Price of RM2

Jarang kita menlunsuri kisah2 begini, kisah manusia yang masih ada nilai budi dan akhlak yg baik di tengah2 masyarakat kita yang dijangkiti rata2nya oleh faham kebendaan yang meruap2..masih ada segelintir yang mahu berbudi ikhlas menolong sesama manusia tanpa harapkan balasan ! Terima kasih Ezzaty Amin..anda adalah antara 'icon' anak muda prihatin terhadap golongan warga emas seperti 'Pakcik' yang anda belanja dan berbual2 sejenak sebelum tiba destinasi...

Ini sebenarnya adalah 'Dakwah Bil Hal' yang jarang diambil peduli oleh ramai anak muda yang lain ! Dakwah 'bil hal' adalah dakwah contoh melalui perbuatan tanpa menggunakan lisan memberi nasihat atau sepertinya, ianya lebih berkesan dari lisan itu sendiri, ia juga disebut sebagai 'Lisanul hal' sebagai menggantikan lidah dengan perbuatan sendiri...Dakwah ini lah yang menyebabkan awalnya Islam tersebar dengan cepat dan mendominasikan dunia sampai sekarang.

Orang yg mempunyai niat ikhlas, sebenarnya adalah insan yang bertakwa..orang yang bertakwa dan mengorbankan hartanya (walaupun tidak seberapa) mempunyai NILAI di sisi Allah, dan benarlah janji Allah kepada mereka yang bertakwa kepadaNya akan di buka jalan keluar baginya tanpa disedari..dilipat gandakan kpd mereka dari apa yang mereka belanjakan dari jalan yang tidak disangka.

Terimakasih  Ezzaty Amin

lihat penjelasan Ibn Taimiah mengenai tafsir ayat 2-5 Surah الطلاق

 
Gambar diperoleh dari Facebook Ezzaty Amin


KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, kisah seorang gadis Melayu yang dibalas dengan ganjaran RM300 kerana membantu seorang warga emas menjadi perbualan mulut para netizen di media sosial.

Ezzaty Amin berkongsi cerita dia dibalas dengan RM300 kerana menolong membeli tiket kereta api bagi seorang warga emas, menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis lalu.

Menurut Ezzaty, dia bertemu dengan seorang lelaki berusia 68 tahun yang dipanggil ‘pak cik’ di stesen kereta api Batu Caves ketika ingin membuat perjalanan ke Shah Alam.

Bertemu dengan pak cik tersebut ketika beratur untuk membeli tiket, Ezzaty kemudian belanja pak cik berkenaan setelah mendapati destinasi yang dituju oleh mereka adalah sama.

“Saya beli satu tiket dewasa dan satu tiket warga emas.

“Dia terkejut dan saya pun kata, tak apa pak cik, saya belanja,” tulis Ezzaty.

Difahamkam, sepanjang perjalanan, mereka berbual sambil mengenali diri.

“Sepanjang perjalanan, kami berbual dan pak cik tersebut kemudian memberi kad bisnes beliau kepada saya. Saya tak beri perhatian sangat dan terus menyimpan dalam dompet.

“Kami berbual mengenai keluarga, pekerjaan. Pak cik beritahu dia mualaf dari Sabah dan minta saya 'tasmi’ bacaannya, Surah Luqman ayat 1 hingga 5,” cerita gadis tersebut.

Menurut Ezzaty, pak cik tersebut juga meminta kebenaran untuk melihat buku yang dibawanya berjudul Langit Illahi karya Hilal Asyraf sebelum mereka berpisah.

“Setelah kami sampai ke destinasi kami, pak cik itu berkata, "jadilah orang baik, ikhlas. Pak cik doakan kamu di Mekah". Dia akan (pergi) menunaikan Haji, Ahad ini,”

Ezzaty berkata, dia hanya sedar kewujudan RM300 dalam bukunya selepas dia tiba di rumahnya.

“Apabila saya tiba di rumah, saya lihat RM300 dalam buku saya, dan saya kemudian lihat kad bisnesnya, rupa-rupanya, beliau adalah seorang Kapten dan Pengarah Projek Syarikat Kejuruteraan Marin dan Dredging.

“Mungkin pak cik itu bayar RM2 dengan RM300,” sambung Ezzaty.

Gadis itu kemudian mengakhiri kisahnya dengan berkata, “Tuhan telah berjanji, kita tidak akan menjadi miskin dengan memberi sedikit dari harta kita untuk kebajikan. Semoga Tuhan membimbing kita semua.”

Setakat ini, posting Facebook beliau tersebut menerima lebih dari 35,269 'likes' dan dikongsi sebanyak 10 ribu kali.

Pengamal media sosial juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen mereka di bawah kenyataan tersebut.

Kebanyakan mereka melahirkan rasa syukur dengan sikap pak cik dan Ezzaty serta dan agak tersentuh dengan cerita tersebut. 


Price of RM2
Today i went to Shah Alam for a gathering, so i took ktm from bt caves to shah alam. So while queuing, an uncle line after me. ''Assalamualaikum pakcik, nak p mana?'' He smiled back at me and say ''shah alam'' , ''oh sama lah kita !  '' then i bought one ticket for adult and one for warga tua (because he's 68). He was stunned, then i said ''it's okay pakcik, saya belanja''.
The whole journey, we talked to each other and he gave me his business card..., but i don't really pay any attention and straight away keep it in my purse. We talked about families, career, he told me he is muallaf, from sabah and ask me to tasmi' his recitation, surah luqman 1-15.
Nak di pendekkan cerita, last moment before we separated, he asked me. ''What book is that? Can i have a look?'' I said, sure and gave him the book (langit ilahi by hilal asyraf) After we arrived, he said to me..''be good, be genuine, i ll pray for you in mekkah'' (he's going for hajj this sunday).
When I arrived home, i saw RM300 in my book., and I looked at his card, he's captain and project director for marine engineering and dredging corporation.
Maybe that's why he paid RM2 for RM300 :')
God has promised, we won't be poor by giving out a portion of our wealth for charity.
May God guide us all.
Ayat 4 Surah At-Talaaq الطلاق
 

 Baca tafsir di ayat 2-5
Surah الطلاق  atau klik di www.igsta.com

rujuk lagi القرآن الكريم - تفسير الطبري - تفسير سورة الطلاق - الآية 3






Orang yang bertakwa kpd Allah,
ada 5 perkara yang akan dinikmatinya...
Baca dari kanan...

- Dimudahkan Allah jalan keluar baginya

- Rezki akan tiba dari jalan yang tidak diduga

- Allah akan mudahkan urusannya

- Kejahatan dan keburukannya akan dikifarat

- Mendapat pahala (ganjaran) yang besar dari Allah



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?