Cerekarama Terbaik Bulan ini. Only in Malaysia - [Video]

Menarik 'cerekarama' bulan ini bro ! Heronya ialah Jamal Yunos, bulan sudah cerekaramanya bertajuk 'Berkemban Mahu Mandi' di tempat yang sama di depan SUK Selangor dan lihat VIDEO nya ini. Kah kah Kah

Kali ini dia jamal susun 10 katil di depan pintu besar masuk ke Pejabat SUK Selangor kononnya membantah lambakan rumah urut kat Selangor tu? Malah acara mengurut pun dimoviekan juga bro ! Kah Kah Kah

Ini pun sejenis 'gila' juga bro ! gila cari nama, ikhlas atawa tidak lakonan ini boleh saja ditelah bro ! Maklumlah 'cerekarama' bersiri ! Kena ada juga 'orang' macam nie. Kalo tidak! Rakyat kehausan mahu menonton 'movie gila' sentuhan pelakon berbakat besar Jamal 'J' (nama samaran) untuk peranan utama 'movie' ini.

Ayahanda marah takkkkkkkkkkkk? Tidakkkkk !!!!

Kah kah Kah

Jamal susun katil, 
bawa adegan urut depan SUK
Adam Abu Bakar
| January 25, 2017


Datuk Seri Jamal Yunos datang ke SUK menaiki motosikal Harley Davidson sambil membonceng tong ais krim, "Ais Krim Azmin" berserta slogan "Sekali rasa pasti hendak lagi".


SHAH ALAM: Hari ini Datuk Jamal Md Yunos hadir lagi ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dan kali ini membawa deretan katil bujang serta bantal yang disusun cantik depan pagar, sebagai simbolik membantah lambakan rumah urut di Selangor.

Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata tinjauan dilakukan pihaknya dan NGO miliknya sejak sebulan lalu mendapati kira-kira 4,000 kedai menjalankan aktiviti urut di sekitar Selangor.

“Aktiviti perniagaan yang dilesenkan pihak berkuasa tempatan, mendapat kebenaran SUK di bawah kerajaan yang tidak ada harapan ini secara tidak langsung menggalakkan aktiviti yang tidak sihat.

“Saya maklumkan di Selangor sudah ada program iaitu ‘Rumah Urut Selangorku’. Inilah kejayaan menteri besar kerana sudah beribu-ribu rumah urut berada di Selangor iaitu di Gombak, Ampang dan lain-lain,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Sebanyak 10 katil dan tilam yang tertera ayat Dapat Aiskrim Percuma (D.A.P) manakala di bantalnya pula ditulis ayat Rumah Urut Selangorku.

Pesta jualan murah ke nie??Katil Bujang untuk dilelong?Kah Kah Kah
Bagaimanapun, Jamal menafikan perkataan D.A.P itu merujuk kepada Parti Tindakan Demokratik ataupun DAP.

Katanya, kebanyakan pekerja rumah urut ini terdiri daripada pekerja asing dan paling membimbangkan ialah mereka melakukan promosi tidak sihat apabila berlakunya persaingan dalam perniagaan rumah urut.

“Tukang urut kebanyakannya diimport dari Thailand, Vietnam, Indonesia dan juga China.

Sakitlah lagi Azmin MBKah kah kah
“Majlis daerah dan PBT yang mengeluarkan lesen, tetapi adakah imigresen yang perlu berkejar-kejar setiap hari, ini persoalannya. Mereka yang mengeluarkan lesen patut bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya.

Jamal mendakwa beliau ada senarai dan maklumat lengkap mengenai kegiatan rumah urut di seluruh Selangor, malah bersedia menjadi pemandu Menteri Besar Datuk Azmin Ali bagi menunjukkan rumah urut yang ada di Selangor.

Sebelum itu, Jamal ke SUK dengan menaiki motosikal berkuasa besar jenama Harley Davidson. Di atas motosikal itu turut diletakkan tong ais krim dengan nama “Ais Krim Azmin” berserta slogan “Sekali rasa pasti hendak lagi”.

Jamal turut memberikan ais krim kepada orang ramai di situ serta pengawal keselamatan namun ditolak secara berhemat oleh pengawal berkenaan.

“Saya berikan ais krim ini percuma saja di sini, tetapi nanti apabila menjelajah di seluruh Selangor, saya akan menjualnya dengan harga 20 sen.

Teruskan kegilaan ini Jamal !Kah Kah Kah 

“Ia sama seperti tindakan kerajaan Selangor memperkenalkan pembelian beg plastik 20 sen,” katanya.

Jamal bagaimanapun menafikan nama Azmin itu nama menteri besar Selangor.

Jamal sebelum ini beberapa kali melakukan gimik politik termasuk datang ke Pejabat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan bercat mukanya merah kuning, memohon jawatan presiden FAS selain berjanji akan membangunkan pasukan bola sepak Selangor.

Beliau juga pernah ke SUK dengan hanya bertuala sambil membawa baldi bagi mendesak supaya isu air Selangor diselesaikan segera, selain pernah mengadakan sidang akhbar dalam tandas.
(Jamal sumber)

Foto Menarik
Cerekarama Bulan Ini !

Jamal dan Aiskrim 'DAP' nyaDapat Aiskrim Percuma !!!!Kah Kah Kah
Kegilaan apakah ini?KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
Gian nak jawatan

Teruskan kegilaan ini Jamal !Kah Kah Kah Sebelum ini - Dengan muka bercat,
Jamal tawar diri pimpin bola sepak
Selangor -
Beliau juga memberi jaminan
akan menyelesaikan segala
tunggakan gaji pemain dan
pegawai selepas
14 hari dilantik menjadi presiden.
FMT.. Kah Kah Kah


ayahanda marah tak  



Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$