Panassss - PAS 'refresh' balik 'kes khalwat' Mat Sabu ? Kering Modal Ke?

Pas kian panas kian rimas kian lemas kian terbabas bro ! Isu yang dah 20 tahun lebih yang dah ditutup tu, dibongkarnya semuala? Apa tujuan PAS sebenornya? Sekilas ikan di air, kita dah tahu jantan betinanya bro..

Kes ini sudah setel dah tutup buku pun, orang pun tau apa pasai kes nie 'timbul' dulu nie? buat apa Pas pi dok selongkaq pi dok kecaq balik? budak2 yang baru besaq dalam Pas laa nie bukan beranak lagi pun setengahnya tu? yang jadi 'walaaunn' pi dok usik kes nie pun masih dok hisap puting lagi masa tu? Kah Kah Kah



Bila Pas 'refresh' balik  cerita Mat Sabu nie, ertinya Pas begitu tidak betah dan cukup meluat dengan Mat Sabu nie, sampai dah tak tahu nak cari 'isu' apa lagi untuk 'pulas' beliau dan Amanah? Pas dah kering modal nak hantam MS nak hantam Amanah? Pas beranggapan Mat Sabulah punya pasai yang Pas jadi macam sekarang ini, Pas dah jadi tak ketahuan hala, jadi karbata, jadi golmar? sudah tak dihiraukan oleh rakyat yang celik dengan perangai Pas tu, hasil dari huru hara yang Pas sendiri timbulkan melalui kata bual pimpinan besar dan kecil mereka, sekejap begitu, sekejap begini, sekejap di sana, sekejap di sinun? 
Bila ramai ahli Pas bawahan dan pimpinan besarnya 'keluar' dan 'berhijrah' ke Parti Amanah Negara (PAN) kesan dari 'kehendak' Pas juga yang mahu 'keluarkan' Profesional dari rumahtangga Pas, yang kononnya mereka tu semua 'sekular' ? - PAS yang kelupurrr sakan hasil dari kemampuan golongan Profesional ini menubuhkan AMANAH. Sejak itu 'serangan' bertali arus tanpa henti orang-orang PAS baik dari Tok Sidangnya, Ketua Ulamanya, serta lain-lain pimpinan utamanya, termasuk pimpinan ceroi longlai pun tumpang semangkuk buat juga 'kenyataan' yang lintang pukang hanya kerana mahu 'underate' pimpinan Amanah dan pimpinannya? semacam 'berpakat' untuk 'membenam' Amanah sampai ke dasarnya..Kah Kah Kah
Apa yang depa tak kata ke PAS, 'cuma bertahan 2 bulan' ada kata 2 tahun ada kata 'parti nyamuk' dan berbagai lagi? Bila Husam Musa bersuara (PAS Halau Husam Lepas Tu Akan Tuduh Husam Pengkhianat! ) menegur kepimpinan utama Pas, ada walaaunn yang gesa Husam keluar dari PAS ! perangai macam ini memang sebijik 'perangai Umno yang Pas buat teman 'sepermainan' sekarang ini? 
Kah Kah Kah

Bila Pas ungkit balik cerita lama nie? ia sebagai ada satu 'hidden agenda' begitu bro ! juz untuk memburukan orang2 yang berenggang terus dari PAS, lebih2 lagi Mat Sabu sebagai Presidennya bro ! Imbasan ini dianggap rasmi kerana ia dikeluarkan oleh Portal rasmi Pas Harakahdaily dengan tajuk ' Hari Ini Dalam Sejarah PAS '@PAS Serah Kepada Mahkamah Kes Khalwat Mohamad Sabu (1 Febuari 1995) Pas langsung tak 'jantan' bro ! Kalo tak 'jantan'? Jadi apanya Pas tu bro? Kah Kah Kah

Artikel macam tu dah basi bro ! benda yang dah selesai dah tutup lamaaaaa dah, puak2 walaunnnn masih syok dok putar balik, kan dah jadi 'cheap matinee' punya wayang? Bayaq dua kupang pun dah tak dak sapa nak tengok? Tau-tau Pas pi putaq balik? Ini tidak adil? Ia membawa 'api permusuhan' antara jamaah Islam? Inikah cara 'dakwah' orang2 Pas laa nie? Pas laa nie langsung tak boleh pakai bro ! Baca artikel nie bro (Mengapa Pas ungkit semula kes khalwat Mat Sabu?) Kah Kah Kah

*****
 Untuk citer lanjut pasai 'kes' tu? Hangpa baca 'nukilan' dari FB (Abe Awang Malaya) yang sempat aku muat di sini untuk tatapan generasi muda raya yang tidak kenal sapa Mat Sabu dalam peta PAS ! Secara pribadi aku cukup mengenali beliau kerana kami pernah sama2 terlibat dalam 'Demonstrasi Baling' 1974 dulu bro, dalam era 'Mahasiswa Menggugat' . Bukan baru perjuangan ini, setengah yang mencemuh mencebik beliau sekarang ini, belum jengoi ke dunia lagi waktu tu? Jadi walaaunn-walaunnn yang baru kenali beliau tu, tak payahlah dok 'sumpit' Mat Sabu nie bro ! Semua tu kacang jer buat beliau ! Kah Kah Kah

Adaptasi dari FB Abe Awang Malaya
Selepas PRU-1990 yang mencatat sejarah di mana Barisan Nasional kalah semua kerusi DUN dan kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Kelantan.... UMNO Kalah semua....! PAS + S46 bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah telah menyapu bersih semua kerusi di Kelantan.
Ketika itulah Mohd Sabu terpilih menjadi Ahli Parlimen Kubang Krian.... Mat Sabu bukan orang kaya, dia tak ada rumah di Kota Bharu.... Dia orang Penang. Kalau balik ke kawasannya, dia selalu tinggal di hotel.
Sebagai 'orang luar' yang menjadi wakil rakyat di Kelantan, sudah tentu Mat Sabu melantik beberapa orang pembantu, setiausaha, PA dan tentu dia mempunyai orang-orang kuat yang membantunya dalam menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen.
Salah seorang orang kanannya ketika itu ialah XXXXX, bekas orang UMNO yang berhijrah ke parti S46 mengikut Ku Li, Ibrahim Ali dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO Kelantan yang melompat ke S46.... Ketika Mat Sabu jadi MP Kubang Krian, dia menjadi orang kuat Mat Sabu..Abe Awang Malaya...Continue Reading
PAS tahu mereka akan kalah di Kelantan dalam PRU-14 nanti..... PAS Kelantan sekarang sama keadaannya seperti PAS Terengganu sebelum PRU-2004 dulu; iaitu sudah bersiap-sedia untuk kalah.
Berbeza dengan PAS Terengganu yang tidak ada pilihan selain menyerahkan semula kuasa pemerintahan kepada UMNO, tetapi PAS Kelantan sekarang dihadapkan kepada kenyataan bahawa telah muncul satu parti baru yang mampu membuat kejutan, iaitu Amanah...... PAS Kelantan lebih rela menyerahkan kuasa kepada UMNO daripada kuasa itu diambil-alih oleh Amanah.
Ini yang sedang berlaku sekarang..Abe Awang Malaya
Haji Hadi kata, sesiapa yang menyertai PAN dan mendapat kesedaran, jangan malu untuk berpatah balik kepada PAS.... Peeergh...! Ayat macam haram jadah.
Katanya lagi, kembali kepada kebenaran adalah lebih baik dari berterusan dalam kebatilan.
Ayat-ayat gampang seperti inilah yang menjadi punca timbulnya kafir-mengkafir dalam masyarakat Islam.... Haji Hadi tentu tidak akan mengaku yang dia mengkafirkan orang Amanah, tetapi wala'un yang jahil akan segera percaya bahawa hanya PAS yang Islam dan orang parti lain termasuk Amanah semua kafir, atau sesat, atau munafiq, atau golongan yang batil dan seumpamanya.
Kenapa orang Amanah itu berada dalam kebatilan...? Apa yang benar apa yang batil...? Orang Amanah Solat fardhu 5 kali sehari semalam.... Orang Amanah mengaku tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah, orang Amanah mengaku Nabi Muhammad SAW ialah Rasul-Allah, orang Amanah berpuasa di bulan Ramadhan.... Orang Amanah bayar Zakat.... Orang Amanah mengerjakan Haji di Mekah.... Orang Amanah beriman kepada Malaikat, beriman kepada kitab al-Qur'an, beriman kepada Hari Akhirat...... di mana kebatilannya...? Di atas dalil dan alasan apa Hadi Awang mengaku wala'un berada dalam kebenaran dan menuduh puak Amanah berada dalam kebatilan...?
Hadi Awang perasan dia tu siapa dalam Agama....? Bila bercakap, seolah-olah syurga Allah itu diciptakan khusus untuk pengikut dia saja.... seolah-olah neraka itu Allah ciptakan khusus untuk orang yang tidak sokong PAS..... Macam mana wala'un tidak jadi bangang kerana menyangka PAS itu Islam dan sesiapa yang lawan PAS adalah musuh Allah; kalau Presiden sendiri yang bercakap begitu....?
Kalau nak tahu, kes sembahyang dua imam, Solat tidak sah jika berimamkan orang UMNO, sembelihan orang UMNO haram dimakan sebab kapir, pernikahan tidak sah jika jurunikahnya ialah orang UMNO..... Semua fahaman sesat itu berpunca dari perkataan Haji Hadi sendiri..Abe Awang Malaya





Apa Tujuan PAS Timbulkan Kembali Kes Khalwat Mat Sabu?

PAS imbas semula 
tuduhan khalwat Mat Sabu



Genap 21 tahun, PAS hari ini mengimbas semula tuduhan khalwat seorang bekas pemimpin kanannya dengan menegaskan parti itu tidak campur tangan dan menyerahkan kes itu kepada mahkamah untuk diadili.
Menerusi kenyataan disiar dalam portal Harakahdaily, Pusat Penyelidikan PAS pusat mengimbas kes membabitkan bekas timbalan Presidennya, Mohamad Sabu pada 1995 yang kini merupakan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu merupakan Ketua Pemuda PAS ketika beliau dituduh melakukan khalwat dengan isteri pemandunya di sebuah hotel di Kota Bharu pada 31 Januari 1995.

"Pada hari ini (1 Februari) dalam tahun 1995, PAS telah menegaskan bahawa mereka tidak akan campur tangan, bahkan akan menyerahkan kepada kepada mahkamah untuk menentukan kedudukan Ketua Dewan Pemuda Pas pusat yang juga Ahli Parlimen Nilam Puri, Mohamad Sabu," kata Head, House Of Resources Pusat Penyelidikan PAS pusat, Mohd Fadli Ghani.

Katanya, di sebalik serangan bertubi-tubi media massa dan pemimpin BN, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan isu itu sebagi konspirasi politik, sedangkan Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor menegaskan tindakan disiplin akan diambil ke atas Mat Sabu.

"Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIK) bagaimanapun telah menafikan wujudkan konspirasi dalam isu ini, sedangkan para pemimpin Umno mempersoalkan tindakan PAS mempertahankan pemimpin mereka yang terlibat dalam isu moral seperti ini," ujarnya.

Mohd Fadli berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) menafikan wujudkan konspirasi dalam isu ini sedangkan pemimpin Umno mempersoalkan tindakan PAS mempertahankan pemimpin mereka yang terlibat dalam isu moral.

"Di pihak PAS, walaupun telah menyerahkan kes ini kepada mahkamah tetapi pada 21 Februri 1995, jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengambil tindakan politik dengan menerima perletakan semua jawatan parti oleh Mat Sabu sebagai mengambil tanggungjawab dalam isu ini.

"Bahkan PAS pusat telah memutuskan untuk mengambil tindakan lanjut ke atas Mat Sabu setelah mahkamah membuat keputusan.

Katanya, dalam penghakiman pada 4 hingga 6 April 1995, Kadi Besar Kelantan Datuk Daud Mohamad membebaskan Mat Sabu tanpa dipanggil membela diri setelah pihak pendakwa gagal mengemukakan prima facie ekoran percanggahan keterangan saksi.
"Selain tindakan disiplin yang diambil Jawatankuasa Kerja PAS pusat terhadap Mat Sabu, keputusan PAS pada 1 Februari 1995 yang menyerahkan kes ini ke mahkamah telah berjaya menyelamatkan imej PAS yang cuba dicalarkan oleh musuh-musuh politiknya menjelang Pilihan Raya Umum 1995 di mana parlimen telah dibubarkan pada ApriL 1995," katanya.
Tidak dapat dipastikan mengapa kes tersebut dibangkitkan semula Pusat Penyelidikan PAS, namun dipercayai ia bukan satu-satunya imbasan sejarah yang disiarkan bagi mengimbau semula sejarah PAS.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Mat Sabu bagi mendapatkan reaksi...

Malaysiakini - Terkini@ PAS imbas semula tuduhan khalwat Mat Sabu




Ya, begitu sepatutnya bagaimana orang2 Amanah perlu fokus, maunya fokus untuk banyakkan kawasan dan cawangan Amanah seluruh negara bro. 

Cara pikior Suhaizan Kayat terbaik bro ! biaq Husam Musa buka satu satu nostalgia lama pasai akai 'busuk' dalam Pas tu ! Dah tak kuasa kita nak tumpang tui sama? Baca (Husam gesa segera lantik penghulu Dun Salor) Lalu Pas pun tak mahu alah, SUA Pas pun jawab juga bro (Husam hanya mahu perhatian, kata Takiyuddin)

Pas saja yang buka dan 'refresh' balik benda2 basi yang dah setel macam kes Mat Sabu atas tu. Makin dia buat begini, makin jauh dia dari rakyat yang faham gelagat pimpinan dalam Pas tu. Dah tak ada modal, dah kemaghau idea, dah muflis cara dan jalan fikir mereka. Kah Kah Kah
Ini cara Amanah kerja (Amanah bertemu Menteri bincang isu Tabung Haji petang ini) bantu rakyat tertindas bro ! bukan dok melalak dalam facebook dan media sosial lain sahaja..



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video