Setahun Amanah, Pas terus fobia - [Video]

Parti Amanah telah berusia setahun bro. Dalam usianya yang setahun itu berbagai ubat pahit, pain killer ubat tahan sakit tu pun sentiasa ditelan oleh Amanah.

Amanah kian diminati. Sejak kemasukan Husam Musa ke dalam Amanah, parti ini begitu melonjak cergas di Kelantan sana. Dengan usia baharu setahun jagung ia telah bergerak seiringan dengan parti2 lebih besar daripadanya.

Segala tomahan, segala cemuhan dari walaun dan pimpinan Pas terutama Pas Kelantan juga dariTok Sidang Pas sendiri, menjadikan Amanah makin disukai. Pas kelihatannya longlai berhadapan dengan Amanah. Wala'uns terpaksa berkerja siang malam bagi menyekat ahli-ahli mereka dari menerobos pintu Amanah.

Dalam masa Pas dok kalut sekat ahlinya menyertai Amanah itulah, ahli-ahli Amanah terus berkerja secara berpasukan tanpa menghiraukan sangat apa yang wala'uns dan pimpinan Pas lakukan bagi melemahkan Amanah.

Kini, bahang 'panas' dari Amanah menghangatkan politik nasional, Pas amat perit menghadapi Amanah sementelah sebelum mencapai umur setahun dahulu telah pernah mengatasi Pas dalam Pru Kuala Kangsar. Amanah yang baru tumbuh bulu itu telah pun menang di pentas persaingan dengan Pas di KK tadi. Keceluparan Pas sebelum nya telah terubat tetapi wala'uns tetap mendendami Amanah. Biarkan mereka berselimut dengan grombolan UBN untuk terus menjadi khadam tersohor abad ini.

Kita Amanah teruskan kerja-kerja kita untuk melihat perubahan besar Insya' Allah.



Setahun Amanah: Mat Sabu optimis bawa politik baharu di Kelantan dan negara


SETAHUN AMANAH: Mohamad Sabu memotong kek diperhatikan pimpinan utama parti meraikan genap setahun Amanah ditubuhkan dalam satu majlis makan malam diadakan malam tadi.SETAHUN AMANAH: Mohamad Sabu memotong kek diperhatikan pimpinan utama parti meraikan genap setahun Amanah ditubuhkan dalam satu majlis makan malam diadakan malam tadi.
Setelah setahun Amanah ditubuhkan Presidennya Mohamad Sabu optimis parti itu akan membawa perubahan politik baru di Kelantan dan negara.
"Bila kita lihat perubahan dan sambutan semalam (di Kelantan), saya yakin perubahan politik besar-besaran akan berlaku di negara ini.

"Kehadiran Datuk Husam Musa dan mereka yang menyertai Amanah saya lihat perkembangan dan gelombang ini akan cepat merebak.
"Orang Kelantan otaknya elestik boleh mengecil dan membesar,sebab itu orang Kelantan mudah berubah.


"Masa tahun 1959 rakyat masih buta huruf Kelantan dimenangi Pas dan Perikatan hilang deposit dan Dun, lepas itu Pas kalah dan lepas tu BN kosong dan hari ini kerajaan Kelantan jatuh kerana 'membesarkan' nama Ahmad Yaakob,secara kebetulan saya tak tahulah...," ujarnya.

SETAHUN AMANAH:  KENAPA PARTI ISLAM AMANAH DITUBUHKAN? 

Beliau berkata demikian dihadapan 300 yang dihadir dikalangan pemimpin utama parti, pemuda, wanita diperingkat negeri ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amanah sempena setahun parti itu ditubuhkan yang diadakan di Kelab Alumni Universiti Malaya malam tadi.
Kata Mohamad lagi yang mesra dipanggil Mat Sabu,   Amanah kini sudahpun memasuki kawasan pinggiran bandar antaranya beliau  menyebut di Kedah terutama di Baling, Pendang dan Sik.
"Alhamdulillah dengan yuran diturunkan RM2 ramai orang kampung sertai Amanah.

Edaran daging korban kpd ahli Amanah dn rakyat miskinbagi Amanah cawangan Kuala Hai..Sik
"Dari Baling, Pendang dan Sik. Di Sik ada 22 cawangan baru ditubuhkan dan lima daripadanya diketuai wanita," ujarnya yang mahu lebih banyak penyertaan golongan muda dan wanita dalam parti itu disetiap peringkat.

Dalam majlis sama Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir turut berkata, Amanah sedang mempergiatkan usaha ke arah memberikan penjelasan terutama kepada golongan wanita dan muda untuk menyertai parti itu.
"Kita perlu beri penerangan dan penjelasan kepada rakyat terutama golongan muda dan wanita. Amanah kenalah bekerja kuat.
"Dalam tempoh setahun ini kita menerima dokongan dan sokongan dari rakyat cukup luar biasa.

"Di Dun Salor sahaja kita menerima 1,500 borang yang terdiri dikalangan bekas ahli Umno,bekas Adun, bekas Senator, bekas ulama, profesor, golongan wanita dan pemuda sempena setahun Amanah yang diraikan di Kelantan," ujarnya.
Anuar berkata Amanah berazam akan menjadi sebuah parti yang sesuai pada zaman ini yang akan mendapat sokongan diperingkat masyarakat keseluruhannya.

Malah beliau juga memberikan penghargaan terima kasih kepada pendokong-pendokong diluar parti antaranya di kalangan NGO.
"Saya ingin ambil kesempatan merakam penghargaan kepada mereka yang menyokong kelahiran parti ini antaranya Datuk Seri Wan Azizah, Lim Kit Siang, Gopalan, pemimpin NGO dan masyarakat yang telah memberikan sumbangan besar menyokong penubuhan parti ini," ujarnya.

Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan Liew Chin Tong;Datuk Ambiga, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, aktivis Hishamuddin Rais dan Pengerusi Gabungan #TangkapMO1 Anis Shafiqah Md Yusuf.
Sebagai rekod Parti Amanah Negara (Amanah) adalah sebuah parti politik serpihan daripada Pas yang diasaskan oleh Mohamad Sabu, bekas Timbalan Presiden Pas yang meninggalkan parti itu bersama-sama beberapa bekas pimpinan Pas selepas mereka diketepikan dari kepimpinan Pas dalam pemilihan parti itu di Muktamar Tahunan Pas 2015.

Parti ini mengambilalih Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara dan dilancarkan pada 16 September 2015.
Amanah ketika ini mempunyai enam Ahli Parlimen yang sebelum ini menang selepas bertanding atas tiket Pas dalam PRU ke13 lalu.

Pandangan 
mengenai Setahun Amanah
(dari kiri)  Ambiga, Maria Chin, Wan Azizah dan Mohamad ketika duduk semeja dalam  Majlis Makan Malam  meraikan setahun penubuhan parti Amanah malam tadi(dari kiri) Ambiga, Maria Chin, Wan Azizah dan Mohamad ketika duduk semeja dalam Majlis Makan Malam meraikan setahun penubuhan parti Amanah malam tadi

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, Amanah mempunyai harapan untuk bergerak ke hadapan sekiranya parti itu terus kukuh dan diperkuatkan.
" Dengan setahun amanah usianya ini adalah harapan untuk kehadapan mengukuhkaan dan memperkuatkan semua tindakan dan usaha untuk kukuhkan demokrasi di negara ini, melahirkan kepimpinan yang berkaliber, bertangungjawab dan  beramanah untuk masa depan negara." ujarnya.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok pula mengucapkan taniah kepada parti itu dan mahukan lebih banyak kesaksamaan gender dikalangan pemimpin di setiap peringkat.
"Bagi saya pemimpin Amanah sudah berjaya wujudkan perjuangan baharu dalam pentas politik. Cuma penyertaan gender kena seimbang agar parti ini dilihat lebih inklusif dan progresif sesuai dengan moto parti itu.
"Dalam tempoh setahun boleh bertahan menunjukkan Amanah ada tarikan terhadap masyarakat muslim dan Melayu tetapi kena lebih usaha diperlukan untuk tembusi kampung dan luar bandar saya percaya ini boleh dilakukan," ujarnya.
Manakala Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah pula berkata, pengalaman parti itu dalam tiga kali hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini menjadikan parti itu matang walaupun ia baru ditubuhkan.
" Amanah masih lagi dalam proses pengembangan dalam usia setahunnya. Walaupun begitu mereka berjaya mengatur langkah untuk bersama hadapi PRK di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Ia dilihat lebih matang berbanding ketika mula-mula Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan satu ketika dulu, mereka tiada pengalaman itu dalam tempoh setahun," ujarnya.
Aktivis Hishamuddin Rais pula berkata, kekuatan Amanah kerana mereka mempunya enam Ahli Parlimennya.

"Bolehlah dikatakan Amanah ini masih muda usianya tetapi mereka sudah ada enam orang Ahli Parlimen. Satu kelebihan untuk Amanah dalam suasana politik pada masa ini, memang penubuhannya sesuatu yang tepat.
"Bukan mudah untuk kita  dalam suasana agak istimewa Najib tidak lagi diterima rakyat tetapi masih kawal segalanya. Ini cabaran Amanah dan parti lain memang besar dan bukan mudah. Saya rasa akhirnya jika kita mahu bersama, perjuangan kita akan berjaya," ujarnya.

Bagi Mahasiswa Anis Shafiqah Md Yusuf berpandangan, Amanah perlu menarik lebih ramai ahli terutama di kalangan generasi muda dan tidak peduli dengan tohmahan pihak tertentu sebagai sebuah parti 'serpihan'.
"Tahniah kepada seluruh ahli dan pimpinan Amanah. Saya percaya mereka boleh bertahan dan kekuatan  mereka untuk mendapatkan ahli baru tanpa pedulikan tohmahan bahawa mereka itu parti serpihan," ujarnya. ~ sumber.

***************

Fobia PAS

  Kita sebagai hamba Allah hanya layak
melutut dan sujud kepada Allah sahaja.
Kita tak perlu merangkak mencari pintu pintu umarak
yang dah terang terang mengkhianati dan telah menzalimi rakyat...
Hidup mesti berprinsip,jangan lari dari landasan yang
telah disediakan oleh pemimpin sebelum ini.
Mereka telah berjuang,mereka telah berkorban...
Jangan kita musnahkan harapan mereka.. 
PAS melalui 'orang ini' pernah melabelkan Amanah sebagai'pengkhianat', pernah label Amanah sebagai parti nyamuk, tak akan sampai ke mana hayatnya?  Sekarang dia kata Amanah akan melutut? melutut untuk dapatsimpati PAS? Kah Kah KahInilah yang dikatakan fobia bro ! Pas begitu fobia, begitu tertekandengan semaraknya Amanah mendapat perhatian dan penerimaanrakyat berbilang kaum. Ramai cerdik pandai memilih Amanah dan ramai ahli Pas sendiri berbondong2 menyertai Amanah. Orang yang 'buta' hati saja masih berkeras yang bahteranya masih utuh sedangkan hakikat sebenar sebaliknya bro !  'Dia' yang membiarkan Umno lutu Pas selama ini, tak hendak pula dia beritahu? Itu melututlah tu sebenarnya ! Dalam bahasa halus halusan orang kata menyerondoi, seghondoi untuk mencari lebihan dedak tumpah ? Kah Kah Kah Akhlak apakah ini? Akhlak olamak ke nie? Kalo Sulaiman Akhlaken tak akan berakhlak semacam ini !  Fobia sungguh depa noooh ? Kasiann, muka pun kian kecut jer !  Kah Kah kah 

Pecah Berita
Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan ditubuhkan jika mahu melutut pada Pas, tegas Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub.

"Kalau nak melutut duduk dalam Pas sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja. "Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan Amanah," ujarnya mengulas dakwaan Presiden Pas, Hadi Awang kononnya Amanah akan melutut mengiktiraf kekuatan Pas.

Mengulas lanjut, Salahuddin menyifatkan Amanah telah berjaya dibuktikan bukan parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa."Amanah hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat.

"Bagi saya ucapan itu lahir daripada cemburu melihat kejayaan Amanah dalam tempoh yang singkat.

"Harapan untuk lihat Amanah ini parti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) Hamim dan Berjasa itu tidak kesampaian," tambahnya lagi., (teruskan baca bro)

 Ulasan aku mudah saja bro ! Hadi nampak sangat cemburu dan ketaq lutut bilaAmanah telah mendpt sambutan luar biasa di seluruhnegara terutama di Pantai Timur sendiri.Ini yang buatkan mereka tak lena tidur, Kelantan makinterhakis juga Terengganu sendiri. Kalau nak melutut seperti kata Salahuddin, hanya angguk saja laa apa yang Tok Sidang Besar PAS nak buat nak kata? Itu baru melutut namanya bro !Tetapi apa yang terjadi, setandan kumpulan progresif yangdihalau melalui CHAI tempoh hari Muktamar dua tahunlepas nekad menubuhkan AMANAH.Dan sekarang Amanah makin menyerlah dan mampu atasiundi Pas di KK tempoh hari. Mana orang tua nie tak barabro? Kemasukan ahli Pas Kelantan hingga 1500 orang itu tidak dapat diterimanya lalu tersemburlah ayat 'melutut' ini ?Kira coba nak pujuk diri seniri laa tu agaknya?Tanpa sadar ayat orang tua makan diri sendiri?  Kah Kah Kah    

 Miqdad Zakaria, dilantik sebagai
ketua Amanah kawasan Marang.
Pada 19 September, 
Miqdad bersama
ahli jawatankuasa Amanah Marang melancarkan
program pertama mereka pada majlis pembukaan
pejabat di Wakaf Dua iaitu kawasan penempatan
campuran antara Melayu dan Cina dalam kawasan
Marang. "Saya buat ini atas dasar sayang kepada rakan
seagama sebab saya lihat menjadi satu kesilapan
daripada segi akidah apabila ditanam
seolah-olah PAS ini agama," kata Miqdad 
Mana tak fobia bro, ahli keluarga seniri pun tak bolehnak kawtim lagi dengan 'dia' tu, sombongnya keterlaluan sangat..Kah Kah Kah 
sini
Kasiannn ! fobia sungguh depa !Meghoyan bukan-bukan  Kes ni setelah tuan tanah tampil
membuat kenyataan,, walaun PAS terdiam laa..
Hari tu tak cukup ayat mengutuk Husam Musa.
Ini kerana pejabat Dun Salor kini menjadi
pusat aktiviti Parti Amanah Negara (Amanah).
Itu pasal mengoyan sangat tu agaknya..fobia laa tu namanya!
sini
Inilah datuk segala fobia bro !PAS cukup fobia dengan isu iniItu yang buatkan segala walauns tak senang duduk broyang dijanji sebulan dah berlarutan dan off de limit !Cakap boleh sebarang cakap..sekali terlepas..kemundian dah tak terucap..Segala walaun pakat habis tersentapbotol cuka tak boleh bersama botol kicap !Itu yang 'dia' hot sangat dengan AMANAH tu?Lalu lepaskan geram dengan melutut laa, akan mai cari simpati PAS laa kononn !Sendiri tubuh badan PAS pun dok bersimpai lagi, adahati kata kat Amanah? Nampaknya Pas yang terhegeh2 nak berpakat dengan PHsari dua nie? Tak mau citer ke?   Kah Kah Kah   

  PANAS:
Pencuri Balak Tak Ditangkap,
Bagaimana Mahu Laksana Hudud?
Published on May 19, 2016
Majlis Dialog bersama
Husam Musa di KLSCAH 18 Mei 2016 
 
Ini pun fobia Pas juga ! dah lama Husambangkitkan, belum lagi Husam masuk Amanah.kenapa tiada bersuara? Fobia ke?  
 


Sambutan

Genap Setahun AMANAH

 KETERANGAN GAMBAR ~ Ada sesuatu ditunjuk Salahuddin sehingga mendapat perhatian semua.~ Semua meja ditempah penuh menggambar komitmen tinggi.
~ Dr Wan Azizah bercerita sesuatu kepada Husam.
~ Kamaruddin Jaafar pemudahcara penubuhan Amanah.
~ Apabila geng 4,5 berjumpa.
Semua pimpinan Amanah hadir, presiden, timbalan 
presiden dan lain2. Anggota baharu Amanah Husam Musa yang telah mula menampakkan pengaruh Amanah di Kelantan juga hadir. Hanifa Maidin yang berkerusi roda juga mengagahi diri hadirIa diseri dan dimaknakan lagi dengan kehadiran Presiden KeADILANDr Wan Azizah Wan Ismail, Teresa Kok, Kamaruddin Jaafar daripada DAP, Ambiga, Maria Chan Abdullah pengerusi Bersih dan lain-lain. kredit : MSO II 

Jiwa Amanah

Vs Kata 'melutut' PAS
 TERBAIK dari Husam Yang Kurik itu KundiYang Merah itu SagaYang elok itu budiYang Indah itu bahasa Biarkanlah kat orang itu nak kata Amanah akan melutut kat depa !Kita teruskan bergerak hingga nantimereka pula akan berbondong mengikutkita. Kita terimalah segala walauns yangsadar akan sesuatu yang benar dan baik. 


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?