AMANAH sentiasa PEDULI Rakyat - Siri 1

Kita selalu ambil peduli diri sendiri, anak bini, suku sakat sendiri dan kadang tu dgn jiran sebelah pun jarang kita peduli kecuali kita nie jenis hemoi sikit bro ! Kah Kah Kah

Amanah sebagai sebuah parti baru yang masih ijau usianya, setampok pinang kata orang telah mengorak langkah begitu drastik dengan segala inisiatifnya telah menawan rakyat massa dalam masa yang singkat begitu, hasil dari kerja keras petugas-petugas Amanah yang ikhlas untuk PEDULI rakyat umum tanpa mengira latar bangsa, agama dan kepercayaan kerana misi begini adalah penting dalam mendekatkan rakyat yang melarat dan dhoif bagi dapatkan peluang dan menikmati sedikit rasa kebersamaan dalam membina negara tercinta. 

AMANAH sentiasa PEDULI rakyat bro ! Peduli dalam keperluan berbagai, ilmu, tempat tinggal, peduli sosial, kebajikan warga tua, peduli kemampuan untuk menerajui negara, peduli rakyat susah nak hidup semasa bawah rejim U-BN, peduli isu-isu yang membelit rakyat hasil keserakahan mereka yang berkuasa? Peduli siswa nak belajar, peduli miskin tegar, rentas kaum dan lainnya...

malaysiadateline.com


Peduli atau ambil peduli biasanya bagi mereka yang pernah merasa sesuatu bro, yang pernah rasa susah akan ambil peduli orang yang juga susah bila ada sikit kemampuan misalnya.

Jiran yang tak ambil peduli jiran bersebelahan ditempelak Islam bro! (وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا )) QS: An-Nisaa' ayat 36. 

Mafhum ayat - "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapak, karib kerabat. anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahaya yang kalian miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri." An-Nisaa' : 36.


Peduli 
Sosial Amanah


Wan Rahim menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim di Nad   Tanjung, Patani.

Wan Rahim menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim di Nad Tanjung, Patani.
Kesungguhan masyarakat Islam Selatan Thailand mewujudkan rangkaian peduli sosial benar-benar menarik dan boleh dijadikan model untuk dipraktikkan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan ummah.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah berkata pihaknya amat berpuashati kerana mendapat kesempatan melawat beberapa pusat peduli sosial di kawasan itu semasa mengadakan pemukiman (retreat) kepimpinan di Patani, 5 dan 6 Febuari lalu.

“Kerjasama segenap lapisan masyarakat di sana yang memberi fokus meringankan beban anak yatim, ibu tunggal, golongan miskin dan mereka yang memerlukan bukan saja amat berjaya malah boleh dicontohi oleh masyarakat lain,” kata beliau..Malaysia Dateline..@Rangkaian peduli sosial Islam Selatan Thai wajar dicontohi)

Aku tabik Amanah kelantan bro ! kepedulian ini bukan hanya untuk kroni dan 'domestic' saja sifatnya , 'retreat' begini memungkinkan kita memulakan 'module' sendiri di tempat sendiri bro ! Tahniah Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah. 


Peduli 

Amanah P.Pinang

Dzul Fahmi bermesra dengan penghuni rumah orang tua yang diziarahi Pemuda Amanah negeri.
Foto - Dzul Fahmi bermesra dengan penghuni rumah orang tua yang diziarahi Pemuda Amanah negeri.

Pergerakan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang menyarankan kerajaan negeri dan pusat menambah peruntukan untuk pengurusan rumah kebajikan untuk orang tua bagi menjamin kebajikan penghuninya.

Ketuanya Dzul Fahmi Abu Bakar berkata Rumah Orang Tua Jubilee Sungai Dua di sini misalnya yang mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri dan persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bagaimanapun peruntukan itu masih belum mencukupi..Malaysia Dateline..@Pemuda Amanah P.Pinang saran tambah peruntukan rumah orang tua)

Amanah P.Pinang ramai rakan taulan aku bro ! ada posmen pencen, ada bela ikan kelah, ada supervisor kilang, ada bekas ADO, ada cikgu berhenti buat kerja sendiri, ada koperat kaya, ada bekas pegawai besau beberapa jabatan dan sebagainya. Untuk info hangpa, 90 persen yang duduk di Bandar Jelutong dan sekitarnya dah pakat jadi orang Amanah bro? 'salute' aku kat bro 'Yusoff' aka 'Chop Belon' ditangannyalah dan rakan2 kelilingnya yang dulunya orang2 PAS dah habis pakat makan 'harum manis' bro ! 

'Chop Belon' nie dulunya Umno piang bro ! Lepas tu join Pas di era UFN dan bro Chop nie adalah orang kuat Presiden Amanah sejak dari masa beliau masih dalam Pas.. Mat Sabu cukup sayang kat Chop nie bro ! Jangan marah aaa bro Chop ! saja aku nak usik hangpa sikit, jangan jadi macam orang Kedah yang kuat 'lena' ? Kah kah Kah. Bro Meon apa habaq? Dah jadi harum manis ke? Orang kuat Mesjid Jelutong kita apa kabor? Slow-slow hang ushar depa tu? Kah kah Kah


Promosi 
Parti Amanah Negara
Amanah Lembah Pantai
Masyarakat bukan beragama Islam jelas mahukan pembaharuan dalam pentadbiran negara, kata Setiausaha Amanah Parlimen Lembah Pantai, Osman Md Idris.

Berkongsikan sambutan hangat oleh komuniti setempat terhadap program Amanah di Bangsar hari ini, aktiviti yang dianjurkan itu bertepatan dengan musim perayaan sambutan Tahun Baharu Cina, Isnin depan.

“Bermula jam 8.30 pagi tadi (semalam), sebanyak 15 kotak limau mandarin diedarkan. Sambutan komuniti setempat terutamanya non-Muslim amat luar biasa,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Beliau berkata, program yang bertujuan untuk mempromosi parti Amanah Lembah Pantai itu diketuai oleh Timbalan Ketua, Jasni Abdullah dan Ketua Komunikasi, Rosli Yunus..MD@Promosi Amanah Lembah Pantai dapat sambutan hangat)


Peduli Kemampuan



Mohamad Fidzuan berucap dalam satu majlis parti di Sarawak.
Menghampiri tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) yang secara automatiknya berakhir pada 20 Jun ini, Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sarawak bersiap siaga melakukan persediaan di semua kawasan yang akan ditandingi.
Pengerusinya, Mohamad Fidzuan Zaidi berkata, semua kerusi Dun yang bakal ditandingi mempunyai peluang sama rata untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak kali ini@Amanah Sarawak jangka bertanding 10 kerusi Dun)

Sarawak punya demografi majmuk bro ! Jadi anak sulung yang bakal lahir di sana Insya' Allah akan menambahkan lagi keyakinan Amanah untuk bertapak dalam pilihanraya akan datang?

Apa pun Amanah kena kerja kuat kerana Amanah bercadang untuk bertanding dalam 8-10 kerusi di sana. Sebarang keputusan akan menggambarkan kepedulian Amanah untuk berdepan dengan gergasi Umno di sana dan membawa kesan di semenanjung pula.? Ini namanya peduli kemampuan Amanah sebenarnya?


Peduli Banjir


Assalamualaikum...
Melaka mula dilanda banjir sejak 2 hari lalu dan keadaan semakin bertambah teruk. 
Dimulakan dikawasan Alor Gajah dan kini telah merebak dan melanda beberapa kawasan termasuk Taman Merdeka, Gangsa dan Jasin..
Parti Amanah Melaka telah buka Pusat Operasi Banjir di Kelemak. Pusat ini akan digunakan utk salurkan bantuan ketempat tempat yg memerlukan dan akan dikendalikan oleh Arif Melaka.

Oleh itu kami melancarkan Tabung Bencana Amanah Melaka bagi menyalurkan bantuan / sumbangan kpd mangsa banjir.
Ayuh sama sama kita menyumbang bagi meringankan beban yg ditangung oleh saudara saudara kita.
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun seperti dibawah.

Parti Amanah Negara Melaka
Maybank : 5540 8054 6669
Sumbangan anda amat kami hargai. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Dan menambah rezeki kita insyaallah.
Terima Kasih

ZAIRI SUBOH
Biro Kemanusiaan, Kebajikan Dan Bencana Alam.
Parti Amanah Melaka
014-2305654


Peduli Silang 


Silatulrahim diteruskan walaupun berbeza fahaman politik. Program agihan kalendar dan risalah parti amanah di pasar tani hiliran Kuala Terengganu bersama Mp amanah k.Terengganu Datok Raja Bahrin..#ARiFTerengganu 



walaupun sekarang berbeza 'kem' - Amanah tidak janggal untuk duduk dan bergambar bersama adik-adik baru yang masih dalam PAS. Ia bukan halangan malah perlu bersikap tasaamuh atawa tolak ansur bila sesekali secara ' co incident ' secara tidak sengaja bertemu dalam program berlainan di tempat yang sama. Orang Kedah kata, dah berjeghomoh nak buat macam mana? Moga aksi DRB (Datok Raja Bahrin) ini menjadi contoh terbaik dan moga ini boleh melunakan hati keras mereka yang masih bersama PAS? Kah kah Kah


Peduli 
isu rakyat


AMANAH AKAN BERTEMU TABUNG HAJI HARI INI

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanggungjawab untuk memastikan integriti urus tadbir Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa di tahap yang menyakinkan bagi menjaga maruah institusi yang mewakili umat Islam di negara ini.

2. Berkaitan isu rizab TH yang dilaporkan oleh Bank Negara, AMANAH telah mengambil sikap untuk mengadakan pertemuan dengan pihak TH. Tujuan pertemuan ini adalah untuk pihak AMANAH mendengar, meneliti, menilai serta mendapatkan penjelasan daripada pihak TH.

3. AMANAH juga telah berusaha untuk mendapatkan maklumat daripada pihak-pihak yang punya wibawa dan pakar dalam bidang urus tadbir korporat khususnya dalam memahami kemelut yang sedang melanda TH sekarang ini.

4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Jamil Khir Baharom, telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan pihak AMANAH, jam 4 petang ini di Ibu Pejabat TH, di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

5. AMANAH akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini selepas pertemuan ini diadakan. 

"Harapan Baru"

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden 
Parti Amanah Negara 
3 Januari 2016


Peduli 
yang dizalimi


Menentang kezaliman usaha yang tak pernah padam. Ayuh kita tunjukkan solidariti bersama DSAI..
Betapa Bahayanya di Kau diMata Mereka...
Langsung Tak Sudah dengan Dendam Kesumat yg Ada...
Bagi Mereka Di Kau Lah Musuh Utama Mereka...
Kerana itu di Kau Terpaksa diPenjara...
Agar Mudah Mereka Mengatur Serta Merencana..
Tanpa Ada Halangan Mereka Melaksana Apa yg di Cita...
-Musuh Utama Umno Bukanlah DAP tapi Anak Bangsa yg Bernama Anwar Ibrahim..!!
Hidup MeLayu...!! Hidup Umno..!!
Parti Melayu yg Zalim terhadap bangsanya sendiri...
Langsung Tiada belas rasa antara manusia hingga terlupa status kita sama sahaja hanyalah seorang HambaNYA...
Buta kah Mata dibalik Kuasa yg Ada..

‪#‎BebasAnwar‬
‪#‎9hbFebruari912mlm‬
‪#‎PenjaraSungaibuloh‬

*pasti cucu pun Terkenang ..
Kerana Atuk jarang diPandang....

DSAI ..Tetap Pejuang yg Terbilang..!!..@Zahar Jaa 


Dato Seri Anwar has been locked up for one long year. To realize the true meaning of REFORMASI, no one should stop fighting for his release.
The ‪‬‪#‎BebasAnwar‬  campaign must continue at the most intense spirit. 
See you 9pm tomorrow, 9 Feb @ Penjara Sungai Buloh.


Amanah tetap mahukan keadilan buat DSAI bro ! Pejuang rakyat ini paling digeruni kiranya beliau berada di antara sesama kita. Moga dokongan ini membuahkan hasil yang diharapkan


Selingan 
Peduli Pemimpin Amanah


Pengarah ARiF MALAYSIA Saudara Johari petang tadi menziarahi Keluarga Kanak-Kanak yang terjatuh didalam Tangki Siptik petang semalam di Batu Gajah Melaka.

Seluruh Ahli ARiF MALAYSIA mengucapkan Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham.Semoga tabah hadapi ujian ini..ARiF Malaysia..


Sapa 
Peduli rakyat begini?


SISTEM IPG ( Insentif Pengeluaran Getah ) YANG DIBUAT TIDAK MEMBANTU PENOREH GETAH YANG DHAIF 

Mengikut maklum balas yg dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia( LGM ) Datuk Dr Mohd Akbar Md Said berkenaan oemberian IPG sebanyak RM0.80 sekilogram untuk getah keping disambut baik bagi menggalakkan pengeluaran penambahan ekonomi rakyat dan pada masa yg sama meningkatkan pengeluaran getah keping SMR20 yg berkualiti.

Tetapi ,saranan dan pemberian sistem IPG ini tidak akan mengubah nasib penoreh getah beku dimalaysia terutamanya penoreh getah yg mengambil upah( pawah ).Pendapatan mereka hanyalah RM30-RM40 selepas dibahagi dua seminggu dengan keadaan harga getah dipasaran sekarang hanyalah RM1.70.

Sistem yg dibuat ini tidak menunjukkan apa2 perubahan diperingkat bawahan .Oleh sebab itu kita memohon pihak kerajaan meletakkan RM3.50 harga lantai bagi kesamarataan pendapatan golongan bawahan bg meningkatkan taraf hidup menjana ekonomi mereka.

Kita mempunyai usul dan langkah2 yg tidak akan merugikan semua pihak termasuk kerajaan ,peraih dan penoreh.Saranan dari kami terutamanya dari pembangkang yg membawa usul bg mengurangkan beban rakyat tidak diambil peduli oleh kerana usul yg dibawa ini adalah dari pembangkang.

Memorandom yg akan dihantar kepada LGM dan kementerian luar bandar ini nanti kita berharap ianya diterima dengan cara diplomasi dan rayuan rakyat bawahan yg inginkan taraf hidup mereka lebih sempurna .Permintaan harga lantai RM3.50 akan tetap diteruskan walau apa jua keadaan, kerana kita mempunyai modul usul lengkap untuk pengambangan ekonomi getah dimasa depan.

' MENERUSKAN DELEGASI PENAMBAHBAIKAN EKONOMI RAKYAT '

Sulaiman Ibrahim
Ketua Parti Amanah Negara Parlimen Sik
Pengarah Biro Tanah / Luar Bandar 
Parti Amanah Negara Negeri Kedah
Ketua Parti Amanah Negara Parlimen Sik
Pengarah Biro Tanah / Luar Bandar 
Parti Amanah Negara Negeri Kedah


Ini kenyataan Leman Raja Lawak atau nama sebenar Sulaiman Ibrahim selaku Ketua Parti Amanah Negara Parlimen Sik. inilah rintihan rakyat bro ! Ada depa kat atas tu peduli? Harga gula lebih mahal dari sekilo harga getah?  Di manakah slogan ' Rakyat Di Dahulukan"? Temberang saja bro.  Ketahwilah bila ada rakyat yang terlonta miskin? tentunya di atas sana atau di situ di situ ada orang kaya yang mencuri harta mereka ?..


Peduli Anak Bangsa 
Nak Mengaji Nak Belajar

raja-kamarul_student_600
Never-ending suffering of our students

If students must endure hardship, Ministers should show more maturity and gratitude for what they are given

By Raja Bahrin Shah
Just when we thought things couldn’t get any worse for university students, we are once again proven wrong. What hardships have not befallen our students lately. Name it and they have had to endure it.
Lately students and their leaders have been reprimanded, suspended, expelled and even jailed for expressing their views and for protesting on and off campus. As a result we now have well-known student activists such as Adam Adli, Safuan Anang and Khairul Najib to name just a few..Continue Reading @Never-ending suffering of our students 

Sekarang ada siswa terlonta2, makan pun jenuh pekin jenuh jimat, keluar mengaji nanti belum tau lagi nak keroja apa? Ini bukan bid'aah bukan cobaan bro? Ini betul2 pernah berlaku sebulan dua lepas malah lebih awal dari itu lihat (Mahasiswa dan Cabaran Ekonomi) dan (Food for Mahasiswa) lihat bagaimana siswa menjerut perut? Bila agaknya isu-isu begini akan selesai dalam sebuah negara 'kaya dan mewah' ini?


Peduli Pemimpin
Untuk Program Pelbagai


Ini baru
Parlimen Parit Buntar
Yang lain slow-slow paddle !





MasyaAllahAlhamdulillah
Aku sangat teruja dengan dua fotoshot tu bro !
Pimpinan Amanah yang betul2 peduli rakyat !
Kalo Mujahid dengan pelbagai programnya dari sukan, reakreasi, ziarah dan sebagainya? Maka Bro salahuddin Ayub begitu menyentuh hati aku bro. Mengapa tidak? Aku sendiri pun tak pernah suap bagi kucing makan begitu..aku bagi makan cara lain bro ! gaul nasi dengan ikan dan hidangkan bagi kucing makan seniri. Inilah pemimpin yang perlu kita cari, teledni dan ikuti bukan pimpinan sebelah sana yang banyak cakap tapi suruh orang lain buat keroja..kadang2 depa sebelah sana tu nampak macam 'fashion designer' pulak?kerja tukaq baju ngan jubah jer? Kah Kah Kah

Haji Salahudin Ayub, Timb.Presiden AMANAH bersolidariti bersama kumpulan Anak Muda yang membuat protes #BantahTPPA di hadapan Parlimen awal pagi ini.
Syabas Anak Muda..ARiF Malaysia.


Peduli Miskin Tegar
Assalamualaikum..

Mohon sumbangan barangan dapur untuk rakyat miskin di daerah Sik..
Bantuan barangan dapur disalurkan penoreh getah yg mengambil upah (pawah)diantara pendapatan RM400-RM500 sebulan ( Miskin tegar ).
Jumlah data penoreh getah pawah ( ambil upah ) sebanyak 3397 org
Jumlah data rakyat miskin tegar yg betul2 dhoif 197 buah rumah ( keluarga )
Antara barangan diperlukan dalam program ' kebajikan berterusan' ialah

1.Beras
2.barangan dapur
3.Susu Kanak2 ( 1-4 tahun )
4.Pampers ( pelbagai saiz )
5.pakaian terpakai juga diterima 

Barangan boleh dipos terus ke alamat : 
PEJABAT OPERASI PARTI AMANAH NEGARA
LOT 9A BATU 44 ,
JALAN TENGKU IBRAHIM 
08200 SIK ,KEDAH.

" SESIAPA AHLI KORPORAT ,ORG KAYA YG INGIN MENUNAIKAN ZAKAT PENDAPATAN ,PERNIAGAAN DAN MENDERMA ATAU INGIN DATANG MEMBERIKAN SUMBANGAN SENDIRI BOLEH MENGHUBUNGI :

0193940959 
Sulaiman Ibrahim
Ketua Parti Amanah Negara Parlimen Sik

SILA RUJUK Facebook Leman Raja Lawan untuk dapatkan maklumat penuh rakyat miskin di Daerah Sik.
Sumbangan anda amat2lah dialu2kan demi rakyat miskin disini 
" KEBAJIKAN BERTERUSAN 

AMANAH ● PROGRESIF ●PEDULI ..ARiF Malaysia..


Program
Rentas Kaum





Program rentas kaum santuni warga emas sempena Tahun Baru Cina di Kuala Kurau dan Pekan Parit Buntar. Beberapa individu turut diraikan kerana jasa mereka kepada Parit Buntar. Inklusif dan Peduli serta Amanah memikul tanggungjawab..Dr Mujahid Yusof Rawa 
 ‪#‎HarapanBaru‬‪#‎AmanahNegara‬


Terkini

Yang Tak DiPedulikan? 









Ni msy ke ceramah nihh.??Hehehe...Kameel Abuya 



Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]