Ole - Ole Kuale dan SB

Keputusan dua PRK termaklum sudah, Amanah dapat pingat perak' satu pencapaian menarik bagi 'parti nyamuk' kata PIS yang mendapat Pingat Gangsa bro ! Kah Kah Kah

Amanah berpendapat: Melayu masih takut ‘pocong’ DAP. Pengundi Melayu dilihat masih ada ketakutan tidak berasas disebabkan propaganda, kata calon Amanah sini

Bila dah rudum, PIS hari ini menuduh Umno dan Amanah memutar belitkan isu rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagai punca PAS kalah pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar. 

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengundi Cina ditakutkan sekaligus menyebabkan undi kepada parti itu di kawasan majoriti Cina rendah sini bro. Dah tonggek tu banyak songeh pula PIS nie? Saban masa dok sumpit DAP, bila mai macam nie kebuloq pula undi Cina? Cina mana nak bagi undi lagi kat PIS, kalau hari-hari hangpa dok sumpit depa? Kah Kah Kah

Salahuddin di sidang media Pakatan Harapan selepas keputusan rasmi yang turut dihadiri Nga Kor Ming dan Dr Ahmad Termizi.

Pun begitu, PH cuba juga pelawa PAS kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama. Salahuddin Ayub berkata, kekalahan Amanah di kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah petanda rakyat mahu gabungan parti pembangkang yang benar-benar kukuh sini bro. Nampaknya Pakatan Harapan tak serik-serik dengan PIS nie bro?

Perkukuhkan saja gabungan Pakatan Harapan bagi mantap dan efisien dan buktikan bahawa kita tidak lagi perlukan parti hijau puteh tua tu. Biarkan dia cari talian hayat sendiri, PIS bukan jenis boleh buat kawan bro ! Ego dan kesombongannya sudah tidak boleh diubati lagi. 

Cuba senaraikan balik apa yang telah mereka lakukan terhadap PH dan pimpinan besar Amanah sekarang ini, sejak sebelum 'Chai' di muktamar dua tahun lalu dan semasa penubuhan Amanah dan terbentuknya Pakatan Harapan !

Carilah kaedah lain dari dok ajak puak lebai yang dah sebati dengan kerih dan tanjak tu. Aku 'personally' memang dah tak boleh berkira dengan PIS nie selagi ada Tok Sidang dan krew utamanya tu yang begitu dan terlalu intim dengan Umno dan Perkasa. 

Tok Sidang pun dah isyhtiharkan Amanah tu pengkhianat besar, PIS pun dah putus tali pengikat dengan DAP serta isyhtihar sebagai musuh ketat. Sudah-sudahlah dok berangan nak ajak PIS kembali seperti dulu. PH pun bukannya boleh beri apa kat depa, sendiri punya dedak pun jenuh bersukat? Kah Kah Kah

Naib Presiden Amanah Dato' Dr Mujahid Yusof melawat pusat mengundi Talang Hulu

Petugas BN didakwa memberi 'dedak' kepada pengundi selepas mereka mengisi borang khas..Para petugas Barisan Nasional (BN) dikesan memberikan sampul surat berisi wang tunai kepada pengundi di dua pilihan raya kecil (PRK) hari ini. Mereka  menerima sampul surat itu selepas mengisi satu borang


Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli bertemu MB Perak Datuk Seri Dr Zambry di Ulu Kenas Manong.
Pengundi datang dengan bot untuk mengundi selepas janji jambatan hanya tinggal janji sahaja


Mahasiswa antara yang turut berkempen untuk calon Amanah dari Pakatan Harapan di Kuala Kangsar. Gambar di Sekolah Menengah raja Muda Musa.


Kempen Pas mendakwa jika nakkan Islam undilah parti itu dan jika undi Amanah dapat DAP. Mahasiswa dan golongan wanita antara yang ramai memberikan sokongan untuk calon Amanah dlm kempen kali ini. Mereka datang dari pelbagai tempat bagi membantu calon mereka. Sementara itu, Pas terus menggunakan elemen provokasi dalam kempen mereka termasuk Undi Pas untuk Islam dan Undi Pan untuk DAP.


Sukarelawan Amanah berkempen di SMK Raja Muda Musa


Pengundi Cina Taman Bunga Raya keluar awal kerana takut hujan waktu petang.


Sukarelawan Amanah memulakan tugas mereka merayu undi di Daerah Mengundi Lempor.


Dr Termizi melambai tangan kepada penyokong apabila mula keluar dari pejabat Amanah Kuala Kangsar. Beliau memulakan pergerakan dari Pejabat Amanah Kuala Kangsar. dengan penuh ceria.


Pengundi tidak sihat dibawa dengan kerusi roda di awal pagi di SK Ulu Piol. 


Dr Termizi dengan penuh ceria memberi isyarat bagus ketika mula melawat kawasan mengundi. Turut menemani beliau adalah isterinya.


Dr Termizi disambut dengan penuh ceria oleh pengundi di pusat mengundi SMK Tsung Wah. Beliau begitu disenangi oleh pengundi di sini. Pengundi dari Daerah Megundi Datuk Sagor dan Talang membuang undi di sini.


Calon Amanah, Dr Termizi menjadi kegilaan pengundi dan petugas hatta petugas BN. Mereka berebut untuk berselfie dengan beliau. Gambar di pusat mengundi Taman Bunga Raya. Populariti calon Amanah terbukti di hari penamaan calon hari ini. Ke mana beliau pergi, orang berebut mahu bergambar dengan beliau hatta petugas BN. Mengikut kajian Ilham Centre, faktor ketepatan calon Amanah bakal memberikan hasil yang lumayan untuk parti berusia sembilan bulan itu


Pas membuat kempen sistem kubu di Kampung Jeliang. Siapa yang masuk, tidak boleh diganggu. Sistem kubu ( bunker) ? Kah Kah Kah


Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang melawat pusat mengundi Bukit Residen.


Calon BN bergambar dengan muslimat Pas


Calon Amanah Dr Termizi memeluk naib presiden Pas Idris Ahmad yang kelihatan tidak selesa . Sendiri boleh nampak perangai PIS ! Kah Kah Kah


Anuar bersama Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat (kiri) ketika melawat pusat mengundi SK Sg Hj Dorani.


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?