Pelik Tapi Benar, PAS Makin MengeluPA$.- Video

PA$ bukan saja makin pelik malah makin sasau & berseghabut. Bukan saja Rafizi yang menyuarakan kemelut lebai2 ini yang tidak memahami apa itu se benarnya 1MDB?? 

Turut sama bersuara dgn sikap lebai yg baru cuba hendak memahami 1MDB ini ialah Khairuddin Abu Hassan selaku KoordinatorDeklarasi Rakyat. Beliau dengan sinis 'membedal' Pas dengan mengatakan, ' Saya ingin 'mengangkat topi' kpd arul kanda kandasamy yang telah berjaya mem perbodohkan timbalan presiden serta 30 ahli jawatankuasa pusat Pas semalam'. Lihat & baca lagi di sini

Yang lagi pelik bila TITM kata 1MDB bagai nasi yang sudah menjadi bubur. Baca kenyataan beliau di sini , Bubur apa tu? bubur kanji ke bubur sora? KahKahKah.

Mana tak peliknya, kata berpuashati bila jumpa ke Kanda, lepas tu habaq kata dah jadi buborq.Dalam pada itu, Lebai PAS mengharapkan supaya 1MDB perlu diberi peluang untuk menyelesaikan segala hutang yang ditanggung oleh 1MDB dan pada masa yang sama kita berusaha menumbangkan BN agar mereka yang meninggalkan hutang 1MDB untuk ditanggung rakyat dan kerajaan dapat dibawa ke muka pengadilan......Sikit punya kamjat ke Lebai nie? Bila masa hang lawan Umno nie? Sudahlah lebai jangan merepet jangan lebong lebih lebih, orang dah tahu 'akai' hangpa. Nasik jadi buborq kononnn ! Bubur basi tu laa yg lebai duk pulun 'hirup' siang malam sampai kena kapurr dengan Ke Kanda pun 'berpuashati'. Puas hati tang mende lebai? Video Lebai2 berpuashati tu boleh la tonton di (https://youtu.be/9Fmdwjje_vs?t=71).

Kata Lebai lagi, perlu ada pemantauan ke atas syarikat-syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih aset dan hutang 1MDB itu. KAHKAHKAH Pemantauan? Lebai nak mantau? Silap haribulan lebai kena 'santau sintau' Lebai mana nak mantau nie?
Berapa orang Lebai dalam Pas yang punya alat 
atawa 'Tool' koperat untuk mengukur keabsahan
proses rasionalisasi 1MDB tu? Tah 'rasionalisasi' ini pun lebai tak hadham tak paham? lawaklah lebai nie..Sakit perut aku nie wahai lebai ! Apa pula laa yang hangpa pi riwayat kat segala walaun hangpa tu? KAHKAHKAH

Khulasahnya, UBN hanya mahu gunakan PAS untuk mengurangkan kritikan rakyat terhadap segala penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB. Itu pun lebai tak paham lagi. PA$ dan Lebai2nya makin mengelupas...Hehehe


Rafizi : Andainya ini yang diterangkan oleh Arul kepada PAS, adakah anda sebagai RAKYAT juga akan "BERPUAS HATI?"

Pelik Tapi Benar Kisah Dalam PAS.


Saya membaca beberapa kali laporan mengenai taklimat 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi PAS.

Pelik Tapi Benar Kisah Dalam PAS. Saya juga menonton rakaman sidang media oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, untuk memastikan saya tidak tersalah dengar.


Kesimpulan yang dibuat oleh kepimpinan PAS selepas taklimat itu dilaporkan seperti berikut:
Bahawa PAS berpuas hati dengan proses rasionalisasi 1MDB; Bahawa PAS berasakan perlu ada pemantauan ke atas syarikat-syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih aset dan hutang 1MDB itu.


Saya tidak pasti sama ada pimpinan PAS yang hadir dalam taklimat itu faham apa makna proses rasionalisasi 1MDB yang dihukumkan sebagai “memuaskan” itu.

Pelik Tapi Benar Kisah Dalam PAS

Proses rasionalisasi 1MDB seperti yang dijaja oleh Arul Kanda dan pimpinan Umno/BN ialah proses memindahkan hutang-hutang 1MDB kepada syarikat-syarikat milik penuh kerajaan melalui MOF Inc.


Segala yang diterangkan oleh Arul Kanda itu sudah pun diketahui umum dan melibatkan perkara-perkara berikut:

Menjual aset-aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan dana yang dibayar itu akan dapat mengurangkan hutang 1MDB disamping memindahkan hutang-hutang lain yang diwarisi semasa 1MDB membeli asetnya kepada pembeli baru itu. Contohnya, penjualan Edra kepada syarikat milik kerajaan China; Menjual aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan pembangunan di tanah-tanah itu akhirnya akan membawa keuntungan yang sebahagiannya akan dikongsi oleh kerajaan Malaysia suatu ketika nanti. Penjualan itu juga diharap akan dapat membawa dana untuk membantu 1MDB mengurangkan hutangnya.

Contohnya, penjualan tanah di Pangkalan Udara Sungai Besi kepada syarikat swasta dan syarikat milik Kerajaan China untuk dibangunkan menjadi Bandar Malaysia.

Menjual aset-aset negara kepada tabung-tabung dana rakyat pada harga yang berkali ganda mahalnya atau memindahkan operasi tabung-tabung dana rakyat ke pembangunan baru yang diusahakan 1MDB walaupun tidak ada keperluan tabung-tabung tersebut membelanjakan wang untuk ibu pejabat yang baru.

Contohnya, penjualan tanah kepada Tabung Haji dan keputusan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) untuk membina ibu pejabat baru di Tun Razak Exchange; Memindahkan anak-anak syarikat 1MDB yang dibebani hutang kepada kerajaan sepenuhnya dan mewarisi hutang-hutang tersebut.

Contohnya, SRC International Sdn Bhd dipindahkan kepada MOF Inc dan mewarisi hutang RM4 bilion yang kini ditanggung rakyat.

Sebab itu saya ingin bertanya kembali kepada kepimpinan PAS: apabila mereka berpuas hati dengan kemajuan proses rasionalisasi itu, adakah mereka bersetuju dengan kaedah memindahkan hutang 1MDB kepada rakyat, sedangkan wang yang dipinjam oleh 1MDB itu telah jelas lesap dan diselewengkan untuk membeli harta-harta mewah.

Pelik Tapi Benar Kisah Dalam PAS


Di mana baiknya tindakan-tindakan merompak wang rakyat, kemudian menjual harta-harta rakyat untuk menutup lubang hutang setelah hutang-hutang itu dipindah milik kepada kerajaan?

Pada masa sama, kerajaan terpaksa mengutip cukai yang baru (GST), meningkatkan kutipan cukai sedia ada sehingga orang yang mati pun masih perlu membayar cukai dan memotong perbelanjaan-perbelanjaan penting seperti pendidikan dan kesihatan?

Saya kecewa dengan kenyataan Tuan Ibrahim dan pendirian pimpinan PAS itu kerana akan dijadikan modal oleh Umno/BN untuk menghalalkan tindakan memindahkan hutang kepada rakyat.

Sewajarnya, apabila pengurusan 1MDB menawarkan untuk memberi taklimat, Tuan Ibrahim mengambil peluang itu untuk membawa Arul Kanda berhadapan dengan parlimen kerana selama ini beliau mengelak daripada hadir menjawab soalan-soalan anggota parlimen, terutamanya daripada pembangkang.

Pelik Tapi Benar Kisah Dalam PAS. Saya menasihatkan pimpinan PAS supaya lebih berhati-hati dan tidak terperangkap dengan permainan propaganda Umno/BN yang hanya mahu menggunakan PAS untuk mengurangkan kritikan rakyat terhadap penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB.

Rafizi Ramli
Naib Presiden PKR
Ahli Parlimen Pandan




Rafizi kecewa 
dengan Tuan Ibrahim 


SISIPAN SEMPOI 1MDB.

Tak ada kaitan? Pada 31 Oktober 2016,  kerajaan juga mengatakan hutang 1MDB tiada kaitan dengan kerajaan. Inilah auta segala auta ! lu sendiri pikior ler! Baca sini dan sini . Mana boleh tak ada kaitan?  

Sudah jadi bubur caca-marba dan kenyataan  dikeluarkan pun lintang pukang. 


Kita tunggulah tarikh tu boleh bayar ke tidak? P.Ramlee kata, cek tu pun nanti 'spring' juga Salleh ! (adegan dalam Anak Bpa).


Bermasalah sungguh 1MDB nie !


Huh ! Glamer habih satu em dee bee nie bro!

Apa pun dengan dakwaan DoJ ini, mafhumnya ialah Malaysia akan terus dimalukan oleh Dunia.
Kalau ini benar yang AS dah mulakan siasatan? Ada laa yang tak senang duduk? Dlm air-con pun berpeluh beb ! Agak agak Lebai PA$ boleh paham ke nie? Dulu Lebai kata yang ini campurtangan asing"? Lebai tak paham tu ! Siannn Lebai.
 
Laa Nie tak pepasai istilah 'kleptokrasi' nie jadi popular ! Mudah kalam 'kleptokrasi' itu ialah kerajaan pencuri yang mencuri duit rakyat untuk memperkayakan diri sendiri dan kelompok tertentu yang dekat dengan pemimpinnya. Boleh faham laa tu? Hahaha
Lebai Menyongsong Arus
Dalam Dewan Rakyat, puak2 lebai nie jadi waibee pasu bunga saja. Bila soklan ditolak speaker, kautim laa dengan speaker minta lepas soklan tu, kata jadi Penasehat Kerajaan sangat? Yang nie pun tak boleh nak setel? Penasihat ke Punahsehat?

Dunia koperat bukanlah dunia Lebai. Matematik pun failed ada hati nak cakap pasai 1MDB. Hahaha.


Kalo dengan UMNO, semua Lebai berpuas hati? Tidak ada yang tidak puas, melainkan semuanya puas belaka. KahKahKah.

Padan pun Lebai sokmo berpuashati? Lebai punya utang di Klate pun nala punya tinggi. Puashati? Hahaha


Pasu Bunga - Boleh gantung, boleh letak, boleh susun, macam-macam boleh..ikut suka depa laa.. Bunga pula ada berduri, ada tak berbunga pun, ada harum, bunga taik ayam tak wangi langsung.... Pasunya pula laa nie banyak plastik..tiga kali salin tanah, lemparq buang laa pasu tu ! KahkahKah.

| Posted By Mat Tanjong at  3.47pm .



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?