Kerusi PAS Milik AMANAH - Salahuddin Ayub

Kerusi PAS Milik AMANAH - Salahuddin Ayub, Cantekkk bro ! Ini yang kita nak tunggu dengar!
 
Parti Amanah bukan macam Hamim, bukan macam Berjasa sebaik berpisah dari Pas kerana kedua parti yang tiada batu nesan itu tiada apa- apa matlamat dan hala tuju sewaktu ditubuhkan.

Pelayaran bahtera Pas tersesat jauh di lautan dan hampir karam dipukul badai dan gelombang ganaz akibat anak-anak kapal diketuai oleh Malimnya yang kurang arif ilmu lautan dalam dan sering menghambur nista kata-kata kesat dekat awak-awak dan segala kelasi kapal yang disangka kuat dan teguh itu? Pantang silap sikit (ikut kepala) malim itu, disumpitnya dengan berbagai kata-kata kesat kat awak-awak kapal. Kah Kah Kah

Kebangkitan AMANAH disenangi semua kaum dan segala bangsa. Mereka ingin menaiki kapal bahtera Amanah kerana yakin perjuangan mereka di lautan ganaz . Kah Kah Kah

****************************

Kita yakin AMANAH mampu merampas Kelantan seperti kata Salahuddin Ayub. Kelantan ada 45 kerusi di Kelantan. Amanah khabarnya akan bertanding di 30 kerusi manakala 15 kerusi lain ditadingi PKR, Kalau PKR berdegil kerana masih mahu berbisik berunding dengan PAS? Biarlah Amanah pulun bertanding kesemua 45 kerusi itu. Masa inilah nak lihat Pas ikhlas ke tidak dengan PKR? Kah Kah Kah

Pun begitu, beberapa perkiraan perlu diambil kira bila sekarang lahirnya BERSATU, satu parti baru dalam politik Malaysia !

~ PAS akan membantu Umno sedaya upaya agar Kelantan tak terlepas kepada Pakatan Harapan (AMANAH) dan PKR, Pas memang sanggup buat kerja ini sebagai khadam setia Umno?

~ PKR khususnya *Kartel, kahabarnya mahukan kerjasama DAP dan bukannya AMANAH. Memang celaghu sungguh !
~ Bagaimana dengan BERSATU? Di satu pihak ada pimpinan mereka mahu kerjasama dengan PKR seperti Tok Din umpamanya, manakala di pihak lain seperti Che Det dilihat mula berbaik dengan DAP. Che Det memang tak hendakan PAS dan pernah sifatkan PAS itu sebagai parti sampah.

~ walau apa pun Pakatan Harapan adalah harapan rakyat teramai untuk melihat perubahan politik besar di Malaysia sekiranya semua parti pembangkang menyedari keperluan ini.

~ Paling perlu disedari, bahawa sanya PAS bukan lagi berwajah pembangkang. Mereka akan buat berbagai helah dan pusingan bila berhadapan situasi sukar seperti sekarang ini. Pas sudah tidak boleh diambil kira dah dalam situasi sekarang.

~ Dan berita terbaru bila Dato Syeikh Mohd Nur Al Hafiz menyatakan hasrat ingin membantu Ust Ahmad Awang, Ust Ghani Shamsuddin, bererti beliau akan bersama Amanah dan akan turut aktif di dalamnya. Itu nazar beliau ruj.sini.


Kerusi PAS milik Amanah, isytihar Salahuddin Ayub

Amanah sedia bincang kerusi yang Muhyiddin inginkan, kata timbalan presiden selepas Bersatu umum intai kerusi milik PAS
amanah-pas

PETALING JAYA : Kerusi yang ditandingi PAS adalah milik Amanah, isytihar timbalan presidennya, Salahuddin Ayub selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengintai kerusi yang dimenangi parti Islam pada PRU13 lepas.

Salahuddin menambah pihaknya bagaimanapun sudi membincangkan kerusi yang diinginkan parti Melayu baharu itu.

 “Berkenaan apa yang dinyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, kita mengharapkan supaya parti Bersatu cepat diluluskan pendaftarannya.
“Bila telah ada aktiviti parti itu, kita bersedia untuk duduk semeja berbincang tentang hasrat Tan Sri Muhyiddin,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya samada ruang untuk Amanah bertanding semakin mengecil selepas Muhyiddin mengumumkan pihaknya mengintai dan mengenalpasti kerusi milik PAS dan PKR yang sesuai ditandingi Bersatu pada PRU14 nanti.

Dalam pilihan raya lepas, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan 85 kerusi DUN daripada 73 kerusi Parlimen dan 236 kerusi DUN yang ditandinginya.
Sebahagian besar pimpinan Amanah merupakan bekas ahli PAS yang tewas dalam pemilihan parti 4 Jun tahun lalu. Amanah kini mempunyai enam ahli Parlimen dan enam ahli DUN.

Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan Amanah terbabit dalam perlawanan tiga penjuru melawan PAS dan BN.
Manakala Bersatu sebahagiannya terdiri daripada bekas ahli Umno yang memberontak terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Parti Tun Dr Mahathir Mohamad itu berhasrat untuk menyertai PRU14 bersama Pakatan Harapan (DAP-PKR-Amanah), Gagasan (PAS-Ikatan), Saksama (5 parti Malaysia Timur, 1 parti Malaysia Barat), PSM dan BN.

“Asalkan bukan kerusi yang kita sudah menang,” kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada FMT, mengulas hasrat Muhyiddin itu.

Dalam pilihan raya lepas, PKR menang 30 kerusi Parlimen dan 49 kerusi DUN daripada 99 kerusi Parlimen dan 172 kerusi DUN yang ditandinginya.

“Tak ada isu bertanding makin kecil,” tegas Tian Chua. “Kita kena bagilah kerusi yang kita tak boleh menang tetapi dia (Bersatu) ada potensi menang.”
“Biasalah kerjasama macam itu.”
sumber.


Jangan ada yang 'iri hati' kalau Amanah berhasrat bertanding di Kelantan. Semua perlu bersatu. Kelantan perlu dipertankan dari terlepas kpd UBN
Kebangkitan AMANAH disenangi semua kaum.
Penerimaan rakyat malaysia pada AMANAH amat baik.
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin perjuangan mereka tidak akan terkubur seperti yang berlaku keatas Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) sebaik sahaja keluar dari Pas.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada sambutan hebat yang diberikan oleh rakyat.

Laluan PARTI AMANAH NEGARA
~ *PUSAT KHIDMAT ADUN SALOR, KUBANG KERIAN BERANSUR BERUBAH WARNA DARIPADA HIJAU KEPADA OREN*
Selasa 22 Ogos 2016 lalu diviralkan foto unik, naiknya bendera Amanah di Pusat Khidmat Adun Salor, Kubang Krian, Kelantan yg diwakili YB Dato' Paduka Husam Musa. Hari ini, Rabu 23 Ogos, muncul pula foto pagar batu Pusat Khidmat sedang dicat dgn warna oren iaitu warna Amanah. Amacam? 
Husam ada sebidang tanah, atas tanah itu Husam buat bangunan yg gah dan cantik berdiri...Husam bagi PAS guna buat pejabat bertahun2 lamanya...
Bila pas pecat Husam dari parti, Husam pun ambil bangunan dia dan cat warna oren. Tetiba PAS dan wala'uns yang tak tahu ujung pangkal menakwa Husam rompak bangunan PAS,? duit infaq org PAS dan.macam2 lagi. Rupanya bangunan ini Husam yang punya, memang hak dia nak apanya pun. Wala'uns tak payah laa menyalak ! Kah kah Kah

AMANAH bukan parti nyamuk walaun jagan sentap.
Kini Amanah menawan markas Pas dikelantan. 

Selepas tukar bendera,,
Sekarang sedang Di cat warna oren..

Hijau bertukar kpd Oren petanda Datuk Husam Musa bakal menyertai parti Amanah, sekaligus pencetus kpd penambahan penyokong parti Amanah di Kelantan.
Salor Tegak Berdiri
Salor dah lama menangis,
Menangis sendiri di dalam hati,
Tiada siapa yang tahu,
Tiada siapa peduli,
Penistaan tanpa kenal batas sahabat,
Cercaan dan hinaan,
Tuhan sahaja yang mengerti,
Salor dicincang,
Bagai kita tidak pernah berkawan,
Amanah ku dan rakyat Salor dikhianati,
Engkau bersuka ria atas keperitan kami,
Hati mu berisi keangkuhan
Salor terlalu kerdil,
Disepak diterajang segala ruang dan peluang,
Mulut mu berbau permusuhan seakan tidak padam,
Hari ini,
Izinkan Salor bangkit Meneruskan sisa sisa perjuangan,
Walau berbekal sekeping papan,
Ombak dan lautan,
Seizin Tuhan,
Tetap ku harungi,
Tangisan silam,
Ku lipat dalam kenangan
Moga Tuhan kekal memberkati.
Salor Tegak Berdiri

Husam Musa
Kuala Lumpur
22 Ogos 2016

Umno yg dipuja PAS tidak akan memberi ruang semudah menyedut air kelapa bila berhadapan kepentingan dan kuasa. Kah kah Kah
PAS tiada pendirian - Che Det
Bila dah tak ada pendirian, tak akan ada yang sudi bro ! kerana yang sudi saja tiada berpendirian juga? Pas yang memecahbelahkan PR. Wala'uns yang tidak cerdik saja lagi yang terhegeh-hegeh berpaut di dahan reput bernama PAS atau Parti O .
Apa punya turrrrrrrrr timbalan macam ini? Amanah tu komponen PH laa bro ! Pulau Pinang tu negeri Pakatan Harapan, ingat Kelantan ke? Ohh Kelantan pun tak bagi laluan kat Amanah? Boleh jalan laa dengan segala syarat hangpa tu. Kah Kah kah.
Musim fitnah...yang bodoh saja terus percaya tanpa usul, almaklum wala'uns memang otak beku akal pun kosong.
Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya berhati-hati dengan Pas yang terkenal dengan sejarah pengkhianatan terhadap sesama rakan pembangkang. (sini)
Semua pihak sekarang begitu siaga dengan Pas, kerana 'track record' buruk parti itu dalam hubugan sesama pembangkang dalam PR dulunya, serta menidakan kebolehan da kemampuan bukan ulama seperti pemimpin Amanah yang terbuang itu.
PAS sedia bincang dengan Bersatu, bukan Amanah atau DAP

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

PAS sedia bincang dengan Bersatu, bukan Amanah atau DAP
Kah Kah Kah, masih mamoon ke? Che Det dah kata Pas tu Parti Sampah ! mau bincang lagi ke?

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video