Menarik cadangan A Kadir Jasin ini bro !


Ya, cadangan Datuk A Kadir Jasin ini sangat menarik bro !. Pas yang terpalit dengan dakwaan Sarawak Report tu lebih baik 'bersumpah' dengan al-Quran bahawa yang dilaporkan Sarawak Report adalah fitnah. Ia lebih meyakinkan orang ramai lebih dari nak menyaman SR tu. 

Ikut Tok Sidang, lambat lagi Pas nak saman SR tu, sebulan lagi katanya macam dalam berita ini, lambat lagi tu. Macam-macam boleh jadi dalam sebulan tu? Kah Kah Kah

Bukan ke Pas tu parti ulama?, orang lebih percaya kalau Pas sumpah dengan al-Quran yang laporan SR itu “fitnah”? R
amai percaya memang ada kerjasama terselindung antara Pas dengan Umno, ini andaian ramai, persepsi ramai yang setidaknya boleh 'menghilangkan' keraguan mereka, bukan ke  bersumpah dengan al-Quran itu lebih baik? Sumpah Bai'ah pun ada dalam peraturan Pas kan? Tak kan wala'uns saja nak kena bersumpah?


Lebih baik Pas bersumpah dengan al-Quran daripada saman Sarawak Report, kata wartawan veteran

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin melontarkan cadangan, lebih baik Pas bersumpah daripada menyaman Sarawak Report atas dakwaan Pas menerima RM90 juta daripada perdana menteri Datuk Seri Najib  Razak.

Datuk A Kadir Jasin 
Bekas ketua pengarang NSTP itu berkata, walaupun dakwaan Sarawak Report itu dinafikan Pas, ia tetap memberikan isyarat yang mengelirukan kepada rakyat mengenai pembabitkan Pas dalam isu terbaru ini.
Beliau berkata, memandangkan Pas sebagai parti ulama, masyarakat lebih percaya jika Pas bersumpah dengan al-Quran bahawa yang dilaporkan Sarawak Report adalah fitnah.

“Tapi sebagai parti ulama, orang lebih percaya kalau Pas sumpah dengan al-Quran yang laporan SR itu “fitnah”,ujarnya.
“Timbalan Presidennya, (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas pengendali portal berita itu kerana berniat jahat serta mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Pas.


“Pas boleh saman Sarawak Report. Kalau Pas saman, Pas jadi lebih berani daripada Najib, Umno dan kerajaan. Najib ancam saja tapi tak saman.
“Saya rasa Pas tidaklah terlalu naif untuk menyedari bahawa pendiriannya terhadap skandal 1MDB dan penglibatan Mohd Najib dalam skandal itu memberi signal yang mengelirukan,” katanya dalam catatan terkini di blognya semalam.

“Ini menyebabkan ramai percaya memang ada kerjasama terselindung antara Pas dengan Umno.
“Ramai berpandangan bahawa setidak-tidaknya Presiden Pas, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya (Datuk) Dr Harun Din telah berpindah ke alam gelap dengan menyokong dan membela Mohd Najib secara terbuka dalam kes 1MDB.

“Jadi apabila ada pihak yang mendakwa Pas menerima “sedekah” daripada Mohd Najib untuk tutup mulut, mesti ada orang yang percaya.
“Nak salahkan orang ramai pun tak boleh juga sebab ada banyak suara dalam Pas dan jalan cerita mengenai kerjasama dengan Umno pula sering berubah-ubah,”.

A Kadir berkata,wabak skandal 1MDB terus merebak, dan kini sudah berjangkit kepada Pas apabila Sarawak Report mendakwa parti ulama itu telah menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri. ~ sarawakvoice.com.


Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO