Penahanan LGE - Suara dari AMANAH
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan petang tadi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bilik mesyuarat selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Komtar. Sudah ada reaksi segera dari pembangkang dan juga dari Umno sendiri bro ! Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak tidak terlalu awal menghukum Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dakwaan berkaitan isu pembelian banglo. Beliau berkata, semua pihak perlu mematuhi undang-undang negara dan ada proses perundangan yang dilaksanakan bagi setiap pendakwaan ( ruj. sini ). Sementara itu pelbagai reaksi lain diterima, antaranya dari Presiden Amanah sendiri yang memberikan reaksi menarik terhadap penahanan itu. Ketika Pas sibuk menyatakan partinya saja yang perjuangkan Islam. Pakatan Harapan pula sibuk berkerja menjalankan tuntutan Islam melawan kezaliman dan ketidakadilan di sana sini, tidak hairanlah mengapa PH semakin di minati oleh rakyat dan sebab itu amanah dan Pakatan Harapan y...