Halal Speed Dating , program cari jodoh terbaik - Video

HSD atau Halal Speed Dating adalah sebuah program kendalian pasangan suami isteri Zuhri Yuhyi dan isteri Munirah Tunai. Ia sebuah program bagi mencari jodoh secara halal dan tidak tersasar dari hukum agama bro ! Caj dia tak la mahal mana bro n sis ! tapi pulangannya mengkagumkan ! Kah Kah Kah

Kadang tu kasian juga tengok budak2 muda laa ni, depa dok buat keroja tak berapa elok, dating merata tempat, silap hari bulan boleh 'terlajak' bro! Kan ke satu haru tu, dah laa tidak halal, haram dan berdosa jadinya.

Program nie special bro ! Jadi yang lambat, yang slow nak dapat teman hidup tu elok hangpa cuba hubungi pengendali program ini. No doubt kalo hangpa berumur sekali pun atau dah jadi bujang Alif  Ba Ta atau Angkatan Bujang Tua ! Bujang terlajak laa katakan ! Kah Kah Kah

Aku teringat seorang haji di Kedah kata kat murid dia semasa sesi kuliah dia sewaktu menasihat muridnya, dia kata, 'hangpa menikah cepat, jangan dok biaq lama, tua-tua aku nie pun, tara ' jarum panjang ' nak berkisaq saja' ! Kah Kah Kah.


Assalamualaikum, boleh berkenalan secara halal?

Empat pasangan ditemukan dalam Halal Speed Dating yang sedikit berbeza daripada program cari jodoh yang biasa kita dengar.

halal-speed-dating

PETALING JAYA: Empat pasangan menemui cinta hati mereka sehingga ke hari ini, terima kasih kepada sebuah program yang direka khas untuk umat Islam mencari jodoh tanpa perlu bimbang mereka tersasar daripada hukum agama.

Halal Speed Dating (HSD) dikendalikan secara bersama Zuhri Yuhyi dan isteri Munirah Tunai Shamsidi, mereka juga pasangan suami isteri yang ditemukan menerusi program cari jodoh.

Sejak dimulakan tahun lalu, HSD berjaya menemukan satu pasangan yang mendirikan rumah tangga, dan tiga lagi yang sudah bertunang.
“Insya-Allah, tiga pasangan yang bertunang akan berkahwin pada hujung 2016,” katanya kepada FMT.

Pasangan yang menemui jodoh melalui HSD turut ditawarkan perancangan dan pakej perkahwinan.
Munirah, yang merupakan ketua pegawai operasi HSD, berkata program itu hanya menumpukan kepada mereka yang berminat untuk mencari jodoh dengan objektif untuk berkahwin.

Katanya, pendaftaran adalah percuma di laman web halalspeeddating.com dan pihaknya akan menjemput individu sesuai untuk sesi yang dikendalikan.

Mereka yang berjaya melepasi tapisan dan terpilih akan menyertai sesi suai kenal yang dikenakan bayaran sebanyak RM120 bagi wanita dan RM80 untuk lelaki.

Zuhri berkata bayaran yang dikenakan itu merupakan “yuran komitmen”.
“Sebab kami pernah hadir dalam program yang percuma, saya pun dah tiga kali pergi cari jodoh yang percuma tapi masalahnya semua orang dihumban dalam satu bilik… cakaplah.

“Banyak benda yang tak manis berlaku dan tujuan kami caj ini adalah untuk membayar tempat, makan minum dan kos saringan untuk memastikan calon yang sesuai,” katanya.

8 minit, bertemankan wali

Menurutnya, HSD menghadkan seramai 12 lelaki dan 12 perempuan setiap sesi.
Peserta perempuan diwajibkan membawa “peneman” dalam sesi berkenaan seperti wali atau ahli keluarga, dan diberi masa selama lapan minit untuk berkenalan.

“Lapan minit ini waktu yang secukupnya untuk dia tahu atau nak bercakap lagi tak dengan calon itu. Dia akan undi calon mana yang dia nak, kalau ada match dan calon itu pun undi dia, baru akan ke fasa seterusnya. Dia kena ada match,” katanya.
Setiap calon boleh mengundi tiga orang yang dimahukannya.

Cuma di sini, walaupun “match”, pasangan masih tidak boleh menyusulinya dengan berhubung terus.
Sebaliknya, si lelaki akan diberi nombor telefon wali wanita terbabit.

“Kami tak bagi nombor telefon wanita itu terus. Kami bagi dia (lelaki) masa tiga hari untuk menghubungi wali wanita itu.”

Sekiranya lelaki tidak menelefon dalam masa tersebut, peluang diberikan kepada calon seterusnya.

Zuhri berkata HSD tidak terhad kepada orang Islam. Bagaimanapun, setakat ini HSD hanya menerima dua permohonan bukan Islam.
“Dalam salah satu program kami pun, bukan Islam ada yang turut serta sebab dia berminat untuk memeluk Islam dan kalau nak peluk Islam, dia perlu tahu macam mana nak berkahwin cara Islam,” katanya.


Assalamualaikum, boleh berkenalan secara halal?
Aug 3, 2016
Empat pasangan ditemukan dalam Halal Speed Dating yang sedikit berbeza daripada program cari jodoh yang biasa kita dengar..
FMT.
sumber.

Sisipan Menarik

Terlalu ramai 'anak dara tua', perawan tua di negara-negara Timur Tengah seperti Saudi, Algeria, Tunisia, Jordan, Mesir, Lubnan dan lainnya dilaporkan oleh akhbar di sana kerana terlalu ramainya 'andartu' bro.

Al-'Anusah (العنوسة) adalah anak dara tua *andartu yang belum bertemu jodoh bro ! Dilaporkan mereka tanpa segan silu membawa 'placard' merayu para pria di sana agar mengahwini mereka seperti dalam gambar di bawah. 

'Kasihanilah kami dara-dara tua ini, kawinilah dua tiga dan empat' demikian antara yang ditulis oleh mereka dikain rentang itu bro ! lagu nie punya dok ada pun, masih bergenuak lagi yang tak kawin bro!  
Tunisia setakat ini menduduki tempat pertama ramainya al-'anusah dara tua dalam peratusannya bro !
(تونس في المرتبة الاولى مغاربيا في نسبة العنوسة)

Walaupun berusia, ramai dari mereka yang jelita, ropanya wanita cukup ramai sekarang ini bro! jangan kata di negara2 Arab, di tempat kita pun tak terbilang ramainya bro ! Kah kah Kah

Nisbah ramainya perawan tua ini diikuti dengan rapat oleh Saudi bro ! ada yang mengatakan Lubnan berada di hadapan mencatat peratusan tertinggi 85 peratus, UAE 75%, Maghribi 40%, Saudi 45%, Tunisia 62% manakala Algeria mencatat 51% di mana ada laporan mengatakan jumlah andartu negara itu seramai 5 juta lebih, lebih dari penduduk Libya bro ! Kah Kah Kah

Berhubung dengan negara-negara Arab yang sedikit jumlah andartu atau kurang anak dara tua ialah Bahrain  25 peratus, Yaman 30 peratus kerana kelazimannya Yaman menggalakkan  perkahwinan awal di negara mereka. Kuwait, Qatar, Libya hampir sama kadarnya iaitu masing-masing mencatat kurang 35 peratus.

'Kasihanilah kami dara-dara tua ini, kawinilah dua tiga dan empat' itu rayuan para al-'anusah dara-dara yang berusia. Seruan ini ditujukan kepada pria dan lelaki yang tangguh fizikal dan harta bro !.
"Bertakwalah kepada Allah
Kawinilah TIGA dan EMPAT
Selamatlah kami dari jadi dara 
terlajak = Al-'Anusah ."
Begitulah palacard yang dijulang oleh gadis ini, di sana kahwin berbilang hingga penuh kouta pun tak jadi masalah bro ! Cuma 'al-fulusss' saja ! itu yang jadi halangan?.

Kasihanilah kami wahai lelaki !
Kahwinilah kami dua tiga dan empat !
yang di atas tu pakai t-shirt bro ! merayu !
Inilah fenomena di negara-negara Arab bro ! 
Bapa dah laa mata duitan, biarkan anak sampai 'cross de limit' ! Kah Kah Kah

( أربعة ملايين فتاة عانس في السعودية )
4 juta gadis 'anusah' atau dara tua yang belum kahwin di Saudi bro ! 
وقد أظهرت دراسات عدة أن عدد العانسات في المملكة مرشح للازدياد من مليون ونصف المليون حاليا، إلى أربعة ملايين في السنوات الخمس المقبلة. 

Mengikut satu kajian, bilangan andartu di Saudi makin bertambah bro dari satu setengah juta sekarang ini, akan meningkat kepada empat juta, 5 tahun akan datang !

www.5alf-k.com
Kalau tengok yang ditulis oleh para 'al-'anusah' atau dara-dara tua ini bro, timbul rasa sedih, sebak, kasehan dan seumpamanya ! kenapa tidak, kerana ia menyentuh kalbu bro ! dengan Bangladesh pun tidak mengapa ! depa pun nak cari macam Salman Khan juga !kah kah kah
' jiwaku berperang, aku perlukan seorang lelaki' ;
' kahwinilah aku, tentu jiwaku pasti tenteram'; dengan lelaki Rusia ke, Turki ke? no hal bro ! Boleh saja asal Kaf Alif  Win = Kahwin ! Kah Kah Kah
العنوسة في السعودية 
- Dara terlajak di Saudi

twitter.com

 Pumca dan sebab berlambaknya para wanita Di Saudi sebagai Andartu !

    1. Mahar yang terlampau tinggi
    2. Kos Perkahwinan juga tinggi
    3. Ibu bapa terlampau doyan dengan harta
    4. Lelaki ramai pulak yang menganggur !
    5. Masalah tempat tinggal dan ketiadaan peranan oleh masyarakat setempat. Ibu bapa biasanya menuntut menantu lelaki mereka menyediakan tempat tinggal atau rumah yang selesa bro !

Orang Arab tak mainlah rumah teres 3 bilik bro ! Kah Kah Kah

Rumusan sebab 
كل الأسباب الخمسة تندرج تحت مسمى واحد و هي أسباب مادية
Semua sebab yg lima tu  boleh dirumus dari satu sebab jer, kerana sebab kebendaan bro ! Kah Kah Kah



ruj. - www.politiquetimes.com
Mahar yang kian meningkat adalah punca ramainya gadis-gadis Arab tidak ada calon suami kerana orang tua mereka senantiasa mementingkan mahar yang tinggi,saban tahun naik!  Maghribi juga tersenarai sebagai negara yang ramai 'al'anusah' bro !

زوايا الاخبارية
ruj sini bro - zawaayaaa.blogspot.com
Jadi yang kedua boleh saja dong ! begitulah ragam gadis2 al-'anusah di Saudi bro !
ruj. www.echoroukonline.com

Sebagai gadis terlajak 'andartu' atau 'العنوسة' ini boleh 'menghantui' hidup dan kehidupan persendirian bro ! Jadi kalau boleh kahwin cepat tu, elok lah dipermudahkan. Sekian.

Gurau sikit !
Jangan marah aaa ? 


ruj sini - www.ammonnews.net
Bujang Tua SS : Ya Makcik,kalo betoi laa, tengok laa berapa makcik nak beli aku? Kah Kah Kah

Nisbah dan peratusan
perawan tua di negara2 Arab
sumber - www.sasapost.com

www.ararnews.com
Nikahilah aku nie bro !
Kelihatan kumpulan andartu merayu pria agar memilih mereka sebagai isteri ! 
Kat Malaysia tak dak laa sampai tara nie lagi bro. ~ararnews

أريد أن أتزوج
Aku Nak Kahwin !!
Gadis ini bukan sembarangan orang bro ! namanya Aziza Salem, seorang profesor di sebuah varsiti di Saudi.
Bapanya menolak lamaran ramai lelaki bro ! Beliau dinafikan untuk berkahwin hanya kerana faktor 'akademik'nya yang tinggi dan tidak sepadan dengan calonnya, syarat2 yang dikenakan agak mustahil sebagai 'jaminan' yang perlu dipenuhi oleh 'de so call calon' tadi bro ! ruj. di sini. Kedegilan si bapa menjadikan faktor dan halangan meningkatnya andartu kerana rata-rata bapak arab nie mata duitan bro ! Kah Kah Kah

akhirkalam
www.banimalek1.com
Wahai para ibu bapa
Wahai pemuda
Wahai para gadis remaja
Kahwin itu adalah NIKMAT !
Dan bukanlah ianya suatu kecelakaan !

Permudahkanlah apa juga pemberian (mahar dan lain).
Sebaik-baik perkahwinan itu adalah yg mudah (maharnya)
Segeralah cari kebaikan ! Sebaik2 perkahwinan adalah mempermudahkannya..
segeralah mencapai kebaikan !
سهير القيسي - www.celebsmena.com
Kecantikan pada lelaki itu : Kejantanan kelakian dia bro!
Moleknya wanita itu : Kehidupan dia di sisi suami.
Keindahan pada para ibu itu : Kelembutan mereka pada ahlinya
Kecantikan pada bapa itu : Keselamatan kpd keluarga sendiri
Kecantikan pada kanak-kanak: Kemurnian dan tidak ada salahnya mereka bro !
Sekadar hiasan


Pastikan anda ketahui senjata wanita untuk memikat lelaki ! Kah Kah Kah (baca sini)
kredit - forum.z4ar.com

Rumusan saja - 
Berbilang zaujah itu adalah Sunnah Nabawi yang hampir pupus atau hilang dari kita dan adalah penting sekali atas kita menghidupkan (sunnah) ini kembali bro ! Hilangkanlah rasa takut untuk kahwini perempuan (lebih dari satu) kerana di sana ramai para lelaki yang terlajak ('awaanis) dlm masyarakat dgn sebab mengabaikan ketetapan Sunnah ini. Mukmin yg kuat lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah.
Realiti
Perawan tua di Saudi !
ruj sini - arabic.arabianbusiness.com
Tajuk yang ditulis di atas paparan imej di atas macam perli saja bro ! Ia bertulis:
(ظاهرة العنوسة بالمملكة: متى يمر القطار؟) Realiti kehidupa Al-'Anusah [perawan tua] di Saudi: Bila agaknya keretapi nak berlalu (kat sini?).
Mana tak perlinya, berjalan atas jalanraya nak tunggu kereta api lalu, memang mustahil laa bro ! inilah fenomena di Saudi, depa jenuh tunggu pria muda ke, tua ke masuk meminang? Tapi tak kunjung tiba ! Kah Kah Kah
اللهم ارزق بنات المسلمين بالزوج الصالح


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]