Gempa Di Taiwan - Foto Menarik
Taiwan dilanda gempa
Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Taiwan pada 3.57 pagi tadi, kira-kira 28 kilometer timur laut wilayah Pingtung. - Foto Reuters
TAIPEI, 6 Februari:
Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Taiwan pada 3.57 pagi tadi, kira-kira 28 kilometer timur laut wilayah Pingtung.
Media antarabangsa melaporkan setakat ini, lima mangsa terkorban termasuk seorang bayi perempuan berusia 10 hari, sementara 35 orang lagi dikhuatiri terperangkap.
Jurucakap Agensi Bomba Kebangsaan, Lin Kuan-cheng berkata sekurang-kurangnya 30 orang diselamatkan dari sebuah blok kediaman tujuh tingkat yang turut runtuh tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.
“Empat bangunan runtuh di kawasan bandar Tainan. Misi mencari dan menyelamat sedang diusahakan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini,” katanya yang dipetik AFP.
Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa bumi itu melanda pada kedalaman 10 kilometer kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan, 39 kilometer timur laut Kaohsiung, bandar kedua terbesar di pulau itu dan juga pelabuhan penting.
Gempa itu pada mulanya dilaporkan 6.7 magnitud tetapi diturunkan kepada kepada 6.4.
Sehubungan itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata kejadian tsunami tidak dijangka berlaku di sekitar kawasan Pasifik.
Taiwan terletak di persimpangan dua plat tektonik dan biasa dilanda gempa bumi.
Dalam pada itu, Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah tersebut.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud pernah melanda tengah Taiwan pada Jun 2013 yang menyebabkan empat orang terkorban dan mengakibatkan tanah runtuh.
Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud pula yang melanda pulau itu pada September 1999 dan mengakibatkan kira-kira 2,400 orang terkorban..The Rakyat Post
Foto menarik
The aftermath of Taiwan's deadly tremor
sumber - Al Jazeera English
READ MORE: Deadly earthquake rocks southern Taiwan
Comments
Post a Comment