AMANAH Tak Sudi PAS masuk Pakatan Baharu !

Amanah tolak cadangan Anwar masukkan PAS dalam Pakatan baharu


Parti Amanah Negara tolak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa PAS masuk dalam gabungan pembangkang baharu, kata jurucakapnya Mohamed Hanipa Maidin.
Gambar fail The Malaysian Insider, 2 September, 2015


Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan untuk memasukkan PAS dalam gabungan pembangkang baharu, Pakatan Rakyat 2.0 yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata jurucakapnya Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa berkata langkah itu tidak realistik kerana kemasukan PAS tidak diyakini akan membawa permuafakatan dan menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu.

"Maka saya penuh yakin, mengambil kira realiti politik sekarang, keberadaan PAS dalam permuafakatan politik baru atau PR 2.0 (Pakatan Rakyat 2.0) bagi menggantikan PR tidak akan menguntungkan mana-mana parti dalam PR 2.0 itu nanti.

"Bagi saya dengan sikap, gaya politik dan stail saf kepimpinan PAS yang ada sekarang saya tidak rasa PAS adalah aset kepada PR 2.0," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Sepang itu berkata kemasukan PAS tidak dapat diterima DAP yang sememangnya diketahui berbeza pendapat dengan pemimpin parti Islam itu.

Kan lebih afdhal bersendirian ?
Kah Kah Kah

"Saya juga tidak nampak bagaimana DAP boleh menerima keberadaan PAS dalam PR 2.0 setelah apa yang DAP rasai dalam PR dulu," katanya.

Hanipa mengakui kekuatan PAS yang memiliki sokongan orang Melayu perlu diambil kira, tetapi gabungan baharu juga perlu memikirkan kesan daripada para pengundi bukan Melayu yang tidak menyokong PAS kerana sikap mereka dalam PR sebelum ini.

"Apa yang lebih membimbangkan kerusi DAP dan PKR juga akan menerima kesan besar melalui hukuman yang pengundi bukan Melayu kenakan kerana melibatkan PAS dalam PR 2.0," katanya.

setuju bro !
lagi dok berjiwang dgn Umnuu?
dgn Umno? jangan masuk PR 2.0 ! Kah Kah Kah
Hanipa berkata, mengambil kira faktor tersebut, gabungan pembangkang baharu tidak perlu melibatkan PAS dan membiarkan mereka berdiri secara solo dalam pilihan raya depan.

"Saya menyimpulkan PR atau PR 2.0 hanya mampan jika PAS tidak dilibatkan sebaliknya ia hanya meliputi PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat saja.


"Biarlah PAS dengan politik solonya dan tidak diganggu untuk membawa agendanya secara solo," katanya. – 2 September, 2015..TMI

Amanah tolak cadangan Anwar masukkan PAS dalam Pakatan baharu



Ulasan MT

Inilah kali pertama, cadangan Anwar agar PAS menyertai PR 2.0 yg ditunjangi oleh PKR, DAP dan AMANAH di tolak secara terbuka dan bersebab serta berhemah  bro !

Anwar masih dijadikan ikon rujukan sebenarnya dlm sepak terajang politik di Malaysia ! Bersih 4 sebagai contoh, majoritinya adalah yg sayangkan Anwar . Jadi bila PAS mengambil sikap memboikot Bersih 4, tentunya anda faham mengapa?

Aku sebenarnya lebih suka kalo PAS dipinggir terus dari menyertai PR 2.0 ini bro ! luka lama masih 'berdarah' masih 'menanah' masih 'membengkak' ! Sedarkah kita, PAS adalah 'pengkhianat' Pakatan Rakyat yg dibina dengan susah payah, keringat dan air mata, lagi pun Pas selalu dok wirid dok kata, dia tak heran bersendirian ? Haa biaq pi laa kat depa tunjuk kudrat empat lima kerat depa ! Kah Kah Kah


Hangpa nampak tak bro ! bukan main gebang lagi puak2 kalamanyaq Paschai dalam Pas nie ! Depa lupa Bersih tu bukan babitkan parti politik pun ! bukan libatkan 'perkauman' pun!? Ini program rakyat daa Paschai oiiii ! Program menuntut keadilan untuk semua, sejagat begitu ! tak kira laa hang bangsa apa sekalipun, asalkan semua tu rakyat yang sah, sebab tu mat bangla tak masuk senarai ! minah dan mat indon pun tak masuk senarai ! yang dok cakap atas dasar dan perjuangan, atas survival rakyat semua ! bukan atas dasar kaum sempit macam Tok Sidang 'Dua' Pas cakap ! Ini tolol namanya kalo dok cakap atas kapasiti sebegitu? Siapa 'tolol'? tanya atas dia sikit? Kah kah Kah


Betul juga nak mantapkan parti ! Sejak ramai blah keluaq 

kena laa mantapkan balik supaya tak terlungkop teruih ! Kah kah Kah 

Lagi pun, Pas bukan suka Anwar sangat pun, Anwar mereka hina sehina2nya ! diperambat sendiri oleh Tok Sidang seketika dulu, Paschai dan ulama mereka laa yg gelarkan 'anwarinas' bagi pendokong2 AMANAH sekarang ini bro ! dan ramai Paschai dikatakan percaya bahawa Anwar terlibat dalam peristiwa 'liwat II' sekalipun tanpa saksi megikut pertimbangan Islam ! Bagaimana mereka menghina Wan Azizah sendiri ? bagaimana mereka cuba buat kacau dlm PRK Ptg Pauh yang lepas...dan banyak lagi kalau nak sebut..semua ini adalah wajah hodoh PAS sewaktu bersama Pakatan dahulu ! Tentu sekarang, pimpinan yang ada tidak akan masuk perangkap dua kali bro ! dan paling utamaa, selagi Tok Sidang Pas masih dok ke hulu hilir bersama Umno? yg mereka rasakan 'ikhlas' itu? Tentulah teramat sulit untuk PR 2.0 mahu bersama PAS lagi? Biarkan PAS bersama Grombolan BN, sebagai sekutu tak resmi mereka yg baru ! moga sinar bahagia PAS ada di sana ? kah kah kah


Bila Anwar cadangkan begitu? agar PAS dimasukan dlm PR 2.0 ! bukan bermakna Anwar tak sedar betapa kamjatnya PAS terhadap PKR & PR dulunya !Anwar maklumi semua ini bro !

Di sinilah letaknya 'kehaibatan' Anwar ! betapa Anwar yg cukup berjiwa besar ! tidak mendendami mereka2 yg pernah 'mengkhianati' beliau, juga ahli keluarga beliau ! sebagaimana beliau tidak pernah mendendami Mahathir dan yang lain ! bukan macam tok2 sidang Pas yang berjiwa 'kerdil' itu? inilah kepedulian Anwar vs Rakyat ! Penolakan terhadap 'cadangan' Anwar ini dilihat lebih kepada 'realiti semasa' yg melingkari politik tanah air seperti kata Hanipa Maidin itu !

aku setuju dgn AMANAH bro ! PR 2.0 akan lebih aman dan bersatu tanpa kacau-ganggu gugat dari PAS.... Lagi pun kata mereka, PAS KUAT, mereka tak perlu berkawan dgn sesiapa.... lebih baik depa bersendirian... apapun tahniah Parti Amanah Negara/Parti Pekerja & teruskan perjuangan mu..

Terima Kasih DSAI kerana masih mengambil berat pasal rakyat.

Paschai patut belajor dari DAP bro ! belajaq ertikata kesetiaan dan kesepakatan sekalipun DSAI masih kat dalam penjara ! Namun sokongan mereka terhadap DSAI langsung tidak berbelah bagi, bukan macam lebai PASChai, Anwar dihina di caci semasa di luar, bila di dalam? lagi laa buat 'nasik tambah' Kah Kah Kah

PS: admin membangkang sepenuhnya kehadiran Paschai dan parti lebai ke dalam Pakatan 2.0. Nokhtah.


sisipan bermakna
Ceramah sulung PAN di Kubang Krian







Latest News !

Akibat suruh Nizar masuk DAP, dia terpaksa masuk mahkamah....
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM3juta terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kerana kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui Tetuan Awi & Co bertarikh 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Pihak defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Oktober 2015 jam 9.00 pagi untuk pengurusan kes. Sekiranya defendan engkar hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, penghakiman boleh dimasukan terhadap defendan.

Kenyataan berunsur fitnah tersebut telah disiarkan melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP.

Laporan tersebut mengandungi kenyataan berikut :
“PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan perjuangan DAP sebagai parti yang menyokong pendekatan Negara secular.”
“Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP, kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti”

Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang pemimpin Melayu yang telah mengkhianati bangsa Melayu dan tidak peka dengan kepentingan dan sensitiviti bangsa Melayu.
Nizar juga mendakwa pernyataan tersebut menuduh beliau sebagai pengkhianat agama Islam demi kepentingan politik beliau dan cuba menyebarkan fahaman secular di dalam Negara ini dan di dalam PAS.
Nizar menafikan kenyataan berunsur fitnah tersebut dan menegaskan bahawa kenyataan Defendan itu sebagai tidak berasas dan fitnah yang serius.
Nizar menegaskan kenyataan berunsur fitnah tersebut telah mengundang beberapa reaksi negative dari rakan-rakan politiknya khususnya PAS dan pembaca akhbar tersebut.
Malah menurutnya lagi, telah menyebabkan musuh politiknya menggunakan kenyataan berunsur fitnah tersebut untuk memburukan dan menjatuhkan kerjaya politiknya.


al-Husseyn al-Husseyn pada 9:49 p.m.
Di nukil dari Fb Ustaz Ahmad Awang Supporters




Comments

  1. Puak2 taksub kpd pemimpin ni serupa dgn umno juga. Betulah slogan pas ganti umno sebab perangai serupa samseng. Ratib mereka- melayu, melayu,melayu..............asalkan melayu penyamun pun mereka sokong. Haprak sungguh...........

    ReplyDelete
  2. Haji hadi ulamak suci
    Haron din bertaraf wali
    Kurenong pas lagi dan lagi
    Rupa ruoanya bontot kuali

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?