Layar lukisan kehidupan rakyat - Pagi diberi beras, petang potong rumput di Pejabat Amanah Sik
Sengsara rakyat siapa peduli bro? Umno? Nak harap depa? Brim? pakat brooomm laa. Dengan gula-gula Brim yang Che Det kata rasuah tu, mana mungkin rakyat menampung belanja hariannya yg kian naik, naik dan naik setiap hari, rakyat ber belanja begitu hemat dan cermat dan berpekin kata orang utara ! adakah kerajaan mengawal kenaikan ini dengan nilai ringgit yang kian merudum?
Cerita Pakcik Ilyas Hassan di Sik ini adalah sekelumit kisah sedih dan sayu betapa beliau dan keluarga hanya mampu membeli 'beras merah' yang hancur untuk meneruskan hidup dalam sebuah negara makmur !
Sebak kita melihat penderitaan beliau, orang yang susah lagi miskin seperti beliau telah dibantu oleh Amanah Sik. Beliau teruja dengan bantuan itu dan segera membalas budi dengan cepat membersihkan ruang Pejabat Amanah Sik sebelah petangnya.
Cerita
Pakcik Ilyas Hassan
Kemiskinan tegar masyarakat Melayu di pedalaman Sik, Kedah sudah sampai ke tahap ada yang terpaksa meneruskan hidup dengan bergantung pada makanan yang dikhususkan kepada ternakan.
Biro Media dan Komunikasi Amanah Sik mendedahkan kisah penduduk Kampung Chepir, Ilyas Hassan yang dikatakan kerap membeli beras merah gred paling rendah RM1.20 sekilo di kedai makanan ayam untuk menyara hidup.
Maklumat berkenaan Ilyas yang mengambil upah sebagai pembantu angkat barang untuk peniaga pasar malam di sekitar pekan Sik itu telah disampaikan kepada Amanah Sik oleh pemilik kedai yang menjual makanan dan dedak burung/ayam.
Sehubungan itu, atas dasar peduli rakyat, Ketua Amanah Sik Sulaiman Ibrahim yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan telah menyerahkan sumbangan makanan khas kepada Ilyas bagi membantu meringankan beban warga emas itu.
Walau bagaimanapun, petang semalam Ilyas datang sekali lagi ke pejabat Amanah Sik bukan untuk menerima bantuan sebaliknya membantu membersihkan persekitaran pejabat itu.
"Pagi tadi Amanah Sik memberikan sumbangan untuknya. Petang ini dia datang sendiri kayuh basikalnya ke pejabat tolong cuci rumput kat pejabat Amanah Sik.
Sulaiman membantu Ilyas memuatkan kampit beras dan barangan makanan di belakang basikal tuanya."Dia kata, 'Pagi tadi mu buat pahala tulong aku bagi beras kat keluarga aku, petang ni aku nak buat pahala pulak tulong mu.' Hanya Allah yang memahami isi hatinya," dipetik daripada catatan di Facebook rasmi, Parti Amanah Negara Parlimen Sik.
| "Dia kata, 'Pagi tadi mu buat pahala tulong aku bagi beras kat keluarga aku, petang ni aku nak buat pahala pulak tulong mu.' Hanya Allah yang memahami isi hatinya," dipetik daripada catatan di Facebook rasmi, Parti Amanah Negara Parlimen Sik.
Daerah Sik yang bersempadan dengan Baling, Kuala Muda, Pendang dan Padang Terap didiami golongan rakyat berpendapatan rendah dengan majoritinya terdiri daripada penoreh getah.
Tinjauan Malaysia Dateline tahun lalu bersama rombongan Biro Tanah dan Pembangunan Luar Bandar Amanah Nasional diketuai Pengerusinya, Mazlan Aliman mendapati kebanyakan penduduk terbabit hidup dalam keadaan daif tanpa memiliki kediaman yang sempurna.
Hampir 20 keluarga penoreh miskin tegar di Dun Jeniri, Sik yang ditemui ketika itu antaranya di Kampung Pasir Putih, Kampung Padang Pulut, Kampung Sungai Setar dan Kampung Tala mengakui tidak mendapat mana-mana sumbangan berkala daripada pihak berwajib.
Terdapat juga beberapa keluarga terbabit memberitahu bantuan yang mereka perolehi sebelum ini daripada pihak Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diberhentikan beberapa tahun lalu tanpa diketahui sebabnya.
Menurut Leman, kisah masyarakat setempat yang tidak cukup makan bukan rekaan dan situasi tersebut boleh dikenalpasti apabila merujuk kepada pekedai runcit sekitar kawasan tersebut.
"Di sini rakyat tidak cukup makan. Saya ronda dari Dun Jeniri ke Dun Belantik, ada kedai runcit kalau kita minta buku hutang, penuh buku hutang itu. Rakyat tiada duit, terpaksa berhutang.
“Ada murid sekolah tidak dapat bayar yuran. Ada penoreh getah yang dapat RM1.70 (sekilogram getah sekerap) kena bahagi dua (dengan pemilik kebun getah), seminggu (dapat) RM80, RM36.
“Nak makan apa (dengan nilai itu) sekarang? Susu anak RM28. Beras RM26. Nak buat rumah, beli bata fikir dulu baik beli susu anak daripada beli bata.
"Saya tahu ada kalangan ahli Pas, Umno tapi yang penting (semua) tetap kena menoreh getah. Hang (Kamu) Pas atau Umno kena menoreh. Kita bercakap soal isi perut, nak bayar yuran sekolah anak,” ujarnya dalam satu ceramah di Kampung Landai, awal tahun lalu.
~ sumber .
Sisipan Susah
Susah Susah Rakyat
Sisipan Senang
Senang Senang Pemimpin
Senang Senang Sampai Berlenang
Sumber lain -
Fb Sulaiman Ibrahim@Leman RL
Cerita Pakcik Ilyas Hassan di Sik ini adalah sekelumit kisah sedih dan sayu betapa beliau dan keluarga hanya mampu membeli 'beras merah' yang hancur untuk meneruskan hidup dalam sebuah negara makmur !
Sebak kita melihat penderitaan beliau, orang yang susah lagi miskin seperti beliau telah dibantu oleh Amanah Sik. Beliau teruja dengan bantuan itu dan segera membalas budi dengan cepat membersihkan ruang Pejabat Amanah Sik sebelah petangnya.
Cerita
Pakcik Ilyas Hassan
Kemiskinan tegar masyarakat Melayu di pedalaman Sik, Kedah sudah sampai ke tahap ada yang terpaksa meneruskan hidup dengan bergantung pada makanan yang dikhususkan kepada ternakan.
Biro Media dan Komunikasi Amanah Sik mendedahkan kisah penduduk Kampung Chepir, Ilyas Hassan yang dikatakan kerap membeli beras merah gred paling rendah RM1.20 sekilo di kedai makanan ayam untuk menyara hidup.
Maklumat berkenaan Ilyas yang mengambil upah sebagai pembantu angkat barang untuk peniaga pasar malam di sekitar pekan Sik itu telah disampaikan kepada Amanah Sik oleh pemilik kedai yang menjual makanan dan dedak burung/ayam.
Sehubungan itu, atas dasar peduli rakyat, Ketua Amanah Sik Sulaiman Ibrahim yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan telah menyerahkan sumbangan makanan khas kepada Ilyas bagi membantu meringankan beban warga emas itu.
Walau bagaimanapun, petang semalam Ilyas datang sekali lagi ke pejabat Amanah Sik bukan untuk menerima bantuan sebaliknya membantu membersihkan persekitaran pejabat itu.
"Pagi tadi Amanah Sik memberikan sumbangan untuknya. Petang ini dia datang sendiri kayuh basikalnya ke pejabat tolong cuci rumput kat pejabat Amanah Sik.
Sulaiman membantu Ilyas memuatkan kampit beras dan barangan makanan di belakang basikal tuanya."Dia kata, 'Pagi tadi mu buat pahala tulong aku bagi beras kat keluarga aku, petang ni aku nak buat pahala pulak tulong mu.' Hanya Allah yang memahami isi hatinya," dipetik daripada catatan di Facebook rasmi, Parti Amanah Negara Parlimen Sik.
Daerah Sik yang bersempadan dengan Baling, Kuala Muda, Pendang dan Padang Terap didiami golongan rakyat berpendapatan rendah dengan majoritinya terdiri daripada penoreh getah.
Tinjauan Malaysia Dateline tahun lalu bersama rombongan Biro Tanah dan Pembangunan Luar Bandar Amanah Nasional diketuai Pengerusinya, Mazlan Aliman mendapati kebanyakan penduduk terbabit hidup dalam keadaan daif tanpa memiliki kediaman yang sempurna.
Hampir 20 keluarga penoreh miskin tegar di Dun Jeniri, Sik yang ditemui ketika itu antaranya di Kampung Pasir Putih, Kampung Padang Pulut, Kampung Sungai Setar dan Kampung Tala mengakui tidak mendapat mana-mana sumbangan berkala daripada pihak berwajib.
Terdapat juga beberapa keluarga terbabit memberitahu bantuan yang mereka perolehi sebelum ini daripada pihak Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diberhentikan beberapa tahun lalu tanpa diketahui sebabnya.
"Di sini rakyat tidak cukup makan. Saya ronda dari Dun Jeniri ke Dun Belantik, ada kedai runcit kalau kita minta buku hutang, penuh buku hutang itu. Rakyat tiada duit, terpaksa berhutang.
“Ada murid sekolah tidak dapat bayar yuran. Ada penoreh getah yang dapat RM1.70 (sekilogram getah sekerap) kena bahagi dua (dengan pemilik kebun getah), seminggu (dapat) RM80, RM36.
“Nak makan apa (dengan nilai itu) sekarang? Susu anak RM28. Beras RM26. Nak buat rumah, beli bata fikir dulu baik beli susu anak daripada beli bata.
"Saya tahu ada kalangan ahli Pas, Umno tapi yang penting (semua) tetap kena menoreh getah. Hang (Kamu) Pas atau Umno kena menoreh. Kita bercakap soal isi perut, nak bayar yuran sekolah anak,” ujarnya dalam satu ceramah di Kampung Landai, awal tahun lalu.
~ sumber .
Sisipan Susah
Susah Susah Rakyat
Sisipan Senang
Senang Senang Pemimpin
Senang Senang Sampai Berlenang
Akhirkalam
Sumber lain -
Fb Sulaiman Ibrahim@Leman RL
Comments
Post a Comment