SAUDI Mula Menahan dan Memerangi Rasuah.

Skandal 1MDB terpalit lagi dengan penahanan puluhan putera dan ahli perniagaan termasuk golongan yang mempunyai pengaruh yg. besar dalam sistem politik dan ekonomi Arab Saudi kerana kes rasuah berskala 'monster'..lihat SINI

Akhirnya salah seorang konco dalam rompakan 1MDB iaitu Putera Turki Bin Abdullah telah ditangkap kerana telah bersekongkol merompak lebih dari USD1.5 Billion dari 1MDB melalui syarikat tipu beliau 'Petrosaudi' ! 

Kes makin menarik, banyak orang tak senang duduk. Banyak yang terkait nanti dalam perkembangan terbaru ini. Sama-sama kita nantikan. Lihat lagi Di Sini .

Ini antara orang kaya Saudi yang kini ditahan di Ritz Carlton

| November 6, 2017

Antara puluhan putera dan ahli perniagaan yang ditahan termasuk golongan yang mempunyai pengaruh besar dalam sistem politik dan ekonomi Arab Saudi.
arab-tycoon-arrest


PETALING JAYA: Hujung minggu lalu, pasukan keselamatan Arab Saudi mengepung kediaman beberapa ahli kerabat diraja dalam apa yang dilaporkan sebagai usaha Putera Mahkota Mohammed bin Salman memerangi rasuah.
Beberapa kerabat diraja dan ahli perniagaan negara itu kini ditahan di Hotel Ritz Carlton di Riyadh.

Hanya beberapa minggu sebelum itu, hotel tersebut menjadi tuan rumah pelabur terkemuka dari seluruh dunia, di sebalik usaha Salman melakar ekonomi Arab Saudi tanpa bergantung kepada minyak.


Seramai 11 putera ditahan, di samping 4 menteri dan berpuluh bekas menteri. Antaranya ialah Abdullah al-Sultan, panglima tentera udara Saudi, dan bekas ketua pengarah syarikat penerbangan Saudia, Khalid al-Mulheim.
Berikut sebahagian yang ditahan.

Putera Waleed bin Talal
Terkenal dengan gaya hidupnya yang mewah dan juga sifat “dermawan”, Waleed merupakan cucu raja Saudi yang pertama, Ibn Saud dan juga cucu kepada perdana menteri pertama Lubnan, Riad al Solh.

Kekayaannya bernilai AS$18 bilion, dan beliau memegang saham dalam Newscorp, Citigroup, 21st Century Fox dan Twitter.
Pada 2015, Talal dikritik kerana mahu membeli kereta Bentley untuk juruterbang Saudi yang melakukan serangan ke atas Yaman.

Putera Miteb bin Abdullah
Miteb bin Abdullah mengetuai pasukan elit Pengawal Kebangsaan, dan merupakan anak Raja Abdullah.
Kepentingan perniagaannya termasuk Hotel de Crillon di tengah bandar raya Paris yang bernilai AS$354 juta.

Bakr bin Laden
Bakr bin Laden ialah pengerusi Kumpulan Saudi Bin Laden, syarikat pemaju terbesar di Arab Saudi. Beliau kerap diberi jolokan penguasa sebenar Jeddah. Bakr merupakan abang Osama bin Laden, ketua Al Qaeda.

Khalid al-Tuwaijri
Khalid al-Tuwaijri merupakan individu bukan dari kerabat raja yang paling berkuasa di Arab Saudi. Beliau dikatakan mempunyai ramai musuh, dan berkuasa menentukan siapa yang boleh menghadap Raja Abdullah. Beliau antara yang terlibat membantu tentera Mesir menjatuhkan Presiden Mohammed Morsi, dan menghantar tentera ke Bahrain bagi menghapuskan pemberontakan rakyat di negara kecil itu.

Saleh Kamel
Dengan nilai kekayaan lebih AS$2 bilion menurut Forbes, Saleh Kamel ialah pengerusi Kumpulan Dallah al Barakah, antara konglomerat terbesar di Timur Tengah. Beliau terkenal dalam mempelopori industri kewangan Islam, dan menggalakkan pertumbuhan perbankan Islam di seluruh dunia. Anaknya baru-baru ini menyumbang AS$10 juta kepada Universiti Yale di Amerika Syarikat untuk menumbuhkan sebuah institut perundangan Islam.

Alwaleed al-Ibrahim
Alwaleed al-Ibrahim ialah ketua pegawai eksekutif MBC, syarikat penyiaran komersial yang paling berjaya di Timur Tengah. Beliau juga melancarkan Al-Arabiya pada 2003 dalam usaha menyaingi badan penyiaran Al-Jazeera yang berpusat di Qatar..sumber.


Putera Turki yang punya kaitan dengan 1MDB antara ditahan kerana rasuah
Kerajaan Arab Saudi telah menahan 11 orang putera raja dan beberapa orang menteri kanan pula disingkirkan Sabtu lalu dalam suatu siasatan oleh jawatankuasa anti rasuah yang baru ditubuhkan.......Menurut laporan Reuters, antara yang ditahan ialah Putera Turki bin Abdullah, pengasas syarikat Petrosaudi yang punya kaitan dengan 1MDB. Bekas gabenor wilayah Riyadh itu ditahan atas dakwaan rasuah berhubung projek Riyadh Metro kerana didapati memanfaatkan kedudukannya memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat yang ada hubungan dengannya, menurut laporan itu lagi.



Dalam satu kenyataan kepada agensi berita Saudi, SPA, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dilaporkan berkata, beliau menyambut baik penubuhan jawatankuasa anti rasuah tersebut bagi membasmi “eksploitasi mereka yang berjiwa lemah, yang meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan awam untuk mendapatkan wang”.. sumber .



Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia ! Wira kepada sesebuah cerita adalah kebenaran.
Kebenaran yang berpihak kepada pihak yang berkuasa bukan kebenaran sebenarnya. Tetapi kepalsuan. Kerana yang benar telah dipalsukan semau-maunya.


Demokrasi sudah menjadikan seperti termometer, di mana para pemimpin yang berkuasa sentiasa berusaha untuk menukar suhu nya. 

Bagi orang miskin pula, kekayaan dan kekuasaan adalah nikmat yang tidak terhingga. Manakala yang ada sedikit kuasa melengkari dirinya berusaha menompokan lagi 'harta' dari jalan yg mudah dgn RASUAH dan mencuri harta rakyat. 

Rasuah tidak memilih mangsanya. Lagi Kaya, lagi kuat rasuahnya. Rasuah 'membunuh' sifat 'Rajin' manusia hanya disebabkan 'kuasa' yang 'besar' yang ada pada ahli politik, pemimpin atau 'kleptokrat' sesebuah negara itu.

Undang-Undang akan digubal, dirangka berbagai cara bagi tujuan melindungi para 'kleptokrat' dan Penyamun harta rakyat. Itulah yang dimaksudkan oleh TACITUS sewaktu kegemilangan Roman Empire dulu. 



Posted by Md. Tanjong at 11pm 7/11/2017 




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?