Muhyiddin Yasin cetuskan persoalan ketika hampir menjelang Konvensyen PH ?

Dalam Pas, yang ada adalah tunggul-tungul tua dan lama dan dah nak mereput pun ! Kerangka dan fikrah 'mind set' mereka terlalu jumud, beku dan statik untuk melihat rencana rakyat terbanyak yang mahukan perubahan besar menolak Umno dan BN ketepi dalam memacu negara ke arah lebih cergas, dinamik serta dpt mengembalikan segala kesilapan besar angkara beberapa kerat pemimpin mereka yg bernafsu besar hingga setiap rencana besar mereka selalu gagal.

Ketika Pakatan Harapan sudah mula di terima baik oleh rakyat, Bersatu lahir untuk semarakan lagi politik pembangkang di persada ini. Dalam waktu Pas sudah tidak lagi diterima oleh pembangkang kerana sikap mereka yang berpusing-pusing dalam tutur kata dan tindakan mereka ketika berhadapan dengan Amanah dan DAP serta menjadikan Umno sebagai rakan sekutu tidak rasmi mereka, Tok Din (Muhyiddin Yassin) pula dilihat hadir dalam program Pas dan sepentas dengan Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari dari PKR selain pemimpin Pas Selangor Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi. Untuk apa semuanya ini? Tok Din memang kacau daunlah. Seperti kata Ronnie Liu , kehadiran Muhyiddin dan Yaakob dilihat seolah - olah menguji kesabaran Amanah dan DAP.

PKR ni sebenarnya pro PAS atau pro Pakatan Harapan? Kalau hangpa betul-betul dalam PH, jangan sesekali mengkhianati PH dengan pergi program PAS tanpa mendapat mandat drpd PH terlebih dahulu.Adakah PKR masih lagi tidak yakin dgn kekuatan sendiri untuk memang pilihanraya tanpa PAS? PKR pula tidak mahu menghapuskan persepsi bahawa PKR itu sebenarnya mahu menggunakan jentera PAS untuk menang ? Hangpa ingat Pas bodoh ke senang-senang nak bantu hangpa?

Esok Pakatan Harapan akan adakan Konvensyen mereka yang julung kalinya, Kalau inilah sikap biang keladi PKR dan Tok Din? Tunggulah, pengundi cerdik akan hukumkan kamu ! Wala'uns Pas pun tak kebuloq nak undi kamu berdua. Kita nak tengok apakah Tok Din nak hadir atau tidak di Konvensyen esok bro, dan Yaakob Saparimemang orang 'boboi' yang sekian lama tak boleh lekang dari Pas? Kah Kah Kah.


Menjelang Konvensyen PH: Kehadiran Muhyiddin dalam program Pas cetus persoalan

Adakah Muhyiddin masih berharap Pas akan menyertai Pakatan Harapan?
Menjelang Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini, kehadiran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program Ceramah Umum anjuran Pas di Sijangkang, Selangor malam tadi mencetuskan persoalan banyak pihak.

Turut dilihat hadir dalam program itu Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari dari PKR selain pemimpin Pas Selangor Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Bagi bekas Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, kehadiran Muhyiddin dan Yaakob dilihat seolah-olah menguji kesabaran Amanah dan DAP.

“Tidak ada wakil Amanah dan DAP. Apa yang Muhyiddin dan Yaakop Sapari cuba sampaikan dengan menyertai ceramah bersama wakil rakyat Pas di Selangor?

“Adakah anda semua sedang menguji kesabaran kami (DAP dan Amanah)?” soalnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, netizen Fuad Othman berpendapat kebanyakan pemimpin PKR masih mahu Pas menyertai Pakatan Harapan dan keadaan ini memerlukan tindakan kepemimpinan parti itu.

“Jika tidak Pakatan Harapan juga menjadi Pakatan Rakyat (berpecah). Tiada guna kita bekerjasama dengan parti ‘flip flop (Pas). Tolong bergerak maju. Rakyat tahu dan melihat semuanya YB (Yang Berhormat),” ujarnya lagi.



Ura-ura membawa masuk Pas dlm Pakatan Harapan dibantah ramai penyokong.
Konvensyen Pakatan Harapan di Ideal Convention Centre (IDCC), Sham Alam Sabtu ini bakal menyaksikan Muhyiddin memeterai perjanjian kerjasama antara Amanah, PKR dan DAP dengan Bersatu.

Dalam perkembangan berkaitan, serentak dengan tarikh konvensyen tersebut, satu demonstrasi aman membantah penyertaan Pas dalam Pakatan Harapan dijadualkan berlangsung pukul 7.45 pagi.

Program anjuran Sekretariat NGO Pro-Pakatan Harapan itu mengalu-alukan semua pihak hadir dengan memakai pakaian yang mewakili NGO masing-masing.. ~ sumber.



Sisipan Petang


Suara Netizen
 Abe Awang Mat Yassin

Seronok juga kalau Bersatu dan PKR join PAS..... nak tengok berapa banyak PAS nak tindan kerusi dalam PRU-14 nanti.... Silap haribulan, PAS tindan kerusi PKR, PKR tindan kerusi Bersatu, Bersatu tindan kerusi PAS.... hahaha...! Ini baru dinamakan Pakatan Aler Uto Pak Hang.

Amanah dan DAP tak ada masalah.... Amanah bertanding kawasan Melayu, DAP bertanding kawasan bukan Melayu... cantekkkk...!!! 
  ~ Kami tetap bersama Amanah dan DAP..... Muhyidin, tolong jangan tunjuk bangang sampai orang lain bengang. 

Rose Stopa

Sibuk sangat lah,sampai menyandar jd tunggul dlm parlimen ,org berdebat,dia sengih lagi macam kerang busuk..ponteng parlimen,dalam duk sibuk sempat lg berangan nk beli heli..dlm sibuk sempat lg rembat balak,dalam sibuk sempat lagi kumpul kereta2 mewah sampai 10 biji..dalam sibuk ada hati nk jd pm...kan Idah Yusoff kan? 
Usin UG Ceroi

Terharu sungguh guru tok bila menerima puji-pujian dari menteri amno ini. Arwah tok guru dulu mana pernah dapat macam guru tok dapat. Guru tok mintak tolong tanya, "Takkan terima kasih je...takde apa2 ke? ".

Tindakan 'berkecuali' dalam parlimen itu adalah kehendak rakyat yg mengundi olamak2 tok. Mereka mahu olamak2 tok berada di tengah2 iaitu "syurga dan neraka" agar mudah olamak2 tok tolong beri syafaat kepada walaun2 parti tok nanti..
  KAH KAH KAH 
Keris Mas Sejati
Betul ke PAS nak buat himpunan pastokin versi Lasak sama tarikh dgn himpunan Bersih 5 ?? Sama busuk hati macam budak2 baju merah rupenyee - KMS
  Muhammad Hafizi Ismail
Tong Drum tu Pembangkang ke Kerajaan?
Katanya dia tu Pembangkang.hehe 
  Mohd Yusof
Kalau nak tahu sekarang makin ramai orang Pas tolak Pas dlm hati.... 

Inilah Gerangannya manusia yang benar-benar mahukan PAS-Umno bersatu..Jadi PH jangan toleh dan ajak apa-apa lagi dengan puak kamjat ini..biaqkan saja mereka pupus. Pupus bersama nilai dan pupus bersama citra busuk ini... Kah kah Kah







Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?