AMANAH Jangan Kaco Daun Lahh - PAS [Video Terbaru]

Pas dilihat mula menggelabah dan gerun dengan perkembangan pengaruh Parti Amanah Negara (Amanah) sehinggakan sanggup mengaitkan kesetiaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Pas dan tidak akan menyertai parti itu sekiranya masih hidup (Pas mula gerun dengan Amanah) Sekarang nie pula, Pas Kelantan cukup fobia dengan Amanah, tak boleh terseghek dengar sikit bunyi Amanah? Depa dah kelamkabut? Macam orang nampak hantu jer ! punyalah takut ! Kah Kah Kah

Apa punya turrr daaa, yang syok tu bro, Pas kelate saja buat kelaku macam nie? Satu lagi kalo ada pun, cuma Terengganu jer? Puak-puak yang di sana tu rasa macam negeri tu depa punya, Pas punya? orang lain tak dak hak nak pi usik masuk campoq? Tu yang semalam tu pakat berhimpun lancar jentera parti untuk hadapi PRU 14 bro! Kah Kah Kah 


Kalo Amanah cadang nak pi tanding kat sana tu, Pas Kelate kata, 'Jangan kaco daunlah' Kah Kah Kah
Konon kata orang-orang besar negeri Kelate tu, hangpa Amanah tok sah bercita2 melangit laa nak rampas Kelate? Hangpa tak dak upaya punya, lagi pun hangpa tak boleh tahan lama kat Kelate dan luar Kelate? Kah Kah Kah

Konon kata depa lagi (Mohd Amar Nik Abdullah)Amanah hanya bagi peluang pihak lawan (Umno-BN) laa tu, menakluk negeri in. 

Semua senario ini kerana semasa Mat Sabu berceramah kat Kelantan baru-baru ini, beliau yakin dengan prestasi Amanah mampu kuasai Kelantan bro? Tu yang puak-puak dok pegang kuasa sekarang di sana tu mola tak tentu arah, cakap pun mula berkelarah? cuak dan bimbang sesangat kot tak boleh selesaa lagi dengan jaawatan yang ada sekarang? Maana tak gelabah tak gegabah? Lagi pun memang Amanah Kelantan punyai ahli paling ramai antara negeri2 lain hasil kerja kuat Dato Wan Rahim dan krew Amanah Kelantan.

Jadi, cakap-cakap depa kat Amanah supaya jangan kaco daun tu sambil merendah2kan kemampuan Amanah hanya nak bagi sedap hati depa sendiri sahaja bro ! Kelantan sekarang ini penuh dengan kemelut yang belum lagi terungkai. Faktor Husam Musa dan 'serangan' beliau terhadap kerajaan Kelantan dan Tok Sidang pun belum terjawab (rakyat percaya dakwaan dato husam..pas kian lemah...) dan (Dakwaan Husam: Hadi tidak boleh kunci mulut) lagi bro?  Dengan Husam pun Pas tak boleh nak setel lagi, ada hati cakap Amanah kaco daun? Kah Kah Kah

AMANAH tetap layarkan bahteranya, tidak ada masa nak layan sok sek sok sek Pas tu, buang masa. Biarkan Pas terjun dengan labu-labunya! Kah Kah Kah



AMANAH ! jangan kaco daunlah!
Amanah  Wilayah Persekutuan menegaskan, keharmonian antara komponen sesebuah kota raya mesti dipelihara bagi memastikan pembangunan kota raya yang seimbang.Inilah makna Fiqh Kota Raya bro..Fiqh yang memberi fokus kepada pembangunan keperluan asas rakyat di samping memelihara ciri dan karakteristik sesebuah kota raya berasaskan budaya tempatan dan memastikan nilai kemanusiaan dihayati seluruh warga kota dalam membangunkan bandaraya yang manusiawi ke arah negara berlandaskan maqasid syariah. Kena faham tu, berlandaskan syariah bro, lainnya baca pautan (Amanah tubuh jawatankuasa atasi masalah kota raya)

Jadi, AMANAH tidak sepertinya PAS yang asyik menyalahkan Amanah atas kemerosotan prestasinya sekarang ini. Mereka langsung tidak pernah mau melihat diri di atas kemuncupan sokongan serta tidak lagi mampu mengawal 'akhlak dan adab' para pemimpinnya yang sering memuat naik kenyataan yang bersilang antara mereka.

Hubungan intim mereka dengan Umno dan Perkasa juga menyuntik sedikit sebanyak kelembapan dan kemerosotan ini. Mulut saja depa marah Umno? (‘Flip flop’ isu pekerja asing ada kaitan dengan PRN Sarawak?) sekali sekala (P.Ramlee kata 'kadang-kadang') depa tunjuk laa juga 'marah' kat Umno si memba kamcing depa tu, jangan sampai orang kata depa nie tikam turut saja? Depa Pas pun kaco daun juga bro? Kaco Umno? Usik sikit jer tu? Tak dak kesan langsung! Tapi bila dia selalu kaco Amanah, macam laa Pas bagus sangat? Tak tau ke orang menyampah? 

Bila Amanah yang turut berada dalam Pakatan Harapan dicabar oleh ahli akademik dalam  (Ahli akademik cabar Pakatan Harapan sediakan blueprint perumahan) yang mengambil kira empat keperluan utama iaitu utiliti, kemanusiaan, budaya dan pembinaan bangsa..Rasanya cabaran begini mampu disediakan oleh PH bro ! tegasnya dalam Seminar Nunji 2016 (Nunji ’16) Peringkat Wilayah Persekutuan bertemakan Fiqh Kotaraya di KIP Hotel, Taman Wahyu di ibu negara, semalam..Inilah antara asas FKR (Fiqh Kota Raya) yg melihat manusia sebagai elemen penting pembangunan sesebuah masyarakat seperti MM (Masyarakat Madani) yg pernah diutarakan oleh DSAI suatu ketika dahulu.


Mohd Ammar (lima kiri) bersama pimpinan Pas Kelantan dalam majlis Pelancaran Jentera Parti sempena PRU14 semalam.

KOTA BHARU - Pas Kelantan mengingatkan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya tidak terlalu bercita-cita tinggi kerana jelas tidak berupaya merampas Kelantan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah hanya wujud sebagai pihak ‘kacau daun’ dan hanya memberi ruang kepada pihak lawan Barisan Nasional (BN)  untuk menakluk negeri ini.


kredit - themalaysianinsider
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik mendakwa Parti Amanah Negara berbohong kerana pernah berjanji tidak mengganggu usaha PAS menentang Umno? baca (themalaysianinsider)
[PAS yang bersekongkol dgn Umno apasal nak marahkan Amanah? macamana PAS nak lawan Umno? Kan ke sekarang ini dah jadi 'adik beradik' satu keturunan? Apa yang nak dirisaukan bro? Sekarang kalo mengundi PAS sama laa macam mengundi Umno? Kah Kah Kah]
“Lagipun Amanah tidak akan bertahan lama sama ada di Kelantan malah di luar Kelantan dan ia hanya wujud atas rasa kecewa dari pimpinannya yang juga dari Pas.  Perjuangan mereka juga rapuh dan tiada hala tuju,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hadir majlis pelancaran jentera Pas Kelantan sempena PRU-14 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa di sini semalam.

Sebelum ini Presiden Amanah, Muhammad Sabu ketika berceramah di negeri ini menyatakan keyakinan parti itu  mampu mengambil alih Pas Kelantan kerana rakyat negeri ini bijak dalam membuat percaturan politik.


Mat Sabu: Kita Majoriti, Kenapa Kita Punya Jiwa Yang Kecil Jadi Penakut Begitu?
Published on Feb 20, 2016
Ceramah Pakatan Harapan, Dungun, Terengganu 20/02/2016

Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, Pas Kelantan menyerahkan nasib bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang secara lantang mengkritik parti terbabit kepada jawatankuasa tatatertib bagi sebarang tindakan lanjut.

“Kita tunggu sebarang tindakan daripada jawatankuasa terbabit untuk sebarang keputusan. Segalanya ditentukan pihak berkenaan dan kita hanya tunggu maklumat susulan memandangkan aduan telah dilaporkan," katanya.

Ditanya mengenai masa depan Husam dalam Pas, Mohd Amar berkata, kini terserah kepada parti selain Husam sendiri sendiri dalam menentu hala tuju perjuangannya.

“Kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian atau keputusan lagipun isu beliau dalam parti masih belum selesai lagi,” katanya..(
sinarharian)

 *****

Ini 
Macam pun Dok Ada?


Berbulan2 lebai suruh walaun2 percaya PAS putus hubungan dgn DAP kerana DAP tolak hudud. Sekarang lain pulak. Bukan sebab hudud kata lebai. Putus hubungan sebab DAP taknak islam jadi ketua. *lebai merepek apa lagi. DAP sendiri suruh ubah perlembagaan jika nak jlnkan hudud. DSAI calon PM juga disokong DAP. Nampak belit lebai PAS demi nak taawun dgn Najib? - KMS
Aku tambah sikit - Depa ada kuasa ke nak penaik taraf sekolah Cina tu? Kata tak mau kuasa nak jadi penasihat saja? Bila masa depa gelojoh macam nie? DAP tu bukan Cina ke? Kah Kah Kah


Kerajaan dengar suara rakyat? bukan suara Pas? Suara nak bagi minyak pelincir untuk hudud dibentang di P'limen tu suara siapa bro? Ada depa dengar suara Pas? Tara tu laa saja standat hangpa...Kah Kah Kah

Pandai pula nak raih sokongan yer kak Limah?  Ini macam pun dok ada ke? Kah Kah Kah

Apa yang bro merepet nie?
Kat Kelantan dah jadi kutua, tak kan kat Penang pun mahu juga? Kat Perak dulu bukan ke hangpa jadi ketua sekejap? apasal bagi kat Umnuu pula? Penasihat buat hape? Kah Kah Kah

 
Awat panas semacam jer bro? carry-on ! tak dak sapa nak hot kat Pas, tandinglah semua, cabar dgn kerusi Umno sekali? Ada berani? barulah hangpa boleh jadi kepala segala kepala? Ini negara demokrasi bro.
Ini macam pun dok ada ke dalam PAS bro?  Kah Kah kah

Akhir Kalam
Kerajaan Islam ?
Agama gagal, ekonomi fail. Yang kaya tokey tokey dan org kuat parti. Rakyat tetap susah, negeri makin sehari makin menjadi hak milik kpd orang tertentu.
Selama mana nak perdagangkan agama.
Jual ugama untuk kumpul harta?
Berlakon dgn serban kopiah dan jubah, bawa penampilan ala arab kerja tak mampu buat.
Baca ayat baca hadith, orang tu tak betul, orang ni tolak islam.
Kita yang konon kuat Islam apa jasa untuk rakyat untuk agama untuk negeri untuk ummah?
Nak urus soal sampah tak mampu. Bila dengar kawasan balak luas butir mata..(
Capkapalayar Limaribukawan)

KAH KAH KAH


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]