Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakan ! Silakan !

Biar berdentum guruh di langit, bumi tak hancur sebelum kiamat ! payung dah ku siapkan, perahu pun dah ku sediakan, hanya menunggu hujan di langit !, itulah agaknya sekilas fikir yang ada pada Husam dan Amanah bro !

Sejak menjadi ahli Amanah, saban waktu Husam menerima berbagai bentuk seumpama cacian, cemuhan, makian dan pandangan serong juga ada yang memandang rendah terhadap Husam? Maka diulang tayang, diungkit kepelbagaian mengenai batang tubuh Husam. Tapi Husam yang matang itu nasihatkan penyokong supaya kool bro sini, kan ke hebat Husam tu? Nak pandang rendah kat Husam? Silakan ! Sikit pun tidak menjejaskan kredibiliti Husam, malah orang kian menyanjung atas prinsipnya tanpa kompromi itu terhadap salah laku pimpinan Pas yang kian berpusar berpusing tak tentu arah bersama Umno dan Ikatannya.


Sikap TOLERANSI yang ditunjukan Husam agar mereka penyokongnya (ahli-ahli) AMANAH Kelantan khasnya dan negara amnya supaya 'cool' bila dicemuh oleh wala'uns PAS misalnya umpama peranan yang dibawa oleh Rohani (isteri ke 3) Jamil lakonan P.Ramlee..Rohani dilakonkan oleh Sarimah menjadi pendamai kepada kedua lagi isteri Jamil, Latifah dan Hasnah Lakonan Zahrah Agus dan Jah Hj. Mahadi. Mereka kemundian berpadu tenaga melawan kelicikan Jamil yang sering menipu dan mempermainkan isteri2nya itu. Hasilnya Jamil terperangkap ! Begitulah diandaikan Amanah Kelantan sekarang solid bersama Husam bagi melawan kelicikan Tok Sidang PAS dan sekutunya yang banyak mulut di Kelantan sekarang ini ! Kah Kah Kah Dengan lori apa kau belanggar Jamil?Dengan lori Taik ! Tak sangka menantu bapa, otak bergeliga, otak penipu, Nak hidup Pak !! Kah kah Kah 



Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakan, kata Syam Ghaz

Bekas exco kerajaan negeri Datuk Husam MusaBekas exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa

Pas Kelantan menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana beberapa isu yang dibawa oleh bekas exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, dakwa bekas Penyelidik Pusat Kajian Strategik Kelantan, Syam Ghaz.

Beliau berkata, isu utama yang dibawa Husam seperti naik taraf stadium, pembinaan lebuh raya dan tuntutan royalti petroleum berjaya menyedarkan rakyat Kelantan untuk terus memilih Pas ketika itu.
“Jika tidak kerana isu besar di atas, kemungkinan Pas Kelantan pun sudah tumbang seperti Pas Kedah.

“Lihat kepada kenyataan pesuruhjaya dan timbalan pesuruhjaya Pas Kelantan di Sinar Harian 31 Ogos, nampak jelas kerisauan itu timbul bila mereka sendiri yang gusar.

“Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakanlah, yang pasti ambo (saya) dan pasukan ambo juga akan turun bantu musim ni,” katanya dalam satu kenyataan.

Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang juga menteri besar Kelantan sebelum ini berkata penyertaan Husam ke dalam Amanah tidak menjejaskan Pas di negeri itu.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu pada 30 Ogos lalu.

Syam juga berkata, Pas masih memerintah Kelantan sehingga kini dengan undi popular tidak sampai 10 peratus sedangkan keahlian Amanah paling ramai di Malaysia adalah Kelantan.

“Pas memerintah Kelantan dengan 33 kerusi, 1 kerusi dari PKR. Kini Pas sudah hilang 1 Kerusi Dun apabila memecat Datuk Husam, tinggal 32.

“Keputusan PRU13 lalu, 14 kerusi Dun yang dimenangi PAS adalah bawah 1,500 undi, bahasa mudahnya menang tipis, dan bermakna Pas betul-betul stabil di 18 Dun sahaja, tolak Dun Salor jadi 17,” katanya.

Menurut beliau, jika mensasarkan 30 Dun, 14 Dun akangoyah PAS dan 7 goyah BN.

“Itu sudah cukup untuk Amanah mentadbir Kerajaan Kelantan PRU14 nanti. Kerana 23 Kerusi Dun sudah cukup untuk memerintah majoriti 1 kerusi,” katanya lagi.

Husam yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah dalam satu majlis makan malam ambang merdeka di cyberjaya, 30 Ogos lalu.

Beliau disambut meriah di kelantan dan mula merasmikan dua cawangan Amanah di Salor.

Sementera itu, ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda pula menyifatkan Husam sebagai bekas ahli Parlimen yang sangat berkaliber.

Beliau berkata, Husam bukan sahaja ahli Parlimen yang melakukan kerja rumah bahkan kajiannya mendalam menyebabkan hujahnya sukar ditepis.

“Husam Musa hanya satu penggal berada di parlimen (Kubang Kerian) 1999 hingga 2004. Tetapi keupayaan beliau berhujah cukup berkesan dan menarik perhatian.

“Tahun 2003, Malaysiakini memilih beliau sebagai 'newsmaker of the year. Pada tahun 2005, perwakilan PAS memilih beliau sebagai Naib Presiden dengan undi tertinggi.

“Peranan beliau sebagai Ahli Parlimen jauh lebih baik daripada beberapa ahli parlimen yang dipilih beberapa penggal,” katanya.

Selepas penyertaan Husam ke dalam Amanah, presiden parti itu, Mohamad Sabu berkata Amanah akan bermesyuarat termasuk berbincang dengan Husam menganai posisi beliau dalam parti itu selepas ini. (sumber)


HUSAM 
DiPandang Rendah sana sini, silakan !
Bekas exco  Habis yang banyak masuk Amanah tu hapenya? yang buka 14 cawangan baru Amanah tu orang DAP ke? Bukan PAS? Inilah bila dah percaya cakap dan maklumat wala'uns? Kenapa terus menafi? Takut Kelantan bungkuih? Nak pandang rendah kat Husam? Silakan bro !


Husam ni dia berilmu sewaktu dia dalam parti tok. Sbb tu dia dok jadi Naib Presiden dlm parti tok, ramai para olamak undi dia masa tu.
Tiba2 dia jadi jahil bila dia tak sokong guru tok. Ingatlah wahai anak2 murid dan walaun tok,,,,kalau tak mahu jadi jahil, sokonglah guru tok yer....nescaya anda selamattttt.....Usin UG Ceroi . 
Kenapa suka memperkecilkan orang? 


Agak menjengkelkan mendengar reaksi terbaru Hadi mengenai Husam yang telah cuba labelkan Husam sebagai Jahil..
Apa yang Hadi cuba gambarkan kepada rakyat & walaun2 nya dengan reaksinya yang sedemikian rupa itu ?? ..
Adakah Hadi mahu menggambarkan Pas sebagai total mengikut Islam & sesiapa yg menolak Pas jahil sejahilnya ?? Gitu ?? ..
berhentilah cuba menyucikan Pas dengan mengatakan sesiapa masih kekal dalam Pas tu adalah tidak jahil..Kah Kah Kah



Siapa sebenarnya yang kering idea? Malu laa pakai title ustaz, kalo ini saja yang mampu ketengahkan ! tiada nilai tambah, yang ada nilai runtuh.. Masa dan waktu saja Pas akan bungkuih ! Kah Kah kah...Nak pandang rendah kat Husam? Silakan                                             
Mohd Sobri Yusoff
Kerana bagunan di atas tu diserahkan Husam untuk Pas guna kesekian lamanya, ramai wala'uns buat cerita macam-macam. Mereka sanggup ada-adakan cerita bohong lagi bid'ah ! Kah Kah Kah.. Baca ini bro Dedah pembohongan Ust Nassarudin Daud, Exco Kelantan       



Begitulah bila Pas tertekan dan terkesan dengan kemasukan sebutir 'Permata' seperti Husam ke dalam AMANAH ! Mereka dilanda resah gelisah yang teramat, kerana 'Permata' ini mampu menggugat mereka di PRU nanti ! Lalu direka cipta perkara sebegini untuk melampiaskan serakah mereka. Setiap kepalsuan yang mereka ada2kan akan memakan diri mereka kembali  وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا  Bila datang kebenaran, yang batil itu pasti lenyap (mafhum ayat 81 Surah Al-Israak.


dari fb ~ Wahab Mohamad


Adakah desakan dan cadangan Nik Aziz dilaksanakan oleh PAS PusatNahi bro ! Kenapa?Kerana yang terlibat merangka kerjasama untuk sebuah Kerajaan Perpaduan itu melibatkan Tok Sidang Pas sendiri dan SUA masaitu ! Tak kan mereka nak 'sembelih diri' sendiri ! Kah Kah Kah

Khulasah

 KHULASAH
Semasa Husam dalam parti agama mengemukakan pelbagai idea untuk pembangunan ekonomi sosial rakyat Kelantan beliau dikecam oleh Umno. Orang mempersendakan projek dan idea dikemukakannya sebagai tidak masuk akal.
Walhasil semua ideanya itu diguna pakai kini. Contohnya lebuh raya rakyat.

Kalangan parti itu sendiri turut mempersendakannya. Kenapa? Sebabnya Husam berfikir di luar kotak dan tidak dapat dijangkau oleh orang lain. Husam nampak prospek Kelantan orang lain buta dan "bole", menjadikan jarak Husam dengan mereka bagaikan Gua Musang dengan Mersing.

Kretivitinya menyebabkan beliau dicemburui apabila arwah Tokguru sering memuji akan idea dan kebolehannya. Pujian Nik Aziz ini memangsakan Husam.

Apabila Husam mengkritik pentadbiran kerajaan Kelantan kerana beberapa kelemahan khasnya selepas jawatan MB bertukar, beliau juga dikritik dan dikecam. Dianggap sebagai duri dalam daging. Kemuncaknya beliau dipecat secara rakus.

Dan apabila beliau tidak lagi bersama parti agama menyertai Amanah beliau juga dikecam, kononnya cakap belawak, menggunakan nama Nik Aziz dan sebagainya. Sampai ada yang tidak suka dan rela Husam sebut nama Nik Aziz?

Segala kecaman, kutukan terhadapnya itu semua adalah imbuhan kepadanya, yang menunjukkan dia menjadi perhatian umum. Apa jua yang beliau buat akan dipertuturkan sama ada negatif atau positif. Bukan semua orang dapat perhatian istimewa seperti beliau.
Dan bagi saya itulah tanda-tanda krasmatik yang ada kepada Husam sebagai pemimpin idola anak muda.

Saya sendiri pernah mengkritiknya bertubi-tubi, dan apabila dia menerima kritikan saya, maka tidak ada helah untuk saya tidak bersamanya, memberi semangat agar terus berjuang membela rakyat. Kesediaan dan akur dengan kritikan saya menunjukkan jiwa besar yang ada kepadanya. Hal yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim berlaku sama kepada Husam.

Kesimpulannya Husam ada kekuatan, kebolehan dan wibawa besar, maka sebab itu dia digeruni dan ditakuti oleh orang dalam bekas partinya dan juga Umno.


Dan kenapa orang Umno tidak lagi bercakap soal Husam, kerana tugas itu diambil oleh orang2 dalam parti bekasannya. Inilah ironis dan kontradiknya dan inilah tribulasi politik. Husam adalah satu fenomena baharu di Kelantan khasnya dan Malaysia amnya. Trims.  - diangkat dari fesbuk Mohd Sayuti Omar II



Kata sorang kawe - Kelate jadi oren doh...kawe dok kelate...Amanah jadi rebutan..hadi boleh bye..bye... Ahmad Syauqy Insyaallah bukan jahil & bukan mustahil !!       





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?