Potret Paling Bermakna Betapa Rakyat Harungi Kemiskinan
Posted on
Inilah kehidupan, inilah nasib rakyat
jelata harungi ketika para pemimpin politik menghabiskan awal tahun
untuk bercuti keluar negara.
Kopi n Pasta dari sini .
Sisipan Sempoi
Wang yang dibelanjakan adalah wang hasil
cukai yang dipungut daripada rakyat. Mereka yang tak mampu untuk
mengelak daripada GST walau pun pendapatan tak seberapa.
Adakah pemimpin
tertinggi kita faham erti kesusahan dan penderitaan rakyat. Mereka akan
jawap ada BRIM.
Yang diberi berkala. Yang dikutip setiap ketika bila berbelanja. Itu beza antara BRIM dengan GST. Bandingkan antara BRIM yang dihulur dengan bebanan cukai + inflasi + TOL + hutang isi rumah + GST + ++ bebanan lain.
Pukulan GST berat sekali 6 % sepanjang
masa iaitu cukai ketika membeli dan berbelanja. Beli simen sekampit pun
kena GST. Keluar duit daripada bank pun kena GST. Sedang
pendapatan,semakin menyusut tak seberapa. Ditambah dengan inflasi.
Rakyat terkepung dengan inflasi berterusan. Naik naik terus. Lebih lebih
lagi apabila RM jatuh. Pun tak boleh mengelak juga. Pemimpin ada banyak
keistimewaan demi keistimewaan untuk mengelak.
Atas kekuasaan yang
mereka cipta untuk keselesaan diri diri sendiri. RAKYAT macam mana
???? Adakah terima saja secara terpaksa.Konon taat setia kepada
para pendurjana yang berbuat kesewenangan untuk bermaharaja lela.Macam
zaman dahulu kala.Kini era langit terbuka rakyat dah tahu segalanya.
Inilah ertinya KUASA bagaimana
menggunakan kuasa secara bijaksana. Beranikah kita gunakan kuasa
untuk menurunkan mereka yang menyalahgunakan kuasa secara sah menerusi
peti undi secara demokrasi ? Kata Tun Mahathir DEMOKRASI kini telah
bertukar menjadi KLEPTOKRASI iaitu negara yang dikuasai oleh para
penyangak dan pencuri.Sangat jauh bezanya dengan DEMOKRASI iaitu
kerajaan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Justeru rakyat
menderita dan elit kekuasaan ketawa ria atas kemeranaan rakyat jelata.
Kata pujangga Sidiq Fadzil:
Melayu itu derhakanya bersebab
“Melayu yang telah mengalami transformasi keislaman adalah
Melayu yang setianya bersyarat, dan derhakanya bersebab…
Transformasi
(keislaman) inilah juga yang telah melahirkan kontrak sosial …
berasaskan prinsip dan nilai keadilan sebagaimana yang terumus dalam
ungkapan
raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.”
Kopi n Pasta dari sini .
Sisipan Sempoi
![]() |
Oh malaysia tanahairku! |