3% Hilang, 'BYE BYE ! LEBAI !

Kononnya kajian IDE sifatkan AMANAH hanya dapat sokongan 1% rakyat saja. Manakala seorang Lebai PA$ yg kononnya 'Pakar Analisis' lagi teruk membuat ulasan dgn menyebut sokongan kepada Amanah hanya tinggal 0.5% saja Malaysiakini .

Kajian dan analisis ini bagi aku hanya sebagai 
' perang saraf ' saja utk melemahkan lawan mereka dan tidak ada apa sangat dengan kenyataan seperti ini. Kalau nak bohong pun, jangan sampai kajian de so called 'pakar lebai' tu jadi telorq kemuruk yg nanti hinggap di muka lebai pakar nie pula.

Manakala kajian IDE pula dilihat memihak kepada PKR kerana kajian ini dilakukan oleh susuk yang ada kepentingan di Selangor sendiri. Selaku TNC di Unisel sudah cukup untuk kita mengandaikan wujud 'bias' dalam kajian ini. Kemaraan Amanah kiranya boleh diandaikan 'menggugat' situasi dan kedudukan mereka di Unisel itu sendiri? Kajian ini semua tiada 'class' No Class at all de cost bro!

Semua rentetan kajian dari PA$ dan IDE sendiri adalah percubaan untuk perlekehkan Amanah bagi menunjukan kepada massa bahawa sokongan kpd lebai dan PKR masih stabil? Tetapi mereka lupa di Kelantan sana sokongan kepada AMANAH bagai TSUNAMI yang melanda. Pengaruh PKR terlalu kurang bahkan tidak ada lagi di sana. Lebai Pas pun termengah2 cari tempat bergayut.

Inilah punca nya kenapa mereka sangat 'geram' kat AMANAH. Mereka merasakan K'lantan sedang dilanda garuda bernama AMANAH dan peluang untuk Lebai dan walaun kekal di sana bagai telur di hujung tanduk. 

Di Sik Kedah umpamanya dan di lain2 tempat di seluruh negara Amanah bangkit dengan penuh ber gaya. Semua ini sebolehnya cuba disorokan oleh Lebai dari segala walaunnya agar Pas sendiri tidak membarah parah. Contohnya sejak 2016 lagi, amanah bukit katil kian diterima rakyat. Contoh lain bila mana Pengasas Pas Kedah Kawasan Singkir di Merbok Kedah sertai Amanah bayangkanlah bagaimana Lebai PA$ tak 'hot'? Itu baru dua tempat, cuba anda lihat video ini pula. Ini di kawasan panas di Ampang bro! 

Agaknya inilah sebab PKR membara kat Amanah. Lebai pula hari ini mahu rampas Ptg Pauh, Bukit A.Bangsa dan DUN Gombak yg disandang Azmin selain DUN Kajang. Begitu juga di Johor negeri lahirnya AMANAH, sangat meyakinkan terhadap penerimaannya, Pas sudah lemah lutut sekarang ini untuk berkembang di Johor. Layarilah F.Book Amanah Negeri Johor untuk lebih fahami.

Jadi cerita Lebai Q7 yg cuba perlekehkan pretasi Amanah kesuluruhan itu hanyalah helah lebai utk menutup kelemahan PA$ sendiri yang 'kemaghau' ahli mereka kerana ahli2 PA$ makin sadar putarq belit Chief Lebai dan lebai2 walaunnya yang ter sangat intim dan mesra Umno itu. Itu saja.

BAI BAI LEBAI !

PJ PAS Selangor, Sallehin Mukhyi berkata, parti Islam itu juga akan mencabar kerusi Parlimen Gombak yang dikuasai menteri besar Selangor itu sejak 2008.
Hilang 3 peratus sokongan sudah cukup untuk Pas Kelantan hilang kerajaan 

24 Ogos 2017 | ZIKRI ABDULLAH

Jika 3% undi yang diperolehi oleh Pas Kelantan dalam PRU 13 hilang dalam PRU 14 nanti, Kerajaan Pas Kelantan akan tersungkur, kata Naib Pengerusi AMANAH Kelantan Che Ibrahim Mohamad. Beliau mengulas kenyataan bahawa sokongan kepada Amanah hanya 0.5% seperti yang disebut oleh Ketua Pegawai Penyelidik dan Pakar Analisis Pas, Dr Zuhdi Marzuki.

"Antara faktor penyumbang kepada kehilangan 3% undi ini katanya termasuklah kebergantungan melampau Pas Kelantan kepada arwah Tok Guru Nik Aziz (TGNA) sehingga selepas kematiannya, menyebabkan ramai pengundi tidak berparti tidak lagi menyokong Pas.

"Pemimpin pengganti pula gagal meneruskan gaya pentadbiran almarhum terutama di sudut gaya hidup dan sikap yang ditunjukkan," katanya.

Katanya lagi, kelemahan tadbir urus sehinggakan hampir tiada apa apa dasar atau pendekatan baru pasca TGNA yang boleh memikat hati rakyat.

"Imej buruk yang ditonjolkan oleh beberapa pemimpin baru pas mengecewakan.

"Krisis pentadbiran kerajaan dan parti sehingga terpecatnya Dato Husam Musa dan penyingkiran dan penyisihan siapa saja yang dilihat sebagai " orang husam" dari lantikan politik dan jentera Pas,"ujarnya.

Menurutnya lagi, kelahiran Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bergabung dalam PH sebagai parti alternatif kepada Pas dan BN untuk mentadbir Kelantan.

Oleh itu persepakatan dan tawaran terbaik PH sebagai kerajaan baru Kelantan akan menjadi pilihan pengundi tidak berparti dan mereka yang kecewa dengan Pas dan BN.

"Kehilangan kepercayaan rakyat kepada Pas dan penolakan rakyat ke atas Umno dan BN akan membuka ruang seluas luasnya kepada Amanah bersama rakannya dalam PH mengambil tempat sebagai pengganti kerajaan Pas di Kelantan dan BN di Putrajaya," katanya.. | sumber .

SISIPAN MAKNAWI
Berunding pun mau lawan jugak ke atau rundingan Sudah Gagal? Padan dengan Al*Kartel. Hantamlah Lebai. Bukan hangpa tak besa buat? KahKahKah
Kalo dah rasa gagah, carry-on bro ! ramai walauns dah pindah kem, better try beb ! Mana tahu? kalau dapat 1 out of 41 pun kira gagah ler ! Ingat ! dulu ada PR, sekarang main acara solo. PA$ melePA$, Umno nanti yang Kebas. KahKahKah
Lebai dah mula 'berperang'. Berundinglah lagi Bro2 *Kartel..Lepas nie Lebai pergi lancar kat Gombak pula. KahKahKah
Kalo dah masuk puak lebai punya kem, nak runding kepala bana apa lagi.? Sombong Lebai tak bertempat. Padan laa dengan *Al Kartel tu pun ! KahkahKah
Tak ada kaitan? Hang cakap apa nie? PKR tu dalam komponen mana? Gagasan Blok ke tiga ke? Bukan Komponen PH? Cer tengok bawah ni..>
Lebai dah tak sudi ya al *Kartel ! Apa macam? Sedapppp? Al *Kartel yang kebulorq sangat kat Lobai, pada hal Lebai sikit pun tak pandang ! Go Go Go lebai Go kasi langgar Azmin punya seat..
Elok sama2 korang melingkup.. KahKahKah.
Presiden pun di kartelkan ! Kebarangkalian apa lagi Kak Wan? Lebai dah pukul gendang tu. Bacaan politik sempit dari Krew Kartel akhirnya telan ludah sendiri.
Ini baru namanya pemimpin. Ada prinsip..bukan kaki angguk.. *Pas & Kartel sama-sama musibat. 
INI BARU BETUL Nak Lawan UMNO BN. Bukan macam Chief Lebai nak ambik 5 negeri, yang lain bagi kat Umno? Lepas tu Lebai terus jadi KHADUMP Umno ! KahKahKah


Posted by Mat Tanjong at 2.05am


Comments

  1. Kartel tak kisah... sebab bukan Kartel yang kena maki sampai berbulu di rumah Chief Lebai.

    Kartel tak kisah... sebab bukan kerusi Kartel yang kena tuduh pengedar pil kuda oleh Chief Lebai.

    Kartel tak kisah... sebab bukan Kartel yang nak kena tanam di jirat cina oleh anak buah Chief Lebai.

    Kartel tak kisah... betul Kartel tak kisah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?