Banjir, P.Pinang dan Lebai Dumgu - 2 Video

Tindakan seorang Bilal Surau Taman Free School di Jalan Mesjid Negeri, Georgetown P.Pinang menumpangkan sekumpulan lelaki dan perempuan cina di surau terbabit selepas rumah dan kediaman sekitar dilanda banjir yang boleh mengancam jiwa dan nyawa, patut sangat dipuji dan kita seharusnya berlapang dada dengan tindakan Bilal ini. Tindakan ini sebagai tindakan yang terpuji dan penuh teladan akhlak Islam. 

Inilah 'Tasamuh Islam' | صور من التسامح في الإسلام مع غير المسلمين | dgn bukan Islam. Baca pautan itu. Masyarakat Islam adalah sebuah masyarakat yang berdasarkan doktrin tertentu, yang mana sistem, peraturan, etika dan etika muncul, ini adalah istilah Islam. Ini ada lah istilah masyarakat Islam yang mengadoptasi Islam sebagai cara hidup, perlembagaan untuk pemerintahannya dan sumber undang-undang dan bimbingannya dalam segala hal kehidupan. Sosial, material dan moral, domestik dan antarabangsa. Tetapi ini tidak bermakna bahawa masyarakat Islam diperintah oleh penghapusan terhadap semua unsur yang hidup di dalamnya, lalu ia mengutuk agama selain daripada Islam ! Ini bukan cara Islam seperti lebai2 PA$ yang sering mengutuk orang2 bukan Islam terutama DAP misalnya.  
| الإسلام دين اليسر والسماحة لا دين العنف والإرهاب | Islam adalah agama toleransi dan mudah bertoleransi, bukan agama Keganasan dan Ganas.

Cerita berkaitan telah menjadi panas. Kenyataan seorang yg konon nya seorang 'ustaz' bernama Zamihan Mat Zain marah2 gara-gara tindakan bilal tadi membenarkan sejumlah orang bukan Islam menumpang di surau berkenaan. Aku perturunkan satu komen yang dikira menarik di media sosial oleh | Awang | Abe Awang Malaya .


Puak manusia yang lebih bodoh dari lembu! Orang UMNO pun, mereka tak pernah politikkan hujan lebat yang menyebabkan banjir.... Paling teruk pun mereka cuma kelepek sardin dan beras kat pusat pemindahan banjir je. Tapi main dengan puak-puak lebai sesat ni, mereka politikkan kejadian banjir di Penang habis-habisan... Tak pernah berlaku dalam sejarah, orang Melayu menunjukkan kebodohan sampai setara ni.... Apa masalah...? Sekarang dah masuk musim tengkujuh.... hujan lebat adalah perkara biasa di hujung-hujung tahun ni. Bila hujan lebat, berlakulah banjir.... apa yang peliknya...? Kelantan pernah banjir, Terengganu pernah banjir, Johor pernah banjir, Kedah pernah banjir, Selangor pernah banjir, Pahang pernah banjir, Thailand pernah banjir, Filipina pernah banjir, India pernah banjir, banhkan di Mekah pun pernah kena banjir...! air melimpah sampai ke dalam Masjidil Haram tepi Ka'bah...! Apa masalah..? Sejak Francis Light membuka Penang dalam tahun 1786 dulu, sampai kepada zaman Pemuda PAS berjaya memacakkan bendera bulan di atas tanah rezab jalan dan menaklukinya pada tahun 2017 ini, entah berapa ribu kali berlaku kejadian banjir di tanah Malaya ini, tetapi tidak pernah ada seorang pun yang pergi report polis, dan tidak pernah ada satu parti politik pun yang mengejek, mempersendakan dan menuduh parti lawan sebagai punca hujan lebat dan banjir.... . Bahkan ada yang bersorak menganjing penganut agama lain kononnya Allah telah menurunkan bala kepada pihak yang tidak menyokong partinya dan ulamaknya. Seingat saya, sejak saya mula mengenal yang mana ayam yang mana itik, yang mana kambing yang mana lembu, saya tak pernah jumpa puak manusia yang lebih bodoh dari lembu macam puak PAS sekarang ini. Hisss, tak buleh tebeng main aku... Kalu bodo sikit-sikit tu, kelakar lah jugak.... Tapi kalau bodoh melampau gini, naik menyampah lah pulak.... bukan bodoh lagi dah, tapi sesat...!!! *AAM*

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
" Zamihan marah tindakan seorang bilal membenarkan mangsa banjir yang bukan Islam menumpang di surau.... Ini ajaran agama apa..? Ini bercanggah dengan ajaran Islam....

Tunjukkan keterangan dari Qur'an atau Hadis Nabi SAW bahawa tindakan bilal itu melanggar larangan agama, dan saya akan bentangkan dalil dan hujah bahawa bilal itu betul, mu yang salah..!

Ustaz-ustaz PAS....? ada berani...?

Puak manusia yang lebih bodoh dari lembu!

Orang UMNO pun, mereka tak pernah politikkan hujan lebat yang menyebabkan banjir.... Paling teruk pun mereka cuma kelepek sardin dan beras kat pusat pemindahan banjir je.

Tapi main dengan puak-puak lebai sesat ni, mereka politikkan kejadian banjir di Penang habis-habisan... Tak pernah berlaku dalam sejarah, orang Melayu menunjukkan kebodohan sampai setara ni.... Apa masalah...? Sekarang dah masuk musim tengkujuh.... hujan lebat adalah perkara biasa di hujung-hujung tahun ni. Bila hujan lebat, berlakulah banjir.... apa yang peliknya...? Kelantan pernah banjir, Terengganu pernah banjir, Johor pernah banjir, Kedah pernah banjir, Selangor pernah banjir, Pahang pernah banjir, Thailand pernah banjir, Filipina pernah banjir, India pernah banjir, banhkan di Mekah pun pernah kena banjir...! air melimpah sampai ke dalam Masjidil Haram tepi Ka'bah...! Apa masalah..?

Sejak Francis Light membuka Penang dalam tahun 1786 dulu, sampai kepada zaman Pemuda PAS berjaya memacakkan bendera bulan di atas tanah rezab jalan dan menaklukinya pada tahun 2017 ini, entah berapa ribu kali berlaku kejadian banjir di tanah Malaya ini, tetapi tidak pernah ada seorang pun yang pergi report polis, dan tidak pernah ada satu parti politik pun yang mengejek, mempersendakan dan menuduh parti lawan sebagai punca hujan lebat dan banjir.... . Bahkan ada yang bersorak menganjing penganut agama lain kononnya Allah telah menurunkan bala kepada pihak yang tidak menyokong partinya dan ulamaknya.

Seingat saya, sejak saya mula mengenal yang mana ayam yang mana itik, yang mana kambing yang mana lembu, saya tak pernah jumpa puak manusia yang lebih bodoh dari lembu macam puak PAS sekarang ini. Hisss, tak buleh tebeng main aku... Kalu bodo sikit-sikit tu, kelakar lah jugak.... Tapi kalau bodoh melampau gini, naik menyampah lah pulak.... bukan bodoh lagi dah, tapi sesat...!!!
*AAM*


"Kecamlah, Saya Tak Kisah" - Bilal Pelawa Bukan Islam Menumpang Di Surau

Gambar kecil - Bilal Surau Taman Free School, Sapno Tukijo, 50, menceritakan kejadian beliau menyelamatkan mangsa banjir sekumpulan lelaki dan perempuan Cina dan ditempatkan di Surau Taman Free School.

“SAYA tak kisah apa orang kata, yang penting nyawa mereka dapat diselamatkan,” kata bilal surau Taman Free School, Georgetown mengulas mengenai foto yang viral selepas sekumpulan lelaki dan perempuan cina yang menumpang di surau terbabit.

Sapno Tukijo, 50, berkata, jumlah sebenar mangsa yang ditempatkan di surau terbabit yang terdiri daripada kaum Cina dan India adalah seramai 70 orang yang juga penduduk kampung sekitar Lengkuk P Ramlee yang terjejas kerana banjir awal pagi, semalam.

Malah ia sendiri cuba menyelamatkan penduduk yang ketika itu mahu menumpang di tokong berhampiran kampung mereka.

"Tokong terbabit terletak hanya beberapa meter di seberang jalan dan saya cuba membawa mereka dengan mengikat tali di kedua-dua tiang elektrik.

"Bagaimanapun usaha itu gagal kerana air deras dan naik mendadak hingga paras dada dan saya sendiri mempelawa mereka menumpang di surau," katanya.

Menurutnya, pada mulanya semua mangsa segan kerana menghormati surau namun saya terpaksa menjelaskan kepada mereka berhubung situasi yang dialami ketika itu.

"Mereka akhirnya akur dan menumpang di surau ini malah ada yang tidak berbaju kerana keluar sehelai sepinggang ketika itu.

"Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu namun saya rasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka yang tidak tahu ke mana arah hendak dituju," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2017 @ 5:20 PM.. (Harian Metro)

Bilal kepada pengkritik, 'saya tak ambil peduli'
Nov 9, 2017
Bilal Surau Taman Free School di Georgetown, Pulau Pinang Sapno Tukijo tidak begitu ambil peduli mengenai kata-kata orang yang mengkritik beliau mempelawa orang bukan muslim masuk ke surau untuk menumpang di surau berkenaan..KiniTV



Penceramah kontroversi Zamihan Mat Zain ber kata kejadian masyarakat Cina menumpang berteduh di sebuah surau di Georgetown, Pulau Pinang ketika banjir besar tidak sepatutnya berlaku. Katanya, situasi itu masih tidak boleh dikelaskan sebagai darurat.Dalam kenyataan di Facebooknya, Zamihan berkata pihak pengurusan surau itu perlu mengingatkan mereka dengan adab dan syarat bagi menjaga kesucian masjid. Beliau turut berkongsi kembali gambar tersebut dengan teman dan pengikutnya di media sosial itu. Sementara itu, Zamihan juga membentangkan beberapa hukum sama ada orang bukan Islam boleh masuk dan duduk dalam masjid.

Antaranya, berdasarkan pandangan iman Shafie, hukum asal membolehkan perkara itu dengan keizinan dari orang Islam yang baligh dan berakal (pemerintah) sekalipun orang kafir tersebut dalam keadaan junub kecuali Masjidil Haram.Dlm perkembangan terkini di sebelah petangnya, tulisan itu tidak lagi kelihatan, kemungkinan dipadam...| Continue reading »

Ulasan -  
Apa punya mankarq punya turrrrrrrrr lebai nie. Nak tunggu 'darurat' sampai tara mana? Hang bukan ada di tempat kejadian di situ.Hang main sedap cakap dari jauh saja. Mulut capoi macam nie memang sedap 'kutuk' orang. Tunggu rumah hanyut ke laut baru nak kira nak kompom kata darurat? 

Ahli kariah dah cakap air dah sampai paras dada.Dia orang pun tak nak berlindung kat surau sebab hormat tempat ibadat orang Islam ! Itu dah kira darurat laa tu. Apa salah kita tolong menolong sesama insan. Zamihan nie ingat darurat tu penang dah tak ada dalam peta kut?, baru nak cakap darurat? Katanya, lebai nie Pengerusi ASWJ? Takkan 'Wal Jamaah' pun tak faham? KAHKAHKAH 

Sudah-sudahlah Syeh ! jangan asyik mencari kesalahan orang. Kita harus sama-sama berganding bahu membantu mangsa tanpa mengira bangsa dan agama. Sifat belas kasihan dan saling bantu membantu merupakan nilai murni yang terkandung dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w..


| Kami bantu semua ciptaan Allah, termasuk anjing 


Pengarah Surau Sekolah Free School, George Town, Zakaria Malik hari ini berkata pihak pengurusan surau tidak akan mengusir sesiapa termasuk anjing kerana semua makhluk ciptaan Tuhan.

“Bukan setakat manusia tapi anjing pun kami selamatkan dan dibiarkan di perkarangan surau sehingga air surut kerana anjing pun ciptaan Allah,” katanya di Facebook. Dalam kenyataan itu, Zakaria menyuarakan penghargaan kepada ahli jawatankuasa surau dan penduduk Taman Free School yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir.

 “Saya amat berbangga mempunyai ahli jawatankuasa dan penduduk yang memberi bantuan di masa yang amat genting, bilal dan anak kariah yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa di waktu yang sangat genting, antara jam 3.00 pagi hingga 5.00 pagi, bergelut dengan air yang deras menggunakan bot tanpa enjin.

“Kalaulah di waktu itu ada orang ambil gambar, barulah orang-orang yang beri komen negatif akan faham keadaan sebenar kenapa orang-orang yang diselamatkan ditempatkan di surau. |  sumber .


| 'Nasib baik encik bilal tolong |

'Nasib baik encik Bilal tolong...'
Nov 7, 2017
"MULANYA saya sebagai Cina rasa ragu-ragu juga, tapi encik bilal cakap nyawa lebih penting...tak boleh tunggu lagi."Jadi, kami semua termasuk orang tua dan budak terus masuk ke dalam surau," kata Lee Swee Cheng, 50, penduduk di Lengkuk P Ramlee yang terpaksa menumpang surau Taman Free School, Georgetown kerana rumah mereka dinaiki air, Ahad lalu...Harian Metro  
Kita disuruh buat baik kepada haiwan, apatah lagi manusia. Kerna mereka yang tidak berada di zon banjir mungkin tak nampak mereka yang sedang alami kesukaran bergelut antara nyawa dan harta. Nyawa diutamakan. Zamihan ini tidak melihat keindahan Islam itu sendiri. Dia melihat Islam dalam konteks yang sempit dan dangkal, sebab itu apa yang keluar dari mulutnya bukanlah sesuatu yang berlandaskan nas-nas atau dalil yang sarih ! Dia hanya melihat dari jauh sahaja lalu menjatuhkan hukum tanpa usulperiksa dengan teliti. Islam itu INDAH, Bukan jumud dan pasif dan lebai sahaja yang terkial2 mencari dalil sana sini utk mewajar kan apa yang dituturkan itu. Akhirnya lebai mencari helah lain untuk tidak dilihat lebai seorang yang 'dungu' dalam pertimbangan kata-katanya sendiri.

SEKITAR BANJIR 
NOVEMBER 2017 DI P.PINANG
Feri pun terlajak ke darat
Kerosakan yang perlu segera diatasi
Sebatang jalan digenangi air

Awan Kedah turut membantu menyediakan makanan kepada penduduk.
Rawatan percuma turut disediakan oleh doktor sukarelawan dari Pakatan Harapan kepada mangsa banjir bagi memastikan kesihatan mereka baik.
Mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan.
Anggota misi bantuan AMANAH komited bantu mangsa banjir
Faiz Fadhil bersama pemuda AMANAH Perak di sekitar Kg Permatang Rawa dan Kg Petani dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.
Tun M melawat mangsa banjir di Pulau Pinang. 
ISLAM adalah AGAMA RAHMAT DAN BERTOLERANSI
AGAMAKU .. ISLAM
Bukanlah agama melampau, berwajah jengkel serta Pendapat yang Melampau TETAPI Agama aku (ISLAM) Itu ialah Agama Rahmat, Mahabbah, Penuh Senyuman, Toleransi, Persaudaraan dan KEMULIAAN AKHLAK.
ISLAM adalah agama (deen) yang khair yang baik yang menyeru dan yang menganjur KEBAIKAN Lil'alamin seluruhnya.
هو دين الخير للعالمين جميعاً مؤمنهم وغير مؤمنهم، لا يجحد ذلك إلا من جهل الحقيقة
،
Islam adalah agama (deen) satu cara hidup yang baik bagi sakalian alam samada kepada mukmin (yang beriman) dan yang tidak beriman, maka kita tidak boleh nafikan hanya kerana kejahilan terhadap kebenaran yang dibawa Islam itu. |  لا يجحد ذلك إلا من جهل الحقيقة | Semua itu tidak boleh ditolak (dinafikan) melainkan oleh orang yang jahil terhadap kebenaran |

Lihat lagi di Surah Yusuf ayat 40  |

قال تعالى:
(ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ)
| Maksudnya: 'Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui'..ayat 40 Surah Yusuf.





Posted by Md Tanjong at 1.40am 12/11/2017




Comments

  1. Maksudnya zamihan ni dia sanggup tengok org mati termasuk org tua dan kanak2 dpd nak tolong hanya kerana berlainan agama. Aku dah kata..naluri membunuh org dlm jiwa ustaz2 PAS dh makin menebal...
    -Mat Safian

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?