Barakahnya Salat Subuh, selamatkan Erdogan dari Ditumpaskan [VIDEO]

Turki benar-benar berubah 180 darjah sejak dipimpin Erdogan dengan AKP-nya bro !. Hal yang sangat menakjubkan adalah suasana keagamaan rakyat Turki yang begitu menarik minat besar rakyat mereka bro !. 

Kejayaan umat terdahulu terjadi lantaran adanya pahlawan-pahlawan subuh yang senantiasa terjaga di sepanjang malamnya. Mereka hanya tidur sejenak untuk mengembalikan stamina dan kembali terbangun, untuk bercengkerama dengan kekasih sejatinya, Allah Subhanahu wa Ta’alaa. Hasilnya, mereka menjadi generasi yang kuat secara fisik, cerdas secara emosional dan jernih secara nurani. Inilah generasi terbaik yang nyaris tidak banyak kita jumpai tandingannya di abad 21 ini. 

Mari kita lihat suasana ini di era pemerintahan Erdogan yang menekan Program Salat Subuh berjemaah sebagai 'Program Nasional' Turki dan begitu menakjubkan bro. Itu pasallah rakyat Turki senantiasa siap siaga mempertahan kerajaan pimpinannya dari digulingkan. Allahuakbar !

Sekarang masjid2 sangat ramai dengan pemuda yang beribadah dan juga kegiatan ke Islaman. Terutama yang paling mengagumkan adalah ketika waktu shalat subuh datang, masjid di Turki penuh sesak dengan jamaah yang didominasi kaum muda, suasana yang mirip dengan salat Jum'at di tempat kita malah lebih hebat dari yang kita sangkakan.


Erdogan menekankan 3 program utama sebagai Program Negara dan Nasional, iaitu:

1. Gerakan shalat Subuh berjamaah di masjid.
2. Gerakan ekonomi umat yang banyak dikuasai orang Islam dan Muslim Turki).
3. Gerakan infaq sedekah.

Gerakan Salat Subuh di masjid seluruh Turki mendapat sambutan luar biasa oleh rakyat Turki. Melimpah ruah dan mencengangkan ramai orang dari luar  ! Remaja di sana ke masjid dengan kereta-kereta mewah bro ! Ternyata shalat Subuh berjamaah di masjid menampilkan rahasia yang menakjubkan.


Hasil dari Program Salat Subuh Berjemaah inilah banyak permasalahan dan kesulitan negara dapat di atasi dengan lancar dan berkesan. Terbaru keberkatan Salat Subuh di Turki dapat menyelamatkan Erdogan dari ditumpaskan dalam kudeta pagi Jumaat lepas.

Barat dan saki baki 'Sekularis Turki' tidak senang dengan kebangkitan Turki sebagai kuasa ekonomi yang setanding dengan negara negara Barat. Dulu mereka menggelar Turki sebagai THE SICK MAN OF EUROPE, kini Turki telah berubah menjadi bukan sahaja negara sihat Eropa malahan negara yang perkasa dan kaya raya. 

 Sholat Di Aya sofya

Kita pulak? program hiburan dan hedonisma mengambil tempat utama. Tiada satu program massa mendidik umat seperti dilakukan Erdogan walau pun kita punya Parti Islam sekian lama, tetapi tidak pernah mendapat laba seperti yang diperolehi oleh Turki. PA$ umpamanya tiada program untuk semua, dulu PA$ 4 all, sekarang PA$ 4 walaunn dalam kerangka sempit mereka, hanya 'Limited Edition' untuk pengampu Tok Sidang mereka sahaja.

Alangkah indahnya Erdogan mendidik umat dan remaja Turki, tidak hairanlah betapa mereka para remaja mempertaruhkan diri mereka untuk melihat legasi Erdogan ini diterus dan dipertahankan. Itulah resipi paling mujarab bagi umat yang mengerti nilai Islam. Jauh beza dengan cara PA$ mendidik walaaun, macam langit dengan bumi !


BARAKAH SOLAT SUBUH MENYELAMATKAN ERDORGAN DARIPADA DIGULINGKAN !
Posted on July 16, 2016 


DAHSYATNYA SHALAT SUBUH BERJAMAAH DI TURKI

ERDOGAN sejak daripada awal mempersiapkan agenda para remaja bersolat subuh di masjid. Masjid yang lengang sunyi tetiba memenuhi ruang sehingga seperti solat Jumaat.Itulah kehebatan Turkey setelah berubah daripada rejim totok SEKULARISME warisan MUSTAFA KAMAL ATATURK menjadi kerajaan yang mengutamakan syiar syiar Islam.


 Video Menarik
GERAKAN SHOLAT SHUBUH BERJAMA'AH DI TURKI
Published on May 8, 2015
Ini video tentang pertama kalinya setelah 79 tahun, warga Turki melaksanakan sholat shubuh berjama'ah di masjid Hagia Sophia, Istanbul tanggal 31 Mei 2014.
(
Sabiluna Chanel)

Kini ternyata hasil daripada dakwah sepatutnya telah berjaya  membangun jutaan remaja bersolat subuh sebelum bekerja pada setiap hari. Mereka dianjur tidur awal, tidak lagi  berpoya poya hingga  larut malam.

Dalam COUP DE TAT semalam para remaja dan rakyat mula  tersedar apa yang berlaku. Mereka dengan cepat menggenangi jalan raya. Mereka bertindak menghalang pergerakan tentera dan kereta kereta kebalnya.Langkah yang tepat telah menyelamatkan keadaan.




Cuba fikirkan jika rakyat dibuai budaya berpeleseran ala barat dan mabuk dengan arak sepanjang malam. Sudah tentu mereka akan bangun lewat. Apabila sedar negara telah pun dikuasai rampasan kuasa yang didalangi pihak asing. Itulah barakahnya solat subuh.

Bayangkan  jika umat Islam bangkit tahajud pada setiap malam. Ibadat menjadikan ubat Islam siap siaga pada setiap ketika. Tidakkah Islam itu menjadikan umat Islam melaksanakan hablun minallah wa hablun minannas. Pertolongan Allah telah menyelamatkan Turki dari kebinasan hasil pengkomplotan rampasan kuasa yang didalangi oleh pihak asing.


Melimpah Ruah di Jalanan, Warga Turki mengerjakan Salat Subuh Jamaah Peringati 563 Tahun Penaklukan Konstantinopel

Mereka tidak senang dengan kebangkitan Turki sebagai kuasa ekonomi yang setanding dengan negara negara Barat.Dulu mereka menggelar Turki sebagai THE SICK MAN OF EUROPE, kini Turki telah berubah menjadi bukan sahaja negara sihat Eropa malahan negara yang perkasa dan kaya raya. ~ sumber.









Isteri Erdogan mengunjungi warga rohingya di myanmar

Akhirkalam

Betapa indahnya Salat Fajr (Subuh)
Fardhunya : menjadikan kamu dalam perlindungan Allah
Dan Sunatnya : Lebih baik dari seluruh dunia dan isinya.
Dan Bacaannya (membaca Quran) semasa salat Fajr : Disaksikan oleh para malaikat.

Rasullullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Barang siapa yang melaksanakan shalat Subuh maka dia berada dalam jaminan Allah.”  (HR. Muslim, dari Jundub ibn Abdillah al-Bajali radhiallahu ‘anhu)

Rasullullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Malaikat bergantian melihat kalian pada siang dan malam. Para malaikat itu bertemu di shalat Subuh dan shalat Ashar. Kemudian yang bermalam dengan kalian naik (ke langit) dan ditanya oleh Rabb mereka, dan Dia lebih tahu keadaan hamba-hambanya, Bagaimana keadaan hamba-hambaku ketika kalian tinggalkan?’ Para malaikat menjawab, ‘Kami meninggalkan mereka dalam keadaan shalat, dan kami mendatangi mereka dalam keadaan shalat.” (HR. Bukhari-Muslim)
Dan masih banyak keutamaan lain dari shalat Subuh berjamaah.



Ref: dari berbagai sumber




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?