PAS 'MenJilat' Balik Ludah dan Liur Basinya? - video

Dengan berita terbaru menjelang PRN 11 SARAWAK 2016, PAS memang telah sah meletakan calon mereka dari bukan Islam sini dan (Video). Ini sekali gus menempelak balik apa yang pernah Tok Sidang Pas kata dahulu bahawa mubaligh Kristian menyebarkan ajaran itu di Afrika dan Borneo kerana penduduk yang berpendidikan di barat menolak agama berkenaan..Beliau berkata, pendakwah menggunakan wang dan dorongan lain untuk menarik orang ramai kepada agama Kristian. 

Manakala Setiausaha Agung CCM(Majlis Gereja Malaysia), Hermen Shastri berkata daripada salah menuduh orang Kristian, Hadi perlu fokus mendekati belia Islam yang menjadi radikal dengan menyertai kumpulan militan IS.
"Seorang pemimpin Islam sepertinya, perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara mengenai agamanya dan tidak mengkritik agama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdapat pelbagai laporan yang mendakwa penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak ditipu untuk memeluk Islam dengan dorongan wang tunai SINI dan  kenyataan Hadi baru-baru ini di Kucing 26 Januari lepas, bertujuan meraih undi masyarakat Islam di Sarawak, dengan membangkitkan sentimen agama SINI - sekarang dengan muka tak malu tau pula cari orang Kristian untuk calon PAS?

Selepas mengumumkan 11 calon parti bagi bertanding dalam PRN-11 Sarawak, Tok Sidang PAS tidak pula menganggap Amanah sebagai saingan yang mencabar..Ini kerana, kata Hadi, rakyat khususnya umat Islam bumiputera melayu tahu bahawa Amanah dianggap ‘khadam’ kepada DAP.? Kah Kah Kah selamba jer dia kata Amanah tu 'Khadam' DAP? Bukti apa pun dia tak bagi, dia main peghiyat (tuduh) begitu jer. Yang PAS jadi 'Khadam' totok Umno, tak pula dia sebut? Semua orang maklum sangat dengan perangai 'Khadam' baru Umno nie?

Sekejap kata Amanah tu 'khadam' sekejap kata 'Pesuruh" SINI, sekejap kata budak suruhan DAP SINI sampai tak ada 'brake' ! Orang buat #himpunanGST depa peleceh, kurang sambutan konon? Lepas tu depa pi buat Prog DLP ? ada sambutan ke? Kah kah Kah..Inilah PAS, cuba larikan isu yang dok belit Umno..Program DLP tu nak selamatkan BM laa kononn? Selamatkanlah mulut mung dulu dari dok menceceh tak tentu arah kat AMANAH. Main ikut sedap mulut saja, masa nasihat orang, jangan maki, tapi yang selalu dok sakitkan hati orang? Mung sendiri yang buat ? Kah Kah Kah

Hari-hari maki DAP? Tiba PRN Sarawak. Ada 20 kerusi DAP. karang nie amacam ? Dulu bukan main kutuk kristian? Laa nie awat che? Apasal pi pilih Kristian jadi calon ? dah tak ada muka lain? Dah terdesak sangat ke? Bukankah jilat balik ludah dan liur basi dahulu? Mana pi segala cerdik pandai dalam PAS? Sama macam Umno juga persisnya, yang cendikia yang berpelajaran, semua dah tak bongkar sauh dari Pelabuhan PAS tu? 

CEMBURU?

Kenapa Amanah menjadi sasaran demi sasaran PAS dan Tok Sidangnya? Khadam laa. budak suruhan DAP laa dan sebagainya? Ada saja tak kena dengan Amanah? Sejak Amanah lahir dan diperanakan, sejak itulah Tok Sidang nampak macam tak senang dengan lahirnya parti Amanah ini? Di awal dulu, Amanah tak akan hidup lama kata Tok Sidang, selepas tu parti nyamuk pula dan macam2 lagi. 

Ikut hukum ilmu, semua ini alamat kepada kacaunya jiwa seseorang itu bro? Tekanan jiwa ini diluahkan kerana dalam masa tidak sampai 6 bulan dari kelahiran AMANAH, ia telah mendapat sambutan yang begitu memukau dan memberangsangkan, menggoncangkan kestabilan PAs kononnya? dan sebelum berlangsungnya PRN II SARAWAK ini, semacam satu pesta berlaku di sana di mana orang-orang Sarawak berebut-rebut mengisi borang keahlian Amanah.

Belum ada sejarah sebegini laju sebuah parti kecil begitu memukau rakyat untuk bersama Amanah ! lebih2 lagi Amanah turut menjadi satu komponen dalam Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat. Hancurnya Pakatan Rakyat tidak memberi bekas langsung kepada PAS? Itulah agaknya rahsia sampai PAS masih mereben merepet melalut untuk hancurkan PH pula? Maka dilabelkanlah AMANAH dan DAP tu saling pakat menjadi 'khadam' hang aku? Kah Kah Kah

Semua ini ibarat penyakit dalaman orang2 PAS, membuat tuduhan tanpa usul periksa, kononnya mereka itu berilmu? ilmu apa tu? macam naik sawan jer perangai dan kelaku pemimpinnya ! Sifat dan akhlak buruk begini dengan menuduh Amanah sebagai pengkhianat? Khianat apa? Siapa sebenarnya pengkhianat? Ohh kerana yang dihalau dulunya adalah orang PAS? Tapi Hadi juga kata depa tu semua 'sekular' perlu dibersihkan dari tubuh PAS? Yang PAS pergi bersenandung dengan segala bapak sekular dalam Umno tu, nak bersih tubuh sapa pulak? Baca (Kerjasama Dengan 'Pengkhianat') Kah Kah Kah

Semasa Himpunan #Mansuh GST anjuran Amanah baru ini,  samada Amanah, PKR mahu pun DAP, langsung nama PAS tidak disebut, tetiba Pas melalui Tuan Ibrahim kata, himpunan gst tidak dapat sambutan tanpa penyertaan PAS ? Bila PAS kemundiannya anjur demo DLP, Tak dengar pulak baik Amanah,DAP atau PKR kutuk himpunan tu tak ada sambutan walaupun Pas tidak dapat  kumpul sejuta ahli pun..,tetapi dlm himpunan itu ada yang terjerit jerit sebut "mampusDAP " Demo nie, demo maki DAP ker???.Walaun Pas kata kita sibuk hal Pas, yg lebai dia sibuk hal parti lain tu apa hal pulak? .


Bila jiwa kaco dan hati berpenyakit? mudah sangat depa buat macam2 tuduhan, Barua ler, broker laa, anjing salak babi dalam bukit laa, khadam ler dan entah apa lagi hanya sanya untuk luahkan rasa kacewa tidak terhingga terhadap AMANAH yg difikir akan menggugat PAS di PRU nanti? Itu sebenar justifikasinya bro ! 

AMANAH  pula tak terlintas pun nak kata Pas tu khadam Najib, yang begitu kuat memikul kerja Umno sekarang ini seperti disebut oleh Datuk Wan Rahim, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan. “Sekarang ini dengan meletakkan kita (Amanah) dipihak DAP kita gembira kerana kita tidak lagi terpalit dengan kerajaan Najib yang begitu dibenci rakyat sekarang,” sambung Wan Rahim (sini)..Lagi laa Tok Sidang akan merangat bila membaca jawaban balas dari Datuk Wan Rahim ini, lagi kuat 'batu bara' nya bro ! 

Jadi siapa KHADAM siapa? 'Dia' yang jadi 'Khadam' dan 'budak suruhan' Umnuuu? Dia boleh buat selamba jer? Kata dulang paku serpih, kata orang? siapa yang terlebih? Kah Kah Kah

Sekarang ini, Umno lebih ringan tugasnya kerana PAS telah mengambil alih watak 'khadam' tadi. Yang disasarya kini ialah AMANAH dan DAP. Jika dulu UMNO menggelar PAS itu barua dan kuda tunggangan DAP, tetapi hari ini PAS pula menggunakan kalam sama kepada AMANAH. Bukan 'Khadam' lagi ke tu?Dalam isu pembelian banglo, Umno terus 'menyerang' LGE walaupun depa kata sebaliknya (SINI) PAS pun sama naik tocangnya, PAS pun tak mahu kalah juga dengan 'abang besar'nya tu, coba juga sumpit DAP dengan isu DAP ingin kuasai Malaysia? (SINI) Macam 'sepakat' jer ? Tu yang kata tugas Umno dah dikandaq oleh PAS ? Tak berat ke bro?Kah Kah Kah



BEKAS PENYANYI DAN BUKAN ISLAM : PAS BUAT KEJUTAN

Clement-Bayang-
Bekas penyanyi dan artis rakaman Iban terkenal di Sarawak, Clement Bayang mencipta sejarah dalam politik Sarawak apabila menjadi calon bukan Islam PAS yang pertama bakal bertanding dalam pilihan raya ke-11 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
Clement, 59, pernah merakamkan sebuah album pada 2010 juga adalah tuai rumah (ketua rumah panjang) serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak adalah antara 11 calon yang bakal ditampilkan oleh PAS dan akan bertanding di kawasan DUN Kakus.
PAS turut menampilkan calon termuda dan satu-satunya calon wanita iaitu Hamidah Mokthar, 26, seorang pengurus butik pakaian Muslimah dan Setiausaha Muslimah PAS Sarawak yang bakal bertanding di kerusi DUN Beting Maro.
Calon-calon PAS lain ialah Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Samariang), Zainal Abidin Yet (Pantai Damai), Zulkipli Ramzi (Muara Tuang), Asan Sikro (Sadong Jaya), Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (Sebuyau), Kiprawi Aman (Jepak) Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo (Lambir) Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (Pujut) dan Zharudin Narudin (Samalaju-kerusi DUN baharu).

Kesemua nama-nama calon diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sebuah hotel di sini Rabu malam.
Terdahulu sebelum pengumuman dibuat, Abdul Hadi di dalam ucapan berkata, pemilihan calon-calon PAS untuk pilihan raya adalah berdasarkan maklum balas dari akar-umbi di Sarawak.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.
Untuk pilihanraya negeri kali ini sebanyak 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan termasuk 11 kerusi DUN baharu selepas persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sumber BERNAMA..(MASDAR)



‘Amanah tak terlintas nak kata Pas khadam Najib’ – Wan Rahim

Mantiknya simple saja brader ! Nak elak dari orang kata Pas tu 'Khadamnya' Umno? Pas kena awalkanlah gelar ini kepada seterunya Amanah dan Dap tu? Kah Kah Kah (sini)




Pulak Dahh

AMANAH hanya pesuruh DAP – Hadi

Gambar hanya hiasan
AMANAH bukan lawan PAS dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke-11, kata Presiden PAS itu.

Parti Amanah Negara (AMANAH) bukan ancaman kepada PAS dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti berkenaan ditubuhkan oleh bekas anggota PAS yang disifatkan sebagai pesuruh DAP..SUMBER




Ulasan

Kalo dah bukan ancaman? awat kelmarin pi dok rayu kat PH? kononnya suruh beri laluan bertanding di sebelas kerusi di PRN II Sarawak ? Lepas tu pi dok kata Amanah tu Khadam DAP? Apa maksud Tok Sidang PAS? tak lain dia pandang rendah kemampuan dan keupayaan Amanah macam tak boleh menang dalam pertandingan di sana? Kan begitu ke mafhumnya? Habis tu apasal dok kalut minta laluan, merayu menderu-deru? Kan ke PAS tu KUAT ??? Ayat tu laa yang PAS selalu dok jaja ! Kurang yakin kalo? boleh tanya sama itu Tok Sidang (SINI) Parti lain Pas tak perlu tak hingin bro !KAH KAH KAH..Pelik sungguh PAS nie bro ! Sebelum nie, Tok Sidang ada sebut PAS hanya nak jadi Penasihat kepada Kerajaan Sarawak? Lagi Tok Sidang pernah kata 'menang pilihanraya bukan keutamaan Pas? Nak jadi Penasihat tak perlu menang Pilihanraya bro ! Pi laa jadi jadi penasihat..Inilah yg serba pelik Pas nie. Krosottt..Kah Kah kah

Awat? PAS takut hilang deposit ke sampai merayu-rayu? biaq laa kali nie bertembung 3 penjuru? Tak kan salah AMANAH juga? Dulu Tok Sidang juga halau orang2 Amanah, nak bersihkan dalaman Pas dari virus sekularisma kononnn ? Itulah hukum kebenaran bro ! sekejap saja dah nampak jantan betinanya?  Bukankah ini namanya menjilat balik ludah sendiri? Kah Kah kah

Siapa Khadam Siapa ?

 Parti Amanah Negara (PAN) bukan ancaman kepada PAS dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti berkenaan ditubuhkan oleh bekas anggota PAS yang disifatkan sebagai pesuruh DAP. Menurut New Straits Times, Abdul Hadi dilaporkan mendakwa bahawa pengundi di Sarawak juga menyedari keadaan itu.
“Kita tidak melihat PAN memberi cabaran kepada PAS dalam pilihan raya yang akan datang. Kebanyakan orang dalam negeri itu terutama yang beragama Islam sedar PAN adalah pesuruh DAP,” katanya.
Akhbar harian bahasa Inggeris itu juga melaporkan bahawa Hadi tidak mempunyai perkataan lain bagi menggambarkan PAN.,SUMBER

Popular juga kata 'Khadam' dan 'Pesuruh' yang dicetus oleh Tok Sidang PAS tu bro ! Tetapi betulkah AMANAH tu Khadam kepada DAP? Bodoh sangat laa ahli dan pemimpin Amanah sampai nak jadi Khadam DAP? Apa depa dapat ? DAP bukan bagi makan dedak pun kat AMANAH? Semua jenis sengkek punya ! Lain laa Umno? Jadi Khadam Umno dah hampir pasti ada sesuatu yang boleh diimpikan? Kah kah kah

Masalahnya PAS tak mengaku jadi 'Khadam' Umno? Sapa nak mengaku jadi 'Khadam' weh ?! Tetapi kerja buat PAS hari-hari sekarang ini adalah seumpama Khadam totok tak kira musim hujan ke, panas ke, ribut ke, banjir ke? semua ditanggung beres daaa ! Kah Kah Kah 

Paling mudah nak kesan perangai khadam? ambil saja Prog. DLP Pas baru ini - Kenapa Idris Ahmad pi dok sumpit DAP di depan dhif kehormat A.Samad Said? Tak malukah perangai macam tu? A. Samad Said tu ahli DAP. Hormatlah sikit tetamu anda tu, bukan ke loklaq namanya perangai macam tu? 

Inilah sifat khadam setia PAS tadi bro, bila saja ketua sidangnya meletak asas menyumpit DAP, AMANAH ? Anak buah macam 'copy & paste' saja perangai tu. Beginilah kalo mau jadi Khadam setia, setia dengan ketua sidang untuk memuaskan hati makhdumnya Umno tadi ! KAH KAH KAH


Sisipan Maknawi

Selagi PAS berpaut di dahan rapuh Umno? Selagi itulah Pas tidak akan maju, bak kata hukama, nak kenal siapa kita, lihat siapa kawan kita? adakah dia ikut kita atau kita yang terpengaruh dengan perangai dia? Lalu Pas yg terlebih ikut Umnuu? Jadi Khadamlah kalo terlebih ikut dari Umno sendiri ! KAH KAH KAH


kredit imej - al-husseyn
Dah berbuih mulut dok ulang ayat macam atas nie, yang pergi S'wak susah payah sampai letak calon Kristian tu? nak berebut apa? Kah Kah Kah


Elok sangat bro Hanipa ! Dhamir diri depa (PAS) dan bahasa slentengan depa tu adalah pertanda jelas yang depa teringin sangat nak berkawan dengan PH, tapi apa boleh buat, dah terlajak mulut dok sumpit PH dari awal lagi? Tak kan depa nak semawa diri? malu laa ! Kita PH pun tak hingin PAS masuk mai, buat rosak program ada laa...Kah Kah Kah.

Kenapa nak salahkan kerajaan? Habis? PAS buat apa? Tak kan jadi pena sehat percuma saja sampai tak tau apa yang nak disusun diatur? Ketua Dewan Muslimat pula tu? Patutnya hangpa laa yang tampil betulkan remaja dari awal lagi? Itu maknanya remaja pun tak tertarik dengan program PAS.,

Patut pun DLP, tak ada manusia remaja di sana? Banyak nie saja ke Muslimat ? Katanya program nie sejam saja? Tak tahan panas ke? atawa dah kering isu nak cakap? Yang bikin dwi-bahasa nie siapa ? kenapa tak sumpit Umno? Apasal DAP kena getah? Ini betul punya 'khadam' lah macam tu? Khadam siapa tu? Inilah PAS, dari atas sampai bawah, semua orang saja yang salah? yang tak salah tentulah 'makhdumnya'? Kah kah kah


DUN Kelantan Goyang?
10 April 2016
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah mendedahkan kesemua empat wakil rakyat wanita PAS di Kelantan dijangka akan meninggalkan PAS jika Datuk Husam Musa dipecat oleh parti itu..(sini)

Ini pun tak kesampaian lagi bro ! belum ada berita kata sebarang tindakan diambil ke atas Husam, cuma dok kata 'bakal' di kenakan tindakan kerana kritik Pas (sini)

Berita yang kata DUN Kelantan goyang tu sekiranya Husam dipecat? Kalau tidak, tidak  goyanglah DUN tu bro ! Beranikah mereka lakukan? kerana tindakan Husam mengkritik Tok Sidang Pas tu dikira berani dan bertanggungjawab! Itu pandangan yang dipercayai mempunyai asas, baca sini , apa yang Pengerusi Amanah Kelantan kata itu juga mempunyai asasnya.


Breaking News
Adly Zahari
Dalam sistem politik negara ini ungkapan "khadam DAP" atau "khadam UMNO" tidak perlu.
"Sepanjang kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), ianya sekadar kerjasama politik dan PAS tidaklah menjadi khadam sesiapa.."Begitulah juga kedudukan Amanah dalam Pakatan Harapan sekarang, tiada siapa menjadi khadam, yang wujud adalah usaha kearah saling kerjasama dan bantu membantu, bagi melawan salah guna kuasa dan rasuah, demi kebaikan rakyat Malaysia," kata Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari," dalam satu kenyataan hari ini..(SUMBER)

Mana ada bantu membantu masa Pas dalam PR dulu? Kalo tidak, tak kan PR dah hilang batu nesannya? Pasai Pas sanggup dikhadamkan oleh Umnuu laa dia jadi karbata, jadi olmar sampai sekarang ini bro ! ekali orang tak percaya? sampai mati orang dah tak percayakan Pas tu? Kah Kah Kah





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?