Puasa belum apa2 lagi? Dah kalut nak meriahkan HariRaya? - [VIDEO]

Puasa belum lagi bro !
Ada beberapa hari lagi kita akan memasuki Bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan turunya Al-Quran, bulan menguji keimanan, bulan melakukan ibadah, bertarawikh, bertadarus, berinfaq dan sadaqah serta berbagai ibadah lain untuk mendekatkan kita sebagai muslim dengan Khaliq.

Tetapi, setengah orang melayu dah bercakap pasal kemeriahan raya, pasal ketupat dan rendang, lampu2 yg suram, tiada kemeriahan, bercakap sambil membanding dgn kemeriahan krismas dan perayaan agama lain? 

Bulan puasa, adalah bulan muhasabah diri, kemeriahan sebenar seorang yg berpuasa, ialah bila puasanya amat diharap diterima di sisi Allah, berpuasa dengan penuh kesedaran, dgn penuh keimanan dan pertimbangan - bukan menjadikan bulan puasa ini, bulan yg akan dimeriahkan dgn suasana yg bukan2, yg tidak terdapat dlm pertimbangan Islam pun, seperlunya hanya dgn melahirkan kemenangan melawan nafsu serakah semasa mengharungi puasa, sikap dan akhlak seorang muslim ditingkatkan, bukan membazir, boros menyediakan segala yg tidak perlu.

Bila 'aqal' tidak dipandu dgn syariat Islam yg murni. ramai akan tersasaar bro.



Puasa Ramadhan 
adalah bergaul dgn masyarakat ramai
susah miskin dan pelbagai - semuanya
mengharapkan satu tujuan beribadah bersama
sebab itu mesjid hendaklah dijadikan rumah untuk
beribadat sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak ini

(( لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ))

[ البخاري، مسلم ]
Bagi orang2 yg berpuasa, ada dua kegembiraan:
Kegembiraan semasa berbuka, dan
kegembiraan ketika bertemu Tuhannya Allah SWT..
[Mafhum HR Bukhari dan Muslim]


Erti Sebenar Hari Raya AidulfitriKehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam di negara kita....namum begitu tidak bagi orang-orang Islam di jiran dan kebanyakan orang Islam di seluruh dunia merayakan Aidilfitri dengan penuh kesyahduan dan kepedihan. Aidilfitir bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.



Awie saran kerajaan main peranan meriahkan Raya di KL 11 June 2015Penyanyai rock terkenal, Awie, atau nama sebenar beliau Ahmad Azhar bin Othman yang juga vokalis utama kumpulan muzik rock Wings, memberi saranan kepada kerajaan agar mengambil inisiatif untuk memeriahkan Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Beliau memberitahu wartawan selepas tamat konsert Wings - 'takkan Melayu hilang di dunia' di Istana Budaya malam tadi
..
kinitv (baca Apabila 'laksamana' berpencak di pentas rock )


“Bukanlah hari raya Aidilfitri bagi orang yang berpakaian dan perabot rumahnya serba baru, namun hari raya Aidilfitri adalah bagi orang yang beriman dan melaksanakan puasa dgn gigih bagi mengharap keredhaan Allah...



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?