Nak Engkah Apo Lagik Kali Tuk? [VIDEO]

Pada tahun 2010 iaitu menjelang PRN 2011, jentera-jentera berat mula dibawa masuk dan pasir serta besi-besi cerucuk mula dipasang.
"Dah nak masuk PRN 2016 tuk oi! Ni rupo 'Jambatan BN' tuk? Nak engkah apo lagik kali tuk?" tulis Abang Kerdee dalam posting beliau bro !
Janji jangan tak janji? Janji nie macam besi berani laa tuk? Bukan payah mana pun nak berjanji bro !! Sekali termakan janji, senang hati pihak berjanji tuh ! Tunainya tidak macam kisah di Beting Maro seperti diceritakan oleh Abang Kardee nih !


Senangnya rakyat ditipu, digulaikan, digulakan? Susah payah lepas berjanji BN hantar 'heavy machine' pasir diangkut,cerucuk di cacak, rakyat kata, hebat kalik nih, kita boleh seberang ke sana dan ke sinun dengan mudah? Tau-Tau sekarang janji lagi nak selesaikan jambatan tu, Kalik ini betul-betul bukan auta lagi? Sekali mengelat, sampai mati orang dah tak percaya? kalo ada yang masih 'menaruh harapan' dan mau lagi engkah BN? memang jenis suka ditipulah Gik? Projek terbengkalai yang awal tu pun kira buang pitih free saja laa? Ekleh, apa nak diheran? sikit jer tu? Kah kah Kah


Aku teringat sebuah lagu lama nyanyian Salbiah Harun Janji Membawa Akibat, liriknya seperti berikut .. jangan bung suka berjanji jikalau tidak ditepati.. janji membawa akibat kerana banyak yang silap.. janji serupa teka ada yang palsu ada yang tepat.. oleh kerana itu belum berjanji harus dikaji.. ada janji membawa bahgia.. tidak kurang pula yang merana.. dari itu jangan berjanji kalau hanya meracun hati..

Janji awal BN untuk sebuah jambatan di Beting Maro tu hanyalah meracun hati saja bro, kerana janji tu, janji palsu, maka ramailah yang merana ? Tapi jangan risau bro? Mereka tatap berjanji macam biasa, ini bukan lagi cobaan macam dulu tu? Boleh percaya ke lagi? Nak Engkah Apo Lagik Kali Tuk? 

Abang Kerdee mengingatkan pengundi Sarawak, "Kali tuk benar kito ngajar sidak yo nyo!" Kah Kah Kah



Ni rupo jambatan BN tuk, nak engkah apo lagik kali tuk? soal Abang Kerdee

Abang Kerdee menunjukkan ceracak besi yang dipasang untuk pembinaan jambatan di Beting Maro sejak empat tahun lalu.


SALBIAH HARUN - Janji Membawa Akibat



Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, penduduk kampung di Beting Maro, sekali lagi diberikan harapan agar jambatan yang mereka perlukan benar-benar dibina kali ini.

Ini kerana, jambatan ini sudah dijanjikan sejak tahun 2000 iaitu menjelang PRN 2001, namun sehingga kini ia kekal tinggal janji saja.

Menurut bekas calon Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, pada tahun 2001 iaitu menjelang PRN tahun itu, batu asas untuk membina jambatan ini telah dibuat oleh kerajaan negeri, namun menjelang 2006 masih belum siap lagi.

Empat tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2005, kontraktor mula meletakkan pasir-pasir ke kawasan pembinaan di samping memasang dinding di kawasan pembinaan.

Namun empat tahun kemudian, ia masih belum siap bahkan pembinaan belum bermula.
Pada tahun 2010 iaitu menjelang PRN 2011, jentera-jentera berat mula dibawa masuk dan pasir serta besi-besi cerucuk mula dipasang.

"Dah nak masuk PRN 2016 tuk oi! Ni rupo 'Jambatan BN' tuk? Nak engkah apo lagik kali tuk?" tulis Abang Kerdee dalam posting beliau itu.

Menjelang pilihan raya ini, sekali lagi jentera BN datang ke Beting Maro. Kali ini mereka membawa tong-tong biru untuk menangani keperluan air bersih di kampung ini.

"Orang kampung mahu air bersih, namun dekat pilihan raya BN bagi tong biru. Terima kasihlah orang memberi, kita ambil. Tetapi air tiada macamana nak guna air. Tunggu air hujan tak turun-turun," tulis Penolong Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) itu dalam akaun facebooknya.

Untuk itu, Abang Kerdee mengingatkan pengundi Sarawak, "Kali tuk benar kito ngajar sidak yo nyo!" ~ sumber


AMANAH
Di Beting Maro

Sarawak #‎Amanahpilihankamek‬...
Mari bersama kamek Menangkan AMANAH.
 



N29 Dun Beting Maro Sarawak

Menyantuni serta mendengar permasaalahan penumpang yang menaiki ferry ke Kg Beladin dalam kawasan N29 Dun Beting Maro Sarawak.


Angkatan Wanita Amanah Melaka bersama mendengar permasalahan yang di alami oleh penduduk kg Beladin N29 Beting Maro Sarawak.


Ketua AMANAH Bintulu, Puan Nurzaiti Hamdan melawat mangsa tanah runtuh di perkampungan baru Dayak atas bukit Sg Plan.


 Mari bersama kamek Menangkan Amanah N29 Beting Maro
    #Amanahpilihankamek
    #Amanahprogresifpeduli

~ Parti Amanah Negara
~ sumber foto atas


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?