Dah agak dahh..'Kes' ADUN Paya Jaras Setel Bro !

Pagi-pagi turun ke telaga,
Ramai bercampur teruna dara
Hashim Gera empunya cerita
Sebab berjoget Pas mendera

Hashim Gera dancing kena hukum kena pecat.Khairuddin jadi2 'dewa'? keberuntungan? memang untung? no action 2 be taken bro?untung laa tu? Kah Kah Kah

Dari kampung di Kota Kuala Muda, aku berbasikal ramai2 dengan memba ke pekan kecil Tikam Batu kira-kira 8 km dari kampung kami untuk mendengar ceramah Pas di sana. Watak utama tentunya Pak Hashim Gera, seorang 'Raja Pantun' yang tersohor dari Parit, Perak bro ! Aku memang minat sungguh ngan Pak Hashim Gera nie masa tu laa. Seronok bila dia berpantun bro !

Kisah ini berlaku awal tahun 70an (masa tu baru 19 tahun) sebelum Pak Hashim di pecat dari Pas kerana menari joget di lobi Parlimen (baca bawah tu) Semasa balik ceramah, hujan punya lebat sampai tak nampak jalan, maklumlah berbasikal. Bila tak nampak jalan? aku dan sorang kawan terjun dalam tali air sebelah jalan di selekoh kampung Permatang Pasir. Kampung Datuk K suami Siti Nurhaliza tu..Kami ingat tali air tu jalan raya bro? Kah Kah Kah 

Hashim Gera pasai menari joget jer, berakhir dengan dipecat dari Pas bro ! Tapi ADUN Paya Jaras tu rasanya lebih sirius dari tu? Tapi DUPP boleh ejas lagi bro? Kot dia nie geng Olamaa kot? Depa terima dia punya 'rasa penyesalan'? "then everything is finished bro"? Dah agak dahh - kah Kah Kah

Nik Zawawi selaku TKDUP dan juru cakap DUPP habaq, pihak depa juga kesal dengan 'kelaku kelayak' ADUN Paya Jaras tu. Cuma depa 'berdukacita' bro? (Insiden dukacita, ahli Pas lebih berhemah elak fitnah, tegur Dewan Ulama Pas) Takat tu jer laa pasai kata dia, pihak depa yakin Khairuddin tidak berniat mempersendakan Islam..(Dewan Ulama Pas percaya Khairuddin tiada niat).? Kalo tak niat 'persenda Islam'? kenapa ini? Baca bro (Mohd Khairuddin mohon keampunan Allah dan maaf menyerupai Dewa Guo Jiu) Kah Kah Kah

Cuma aku nak tanya, masa 'dressing' pakaian tu tak niat ke sebelum tu? Nak buat apa pun orang pasang niat dulu bro ! lepas niat baru orang sertakan amal dia, tak kan sorang wakil rakyat tak tau, tak paham benda 'simple' macam nie? Macam sebelum solat, pasang niat dulu bro, baru laa 'Takbir' ! Baru laa amalan tu nak jadi baik ke tidak? berdsarkan niat dan amalan tu? 

Bila ramai persoal tindakan Khairuddin tu (Ramai kecam Adun Pas gara-gara muncul jadi Dewa Kekayaan) Pas macam besa, gelabah dan tak tentu arah, depa pakat bersilat sakan macam nak gempa layaknya? Bila tersandung begitu, ada saja sendiri dok ejas 
(Tiada niat persenda Islam, kata Adun Paya Jaras berpakaian dewa Cina) Sapa pun boleh habaq kata tak ada niat? tapi yang sendiri baguih punya 'dressing'? Bukan niat laa yer? Yang dok kata kat orang 'barua', 'tolol', 'broker' tu pun bukan niat juga laa yer? Langsung tiada apa2 tindakan bro? Cuba Husam Musa cakap sikit 'menentang arus' Tok Sidang? Siap kau Husam, (Sinar Harian) ada walaaunn nak bertindak? (Husam bakal berdepan tindakan disiplin parti, kata Takiyuddin) Kah Kah Kah

Yang aku pelik kat sini bukan apa bro, Pas tu hari2 dok cakap agama, pun saban hari dok sumpit dok hantam Cina DAP? Cina lain tidak kot? Kah kah kah, tau tau keluar sorang pimpin dia, SU Pas Selangor pulak tu? mai dok bawa dok huloq limau mandarin kat orang2 tionghua tu? yang syok tu boleh berlakon boleh menyamar jadi Dewa Keberuntungan pula dahh? Punggahhh. Ana ada sikit fening laa sama ini punya walaunnn bro ! Den dah kata puak nie ramai yang kamjat bro ! Sat depa maki cina, sat depa gomoi cina? Istiqamah ke macam nie? 
ruj- TPPA: Lim bidas Hadi beri gambaran salah pada DAP .Kah Kah Kah

Lain pula cerita dengan Pas zaman purba bro ! Hashim Gera baru 'start' joget sikit, hinjut2 badan macam tu? dah kena 'sekeh' kena 'buang' dari Pas. Tiada maaf bagi mu Pak Hashim? 

Pak Hashim nie pun bukan kecik anak bro? Dia merupakan Ahli Parlimen PAS bagi Parlimen Parit. 
Di dalam percakapan pembelaan dengan Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat yang terdiri daripada ulama' PAS itu Cikgu Hasim memberitahu: 

  "Joget adalah tarian bersih. Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget itu) lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Kah! Kah! Kah! 

Pas telah menolak alasan Pak Hashim itu. Aksi berjoget dikira mencemar nama Parti Islam yang dia jadi MPnya..Pak Hashim pun dipecat. Berjoget gitu pun dianggap telah cemar nama PAS sebagai parti Islam, tentulah dalam kes Khairuddin ini? Rasa lebih teruk punya pencemaran? Nak cemar sampai tara mana lagi? Kah kah Kah

Ini kerana ia ditunjuk di khalak ramai bro..Pak Hashim Gera berjoget depan orang ramai, samalah dengan 'Dewa Keberuntungan' lakonan Khairuddin pun dipertonton pada khalayak ramai juga..apa beza antara dua ini? Hashim Gera dipecat dari PAS dan SUP Selangor pula tiada niat buat begitu bro? dan dilepaskan? Dalam kes Pak Hashim Gera, Pas menetapkan berjoget di khalayak ramai adalah satu kesalahan berat bro?Kah kah kah.

Satu hal lagi, Asri Muda masa tu jadi Tok Sidang PAS bro ! dia bukanlah 'ulama' dalam pandangan Pas? Tapi dia cepat ambil tindakan ke atas Pak Hashim yang berjoget tu?

Tapi Tok Sidang sekarang ini, seorang ulama bertaraf donia bro? Bukan sembarangan tu? Tapi wal asal balik hasil? Kah Kah Kah


Sekilas 
imbas sejarah lama


Hashim Gera

Pada awal 70an, seorang wakil rakyat Pas Kawasan Parlimen Parit yang terkenal pandai berpantun, telah menyambut cabaran Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman untuk turut berjoget di dalam suatu majlis keraian di bangunan Parlimen.

Hashim Gera tidak menyangka perbuatannya itu akan memberikan akibat buruk kepadanya, kerana pada fahamannya; menari joget tidak menyalahi budaya Melayu dan tidak haram di sisi Islam, tapi Jawatankuasa Tatatertib Pas telah memanggil mesyuarat tergempar dan mengambil keputusan menggantungnya dari menjadi ahli Pas.

Berikutan dengan itu Hashim Gera berpantun yang disiarkan oleh Utusan Melayu 24 Febuari 1971:-

Naik Rakit di dalam paya
Patah galah di air dalam
Menari joget hobi saya,
Tidak haram di sisi Islam

Pemangku Yang Dipertua Agung Pas, Datuk Haji Mohd Asri memberitahu, bahawa penggantungan Hashim Gera dari Pas adalah untuk “beberapa waktu”, kerana beliau melanggar displin parti dan untuk memberi peluang kepadanya bagi membetulkan kesilapan.

Hashim Gera telah berjoget di Parlimen pada 23 Febuari 1971 dan gambarnya menari di siarkan oleh akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia pada 24 Februari yang tidak sahaja mengejutkan penyokong-penyokong Pas, tetapi juga orang ramai

Berikutan dengan tindakan itu, Hashim berikrar tidak lagi akan menari di tengah terang, tetapi pada 16  Mei 1972, beliau dipecat terus dari parti walaupun pengantungannya telah ditarik balik pada 16 Mac tahun 1971.

Hashim memberitahu akhbar, bahawa pemecatannya itu adalah oleh kerana beliau mengingkari perintah parti supaya jangan menari lagi di khalayak ramai.
Maka berpantunlah lagi Hashim Gera:-

Pagi-pagi turun ke telaga,
Ramai bercampur teruna dara
Hashim Gera empunya cerita
Sebab berjoget Pas mendera

Berebut-rebut pula tali timba
Dalam pandangan seperti berlaga
Kalau betul demikian ada
Perjuangan kebangsaan Pas berpura-pura


Sayang Che Man pergi memukat
Cincin intan pakai di jari
Ahli Parlimen bukan Malaikat
Apa salah dia menari

masdarsemuthitam

Telatah Bulan


Pecat je larr bro ! tak payah nak pong pang pong pang, lama dah dok bunyi nak kerat rotan tu? @(PAS boleh pecat Husam, kata Takiyuddin) dok tagak lama sangat tu? Kah kah Kah 

PAS Boikot 
Majlis Bebaskan Anwar Malam Tadi





Dalam keadaan lanskap politik yang sudah jadi seperti ini, sekarang ini...... ketika Anwar masih dalam penjara, ketika Abang Mat sudah jadi Presiden Amanah, ketika Hadi Awang sudah berpeluk dengan Ibrahim Ali dan sudah pakai sedondon dengan Najib.... ketika ini.... menurut logika politik, Azmin sepatutnya menyebelahi Abang Mat, tetapi dialektika politik lebih memperlihatkan wajahnya..... Rupa-rupanya, Azmin lebih menyebelahi Hadi Awang dan Najib....!!!
Semalam genap satu tahun Anwar dipenjarakan.... Wajah terbaru Anwar menunjukkan bahawa dia sedang menderita.... Mukanya cengkung, kesihatannya terganggu, dan wajahnya membayangkan siksaan yang tidak terperi yang terpaksa ditanggungnya......
Dalam keadaan UMNO yang sudah hampir hancur, kedudukan Najib sudah sangat lemah, sepatutnya Pakatan berupaya memberi tekanan yang lebih hebat kepada kerajaan Najib-Rosmah-Hadi supaya membebaskan Anwar... Sepatutnya....! Tetapi Azmin dan penjilatnya duk sibuk nak kerjasama dengan PAS dan mengenepikan Amanah....... Azmin dengan Abang Mat ibarat anak dengan ayah, dari segi perbezaan usia dan pengalaman politik..... sekarang bukan main biadab lagi dia..... tak ada hati dan perasaan langsung terhadap kesengsaraan Anwar..... dasar muka tak malu....! Kamu naik kerana Anwar, sekarang kamu kurang ajar dengan orang yang nak bela Anwar, bekas musuh Anwar...!!!
Mau Abang Mat tak baling mikrofon..@Abe Awang Malaya (Continue Reading) [ Mat Sabu baling mikrofon marah rakyat tak sokong pembangkang]Baca (  Azmin doa di Mekah mohon Anwar dibebaskan)


Tukang Ejas

#BebasAnwar
Ketidakhadiran bukan bermakna kita tidak bersimpati kepada beliau-TITM (F M T)@PAS tidak dijemput sertai #BebasAnwar)

Ini bukan makan kenduri bro? Nak jemput-jemput, ini isu besar, isu negara, mana boleh habaq kata tak tau ada program tu? Pascai dan walaaunn kan ramai ada media sendiri? Memang Pas boikot apa? Pasai tu Jurucakap penganjur Dr Badrulamin Bahron berkata, mereka terkilan kerana tiada pimpinan PAS hadir di acara malam semalam, pada hal bro Badrulamin tu dari PKR dan Pas bukan main lagi berkepit berhimpit PKR bila dah tidak bersama lagi dengan Pakatan Harapan. Bila mai macam nie, ada laa yang dok ejas dok pebetoi nak habaq PAS pun bersimpati dengan DSAI. Sapa nak percaya kelaku Pas macam nie? Pada hal menurut Badrulamin PAS tidak mengendahkan jemputan mesyuarat penganjuran acara itu yang dihantar dua bulan lalu..bukan jemputan ke tu bro TITM? Nak jemput sampai tara mana lagi? 
Lepas tu dok habaq kononnya Pas dukacita atas tuduhan yang dibuat? Dok habaq bukan bermakna tak simpati kalo tak hadir? Kona banyak sangat tu bro? Terus teranglah Pas dan pimpinannya memang 'benci' dengan Anwar? Tak payah ejas kona baringlah, bukankah Pas pernah cadang Ku Li (Jika PR menang PAS tolak Anwar PM – Lim Kit Siang ...) yang akan dilantik sebagai PM kalo PR dapat rebut Putrajaya dulu nih? Kah Kah Kah


AMANAH 
dan DS Anwar Ibrahim

Laluan: KAMI ANWAR 
JOM SERTAI HIMPUNAN GENAP SETAHUN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI PENJARA SG BULOH

1. Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan menyeru dan mengalu-alukan seluruh ahli dan penyokong Amanah sekitar Lembah Klang menyatakan solidari dalam "Himpunan Genap Setahun Dato' Seri Anwar Ibrahim Di Penjara" dengan menggabungkan diri bersama rakan-rakan daripada parti-parti komponen Pakatan Harapan di hadapan Penjara Sungai Buloh.

2. Himpunan yang akan berlangsung mulai Maghrib, pada Selasa, 9 Februari 2016 itu sebagai tanda solidariti dan sokongan Amanah Wilayah Persekutuan terhadap tokoh reformasi itu di dalam menentang tindakan zalim Kerajaan Umno-BN terhadap diri beliau dan rakyat seluruhnya.

3. Oleh yang demikian, seluruh ahli dan penyokong Amanah Wilayah Persekutuan dapat menghadirkan diri bersama-sama dengan Presiden, Hj Mohamad Sabu dan pimpinan Amanah yang lain pada perhimpunan berkenaan serta mematuhi segala arahan dan panduan oleh pihak penganjur.

DATO' TARMIZI MOHD JAM
Pengarah Komunikasi
Amanah Wilayah Persekutuan

8 Februari 2016 



Comments


  1. Tukang EJAS...Tukang KELIRU
    NIAT nya Gelap...Hodoh GERUTU
    Diantara "ULAR"...Yg Mana Satu?
    Wajib di PUKUL...Terlebih Dahulu??


    Tukang EJAS...Tukang KELIRU
    Ber Hias SORBAN...Warna Sedondon
    Tunggang TERBALIK...Hujah Celaru
    Ibarat KALDAI..."Pandai?" Ber Lakon


    Tukang EJAS...Tukang KELIRU
    Jubah Laksana...Tok PEKONG Cina
    Ahlul KITAB Yahudi...Di Zaman Dahulu
    Pandai Me NGELIRU...Gah Ber DUSTA
    Mem Belat IKAN...Di Hari Sabtu
    Lantas Menjadi...Babi dan KERA



    Tukang EJAS...Tukang KELIRU
    Manakan Sama...Babi dan KERA
    Babi dan KERA...Ngaji "KITAB" pon Tak Tahu
    Nak Mengaku Ulamak pon...AKAL Tak Ada




    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukang ejas tukang keliru
      Kelondon kejepun penyeru hudud paling syahdu
      Siang2 kat jerman tontow-tv pay-per-view
      Iq nya ciput napsu nya berhantu
      Otak kat lutut lidah bewok kat siku
      Itulah yg prasan ulamak ddlm negara ku

      Delete
  2. Lepas neh ada tukang spin saraban akn bgtau.ni semua cina DAP punya sabotaj..suruh n pekena YB Paya Jaras berlakon jd dewa..kih kih kih...
    X lama lg ada laa sampai ke situ ngarutnya.psl org kuatnya pon siap wat statement wat keputusan slps solat minta petunjuk kes LGE.kih kih...tere tol main jual2 neh yer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]