Gelisahnya PAS - Video


Ketua Pemuda PAS sifatkan dakwaan Sarawak Report bagai peluru yang sudah sejuk bro ! Kah kah Kah.

Aikk! baru saja 'peluru' yang di'lancar' tu dah jadi sejuk? Sapa kata sejuk? Kian 'panas' ada laa bro!! Tak kan baru seminggu dah 'sejuk'? Kalau 'sejuk'? Apasal wala'uns semua pakat resah pakat gelisah? Itu tandanya makin 'panas' bro ! Panas membara!

'Peluru' tak kira sejuk ke atau panas ke? Sekali 'terlepas' kalo tak 'mengena 'sasaran' sekali pun?, boleh 'pengsan' dan 'pangsan' bro ! Boleh 'trauma' berminggu, berbulan bro ! Jangan main-main ! Kah Kah Kah

Kenapa cepat sangat kata ianya suatu 'kebatilan yang nyata' ? Nyata ke palsu ke? kita tunggu laa sebulan lagi bila Pas nak saman SR tu sebulan lagi sini ? Masa tu kita tengok laa lagu mana bro ! Tu pun kalo PAS 'proceed' ?

Dulu pun bila isu 1MDB dibincangkan di alam maya, Pas dan wala'uns pun kata isu ini karut marut? Pas langsung tak ada 'suara' dalam isu ini. Sekarang Si Ketua Pemuda pula kata isu dakwaan SR ini sebagai fitnah dan karut marut juga? Mungkin kerana inikah Jika Umno hilang kuasa, Pas paling layak memimpin negara, kata Profesor yang jadi puncanya? Itu sebab beliau mengaitkan Pas dengan menerima kehadiran lebih ramai para ilmuan pemegang ijazah tertinggi bagi membantu PAS di semua peringkat terutama pada peringkat pembuat dasar dan polisi parti? Dia itu ke yang kata kalo Umno hilang kuasa, Pas paling layak memimpin negara? Kalo 'dia' tu, tak payahlah dok royat bro ! Kah Kah Kah

Adakah PAS mempunyai keberanian seperti ini dalam menghadapi dakwaan SR seperti yang sudah maklum itu? Keberanian seperti Husam Musa ini kalo dibandingkan dengan Ketua Pemuda PAS sekarang ini, jauhnya seperti jarak langit dengan bumi bro ! seperti jarak kutub utara dengan kutub selatan ! Kah Kah Kah

Kata omputeh,'if you can't beat them join them' elok dah laa, itu yang enta mahukan bro! Teruskan saja sinarharian tak ada sapa nak kata apa, dan itulah yang sebenar dok ada dalam benak wala'uns semua, PAS memang pun dah tidak mampu nak 'ratah' Umno? Jadi 'join' saja ler ! yang 'Gagasan Sejahtera' tu hanya wayang jer ?! Malu ke dengan gelaran "PASIK"?  Tetiba pi tukar nama kepada Gagasan Sejahtera mynewshub ? Bab nama nak bagi elok nie, sapa pun boleh letak nama tu, tapi kalau nama yang dulu-dulunya dah elok, tetiba saja telah jadi 'busuk' memekung serata tempat? payah banget laa nak bagi harum, nak bagi wangi balik pasai lama sangat busuk ! 

Kah Kah Kah

PAS sifatkan dakwaan Sarawak Report ibarat peluru yang sudah sejuk. 


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan dakwaan Sarawak Report bahawa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ibarat peluru yang sudah sejuk.

Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, segala tuduhan terhadap PAS selama ini hanyalah fitnah dan khayalan semata-mata.

“Tetapi bukan sahaja ia adalah satu tuduhan dan kebatilan yang nyata, bahkan PAS kini bukan sahaja menjemput lebih ramai golongan profesional untuk lebih berperanan, bahkan PAS turut menerima kehadiran lebih ramai para ilmuan pemegang ijazah tertinggi bagi membantu PAS di semua peringkat terutama pada peringkat pembuat dasar dan polisi parti,” ujarnya dalam catatan Facebook peribadinya.

Beliau menyindir, jika kita dinasihatkan agar menjauhkan diri dan anak-anak daripada permainan Pokemon Go, maka adalah lebih wajar kita pakat-pakat nasihatkan orang-orang tua dan anak muda daripada Pokemon Go versi politik fitnah dan karut marut ini.

Anak bekas Mursyidul Am PAS itu turut mempersoalkan kesungguhan Sarawak Report yang mencuba sedaya upaya untuk memburukkan nama parti Islam itu demi merosakkan hubungan dengan penyokong peringkat akar umbi.


Nik Abduh mengakui pada  awalnya beliau tidak mempedulikan tuduhan portal tersebut, tetapi kemudiannya terpanggil apabila melihat kesungguhan portal itu untuk menghentam PAS.

Gambar hanya hiasan
“Saya agak hairan melihat kesungguhan tahap ‘jihad fi sabil at thaghut (selain Allah)’ oleh para penjual semangat dedak yang diratib (disebut) awalnya oleh Tun Mahathir yang saya pernah doakan dan nasihatkan agar beliau lebih banyak kembali ke tikar sejadah atau kerap mengerjakan umrah di kota Mekah agar otak dan hatinya kembali lapang buat Islam menuju alam barzakh sebagaimana pesaing politik utamanya iaitu almarhum ayahanda tuan guru,” katanya.

“Maka, agar rakyat kembali memburu dan menuding PAS sebagai punca kegagalan projek segera menjatuhkan BN, maka game Pokemon Go versi dedak 90j dimainkan dan bomoh baru dari UK dijemput untuk meniupkan mantera jampi serapahnya,” ujarnya. – Sarawakvoice.com


Pas and Ikatan form 'constructive opposition' bloc
Published on Mar 16, 2016
KUALA LUMPUR: Pas and Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) have formed the country's third political bloc after signing an agreement today.
Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and Ikatan president Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir signed the document to establish the new coalition at Puteri Park Hotel here at 1.30 pm today
..
nstonlinetv.


Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$