PA$ Mencari 'Maruah'nya yang hilang ! Belum Jumpa-jumpa lagi !

PA$ ada maruah lagi ke? Ohh nak jadi 'King Maker' sini ? Ahli sendiri pun tak terurus, maruah walaun dan Tok Sidang pun compang camping sejak bersimpuh dengan Ameno, ada hati nak jadi 'King Maker'..Kah Kah Kah

Sikit sikit ajak, jaja sana sini bagi riuh rendah nak kabor kata yang dia punya tu ada isi kononnya..ada maruah kononnya? Maruah PA$ di mata rakyat dah masuk ke longkang bro!

Maruah apa lagi yang berbaki kat PA$ ini? Maruah apa? Bila prinsip perjuangan 'dipajak gadaikan', di pesongkan, dikhianati setelah menjadi 'tongkat' dan memba kamcing Umno? Ada maruah lagi ke??.

Hahaha ! Bila Pak Tuan Berahim kata 'maruah PA$ ada pada Himpunan Akta 355..Adakah itu maruah PA$? Ohhhh ! Ropanya maruah PA$ ada kat situ je? ada kat 'perhimpunan'? Kah kah Kah

Dulu Hudud Pas kata nyawa dia, tak tau laa nyawa tu duk tang mana? La nie 'maruah' pula? Nyawa dah hilang tinggal maruah? Harimau mati meninggalkan belang, PA$ ghuyub meninggalkan maruah? kah Kah Kah.

RUU355 tu bro ! orang suruh bentang suruh bahas
dalam parlimen bukan bentang dekat Dataran Merdeka . Kat Dataran Merdeka tu, bentang tikar bolehlah sambil pekena nasik bungkus. Masa boleh bentang gatai pi tangguh! Bukan sekali dah dua kali. Mana maruahnya? Kalo asyik tangguh, mana perginya maruah lebai? Kah Kah Kah


Seluruh rakyat marhaen menolak siri kezaliman ciptaan Umno-BN, PA$ pula punya baguih duduk melilit Umno..Bila ada bantahan di Parlimen, PA$ berkecuali konon nak jaga hati Umno? Bila ada peluang dan diberi peluang bentangkan RUU 355 tempoh hari, Tok Sidang pi tangguh pula sampai 2 kali. Peluang terpampang di depan mata. Maruah kepala bana apa yang tinggal lagi kat PA$ nie? 

Peluang hanya mai sekali atawa dua kali saja seumur hidup, biasanya begitulah. Kalau terlepas, jangan harap sangat laa nak mai balik macam yang awal tu? Kah Kah Kah

Sepatutnya Pas tidak perlu buat perhimpunan pun, alang2 dah berbaik dgn umno tu pandai2 la minta izin gunakan media cetak , tee vee ke untuk promosi satu Malaya. Semua rakyat boleh tengok apa Pas nak lebong nak chong !! Jelaskan kepada rakyat jelata tentang RUU355 tu, semua akan dapat faedah dan menilainya. Kata dengan Ameno Pa$ duk bertaawun? Taawun taik minyak kalau benda simple macam nie pun tak boleh nak kawtim? Kah kah Kah   

Aloo bro ! Hangpa pakat mai laa ramai2..wajib tu ! RUU3555 inilah nyawa umat melayu Malaysia . Biaq negara tergadai? Biaq ekonomi lingkup, biaq harga mencanak naik hari-hari, semua ini wajib dibentangkan di Dataran Merdeka, Biaq nampak bagi riuh sikit. Baru depa tau yang nie 'maruah' kita para lebai PA$. Kah Kah Kah

Maju mundur umat melayu pun bergantung pada RUU355 ini!!! Kita harus fokus pada RUU ini. Biar kaum lain cemburu dan gerun kerana kita bersatu di bawah payung RUU355 ini! Kah Kah Kah.

Biar kita miskin, biar kita papa RUU3555 tetap kita utamakan! Inilah nyawa dan maruah kita!! Kah Kah Kah

Apa nak digeruni dgn PAS berhimpun ramai2? Ini negara demokrasi. Memang hak PAS untuk berhimpun untuk mencari 'maruah' yang hilang . Kah Kah Kah


PAS boleh! Apalagi dengan kerjasama dengan UMNO, pasti boleh. Tapi bagaimana dengan PRU 14? UMNO dah canangkan nak tawan Kelantan. Kalau UMNO dah tawan, PAS pastilah kalah. Melopong dan mengigit jarilah nantinya. Masa tu baru lebai lupa nak lilit segheban dan ber jubah ! Lebai pun dah train belajaq pakai samping dan siap menyisip kerih lagi, pakai tengkolok dah tak kekok pun, sebijik macam 'Pateh Karma Wijaya'?  Kah Kah Kah

Pas bukan parti kemaruk mahukan kuasa. Jika kelantan hilang, biarkanlah hilang buat selama lamanya asalkan ruu355 tertegak. Perjuangan kita bukan sementara. Kita mahukan imbalan akhirat. Apa guna kuasa kalau RUU355 tidak dinobatkan? Pas rela menjadi parti tidak bekerusi dari menjadi parti banyak kerusi tetapi tidak fokus kepada RUU 355. Ini 'maruah' kitak kitak semua para walauns !! Kah kah Kah

Pa$ sentiasa rasa paling kuat bersendirian. PA$ tu boleh faham ke? Di Malaysia kalau bersendirian, tidak ada mana-mana parti pembangkang boleh menang. Kalau berpecah sudah tentu kita beri BN menang mudah. 
PAS belum jumpa lagi 'maruah'nya. 

Kah Kah Kah

Himpunan Akta 355 
Maruah PAS, kata Tuan Ibrahim



Imej-FMT

Semua anggota PAS diminta untuk menghadiri himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan kerana ia merupakan maruah parti, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah, Tuan Ibrahim turut meminta supaya sebarang program yang diadakan pada tarikh tersebut dibatalkan bagi memberi tumpuan pada himpunan berkenaan.

"Himpunan ini maruah kita, himpunan ini maruah parti. Sebab itu bagi saya, himpunan ini mesti kita kerahkan seramai mungkin untuk hadir.
"Dan PAS arahkan batal semua program lain pada hari berkenaan, fokus hanya satu. Hadir. Sama ada hadir sebagai peserta atau petugas," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada jelajah himpunan Akta 355 peringkat Wilayah Persekutuan di Desa Pandan, malam tadi.
Turut hadir pada siri jelajah berkenaan ialah Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut mengharapkan agar himpunan tersebut berlangsung dalam keadaan tenang dan aman.

Malah, beliau juga meminta supaya lebih ramai anak muda menjadi petugas bagi memastikan himpunan berkenaan bebas daripada sampah sarap.

"Kita nak seramai mungkin anak muda. Himpunan ini kalau boleh kita nak habis dengan tak ada satu sampah pun. Kita habiskan program dalam suasana tenang, aman, harmoni.

"Saya nak sangat tengok bahawa inilah himpunan paling aman yang pernah PAS anjurkan dan kita mampu buat. Saya yakin kita mampu jadi contoh terbaik. Sebab itu kita minta nak buat di Dataran Merdeka," katanya lagi.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berharap agar Himpunan Akta 355 akan memberi gambaran positif kepada masyarakat berbanding himpunan lain yang pernah diadakan oleh pelbagai pihak sebelum ini.

"Kalau boleh kita tak nak ada gambaran negatif seperti demonstrasi lain. Kita bukan berdemonstrasi, yang ada perarakan. Kita duduk, solat hajat, bermunajat, berdoa, mendengar ucapan dan akan bersurai dalam keadaan tertib dan aman," ujarnya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, PAS akan menganjurkan sebuah himpunan mega dengan mensasarkan seramai 300,000 peserta.

Objektif himpunan tersebut adalah untuk memberi penjelasan terhadap kewajaran pindaan Akta 355 serta menghilangkan keraguan dan kebimbangan rakyat tentang akta berkenaan.

Himpunan Akta 355 itu juga akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan antaranya Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Muslim Malaysia, Majlis Profesional Muslim Malaysia, Pertubuhan Pembela Islam dan Majlis Amal Islami Malaysia.

~ sumber.


PA$
Main Celum Celam
Persoalannya adakah Datuk Iskandar
dan wakil rakyat PAS di Selangor
bersedia untuk kembali
*terjun ke dalam 'PERIGI BUTA'?*.
* MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
Pas sudah tidak perlu lagi
edar Tin Milo  kumpul dana....
Jual baju T 355 kepada
ahli umno lagi banyak untung.
Sejak bila Baju PA$ jadi BIRU? Kah kah Kah 
KAH KAH KAH
Satu lagi tok nak bagitahu,
sesiapa nak bawa bendera parti tok,
elok bawa banyak2 ye. Kalau takde,
boleh beli kat Giant sebab kat sana
mereka jual murah2...siap lelong lagi.
Daripada mereka jual buat kesat kaki,
elok kita faraidkan kat
dataran merdeka nanti...
Usin Ceroi
Kah Kah Kah
Kah Kah Kah Nak jadi King maker?Hutang Harakah pun meghekah !Staf Harakah pun kena keghekah?2 bulan gaji depa spring tak boleh bayaq lagi? Nak jadi King Maker?Angan2 tak mahu kalah ! Sapa nak 'follow' jadi 'rakyat'? kalauperangai PA$ dan Walauns pun celum celam je?  Kah kah Kah
PA$ saja boleh khianat pada PKR?
(masihkah kau ingat PRU13) Ingat 'Pil
Kuda, Ingat Sg. Aceh n more??
akan tetapi PKR dilarang khianat pada
PASyiah. Terserlah sudah perangai 
syiah.
Lebai bertopengkan ugama.
Guna ugama untuk cari makan.
Ada Lebai kisah?Lebai jadi Penasihat jer !Kah kah Kah
Kredit ~ Aimy Lavender .
Patutlah tangguh bentang dan
bahas beberapa kali,
rupanya belum jemput Malaikat lagi?
- Aimy Lavender 
Jemputan PA$ kepada Malaikat? 
Lihat dan klik di Malaysiakini .
Lihat dan klik juga (Video ) ini.
Aku malas nak upload bro! pasai lebai yang kata 'Malaikat' pun dijemput tu banyak sangat sangkaributnya? banyak celum celamnya !Kah Kah Kah
Saifullah NasirUntuk apa ini roadshow?
Speaker parlimen panggil
bentang lu kasi tangguh.
Speaker parlimen panggil
bahas lu kasi tangguh juga.
Jadi untuk apa ini roadshow?
Wang tin milo sudah habiskah?
Jangan kasi susah sama ahli lah.
Lu orang punya ahli pun bukan 
kaya
punya orang. Cukup makan saja.
Ada yang makan satu hari satu 
kali saja pun ada maaa!!!
Wa rasa haaa ini lebai betul2 
punya sohai.

KHULASAH Maruah 1Ruu 355 tu hanya modal politik PA$ sahaja dengan menggunakan agama untuk survival parti mereka. Sama macam Umno menggunakan isu melayu juga untuk survival kuasa berterusan.Bila ada ruang untuk bentang di parlimen dia mintak tangguh dua kali pulak tu..lepas tu pakat riuh nak buat himpunan? Ini kerja orang tak senta bro, sasau ke hape? Sampai meghoyan dengan 355 nie? Masa ada peluang tak nak bentang, siapa punya kehendak semua ini? Walauns tatap walak bro!  Bermaruahkah PA$ begitu? Kah kah kah  Maruah 2 ADUN2 Pas dlm krajaan Selangor & juga yang duduk dlm PBT Selangor tidak mau lepas jawatan & tinggalkan kerajaan Selangor yang juga di anggotai YB2 Amanah & Dap?...
Dalam parlimen pun ada Amanah & Dap. So n so kalau ikut sifir pemimpin Pas ini, maka Pas kena tinggalkan parlimen kerana ada Amanah & Dap yang duduk bersama-sama Pas dalam kandang pembangkang di parlimen dengan kepentingan bersama menentang Umno-BN?

Pas juga tidak selayaknya ikut p'raya demokrasi yang juga disertai Amanah & Dap...ha ha ha ha..

Inilah antara idea2 kalut dan seghabut bawaan pragmatisme jaminan demokrasi yang sangat membodohkan & menghuduhkan ! Masih ada lagi ke 'maruah' Pa$ dan walauns tu?
 



Dua dua mau kasi belayaq buang bro ! Hilang maruah, hilanglah bahtera.




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?