota Raja adalah kerusi campuran. Bukan majoriti sesuatu kaum saja. Di situlah letaknya kelebihan kerusi Parlimen ini. Bang Mat boleh menang bergaya bro! “Insya-Allah, menang bergaya,” kata Bang Mat.

PERMATANG PAUH

Calon PH Permatang Pauh sebelum berarak ke pusat penamaan calon di IKBN, Bukit Mertajam.
Kerusi Parliman Permatang Pauh memang kerusi panas bro ! kerusi ini adalah kerusi tradisi DSAI kemundiannya digalas oleh isterinya Dr. Wan Azizah bila DSAI berada dalam 'tahanan' ! Sekarang ianya digalas pula oleh anak sulung DSWA, Nurul Izzah Anwar. DSWA pula beralih ke Parlimen Pandan. 

Calon Pakatan Harapan (PH) yang tiba diiringi hampir 1,000 penyokong mengiringi Nurul Izzah Anwar, Dr Afif Bahardin, Norlela Ariffin dan Muhammad Faiz Fadzil.

Laungan reformasi berkali-kali dan disambut dengan salawat beramai-ramai ketika mendekati kawasan penyokong Pas menggamat suasana. 

|| Kerusi ini antara yang terpanas sekali. Jesteru rakyat prihatin perlu pertahankan kerusi ini untuk Pakatan Harapan.

Suasana Tegang antara penyokong
Walau bagaimanapun suasana tegang kelihatan apabila penyokong PH membantah penyokong BN yang dilihat dengan mudah melalui kawasan sekatan masuk ke IKBN.

Pihak keselamatan terpaksa meletakkan rawat duri untuk seketika bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini..| sumber


Nik Omar Dipecat, Memalukan Keluarga Sendiri Takiyuddin Hassan

PAS pecat serta-merta Nik Omar Nik Aziz yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka atas tiket PKR, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan itu diambil selepas mengadakan perbincangan dengan kepemimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, tindakan Nik Omar bertanding atas tiket PKR dianggap bertentangan dengan perlembagaan parti dan perjuangan bapanya Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat..| sumber . 

|| Memalukan Keluarga sendiri atau memalukan PAS dan seantero lebai PAS sendiri? Lebai dah rasa bahang 'kekalahan' tu? KAH KAH KAH

'PERANG' 
OLOK2 PAS - BN?
BALING- Ribuan penyokong Pas dan Umno 'berperang' di luar Dewan Tun Abdul Razak ketika proses penamaan calon berlangsung pagi tadi.
BALING- Ribuan penyokong Pas dan Umno 'berperang' di luar Dewan Tun Abdul Razak ketika proses penamaan calon berlangsung pagi tadi. Kedua-dua penyokong yang dipisahkan sejauh lebih 100 meter itu dilihat saling berbalas sorakan dan mengibarkan bendera.

Malah ada ketikanya, penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah Barisan Kita' manakala Pas membalas dengan laungan takbir dan selawat. Tindakan kedua-dua penyokong itu menarik perhatian pengamal media, calon, petugas SPR dan penyokong Pakatan Harapan yang berada di sudut lain..| sumber

|| Hangpa berlawan apanya bro!? Bukankah Hadi suruh Pilih UMNO sini saja atau PAS? Habis tu buat apa duk lawan keghiyau hang aku? Olok2 ke? KAHKAHKAH

PAS YAKIN
DAPAT PERINTAH SELANGOR?
Pas dapat membentuk kerajaan negeri di Selangor.Itu keyakinan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad ketika ditanya harapannya kepada parti itu pada PRU-14.

“Kita (Pas) masuk bertanding kira-kira 50 kerusi DUN di Selangor bersama Gagasan Sejahtera dan yakin bentuk kerajaan di Selangor,” ujarnya yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor kepada Malaysia Gazette..|| sumber.   

|| Yakin aaahhh ? Baguihlah kalo dah yakin? Biasanya kalau terlalu yakin boleh gulung tikarq beb ! PRU14 kali ini bukan macam PRU13 dulu tuh ! Dulu tu lebai bertumang dengan Pakatan Rakyat. Kali ini lebai main acara solo saja. Cuma duk harap 'undi' puak BN jer ! Kelibat bukan Islam yg berlarak pakai baju PAS & menjulang bendera bulang sudah tidak kelihatan lagi. Depa dah 'serik' dengan Lebai yg bercempegha dan penuh perasan tu. KAH KAHKAH 


PH, BN lawan
Hadi Awang di Marang



Mudah nampak laluan Lebai kali ini? BN macam biasalah. Bukankah BN itu 'sahabat sekapal' sahabat karib Tuang Presideng? Kemenangan PAS adalah kemenangan BN? Begitu sebaliknya, Jika BN menang? PAS turut seronok sama beb ! Tapi kalau PH menang? Lebai dan BN sama-sama akan gelabah harabah bro ! Kalau PH boleh 'kubur' kan BN dan PAS serentak di Marang? Betapa indah nya, betapa moleknya? Itu sudah jadi 'bonus' kubra bro ! Bonus besar ! Seminggu walauns akan meracau akan berkicau bro ! KAHKAHKAH...| sumber .

Azmin kekal di Gombak,
Bukit Antarabangsa, Wan Azizah di Pandan

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di kerusi P100 Pandan yang mana penyandang pada PRU13 adalah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli. | sumber

Parlimen Kota Bharu
Kerusi Panas brader !!
Husam Musa (berbaju ungu) turut dipilih untuk mempertahankan DUN Salor yang dimenanginya sejak 2008.
Pakatan Harapan (PH) Kelantan mengumumkan Datuk Husam Musa akan mencabar bekas sahabat lamanya dari PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di Parlimen Kota Bharu. 

Sementara itu, Husam yang juga pengerusi PH Kelantan menyifatkan calon PH di negeri itu berwawasan.

“Kita mempunyai calon daripada kalangan doktor perubatan seramai 6 orang. Doktor paling ramai sekali kerana negara kita sedang sakit. Sakit dari segi ekonomi, kewangan, politik. Kelantan pun sakit, kita memerlukan doktor,” katanya ketika mengumumkan calon PH di Kota Bharu, malam tadi.

Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah dalam ucapannya berkata, PH akan terus membuat kejutan sebelum hari mengundi. “Kejutan pertama kita akan buat pada hari penamaan calon dan seterusnya pada malam selepas penamaan calon.” | sumber  

| Lama kita tidak tengok kelibat Husam Musa d Parlimen bro! Begitu juga Mat Sabu. Harap kali ini depa dua ini dapat lepas halangan di PRU14 ini. Insya' Allah.

'AYAM TAMBATAN' PAS
BERALIH ANGIN KE BACOK

#PRU14 #P25 Ayam tambatan PAS Kelantan Nik Mohamad Abduh melahirkan rasa gembira apabila dicalonkan di kerusi Bachok sekali gus mempertahankan kemenangan parti itu sejak pilihan raya umum (PRU) 10 tahun lalu. | sumber

| Lebai ini tidak seperti adiknya Nik Omar. Lebai 'menyonsong arus' dari menjadi penyokong Pakatan Pembangkang sebagai Pakatan Rakyat malah terkadang lebai menjadi lebih 'UMNO' dari orang Umno sendiri. Sebab itu Lebai ini pernah berkata Jangan musuhi UMNO sampai akhirat - Nik Abduh KahKahKah. Lagi Lebai ni kata Pas tak perlu lagi garang bercakap dengan Umno Manakala 'Umno pula cukup gembira dengar ucapan Nik Abduh' bro ! Itu pasal NIK ABDUH AKHIRNYA JADI LEBIH UMNO DARIPADA UMNO bro! KAH KAH KAH.





Catatan Oleh Md. Tanjong at 29/4/2018, 3.10pm.




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video