Perangai Jamal Dan Baju Merah Semakin Jijik Dan Jelik - Video

Jamal: Polis Tumbuk Saya...Jamal Akhirnya Dibelasah Hingga Pecah Hidung Di Ampang. Ingat kan kebal rupa-rupanya berdarah jugak hidung JAMAL SI BAJU MERAH..

Selepas kena 'belasah', Jamal khabarnya berjanji akan membayar setiap titisan darahnya yang tertumpah hari ini kerana ditumbuk dalam satu pergelutan pada konvoi Bersih di Ampang sini.. sementara itu bro, Maria berkata, ketua gerakan Baju Merah itu tidak berperikemanusiaan, selepas seharian pergelutan. Kah Kah Kah

Cerita 1

Usaha PKR untuk melonjakkan sokongan terhadap perhimpunan BERSIH pada Sabtu depan telah bertembung dengan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan kumpulan Gerakan Baju Merah pimpinannya.

Program bertemakan BERSIH yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua sayap wanita PKR bermula pada awal pagi dengan konvoinya melawat beberapa kawasan perumahan.

Pada dua hentian - rumah pangsa PKNS Tasek Permai dan Tasek Tambahan - Zuraida dilihat memberikan beberapa barangan seperti beras kepada para penduduk sementara menyeru untuk menyertai perhimpunan 19 November ini.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang di Tasek Tambahan apabila Jamal dan bersama kumpulan Baju Merahnya tiba.

Kedua-dua kumpulan dipisahkan oleh polis dan 'perang mulut' mula tercetus.

Jamal mendesak untuk berjumpa Zuraida dengan menuduhnya membayar untuk mendapatkan kira-kira 40 khidmat 'sukarelawan' yang berada berada di rombongan beliau.

"Kenapa bagi RM20 saja? Bagi la RM200 atau RM300 baru berbaloi," ujar Jamal.

Para peserta Baju Merah menjerit-jerit "Zuraida penipu" antara lainnya.

Zuraida, bagaimanapun, mengabaikan mereka dan terus menyerahkan barangan tersebut sebelum bertindak meninggalkan Tasek Tambahan untuk pergi ke Dewan Orang Ramai Sri Tanjung.

Jamal membuat kenyataan berunsur LGBT

Jamal dan kumpulan Baju Merah cuba untuk menjejaki mereka di sana tetapi dihalang oleh polis rusuhan.

Namun begitu, beliau enggan menyerah kalah. Dia menghampiri dewan melalui bangunan pra-sekolah yang terletak bersebelahan. Walaupun terpisah oleh dinding, Jamal mula mengejek kumpulan PKR yang berpakaian kuning.

Antara kata-kata yang dilemparkan, Jamal dan orang-orangnya menuduh pengikut Zuraida sebagai tidak heteroseksual.

"Banyak yang jambu-jambu di kalangan mereka," tambahnya sebelum mengetuai peserta Baju Merah melaungkan 'LGBT'..sumber.



Malu bro ! Perangai Baju Merah makin bahaya... semua ini kerana ada yang jadi dalangnya dari atasan Ameno ! Kalau tidak Pak Yet Merah nie, tobat tak berani tunjuk lagak sebegini adanya.....


Cerita 2

Darah Jamal 'tumpah' di Ampang


Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.

Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.

Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.

Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.

"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).

"Saya akan cincang mereka," katanya.

Bagaimanapun melalui rakaman video, ketika kekecohan itu berlaku Jamal didengar berkata: "Polis tumbuk saya!" berkali-kali..
~ sumber.




Tegang! Jamal 'baju merah'
ditumbuk berdarah ketika cuba merempuh polis

Published on 13 Nov 2016
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia,
Jamal Md Yunos ditumbuk ketika bergelut untuk
mengejar peserta BERSIH 5 di Ampang.
Suasana menjadi tegang seketika apabila
 peserta baju merah diketuai oleh Jamal cuba
mengejar Ahli Parlimen Ampang dari PKR,
Zuraidah Kamaruddin yang mengedarkan
 'flyers' BERSIH kepada orang ramai.


Mana satu betul nie bro? Baju Merah boleh pusing-pusing ke? Tak Macho laa macam nih?Kah Kah Kah


Baju merah tua tunjuk kuat (budak jamal tongkol)  Published on 12 Nov 2016
Video ini jelas menunjukkan sikap ganas geng baju merah. Demer pengecut. Takut dikenali. Pakai tutup muka. Sifat pengecut ini terserlah apabila demer ramai-ramai keroyok seorang peserta Bersih 5. Ramai-ramai yer...bukan 1 lawan 1.


Terkini..di Cheras, konvoi BERSIH5 telah di ganggu oleh si bangsat beruk2 merah binawe ni. Perangai dah macam setan dahh..
Apapun SYABAS kerana peserta konvoi BERSIH yang sering menjadi mangsa keganasan melampau puak extremist bangsat AMENO ni kerana masih mengelak untuk merendahkan taraf mereka sebagai masyarakat sivil kepada binatang melata..


Kejadian di Hulu Langat pagi tadi. #KonvoiBersih dihentikan oleh Baju Merah UMNO. Seorang petugas keselamatan dan ketua koordinator ditumbuk.

Jelas kelihatan. baju merah UMNO berani nak buat provokasi, tetapi takut pula dirakam oleh camera dan menutup muka dengan kain.

Kekacauan turut sedang berlaku di Rawang dan Ampang, diketuai oleh ketua gangster negara Jamal Yunos. Semalam di Labuan, Tanjung Malim, dan Bangi.


Tolak keganasan, tolak intimidasi!

Skandal korupsi terbesar 1MDB perlu diselesaikan. Perubahan politik dan institusi negara perlu dilakukan!
1. Pilihan Raya yang Bersih
2. Kerajaan yang Bersih
3. Memperkukuh Demokrasi Berparlimen
4. Hak Membantah
5. Memperkasa Sabah dan Sarawak


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video