Sekitar Himpunan #TangkapMO1 di KL - Foto dan Video menarik

Himpunan #TangkapMO1 menjadi riuh apabila peserta-peserta yang hadir di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman untuk berarak ke Dataran Merdeka. Perhimpunan hari ini bertujuan mendesak tindakan diambil terhadap “Malaysian Official 1”, sosok misteri yang didakwa mendapat AS$731 juta wang “curi” yang berpunca daripada 1MDB?

Bermula pada jam 2 petang, beberapa titik pertemuan ditetapkan, iaitu pusat beli belah Sogo yang dipimpin mahasiswa dan aktivis serta Masjid Negara (dipimpin ahli politik).

Lebih 2,000 pelajar berkumpul hari ini ketika kesemua anak muda negara diserang sindrom fatiq atau lesu dengan politik negara.
Jurucakap Gabungan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md Yusof dalam satu forum anjuran akhbar mingguan Amanah 24 Ogos lepas berkata, anak muda Malaysia kini diserang sindrom fatiq.


"Kami sudah tidak ada lagi biasiswa untuk menampung pelajaran kami. Kami kena buat pinjaman melalui PTPTN. Tamat je belajar, kami kena bayar balik. Peluang pekerjaan pula tidak ada," keluh Anis, pemimpin pelajar Universiti Malaya dalam forum itu.

Ketika perkara itu berlaku, parti-parti politik pula, katanya, bercakaran antara satu sama lain baik di kalangan pembangkang bahkan juga dalam kerajaan. 

Untuk memecahkan kebuntuan inilah, kata Anis, beliau dan rakan-rakannya bangkit untuk berbuat sesuatu. sedutan dari sini. .

Anis Syafiqah bercakap kepada rakan-rakannya selepas mereka semua berkumpul di Dataran Merdeka.


At KL SOGO.

Dari lensa Abrary Ramly's post.


At KL SOGO.

At KL SOGO.
Video 1
Suasana bingit laung 'tangkap' di Jalan TAR
Published on Aug 27, 2016
Suasana Himpunan #TangkapMO1 menjadi riuh apabila peserta-peserta yang hadir di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman untuk berarak ke Dataran Merdeka, dengan melaungkan 'Tangkap'
..KiniTV

Faiz Fadzil dalam perhimpunan #TangkapMO1 hari ini - Timbalan ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil pula berkata, perhimpunan ini boleh dianggap berjaya kerana ia satu permulaan perhimpunan yang digembeling oleh mahasiswa sendiri






Kata Leman 'Tahniah dan setinggi2 penghargaan.
Anis Syafiqah dan mahasiswa serta rakyat yg berani menyatakan kebenaran lebih baik & berani daripada Ulama yang bisu terhadap kebobrokan dan kesyaitanan 1MDB. Fb LRL







Anis Syafiqah bersama rakan-rakannya berarak ke Dataran Merdeka hari ini.




Video 2
Tinjauan: 'Mereka berhimpun secara aman'
Published on Aug 26, 2016
Seorang peniaga yang sudah berniaga selama lima tahun di sekitar Sogo berkata, setiap perhimpunan yang diadakan tidak pernah mengganggu perniagaannya termasuk perhimpunan Bersih 4.
Berdasarkan pengalaman perhimpunan yang pernah diadakan, rata-rata peniaga sekitar Kuala Lumpur mengakui bahawa setiap perhimpunan yang diadakan menjejaskan pendapatan namun tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada mereka
..kinitv












Video 3
Aksi Anis Syafiqah ketuai kumpulan dari Sogo ke Dataran
Published on Aug 27, 2016
Jurucakap himpunan Anis Syafiqah Md Yusof tiba di Sogo dengan trak pikap.
Seorang anggota kumpulan itu bercakap kepada orang ramai sambil berterima kasih kepada polis yang bertugas
..KiniTV







Solidariti dari Masjidil Haram - Tulisan khas dari tanah suci - Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali yang kini sedang berada di Tanah Suci Mekah membuat penulisan khas sebagai tanda solidariti terhadap himpunan aman #TangkapMO1 pada esok hari.

"Ketika menyiapkan tulisan ini, saya baru sahaja usai solat Jumaat di Masjidil Haram. Tinggal beberapa jam sahaja lagi, himpunan aman #TangkapMO1 akan berlangsung di Kuala Lumpur," tulisnya.

Baca tulisan penuh beliau di :

sini


Kredit foto dari Fb (Akramin Idrus)

Video 4
Siswa #TangkapMO1 laung lagu atas lori
Published on Aug 27, 2016
Sekumpulan anak muda melaungkan nyanyian lagu sambil diiringi drum pancaragam di Dataran Merdeka, ibu negara..KiniTV

Arifin Jusoh - Ahli Jawatankuasa  Amanah Kuala Selangor, Arifin Jusoh, 64, antara peserta himpunan yang ditemui di Sogo.

"Saya berada di sini sebab membantah penyelewengan dana wang negara. Selagi MO1 tidak ditangkap selagi itu rakyat mesti bangkit," ujarnya yang juga bekas ahli Pas sejak tahun 1981 itu lagi.

~ rujuk sini .












Perjuangan Anis Syafiqah mulanya kelihatan kesaorangan tetapi kini menjadi ikon dan buruan media seluruh dunia. Reuters, BBC, AFP, NHK, Aljazeera bersama media lain mulai turun untuk membuat liputan ke atas perhimpunan yang digerakkan sepenuhnya oleh pelajar Malaysia ini.
Anis Syafiqah Md Yusof kini menjadi soroton media selepas menjadi pelajar wanita 'biasa' yang berada di barisan depan gerakan ini.

"Cita-cita saya ialah ingin melihat masa depan Malaysia yang lebih baik.
"Perjuangan ini bukan kerana nama. Perjuangan ini perjuangan kita bersama!" tulis Anis Syafiqah dalam facebooknya.
Dalam gerakan ini, Anis Syafiqah sentiasa ditemani rakan rapatnya, Aqilah Zainuri yang membantu beliau menjaga media dan penerangan.

"Terima kasih Mak, Abah, keluarga, dan semua rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan kami.
"Cacian, makian, tohmahan, ugutan semua sudah kami terima. "Kepada yang cuba menjatuhkan, kami tidak goyah. Kami akan terus melangkah. ~ sumber .




Aqilah Zainuri, rakan yang sentiasa bersama Anis Syafiqah.






Sisipan Akhir

Sumbangan ARIF dapat penghargaan -
ARIF dan Medic Team dapat pujian bertugas di himpunan #TangkapMO1
Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) merakamkan sepenuh penghargaan dan terima kasih kepada sekalian petugas (ARiF dan Medic Team) serta seluruh demonstran yang berhabis wang ringgit dan masa untuk sama-sama menjayakan Himpunan #TangkapMO1 petang tadi.

~ lawati di sini.

Yang Tersisih
Pas mengesahkan tidak akan menyertai Himpunan Tangkap MO1 yang akan diadakan di ibu kota hari ini. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat,Nasrudin Hassan menerusi bualan aplikasi Whatsapp sebentar tadi.
"Tidak," jawab Nasrudin ringkas ketika ditanya mengenai penyertaan Pas dalam himpunan esok.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad kamil ketika ditanya mengenai perkara sama dalam sebuah sidang media di sini, hari ini tidak dapat mengulas mengenai perkara tersebut.
~
ruj. sini.


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]