Tok Din dan 'kereta buruk' nya - video

Kereta buruk tu laa yang Tok guna sekian lama, dari muda sampai ke tua sampai ditendang keluaq. Bila di luaq baru tahu kata kereta yang Tok dok tumpang selama nie buruk bebenor rupanya ! Kah Kah Kah

Masa duduk bawa 'kereta buruk' tu, Tok tak rasa ke yang keta tu dah berkarat benar, dah longgar habis 'screw' , ekzos pun berlubang rata tempat, 'air-con' pun tak berfungsi cukup lama, tapi Tok sebagai 'co-driver' keta buruk jenama UMNO tu tetap bertahan mahu memandunya juga. Masa boleh 'bawa' keta tu rasa sedap semacam jer? Kah kah kah

Bila Tok tak isi minyak cukup-cukup masa bawa hari tu, depa pikiaq Tok dah tak sesuai, keta tu pulak asyik 'mati' tengah jalan jer, puas 'charge' bateri baru boleh tolak? Depa kata Tok dah tak suit lagi jadi 'co-driver' dan Tok Din direhatkan. Kah kah Kah

Khulasah

~ Ingat cerita sang pelanduk dengan rambutan? Rambutan yang sedang masak ranum coba dicapai dan digapai dengan melompat-lompat! tetapi pelanduk tidak tercapai untuk menikmati rambutan itu. 

~ Pelanduk pun meleleh liur punya teringin nak makan rambutan tapi apakan daya tidak sampaian mahu dapatkan. 

~ Pelanduk pun menggerutu geram dan berlalu dari situ sambil mengomel-ngomel. Huh ! masam laa rambutan nie !! Kah Kah Kah


Macam keta buruk Hj Bakhil daa
Umno ibarat kereta buruk 
yang tak boleh dibaiki, kata Muhyiddin



Berbicara mengenai rancangan parti baru, bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyamakan parti pemerintah tersebut sebagai 'kereta rosak yang perlu diganti'.

"Umno sekarang seperti kereta buruk, bila baiki rosak lagi, jadi kita tukar kereta baru lah," ujar beliau, memetik laporan Sinar Harian, hari ini.

"Nak baiki macam mana lagi Umno ini? Nak pinda perlembagaan? " tanya beliau.

Menurut Muhyiddin, beliau bersama-sama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempengerusikan jawatankuasa perlembagaan parti, namun, tiada apa yang telah berubah.

"Tapi tak berubah, macam itu lah juga Umno, lebih lagi bila presiden partinya menjadi seorang yang amat tak bertanggungjawab," jelasnya, menurut laporan akhbar berbahasa Melayu itu.

Umno akhirnya memecat Muhyiddin bulan lalu selepas dia berulang kali mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Terdahulu, beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dalam tindakan drastik yang turut menyaksikan tempat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digantikan dan pasukan petugas khas menyiasat 1MDB dibubarkan.

Sejak pemecatannya dari parti pemerintah, Muhyiddin bersama-sama dengan Mahathir telah beralih platform kepada pakatan pembangkang untuk menangani Barisan Nasional.

Semalam, Muhyiddin menyertai bekas musuhnya, PKR untuk memulakan kempen menjelaskan kepada umum mengenai skandal 1MDB bagi meningkatkan kefahaman awam mengenainya.
~ sumber.


Kereta Buruk
dan Parti Baru !

Kenapa parti baru Che Det masih mirip UMNO? Kalau begitu, apa bezanya dengan UMNO?
Kenapa masih mirip UMNO? Kalau begitu, apa bezanya dengan UMNO?

Mengapa tak dibuka kepada pelbagai kaum dan semua rakyat Malaysia boleh masuk jadi ahlinya?
Ini adalah antara pertanyaan yang banyak didengar di sebalik sahnya hasrat Che Det menubuhkan sebuah parti politik baru bertunjangkan Melayu dan Bumiputera yang bakal dipimpin oleh Muhyiddin Yassin.

Ramai juga yang skeptikal untuk menyertai parti tersebut apabila melihatkan konsep perjuangannya yang tidak berbeza dengan UMNO.
Jangan-jangan bila dapat kuasa nanti pun jadi sebiji macam UMNO, kata sesetengah yang lain.. (SH 05/08/2016).


Apa dah jad Tok? Depa kata Tok Din sendiri laa yang akan jadi teraju utamanya nanti? Tak ada beza laa dengan Umnuu tu? Ingat kut nak tukaq kereta baru lagu mana ke? Ropanya 'kereta buruk' lama tu masuk bengkel cat semula jer? Besi lantai, rim, injin dok buruk situ laa juga ?  

Padan pun mirip Umno ! pasai tujuan 'form' parti nie pun nak kalahkan Umno saja ! Umo boleh kalah ke kalau berlumba dengan sama-sama keta buruk nie? Kah Kah Kah

Bonus !
Dari Puteri Umnuu !



Gelek ni dihidangkan semasa perasmian mesyuarat puteri umno kota bharu. Macam Samiah Gamal daa...
Tak kan yang nie pun 'keta buruk' juga? Kah Kah Kah

Gelek Power Puteri UMNO
Di Mesyuarat Bahagian Kota Bharu !

Kah Kah Kah - Published on Aug 6, 2016.

Masdar: SINI dan SINI.



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]