Bekas Saintis Nuklear Calon Pakatan Harapan PRK Kuala Kangsar

Tahniah buat Dr Ahmad Termizi Ramli calon lelaki tunggal Pakatan Harapan mewakili Parti Amanah Negara yang  akan  bertembung dengan dua calon wanita  dari BN dan Pas  pada PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini. Beliau punya latar pendidikan terbaik sekali, bekas saintis nuklear dan pengundi yang 'peka' akan membuat pilihan terbaik juga. Tahniah.

Ahmad Termizi 

Calon Pakatan Harapan di PRK Kuala Kangsar 

Ahmad Termizi Ramli

Naib Ketua Amanah Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli calon lelaki tunggal Pakatan Harapan yang  akan  bertembung dengan dua calon wanita  dari BN dan Pas  pada PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Ahmad Termizi,61, calon anak tempatan yang mempunyai latar belakang  pendidikan tinggi dari University of Salford, United Kingdom dalam bidang Kesihatan dan Keselamatan Radiologi. Pemegang Diploma Fizik Pengionan dan memiliki Ph.D dalam bidang  Fizik Perubatan dari University of Swansea, Wales.

Beliau juga bekas profesor di Jabatan Fizik  Universiti Teknologi Malaysia (UTM).  Dalam NGO beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Ikram dan Setiausaha Biro Politik Ikram.


Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli
Pengiystirahan calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Kuala Kangsar malam ini, diumumkan  Presiden Amanah Mohamad Sabu yang berlansung di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dikalangan pimpinan tertinggi parti gabungan Pakatan Harapan.

Dengan pengumuman Ahmad Termizi sebagai calon  maka  pengundi di Parlimen Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan dua calon wanita iaitu Datin Mastura Abdul Yazid dari BN dan Dr Najihatussalehah Ahmad dari Pas.

Semalam di Sekinchan,  Pakatan Harapan telah mengumumkan calonnya Ketua Amanah Sungai Besar Azhar Ab Shukur bagi PRK Sungai Besar.  Azhar  akan  berhadapan dengan Budiman Ahmad Zohdi dari BN dan Dr Abdul Rani Osman dari Pas.

Ini bermakna bagi dua kerusi Parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon  BN,Pakatan Harapan dan Pas.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan ekoran kematian dua penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Khair-il-Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menetapkan tarikh penamaan calon pada Ahad ini dan hari pengundian pada 18 Jun.


Barisan kepimpinan utama Pakatan Harapan meraikan pencalonan Ahmad Termizi (enam dari kiri) sebagai calon PRK Kuala Kangsar.


~
sumber .


KENALI CALON PAKATAN HARAPAN DARI AMANAH UNTUK PRK KUALA KANGSAR :

Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli merupakan saintis nuklear. Kini beliau menjadi Pakar rujuk Keselamatan dan Kesihatan Radiologi dari Fakulti Fizik Nuklear Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Semenjak 1987, beliau telah melakukan ujikaji, kajian dan jurnal rujukan berkaitan nuklear di Malaysia.




~ sumber.

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?