Azmin Ali Bakal Dibersihkan Dari PKR

Telunjuk mencucuk mata ! itulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan kerenah Azmin Ali ini. 

Banyak pendirian dan dasar perjuangan  parti sendiri tidak dipedulikan dan membelakangkannya secara terbuka.

Bila dah sarat dengan pelbagai kerenah ini maka PKR sudah semacam tidak boleh berdiam diri lagi bro ! Mula laa kempen 'pembersihan' pengaruh beliau diusahan bagi menghentikan semua kemelut yang berlaku. Hubungan mesra Azmin dengan Pas dilihat membahayakan gerakan Pakatan Harapan terutama di Selangor, pertindihan banyak kerusi di PRN Sarawak menambahkan derita Pakatan Harapan umpamanya. 

Semua 'duri' dalam daging PKR sekaligus dalam Pakatan harapan ini perlu ditangani segera. 


Wah!!! Nampak gayanya kempen nak "mem-BERSIH-kan" PKR dari pengaruh Si Azmin tu semakin rancak. Pelbagai mekanisme sedang diusahakan untuk mengguling Timbalan Presiden PKR tu.

Kalau sebelum ini, pelbagai kepincangan dan penyelewengan yang berkaitan dengan pemerintahan Rejim Pakatan di Selangor tu telah pun didedahkan kepada rakyat secara umum.

Malah persoalan mengenai pertikaian tentang kesetiaan Si Menteri Besar Selangor kepada dasar perjuangan parti juga, turut menjadi satu isu utama yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.

Nak pulak sejak Si Menteri Besar Selangor tu dilihat seolah - olah menjadi semakin taksub dengan Tun Mahathir dan gerakan deklarasi yang dibuat bagi menjatuhkan Perdana Menteri sebelum ini.

Bagi sesetengah pendapat, tindakan Si Azmin tu menyokong deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir itu seolah - olah membelakangkan pendirian serta dasar perjuangan parti secara terbuka.

Sokongan tidak berbelah bahagi yang ditonjolkan oleh Si Azmin tu jelas merupakan satu penghinaan kepada Presiden parti serta ahli keluarga Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan.

Mungkin atas dasar itu, penyokong kuat Wan Azizah tampil membuat cabaran terbuka kepada Azmin untuk berdebat dengan mereka berhubung isu yang berkaitan dengan deklarasi tersebut.

Namun malangnya, dari kenyataan yang dibuat oleh wakil SAMM, jemputan debat yang dibuat kepada Si Menteri Besar Selangor itu GAGAL mendapat jawapan balas dari pihaknya.

Kata mereka, debat ini pada awalnya menampilkan Bekas Pengerusi Bersih, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bayan Lepas dan YB Amiruddin Shaari yang mewakili kumpulan 'Pro-Deklarasi'.

Sekaligus ianya membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu TAKUT nak berdebat secara terbuka mengenai isu yang KONONnya disokong seratus peratus. Nampak sangat yang Si Azmin tu dah mula Kecut Buah Kerandut dan Takut pada Bayang - Bayang sendiri !!!

~  sumber


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video