Pakatan Harapan Baru Lahir ! PAS Terkeluar




Tahniah di atas
pembentukan Pakatan Harapan Baru.....
Syabas PKR, DAP dan Amanah.


KENYATAAN MEDIA
MUAFAKAT PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN

Krisis kepimpinan negara dan tekanan kewangan terhadap rakyat akibat kepincangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak memerlukan penyelesaian segera. Lebih lama krisis ini berlanjutan, rakyat biasa akan terus menjadi mangsa menanggung beban ekonomi seharian dan berhadapan permainan adu domba perkauman sesetengah pihak.

Krisis yang melanda negara ini juga mendesak parti-parti pembangkang bersatu untuk lebih berkesan dalam menentang Umno/Barisan Nasional. Harapan rakyat tinggi menggunung supaya sebuah pakatan pembangkan yang bersatu dan kuat dapat memainkan peranan mengekang salah tadbir dan kepincangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mengambil kira kepentingan rakyat yang utama ini, parti-parti yang hadir bersidang di dalam Rundingan Mejabulat yang dipanggil oleh Ketua Pembangkang pada hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah pakatan pembangkang yang baru bernama Pakatan Harapan dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN) berkuatkuasa hari ini.

Sebuah Jawatankuasa Khas dengan diwakili oleh Setiausaha Agung dan wakil dari setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan termasuklah perjanjian pakatan, dasar bersama, etika kerja sesama parti yang menganggotai Pakatan Harapan dan lain-lain.
Mulai dari hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah pakatan politik yang jitu untuk membela rakyat dan berdepan dengan Umno/Barisan Nasional.

Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Pakatan Harapan mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk bersama-sama Pakatan Harapan dalam misi menyelamatkan rakyat dan negara dari kepincangan Umno/Barisan Nasional tertakluk kepada persetujuan perjanjian pakatan, dasar bersama dan etika permuafakatan politik.

Kami yakin kewujudan Pakatan Harapan akan memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang adil, inklusif, berdaya saing, berkebajikan dan berpaksikan keluhuran undang-undang.


YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN
YB SAUDARA LIM KIT SIANG
Ketua Parlimen DAP
YBhg HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH
22 September 2015



Sisipan Jempolan !



PAS Hantar Mahfuz
Ke Perbincangan Meja Bulat Pembangkang ?

Mahfuz dan Saifuddin 

Kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di dalam sidang meja bulat pembentukan gabungan baharu di Subang Jaya hari ini adalah atas kapasiti sebagai ahli Parlimen pembangkang.
Mengakui kehadirannya tidak diketahui pimpinan PAS, Mahfuz yakin tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadapnya.

"Saya hadir sebagai ahli Parlimen pembangkang yang dijemput ketua pembangkang.


"Mereka (PAS) tidak tahu, saya hadir kerana dijemput secara terus," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang meja bulat apabila ditanya adakah kehadiranya diketahui pimpinan PAS..


Mahfuz tidak beritahu PAS hadir pelancaran Pakatan Harapan



Di Lain Sisi

Umno lain pulak cerita bro !
Umno petang ini menghantar surat tunjuk sebab kepada bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah, selepas tindakannya menghadiri majlis anjuran parti pembangkang, perasmian Pakatan Harapan pagi ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan surat tersebut sudah dihantar dan Saifuddin diberikan 14 hari untuk menjawabnya.


"Kita sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada beliau (Saifuddin)..TMI


***
Kalau Datuk Saifuddin Abdullah dari UMNO hadir ke majlis perasmian Pakatan Harapan, telah menerima 'love letter' dari SU Umno? PAS pula? nak bertindak atas lajur dan sebab yg sama dengan Umno ke tidak? Kah Kah Kah
Aku rasa PAS tak akan bertindak bro? Pasai inilah sahaja 'pro' yg tinggal dan tercicir dari G18 dulu bro ! Kah Kah Kah




Tenaga utama Pakatan Haraan Barudari kiri Mohd Sabu (Mat Sabu) Amanah Negara, WAWI di tengah PKR dan Lim Kit Siang DAP


Lahirnya Pakatan Harapan - 
PAS Macam Orang Demam, 
PAS Dan Harakah Terus Meracau

Inilah tulisan 'desparados' tulisan orng kacewa bro ! orang nak buat yg terbaik membina runtuhan PR angkara dia, PAS sendiri yg melingkupkan PR dikatakan pula yg PKR tidak 'mendapat perhatian ?', 'terkapai mencari puautan'?

Betapa 'racaunya' penulisan Harakah seperti ini? Bukankan yg terkapai mencari pautan itu? PAS sendiri? PR lama dah 'Hancuzz' dah ditalkinkan (oleh Pas sendiri) angkara akhlak Paschai dan Tok Sidangnya? dan sekarang masih bergayut dgn PKR di S'langor ! bukan cari pautan ke tu? mengaku pulak yg dia Pas hanya akan bersama PKR ? 
Pakatan Harapan diumpamakan satu wadah Pakatan Baru Tanpa PAS dan tidak ada lagi Kawan Makan Kawan


selengkap komen dari HD baca dari www.harakahdaily.net


SIDANG meja bulat yang diutarakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) tidak lebih daripada keterdesakan PKR dalam mendepani situasi politik ketika ini. Hal ini kerana, PKR adalah parti yang paling tidak mendapat perhatian dan seakan terkapai-kapai mencari pautan.

WAWI sendiri tidak pasti hendak membuat keputusan tatkala PKR sendiri masih mahu mengikat diri hubungan bersama PAS. Tetapi WAWI nampaknya cepat teruja di samping permainan penasihat-penasihat kelilingnya untuk dilihat merekalah peneraju Pakatan Rakyat 2.0. Maka persidangan meja bulat selama hanya dua jam yang sepatutnya menjadi medan perbincangan sahaja tiba-tiba menatijahkan keputusan pembentukan Pakatan Harapan...

Imej ihsan - wargamarhaen.blogspot.com
Sendiri dah rasa kuat? auta ke fakta? Kah Kah Kah
Pasai menang besar di Selangor dulu (PRU 13) ???
Tapi lingkup pahana di Terangganu? 
Kubu sendiri yg dok kata kuat? kuat mende? Kah Kah Kah
Lingkup pahana di Kedah, Perak dan lain2 negeri selain Kelantan ? tu pun kali nie? berpeluh ketiak ler nak 'maintain' balik ! Kah Kah Kah 

Inilah cakap2 'sombong sumbing' bro !
Kalo kuat? Ganu tak kan terlepas selepas 'satu penggal' saja Tok Sidang 'bersidang' ! lepas tu Umno rabut balik? kuat ke?


Setelah beberapa kali Parti Amanah Negara (AMANAH) mempelawa supaya PAS bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, PAS hari ini telah membuat keputusan untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.berita seterusnya disini >> http://goo.gl/XIRlXZ
Pas bukan sedaq habaq lagi yg PR asal tu dah punah ranah ! dan PKR sekarang ini dah menerima gabungan baru PHB (Pakatan Haran Baru) bersama Amanah dan DAP !
Mana nak letak 'maruah' PAS nie?
Tapi ramai senang hati dgn keputusan dan pendirian PAS tu bro ! senang PHB nak buat keroja...dah tak ada pengacau ! Kah Kah Kah.

Khulasah

1. Mulai 22 September 2015 - Sejarah terukir megah bila Pakatan 2.0 sebagai akatan Baru yg dikenali dgn Pakatan Harapan dibentuk yg melibatkan Amanah, PKR dan DAP sahaja.

2. Paling menarik - PAS tidak meyertainya bro ! tu yang harakahdaily  meracau sakan sangat ! untuk itu - Tak payah laa lagi kita melayan Pas yang tak sudi meyertainya, lagi senang kita nak buat kerja dan bergerak..sudah tidak ada lagi 'pengacau' yg selalu buat kaco !! Kah Kah Kah

3. Tanpa PAS, Pakatan Harapan  boleh bergerak sebagai satu 'pact' atau sebuah pakatan siasah yg aktif bagi membela rakyat dalam menghadapi Umno dan BN bro ! Inilah yg kita sebenanya didambakan rakyat sejak sekian lama. 


4. DS Anwar Ibrahim akan kekal sebagai calon PM seperti diumumkan oleh Pakatan Harapan kiranya menang PRU akan datang, sekali pun penganlisis berkata, ianya melucukan (Anwar calon PM melucukan – Penganalisis politik)

Ini cukup berbeza dari khendak PAS dulunya bro ! Dok tak dok depa PAS pi seghebu namakan 'Ku Li' sebagai calon PM ? ada ke akai ? yang PAS mau nie bukan saja 'lucu' tapi 'pelik kebangun' kata orang utara ! sapa lagi 'lucu"? Kah Kah Kah
Ini akan jadikan PAS lagilah sesak nafas bro ! tapi sekarang, biarkan PAS terjun dengan labu2nya ! yg dilihat cukup 'benci' dengan DSAI itu (dari beberapa insiden yg beterusan) dan kini pengacau itu sudah tiada lagi ! Lega.

5. PAS cuba 'jual mahal' bro ! sekalipun dijemput ! mereka labelkan Amanah sebagai 'pengkhianat' ? Aku pun tertanya? Apa yg 'Amanah' khianat' pada PAS? Mereka juga dah tak boleh lagi duduk dengan DAP ! - 
Bagi aku, selagi Tok Sidang yg menerajui PAS bersama PASChai yang ada? termasuk Mursyidul Am sekarang yg terlalu 'lebih Umno dari Umnuuuu' tu ! lebih baik jangan lagi dijemput di masa hadapan dalam apa2 perincangan sekalipun - mereka sudah tidak betah lagi untuk dirujuk ! Cukup laa pengalaman lalu menjadi 'ubat' yang 'racun'nya sudah tidak boleh diubati lagi !

6. PAS selalu rasakan dia 'betul' dlm apa juga tindakannya, orang lain semuanya 'tidak betul'? ia juga rasakan macam dia laa 'abang sulung' sebagai pembangkang dan wajar di 'respect' oleh parti 'nyamuk' macam Amanah dan lainnya ! sebab itu mereka tidak pernah minta maaf atas berbagai insiden yg berlaku yg tidak 'disenangi' membabitkan dua hala antara Pas dan sekutunya PKR dan DAP semasa PR yg dah 'berkubur' itu.


6. akhirkalam, aku tertarik dgn komentar dari rakan blogger WFAUZDIN diblognya yang menulis,
Setakat ini aku yakin, Pas pasti tarik diri dari menyertai Pakatan 2.0 namun mahu teruskan kerjasama dengan KEADILAN.  Aku harap KEADILAN jangan buat kerja gila dan bodoh seperti ini.  Jika mahu terima Pas, pastikan Pas juga boleh terima rakan-rakan yang lain iaitu Dap dan Amanah.  Jika Pas tetap tidak mahu terima Dap dan Amanah, ertinya Pas mahu agar Pakatan 2.0 tidak melibatkannya.  KEADILAN mesti teruskan Pakatan 2.0 walaupun tanpa Pas.  Jika serius Pas menolak, mahu tidak mahu Pakatan 2.0 mestilah ada di dalamnya KEADILAN, Dap dan Amanah. Cukup-cukuplah bermain selamat kerana kamu tidak akan selamat jika tidak mahu mendengar suara di bawah.  Di bawah mereka mahu Pakatan 2.0 itu bersatu.  Tidak perlu ada Pakatan 2.0 di sebelah kanan, satu lagi pihak pembangkang tetapi di antara KEADILAN dan Pas saja.  Itu kerja main-main dan tidak serius untuk menumbangkan rejim.  Jangan buat main-main dengan rakyat.  Nanti, yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran. "

Aku nak tambah sikit lagi bro ! RAKYAT MAJORITI TOLAK PAS SERTAI PAKATAN RAKYAT 2.0Continue Reading ) , rakyat majoriti dah serik dengan mainan 'wau bulan' ini, yg selalu 'bermain wau' sekali pun waktu tiada 'angin' ! biaq laa dia Pas cari jalan dia sendiri. Dia nak buat 'Fastaqim' ke hape ke? biaq ke dia, orang tengah 'pasrah' tu..Biaq dia Pas dok bermain dengan 'istilah2' berbau Arab ciptaan depa sendiri ! Nokhtah.



Harapan rakyat kpd Amanah Negara terlalu besar bro !Didiklah adik2 pelapis untuk memahami citra dan dasar perjuangan agar tidak tersasar dari tujuan asal penubuhan ini, seperti mana adik2 dalam Pas yang 'tersasar jauh' memahami citra dan dasar Pas itu sendiri..akhirnya lebur berantakan dimamah dikunyah oleh mereka yg tidak ada 'amanah' perjuangan asal yg dibina dengan susah payah, bermandi keringat, darah dan air mata untuk melihat ianya diangkat ke mercu persada..Ianya tekulai layu kerana ada perilaku sumbang sumbing dengan 'musuh' utama ? serta banyaknya mulut yang cirit birit menyebut kalam 'mazmumah' yang melemah sendi, nadi dan urat saraf jamaah ! hentikan juga retorik bikinan sendiri, kerana rasa diri terlalu 'tinggi' menyapu awan ! yang akhirnya sendiri badan jadi tak ketahuan ! MT



Comments



  1. Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
    Jangan di CARI...Murka nya TUHAN
    Ponteng FITNAH...Menikam KAWAN
    Songlap HALOBA...Ber Nafsu SETAN


    Cari lah CAHAYA...Terang Ben DERANG
    Jangan di IKUT...Songlap yg GELAP
    FITNAH Men CURI...Harta Ter LARANG
    Jangan Se SEKALI...Jadi Ke LAHAP


    Jangan Se SEKALI...Jadi Ke LAHAP
    Harta RAKYAT...Khazanah NEGARA
    FITNAH Men CURI...Di Dalam GELAP
    Di Dunia GULANA...Di Jilat NERAKA


    Jangan Ter TIPU...Pangkat dan NOBAT
    Jangan Ter LIUR...Pen CURI Ber JUTA
    FITNAH Putar...Syirik dan MURTAD
    MENIPU Ter Tipu...Sendiri Ter SEKSA






    Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
    Cari lah Se JUJUR7..Nilai Ke JUJURAN
    Cari lah Se IKHLAS7..Puncak Ke IKHLASAN
    Temui lah Se MUTLAK7..Paksi Ke BENARAN


    Ber Temu PUNCAK...Paksi Ke BENARAN
    Jujur dan IKHLAS...Cahaya PEDOMAN
    Hidup Ber CAHAYA...Di Kasehi TUHAN
    Menjadi PEMIMPIN...Suri TAULADAN


    Se Jujur7'KEJUJURAN...Tiada BANDINGAN
    Se Ikhlas7'KEIKHLASAN...Tiada TARA nya
    Se Mutlak7'KEBENARAN...Amanah TUHAN
    Ke Ajaiban AURA...Pe Ngaseh..Pen CINTA

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video