Negara Anarki ? Apa Merepet nie? - [VIDEO]

Hanya kerana Tok Sidang enggan dan menolak untuk menyertai
himpunan pada 27 Mac ini, dia terus (dengan emosi) menuding jari kpd Pakatan Harapan untuk membentuk negara 'anarki' ? jangan begitu bro! kita yang penuh emosi, dikata orang lain pula (pinjam kata2 Ketua Penerangan Pas) “PAS menolak politik kebencian dan politik emosi" Kah kah kah

Siapa sebenarnya yang emosi terlalu cepat? kalo dah tak berhajat menyertai himpunan tu, sebab telah terikat dengan kerjasama yang dijalin? lebih baik diam saja bro, lagi pun himpunan tu hanyalah perjumpaan tertutup saja seperti dakwaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai bukan bantahan awam (malaysiakini).

Kenapa Pas jadi sampai tara ni sekarang ini, tak lagi mampu berfikir dengan rasional dan berwibawa? Kenapa? Kalo tak suka Pakatan Harapan tiada masalah langsung. Pakatan Harapan pun tak kebuloq sangat dengan perangai dan kelaku Pas akhir2 ini sejak mereka begitu mesra dengan Umno (baca sekerat dua pemimpin utamanya) sahaja yang begitu teruja dan mendakap mesra Umno dan Perkasa? Pas punya pasal laa nak berbaik, nak apa ke dengan Umno tu? Pakatan Harapan tak campur. Go ahead bro ! Tapi  jangan keluarkan kenyataan semberono begitu. 

Kalo Pas tidak bersetuju himpunan 27 Mac nanti, jangan laa buat kenyataan bahawa himpunan itu tidak 'demokratik' seperti dakwaan Ketua Penarangannya..Ini negara demokrasi bro ! Kalo dah demokrasi, apasal dok sebut 'anarchy' pula? siapa yang sebenar sekarang ini anarki? Jawab sendiri laa kalo kita sendiri yang sering membuat kecoh dengan berbagai kenyataan mengelirukan di sana sini? Apa yang sebenar Tok Sidang Pas mahu? Kah kah Kah

Himpunan itu pun penuh adab, tertutup pula..Tok Sidang nampaknya semacam cuba 'pertahankan' seseorang sahaja? Orang Umno sendiri, malah yang totok Umno pun ramai menolak dan menentang kemelut yang sedang 'menghantui' Umno ini bro? Tetiba Tok Sidang PAS lain pula tingkahnya, bermati-mati pertahankan orang itu? Pelik bin Ajaib bro! Padan pun dia kata, |Saya bukan anti orang Umno, saya anti Umno saja? Barulah aku faham bro ! Jadi sapa kaco orang Umno tu? Tok Sidang mesti 'bersilat' punya? Kah kah Kah 


Pas, kata pemimpin utamanya, Pas bersedia menjadi pendokong kuat kepada Umno sekiranya parti tonggak BN itu mentadbir negara dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam. (Pas tak kemaruk kuasa, sedia sokong Umno dengan syarat - Hadi Awang). Kalo Umno ikhlas seperti dicakap itu? dah lama depa boleh buat seribu kali lebih baik dari PAS sendiri bro ! Tetapi dalam keadaan Umno sekarang yang serba 'pincang' ini? Pas teringin sangat nak berulit dengan Umno..manakala Umno dok lagu tu laa juga, malah makin menjadi-jadi ? memang pun sekarang ini, PAS telah menjadi pendokong kuat Umno? Cuba baca orang Umno sendiri dah 'tak lalu' dengan Umno ("Ahli Umno sanggup gadai negara, taksub pada pengkhianat bangsa," kata Tamrin) Kita heran sangat bila PAS dok ejas macam-macam bila dah berkawan serta kamcing pulak tu dengan Umno? Jenuh bersilat. Kah Kah Kah

Biaq laa orang Umno saja mengampu bodek orang itu, yang Pas terlampau lebih nie? mengelirukan ahli bawahan saja laa..Semua Tok Sidang yang betul lagi benar sokmo, begitu? atau ada apa-apa 'behid de show' yang kita tak hadham, kita tak tau? Wallahu'alam.



Gambar Hisan saja - kredit FB -  Zainuddin Muhamad


Hadi - Pakatan Harapan Mahu Jatuhkan Najib Untuk Bentuk Negara Anarki




KUALA LUMPUR – “PAS tidak mahu mengambil risiko menyeret negara ke arah anarki yang hanya merosakkan kestabilan politik, menjahanamkan ekonomi serta mengsengsarakan rakyat”

Itu ketegasan PAS Pusat berhubung pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyertai perhimpunan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, keengganan Abdul Hadi menyertai himpunan pada 27 Mac tersebut selari dengan budaya politik matang yang sedang diterajui oleh PAS.

“PAS menolak politik kebencian dan politik emosi. Sementelah PAS sejak awal memilih kaedah demokrasi untuk menaik dan menurunkan seseorang pemimpin. PAS menolak budaya anarki,” tegas dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan PAS Pusat dalam mempertahankan pendirian Abdul Hadi itu satu tamparan hebat kepada pemimpin Pakatan Harapan dan kumpulan penentang dalaman UMNO.


 
Pakatan Harapan dan kumpulan penentang dalaman UMNO sedang bekerjasama bagi menjatuhkan Perdana Menteri melalui jalan belakang demi kepentingan politik masing-masing.


Pakatan Harapan dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Kumpulan penentang dalaman UMNO pula merujuk kepada gerakan oleh bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz serta bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdendam dengan Najib.

Semalam, pakar propaganda PKR, Rafizi Ramli menyelar Abdul Hadi kerana enggan menyertai himpunan bagi menjatuhkan Perdana Malaysia tersebut.

Nasrudin menjawab, PAS sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan menjatuhkan pemimpin negara ini secara tidak demokratik seperti yang diusahakan oleh Pakatan Harapan dan Mahathir.

masdar – mynewshub.cc



'Cabaran Hadi tanda kejayaan saya' - Husam Musa
Published on Nov 18, 2015

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa menganggap cabaran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya beliau bersumpah sendirian petanda kejayaannya. Bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu memberikan anologi perlawanan gusti yang memerlukan dua pihak yang terlibat..Astro Awani

 *****

 Sisipan Maknawi

 
kredit FB -
Kameel Abuya

Selepas berpisah dengan DAP, PAS dekati Cina secara solo.

PAS kini sedang berusaha memenangi pengundi Cina selepas berpisah dengan DAP yang memberi kesan kepada sokongan kaum Cina kepada parti Islam itu. – Pemimpin PAS sibuk ketika sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, menyertai masyarakat Tionghua tempatan di Perak, di mana presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggaul "yee sang", manaka..
See More.






akhirkalam



Maka pepatah baru berbunyi..
"Kemana tumpahnya teh, kalau tak ke rambut..."

Artinya, kita mesti menjadi balaci dan suara bos walau ketahap bodoh mana sekalipun sebagai tanda kepatuhan kita pada bos yang disayangi dan dicintai walaupun tindakan itu tak betul..
(
Kimiey Kimieytwo Kimieytwo)



Comments

  1. Sebelum Muktamar tahun lepas Tok Sidang PAS taklah SEMERAPU sekarang,sebab ada orang yang berani tegur ( nasihat ). Tapi sekarang semula PEWALA yang menjadi saf utama dibelakang Tok Sidang. Jadi Tok Sidang boleh bercakap apa sahaja walaupun merapu. Saf yang duduk dibelakang tu tetap akan MENGIAKAN apa yang tok sidang utarakan. Walaupun seantero Malaysia rasa nak muntah dengan pandangan Tok Sidang tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]