Belum apa-apa Mohd Amar dah gelabah ?

Belum apa-apa Tim. MB Kelantan nie dah bagi satu 'hint' untuk PH khususnya Amanah jangan bertanding di kelantan pada PRU 14 nanti? Kah kah Kah

Kenapa bro? Dah segheyau ke? Bimbang apanya? Ketaq lutut semacam jer? Dulu katanya Amanah tak beri kesan apa-apa kat Pas di Kelantan? Sekarang nie awat? Nik Amar inilah yang gelar Amanah sebagai 'nanar' bro sini. Memang dia nie banyak mulut sikit, pok pet tak berhenti-henti, dia lah yang kata warna oren Amanah tu warna 'tok sami' lih.malaysiakini ! bila kena troll dgn netizen dan Tok Sidang Pas pun pakai baju (jaket) warna oren, dia pun mula laa diam sikit, pasai kena balik kat batang hidung seniri ! 

Memang PAS 'berniat' jahat, bila samakan warna AMANAH dengan warna sami..orang yang cerdik tak akan bercakap berbincang perkara-perkara selentengan sebegini bro, orang yang berotak 'kecil' sahaja memikior perkara-perkara 'kecil' yang tidak memberi apa-apa nilai tambah dalam memacu perjuangan. Itulah Nik Amar yang sekarang begitu bimbang dengan 'kerusi' empuk beliau takut dirampas Amanah pada PRU 14 nanti? Kah Kah Kah Kah Kah.

Aloo bro ! Apa hak kamu untuk sekat kemaraan Amanah untuk bertanding di Kelantan? Amanah boleh bertanding di mana sahaja seluruh Malaysia sebagai komponen Pakatan Harapan. PAS tiada hak untuk menyekat kemaraan Amanah. 

Kenapa hanya PKR dan PAS sahaja untuk 'menentang' Umno BN di Kelantan? PAS tiada hak bercakap atas nama PKR. Parti Keadilan ini bukan komponen PAS. Mau sadar sikit ! PAS sudah ada Blok ke tiganya bersama Ikatan dan baru sahaja menukar nama yang lebih bagus kononnya sebagai Pas Ikatan Gabungan Sejahtera (PIGS). Konon nama baharu yang lebih bertenaga sebagai suatu bentuk Gagasan.

PAS nak menentang UBN ke? Sejak berjinak mesra dengan BN khususnya Umno, Pas dilihat tidak berselera untuk menentang Umno? Bukankah Tok Sidang Pas sendiri yang berkata tidak akan berlawan dengan Umno, tidak mahu rampas kuasa Umno dan bersedia sokong BN Utusan ? Tak kan boleh lupa? Habis tu nak biar PAS menentang BN pada PRU nanti? Jawabnya bagi kat BN ler bro, psai Pas dah kemaruk kuasa perintah negara? Habis tu yang TMB nie dok suruh beri laluan kat PAS untuk apa? Tak payahlah bro, hangpa memang tak beriman pun dengan pilihanraya sini. Habis tu biaq sajalah Amanah cuci bersih Kelantan kali ini bro dan Pas bolehlah bantu BN lawan PH ! Kah Kah Kah

Beliau kata setakat ini boleh tidur lena? Ertinya tak berapa nak jerap ler tu, lena pun lena ayam jer! Ini namanya memujuk hati sendiri yang dah gelabah kerana sejauh ini Amanah memang menjadi ancaman besar di Kelantan bro ! Di bawah Wan Rahim, Amanah berkembang dengan pesat sekali dan DUN Demit khabarnya dah tak ada lagi orang Pas kat situ sini Kah kah Kah


Apakah ini puncanya sampai TMB Kelantan sendiri seolah hilang semangat dan pertimbangan dengan Amanah hingga sudah hilang rasionalnya untuk berfikir secara jujur dan jitu ketika berhadapan dengan saingan antara pembangkang untuk kekal sepenggal lagi sebagai kerajaan di Kelantan? kenapa cuak, kenapa gelabah? Mengakulah yang AMANAH akan memberi tekanan dan saingan sengit di PRU 14 nanti bro ! Bila ayat sebegini terpacul dari mulut anda, 'Parti pembangkang lain perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.' sudah cukup untuk diertikan bahawa PAS Kelantan berada dalam situasi tidak menentu. Pendeknya GELABAH. Kah Kah Kah


fb Dato Wan Rahim
Kedaikopi Hj Mohd Zain Che Musa..teh tarik gelas ke-2 pagi ni..tulis DWR 

Hanya PAS, PKR boleh bertanding PRU di Kelantan, kata Amar

| August 16, 2016
Timbalan menteri besar itu berkata Parti pembangkang lain perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.
Mohd-Amar-Nik-Abdullah_pas_pkr_600

KOTA BHARU: PAS tidak membenarkan parti selain PKR untuk bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Amar berkata jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.


“Kalau kita nak ambil semangat satu lawan satu dengan BN ini, maknanya parti selain PAS dan PKR, tak boleh bertanding di Kelantan (pada PRU akan datang). (Jadi) jangan kacaulah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Sayyidatina Khadijah di sini, hari ini.
Laluan: Menerima permohonan keAhlian AMANAH drp Ayahanda Abe Jiji.~Dato Wan Rahim.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan Amanah, parti serpihan PAS, bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.
Ditanya mengenai ancaman Amanah di Kelantan, beliau berkata penubuhan parti itu setakat ini masih belum memberi kesan kepada PAS terutama di Kelantan.
“Kami setakat ini boleh tidur lena lagi,” katanya.
~ sumber.

Maknawinya Makna
Fenin !

Lihat dan baca - maknawinya terlalu banyak ! 
Ada 'autaism' ada 'bohongism' ada 'talamism' ada 'kelirulism' ada 'syombongism' ada 'putarism' ada 'konaism' ada 'makiism' ada 'ampuism' ada 'ugutism' ada 'pura cendanaism' - Fenin bro ! Kah Kah Kah


www.youtube.com
Menjawab Keceluparan Nik Amar, Oren Warna Tok Sami?
alhusseyn51

Utusan Online

MKini
babab.net
shahbudindotcom
alhusseyn51
mountdweller
siasahpolitik
greenboc
alhusseyn51 -

Malaysia Dateline


Comments

  1. Hadi Awang kata: "PAS menyalak babi dalam bukit", nampaknya dia salak parti dia sendiri. PAS-Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS). Kah3.

    Aku pun baru perasan akronim PIGS ni bila dok belek blog-blog pro-Amanah.

    ReplyDelete
  2. Nik Amar ni lebih memudaratkan PAS Kelantan daripada mengukuhkannya.

    Dalam senarai wakil PAS Kelantan yang patut direhatkan, nama Nik Amar berada di nombor satu.

    ReplyDelete
  3. Tiada tempat utk PAS di Kelantan. Teruskan AMANAH. Kpd YB DUN Demit yg terkenal dgn kubu PAS sebelum ini, ucaplah selamat tinggal sebagai YB. DUN Demit dan Parlimen Kubang Kerian adalah majoritinya penghuni yg celik maklumat dan mereka bukan penyokong yang menyokong membabi buta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro anon !
      bro abROcadabRO
      bro Mat Safian

      Pandangan kalian menarik..
      Parti O nie boleh lupakan lah hasrat nak ambik klate balik.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?