Antara Amanah dan PAS - Satu Penerokaan Siri 1

Penerokaan ini berdasarkan pendekatan ilmu, amal dan akhlak sebagai teras membeza antara si pelakunya bro !Hangpa boleh nilai sendiri. 
Ada yang mahu kemenangan bila saja Tok Sidang punyai kuasa. Bila tiada kuasa? Tak adalah kemenangan tu sekalipun di mulut mereka tidak mahukan kemenangan tadi hanya mahu jadi 'adviser' untuk satu 'entiti' yang besar dan gah, yang kecik-kecik tak main laa bro ! tapi kadang tu depa 'gomoi' juga budak2 kecik tu? macam Pas dok himpit PKR tu sekalipun PR dah hancur lebur oleh tangan-tangan mereka sendiri. Kah Kah Kah
Manakala Amanah pula, apabila semakin ramai yang mendekati Islam termasuk non-muslim - bererti Amanah telah menang dan berjaya mempamerkan sifat rahmah Islam itu sendiri..sebarang khilafiyah yang timbul? ianya boleh diraikan bro !


Ilmu 
- Asas Kehidupan




NUNJI 16Fiqh Kotaraya 20 Februari 2016 KIP Hotel, Taman Wahyu KL
Panel PembentangUstaz Abdul Ghani Shamsuddin Ustaz Fauwaz Fadzil, Dr Mazlan Ali, Prof Dr Tajuddin Rasdi, Cikgu Azmi MAPIM
Hubungi Muhsin 0139691647 
*********

Jarang kita dengar 'Fiqh Kotaraya' bro !Apa ke bendanya tu?NUNJI 2016 membawa tajuk perbincangan berkenaan "Fiqh Kota Raya" dengan menampilkan beberapa panelis dan pembentang kertas kerja..Ayuh, jom daftar segera!!!

Kotaraya adalah pusat segalanya bro ! Di sana kebudayaan bersilang antar budaya dan bangsa. Kotaraya juga adalah mercu segala pembangunan manusia dan agama. Kotaraya pusat ilmu dan bertapaknya gedung pengetahuan - Islam berkembang di kota bro bukan di desa tetapi faktur kedesaan (pendalaman) seperti 'arab badawah' misalnya tidak diabaikan, mereka lambat menerima Islam diawal bangkitnya Islam yang dibawa oleh Junjungan Mulia Rasulullah SAW. Islam bermula di Makkah dan cemerlang di Madinah Al-Munawwarah. Madinah adalah kota bergemerlapan. Piagam Madinah diikat di persada Kota Madinah bro ! Arab Hadharah adalah bertempat di kota bro terutama Kota Makkah dan Kota Madinah..mereka adalah orang2 yang maju dalam pemikiran dan pekerjaaan, bukan macam Arab badawah yang tidak betah menetap sesuatu tempat, berpindah randah senantiasa.


Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kandungan Piagam ini terdiri daripada 47 fasal.23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustur al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.Pusat pemerintahan bertunjang di kota bro ! dari sana dasar dan peraturan disusun, diwarta, dikuatkuasa, dimantap dan dimajukan.
Amanah memulakan satu 'Nadwah' atawa semacam 'Simposium' begitu bro ! Simposium ulama bagi satu kebangkitan baru atau ringkasnya NUNJI. Untuk itu KL sebagai sebuah kotaraya memang sesuai dipilih untuk program sebegini !

NUNJI membariskan tokoh ilmuan dalam pelbagai bidang dan ruang, tentunya ia akan semarakan peningkatan faham dan ilmu para peserta yang menghadirinya untuk berhadapan dalam dekad serba mencabar ini. Ia tidak hanya membincang dari sudut pandangan sempit 'de so called' batas dan ruang lingkup peranan ulama sahaja, tetapi mencakup pelbagai disiplin ilmu untuk kemajuan sesebuah umat dan penduduknya ! 

Itulah 'fiqh kotaraya' yang membawa faham kepelbagaian kepakaran diperlukan untuk memenuhi kehendak kehidupan semasa yang tidak 'bertentangan' dan bercanggah dengan amalan seorang muslim dan manusia di dalamnya. sebuah kotaraya nanti akan menemukan semua kepakaran dalam penyatuan seluruh umat. Islam adalah tunjang kepada fiqh sebegini !  


Lain makan nangka
Lain yang terpalit getahnya?


Bila suka satu kumpulan, kenapa begitu benci kumpulan lain? Lain orang makan nangka? Lain orang kena getah bro? Kah Kah Kah


Mustapa menandatangani TPPA bagi pihak Malaysia - Foto BERNAMA
AMANAH tidak ada masa untuk bercakap merepet mereben semacam ini. Kalo nak ulas TPPA? ulaslah ikut 'spec' ilmu dan kebolehan tuan ! Kalo tak mampu? 'you better keep quiet, silence is more secure' bro ? orang pun tak tahu kata 'kita' tak berapa gheti sangat pasai TPPA tu? yang dok tala kat DAP tu? ada kena mengena tang mana? DAP ke yang nak tanda tangan setuju tppa tu? (TPPA ditandatangani hari ini | Harian Metro) Kah kah Kah - itulah bezaanya antara Pakatan Harapan yang di dalamnya ada Amanah, PKR dan DAP dengan PAS bro ! 

Bila mereka sama duduk dengan Ameno, depa pun merepet bukan-bukan, hingga yang tak patut kena getah pun? depa palit sama bro ! tapi dengan ameno? tak dengaq depa kata apa pun? hanya bantah gitue saja? Patutnya sebagai 'penasihat'? mestilah dibawa nasihat untuk jauhkan ameno dari setuju dan terima TPPA tadi? Ini tidak, pi dok selongkaq rasa benci terhadap satu kumpulan lain yang tak ada kena mengena pun? Tapi puak Pas nie kalo baca ayat? depa laa jhoranya? buatnya tidak, amalnya tidak bro? Kalo sapa ingat? Pas selalu 'baca' ayat di bawah nie bila ada saja ceramah oleh setengah ostad Pas bro !

Baca tafsir ayat  (وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا..Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS Al-Maaidah: 8)

sikit ulasan bro ! { وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا } dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak memiliki rasa keadilan. Sebagaimana kalian menjadi saksi untuk (hak) temanmu, maka kamu harus mau bersaksi untuk (menegakkan hukum) atasnya. Sebagaimana kamu bersaksi untuk (menegakkan hukuman) atas lawanmu, maka kamu juga harus mau bersaksi untuk (membela hak)nya walau dia orang kafir atau pelaku bid’ah. Dalam hal ini wajib berlaku adil dan menerima kebenaran yang dibawanya, karena memang benar, bukan karena dia yang mengucapkannya. Dan tidak menolak kebenaran hanya karena dia yang mengatakannya, karena ini adalah kezaliman terhadap kebenaran..

Mengapa Tok Sidang Pas jadikan DAP sebagai sasaran serangannya dalam menentang TPPA? Kenapa?



Umno, rakan baru Hj Hadi, adalah arkitek utama memeluk TPPA, tetapi Hj Hadi senyap mengenai perkara ini. Adakah dia takut bahawa PAS mungkin dilucutkan sebagai rakan kongsi perkauman jika dia mengkritik Umno?
Mungkin juga kerana mengaitkan demo bantah TPPA ini dengan sentimen perkauman, penyertaan orang Cina amat berkurangan berbanding dengan demo 'Bersih' di masa-masa sebelumnya. Manakala Orang India pula sibuk menyambut perayaan agama mereka pada hari tersebut. Tetapi walauta PAS tetap berbangga kerana mereka ramai, katanya..(PAS menentang TPPA hanya berlandaskan pendapat cetek dan pelik Hj Hadi, bahawa DAP menyokongnya TPPA)
Di sinilah pentingnya 'fiqh kotaraya' tu ! Padan pun Bro Saif sindir sindir sikit? Hanya 'kebencian' bersarang di hati mereka bro? Di sinilah beza tara antara PAS dan Amanah bro !


See More
ULASAN KENYATAAN HADI MENGENAI TPPA
Apabila keupayaan berfikir terbatas(Hadi), ilmu tentangnya(TPPA) juga tipis maka ulasan (Hadi) akan condong kepada pendekatan kaum (Cina). Walaupun ditertawakan orang pun tak mengapa asal kaum(DAP) yang dibenci dapat dibelasah dan pengikut(Pas) pun berbondong-bondong patuh(Wala). 
~Saifuddin Nasution
Kah Kah Kah 

Jangan Samakan Berjasa dan Hamim
Dengan Amanah !

Salahuddin berucap dalam majlis anjuran Amanah Cawangan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Pengaruh parti kecil seperti Hamim dan Berjasa tidak kekal lama kerana kecenderungan pemimpin parti tersebut untuk bekerjasama dengan BN, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Menjawab soalan hadirin pada majlis Talkshow Isu Politik Semasa di Dewan Masyarakat Saujana Utama, Sungai Buloh, Kuala Selangor, Ahad lalu, Salahudin yakin mana-mana parti politik pembangkang yang cenderung untuk bekerjasama dengan BN akan mengalami nasib yang sama dengan Berjasa dan Hamim.
Beliau seterusnya berkata, berlainan dengan Amanah yang ditubuhkan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS dalam pakatan pembangkang, beliau berkata parti itu tidak ditubuhkan kerana dendam politik, kalah dalam pemilihan parti ataupun mempunyai kepentingan peribadi.
Menurutnya, sebahagian besar pemimpin Amanah telah berkecimpung selama 40 tahun dalam PAS kerana yakin dengan politik Islam dan konsep Islam sebagai rahmat bagi sekelian alam.
Dalam konteks politik Malaysia, ujarnya parti-parti politik perlu membentuk kesepakatan bagi memerintah negara..@HUSIN MAHAT

*******

Pas selalu sindir Amanah (Bolehkah Amanah kekal lama?) kononnya tak boleh bertahan lama bro? yang tak boleh tahan lama tu pasai sendi dan urat sarafnya kurang betul bro, tidak umppp lagi? Silap2 yang dok kata kat Amanah tu, lagi awal tak boleh 'tahan lama' ? Pas punya 'strength' laa nie dah merosot teruk bro ! Kah Kah Kah
Depa Pas nak samakan Amanah dengan Hamim dan Berjasa bro! Hamim dan Berjasa tu 'Pak Yet' Amno bro, macam Pas laa juga yang dok 'senget' ke Amno? Biasanya yang dok senget kat Amno ?Lagi cepat depa pupus bro ! Kah Kah kahAmanah lain bro ! aku heran macam mana puak2 Pas tak faham duduk perkara ini, lambat siang nak 'hantam' Amanah? tapi pocikkkk elekkkkk, tak masuk bakul pun ! Pas kata tokoh2 yang tubuh amanah tu kacewa pasai tak lekat pemilihan muktamar 61 dulu?  Kecewa mai kok mana? Kah Kah Kah - Yang sebenor depa pimpinan Amanah tu menyampah, meluat, melugai dengan perangai pucuk pimpinan Pas tu..tapi puak2 Pas, baca (Walaaun PASCAI) yang dapat isi jawatan tu langsung tak sedaq habaq bro, dok syok dapat jawatan tak seberapa tu? Dasar Parti Pas yang bercelaru dan pimpinan yang hilang arah turut menjadi sebab Amanah ditubuhkan. Mereka tu semua tahan uji berader ! komited atau istiqamah dalam perjuangan, keluaq masuk 'tahanan' dah biasa bagi mereka bro ! orang utara kata 'rebuih tak hempuk' ! Lagi pula anak muda ramai berikan sokongan kat Amanah bro ! Kah Kah KahAmanah cukup kompetitif dengan saingannya sekalipun masih baru bro ! Isu2 diketengahkan pun membabitkan isu2 yang dekat dengan rakyat di samping membawa konsep Islam yang lebih sederhana lagi inklusif bro ! fikrah dalam Amanah kian berkembang (cth: Fiqh Kotaraya) - Di situ beza fikrah sumbang antara Pas dengan Amanah bro !


PAS dalam dilemma!? 



Kalo nak tengok video, hangpa klik (Dusuki: Pengkhianat Pas Perlu Taubat Nasuha) aku malaih nak up video macam nie bro! Kah kah kah


Beginikah cara mereka menangani perbezaan bila dah tak sebulu? 
Mamat nie tolong dendang apa yang Tok Sidang depa dah keluar kalam lebih awal dulu nie? 
Taubat Nasuha tu atas kapasiti setiap orang Islam yang berbuat 'dosa' membabitkan 'akidah, syariat dan akhlak Islam yang syumul. 'Dosa' tu, dosa dengan Allah, bukan dengan Pas yang hanya sebuah wadah politik. Jangan nak samakan PAS dengan Syariat ! Pas hanya wadah politik bukan anutan agama bro ! 

Taubat Nasuha (التوبة النصوح - أركانها وشروطها. ) juga disebut Taubat As-Shadiqah iaitu taubat yang benar sebenar2nya (كيف تكون التوبة الصادقة -) anda boleh semak bagaimana untuk bertaubat dengan sebenarnya, atau dengan penuh ikhlas? penuhi syarat2nya (شروط التوبة الصادقة) juga kaifiat taubat yang benar kepada Allah Taala (كيف تتوب إلى الله توبة صادقة) semua orang ada kesalahan bro ! semua kena bertaubat, orang yang suruh orang lain bertaubat pun kena bertaubat juga, jangan pandai suruh taubat saja. Baik juga kalo anda baca ini (موقع الشيخ عبدالعزيز بن باز - شروط التوبة النصوح


Inilah dilemma Pas bro ! dia nampak salah orang lain saja, yang 'khianati' perjuangan murni Pas sejak lama dulu, bila Tok Sidang sekarang ini dok himpit dok mesra kapit Amno? Tak ada pula dia nak suruh puak tu bertaubat? Jangan dok gebang kencang lah kata sendiri baguih sangat? Pas sebelum Tok Sidang sekarang tidak pernah 'khianat' perjuangan bro ! Bila Tok Sidang sekarang menjadikan Amno sahabat dan taulan yang dulunya nak cenderung pun tak boleh? Bukan 'khianat' ke namanya tu? Awat enta tak suruh taubat nasuha? Pas laa sebenarnya 'pengkhianat' amanah orang2 Pas yang tidak mahukan Umno dari dulu kala lagi sejak Pas mula 'beranak' keluar dari perut Umno? Kah Kah Kah


Cukup laa hangpa lihat komen (anuar junior) di bawah ini bro! aku maleh nak komen banyak2..rasanya komen ini cukup baik untuk dibaca bro !

" Lompat parti dengan tubuh parti adalah berbeza. Membandingkan kes melarikan kerusi PAS di Perak dengan pemimpin Amanah (kerusi PAS?) jelas tidak tepat. 
Di Perak mereka mengisytiharkan sebagai bebas manakala pemimpin Amanah tidak mengisytiharkan begitu. Khalid Samad menang atas nama Pakatan Rakyat biarpun atas tiket PAS.
Buktikan Shah Alam boleh dimenangi oleh PAS sekiranya tanpa bernaung atas PR! PAS mesti berani berdepan dengan realiti banyak kerusi-kerusi DUN dan Parlimen PAS yang menang di kawasan-kawasan 'Mustahil Menang' adalah berfaktorkan pada kuasa mengundi untuk PR. Sekiranya telah berlaku DAP (dimana DAP pernah diberi izin untuk) menggunakan tiket PAS semasa kemelut DAP dengan ROS, apakah PAS akan juga bertindak sama meminta DAP kosongkan kerusi tersebut kerana DAP menggunakan tiket PAS? 
Hakikatnya PAS kini semakin bercelaru dalam menguruskan 'kemelut dalaman', PAS dalam dilemma! Secara terang-terang bekas ahli Jawatankuasa Pusat PAS (kini dalam Amanah) sebelum meninggalkan PAS telah mengkritik tindak-tanduk pemimpin PAS yang 'songsang' dari landasan perjuangan bersama Pakatan Rakyat. Namun mereka tidak disingkir, PAS bermain catur politik dan catur Baiah dengan mereka dengan harapan mereka meletak jawatan sebagai MP dan Adun. Malangnya percaturan PAS tersasar dan kini masih lagi terus-terusan menyerang mereka (Amanah) dengan pelbagai alasan. 
Kini PAS berdepan pula dengan Husam Adun PAS, dengan secara terbuka menghentam PAS tapi tidak ada tindakan menyingkir beliau dari PAS, kenapa? PAS dalam dilemma! Ada sebahgian pemimipin PAS yang bersungguh-sungguh mahu bersama Umno dalam BN, ada pula yang hanya 'berkawan' dengan Umno tapi tidak mahu berada dalam BN. Sementara itu ada juga kumpulan yang tidak mahu kedua-duanya sekali. 
PAS dalam dilemma! Waktu beredar menuju ke PRU 14 namun PAS masih belum membuat kata putus yang jitu, PAS dalam dilemma! Andaikata sudah ada kataputus pasti ada pihak-pihak yang tidak berpuashati, bilangan peratusan kumpulan ini bukan sedikit; ia akan menjadi 'gunting dalam lipatan' buat PAS. Inilah tanda-tanda terang PAS dalam dilemma! Jadi apakah jalan hendak menyakin ahli-ahli PAS........Amanah dijadikan mangsa...Amanah dijadikan penyebab kemelut ini. PAS dalam dilemma!" - (anuar junior)

Pas 
dan Angin Kus-Kus


Kah Kah Kah - Awat tak boleh pulak? dah mai angin senggugut ke?, atau angin kus kus? Temerloh laa kawasan paling 'best' untuk Amanah cabar bro! Hangpa Pas nak pertahan semua kerusi yang menang atawa kalah tu, no hal bro ! go ahead bro ! Tapi hangpa melalui walaauta macam nie tok sah laa dok gejut PKR atawa Pakatan Harapan. Tak ada peraturan yang boleh halang begitu? Tak matang sungguh cara pikior 'budak-budak Pas' begini? Itulah bezanya Pas sekarang bila berdepan dengan sekutu Pakatan Harapan bro ! lihat (Sinar Harian)


akhirkalam
Abe Awang Malaya17 hrs
Pakatan Harapan mesti serang dan hentam UMNO dan PAS sekaligus..... Samada suka atau tidak suka, mahu atau tak mahu, nak tak nak, kalau nak tumbangkan Barisan Nasional, tidak ada cara lain kecuali Pakatan Harapan mesti rempuh dua-dua halangan itu....... Mesti..! Tidak boleh tidak.Di sana ada UMNO.... Di depan UMNO ada PAS.... MCA dan MIC menyorok di belakang UMNO...... PH ada peluru, tapi nak tembak UMNO saja, tak nak peluru tu kena PAS.... Kalau boleh, nak cari peluru berpandu yang pandai mengelak dari PAS dan biar kena UMNO saja.... Padahal pemimpin PH tahu payah nak tembak UMNO sebab tok lebai PAS duk yoya-yoya di sekeling UMNO untuk melindungi dan mempertahankan UMNO. PH nak langgar UMNO, kalau ada PAS di depan UMNO, langgar dengan PAS-PAS sekali.... Jangan nak mengelak dari PAS, nanti kita yang terbabas..Abe Awang Malaya



 “Sesungguhnya suatu amalan tanpa keikhlasan dan tanpa mencontohi Nabi SAW adalah seperti seorang musafir yang begnya dipenuhi dengan pasir. Memberatkannya tetapi tidak bermanfaat baginya.”
Al-Imam Ibnu Al-Qayyim rahimahullah

Pengajaran 
Dari Hadis Nabawi


Hadis Nabi SAW ini jadi penguat semangat dan penerus langkah:
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu”.
— Hadis riwayat At-Tirmidhi dan Ibn Majah


Sudah resmi orang berjuang, ditentang dan dihadapkan dengan cabaran-cabaran. Ada berbentuk kata nista, ada berbentuk fitnah-tohmah. Sabarlah. Hadapilah dengan santun dan bijaksana.
Pesan Imam Hassan Al-Banna, jadilah laksana pohon, dilempar orang dengan kayu dan batu, dipulangkannya dengan buah.



Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]