Mukhriz turun, Ahmad Bashah naik - Mai Tengok apa ada?
Puas laa hati depa noo ? yang satu lagi tu ayam terlepas, tangan bau taik? Gajah sama gajak bergasak? rakyat kecik dok tak ketahuan hala, yang sampai hajat tu melirik senyum sampai ke telinga. Orang nak kata? Biaq pi kat depa nak kata apa, tak cukup 'spec' akademik ke hape ke? no hal punya bro ! janji boleh 'merasa'! Bukan senang nak kerabat sampai pucuk bro ! habis melecaq dada, melecaq paha, nasib baik tak terlepas tangan masa dok pegang 'batang kelapa' tu? Kalo tidak, tak ghort sebut kataa orang Kedah ! Kah Kah Kah
Aku bawakan kat hangpa rencah dan rempah ratus kemelut Emm Bee di Kedah hingga tersingkirnya Mukhriz Mahathir - Layan bro !
Sambil tu aku nukil sikit apa kata AAM untuk tatapan kita bersama.
Pada aku, pergolakan yang berlaku dalam kerajaan negeri Kedah antara Najib dan Mukhriz, seperti melihat Rom berperang dengan Parsi...... Mukhriz diibaratkan seperti Rom dan Najib adalah Parsi.
Pada awal-awal permulaan Islam, ketika Nabi SAW masih di Mekah belum hijrah ke Madinah, dua kuasa besar dunia yang sedang berperang ketika itu ialah Rom dan Parsi.... dua-dua bukan Islam.... orang Rom beragama Kristian manakala orang Parsi menganut agama Majusi.
Ketika itu, di kota Mekah, orang Islam lebih menyokong Rom, manakala orang Musyrikin Quraish menyokong Parsi.... Kalau Rom menang, orang Islam gembira, sebaliknya bila Parsi menang, orang musyrikin akan bersorak dan mengejek-ngejek orang Islam.
Bila Najib sebagai PM nak pecat Mukhriz sebagai MB Kedah, saya lebih menyokong Mukhriz..... Sebagai penyokong Pakatan Harapan, saya tidak nampak apa keperluan saya perlu menyokong tindakan Najib mahu memecat Mukhriz, sebaliknya yang kita harapkan ialah mahu menukarkan Najib itu sendiri.
Yang Terluka
ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dijadual mengadakan sidang media di pejabatnya pada pukul 10 pagi Rabu atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.
Beliau dipercayai akan mengumumkan peletakan jawatannya secara rasmi selepas mempertahankan jawatannnya itu sejak dua minggu lepas..@Mukhriz Adakan Sidang Media Pukul 10 Pagi)
Umum lepas jawatan
Tolong beringat sama naa !
'Aku' dah duduk luaq pagaq
Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam kenyataan medianya hari ini telah mengumumkan meletak kesemua jawatannya termasuk sebagai Menteri Besar di Wisma Darul Aman pagi tadi..@"Pucuk Kepimpinan UMNO Perlu Waspada, Saya Kini Bebas Bersuara," Mukhriz Mahathir)
sumber asal via Berita Online Terkini
Rakyat Kedah
Sukar Untuk Terima Bashah
Selepas pergolakan hampir dua minggu, Datuk Ahmad Bashah hari ini dilantik sebagai menteri besar yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Namun, bagi penganalisis politik, ia bukanlah permulaan yang baik bagi timbalan ketua badan perhubungan Umno Kedah itu.
Penganalisis politik, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata ini kerana buat seketika ini agak susah untuk rakyat di negeri itu untuk menerima beliau sebagai menteri besar yang baru..@Penganalisis: Sukar bagi rakyat Kedah terima Bashah sebagai MB ))
*********
Umno paling lemah
di bawah Najib, kata Mukhriz
Umno akan berada pada kedudukan paling lemah selagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai presiden, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata demikian dalam sidang media di Alor Setar bagi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, selepas mendapat tekanan daripada Umno negeri itu.
"Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih ada, Umno akan berada pada titik yang paling lemah ketika ini," katanya disambut tepukan daripada penyokongnya.
"Skandal demi skandal, kita tidak boleh terima semua ini. Ini sudah melampau. Ini trauma kita semua. Kita tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara," katanya.
Katanya, meskipun Umno memiliki tiga juta ahli, namun ia tidak bermakna apabila mereka tidak boleh bersuara terhadap presiden parti itu..@Umno paling lemah di bawah Najib, kata Mukhriz
"Jangan Lena" Bro !
Pesanan Sinis dari Mukhriz
Mukhriz pagi ini meninggalkan pesanan sinis untuk Bashah sebagai penggantinya: "Jangan lena masa angkat sumpah (jadi menteri besar).”
Terdapat serangan di Internet kepada kumpulan anti-Bashah sebelum ini yang cuba menggambarkan timbalan pengerusi Umno Kedah itu sebagai 'kaki tidur'.
Selepas dua minggu pergolakan, Mukhriz hari ini melepaskan jawatannya selepas dimaklumkan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau hilang keyakinan majoriti ADUN di negeri itu.
Dua puluh satu ADUN BN dan 15 ADUN pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah menyuarakan pandangan mereka kepada jemaah itu hari Isnin dan Selasa lalu.
Pelantikan Bashah sebagai menteri besar Kedah yang baru diumumkan dalam satu sidang media khas oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din pagi ini..@Mukhriz harap Bashah tak lena masa angkat sumpah
*****
Dakapan Simpati
Untuk Warga Kedah ?
Sekeping gambar yang memaparkan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang didakap ibunya Tun Dr Siti Hasmah Ali menarik simpati daripada warga maya.
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Mukhriz Mahathir FC dirakamkan di Titi Gajah, kediaman rasmi menteri besar selepas Mukhriz mengumumkan peletakan jawatannya pagi ini.
Sebahagian besar warga maya melahirkan rasa sedih dan menggesa Mukhriz kekal bersabar sambil mengingatkannya bahawa perjuangan masih belum selesai.
Kira-kira dua minggu selepas pergolakan politik di Kedah tercetus, anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu akur melepaskan jawatannya tetapi berikrar tidak akan berdiam diri..@
*****
Desas Desus
Susulan peletakan jawatan sebagai menteri besar Kedah, kini terdapat spekulasi bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga akan dipecat daripada Umno.
Meskipun perkara ini belum menjadi kenyataan - tetapi sekurang-kurangnya Mukhriz sudah mendapat simpati daripada portal Umno yang pro-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mykmu.net..@Timbul desas desus Mukhriz akan dipecat dari Umno
Bila dah jatuh
Memba sendiri tumpang sindir
no retreat no surrender !
Mukhriz Mahathir berkata usaha untuk menyingkirkannya sebagai menteri besar Kedah tidak akan mendiamkan beliau daripada mengkritik isu sumbangan RM2.6 bilion dan 1MDB.
"Tetapi sekarang saya rasa merdeka dan bebas dan tidak akan berdiam diri," katanya.
Ketika ditanya adakah beliau akan bersara daripada politik, Mukhriz berkata: "Tidak, ia darah daging saya. Jika rakyat masih mahukan saya, saya akan teruskan..@Mukhriz: Saya tidak akan berdiam diri
don't judge
a book by its cover bro?
Majoriti ADUN di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukhriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.
Bakal Menteri Besar Kedah baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebenarnya bukan hanya mempunyai Sijil Rendah Pelajaran (SRP) tetapi juga lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Lokman Noor Adam berkata, serangan jentera siber bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang menyerang taraf pendidikan Ahmad Bashah turut ‘menggelikan’ hatinya.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kluang itu berkata, jentera siber Mukhriz sepatutnya sedar bahawa tindakan itu mengaibkan ‘bos’ mereka sendiri.
“Apa tidaknya, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukhriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.
“Cuba bayangkan kalau calon yang menentang beliau mempunyai ijazah atau Phd, lagilah Mukhriz jauh ketinggalan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Lokman, fitnah jentera siber Mukhriz hanya sekadar untuk membunuh karakter Ahmad Bashah dan ia turut boleh mengundang serangan balas ke atas bekas Menter Besar itu..@(Bashah bukan hanya ada SRP tapi ada SPM – Pemimpin UMNO)
Bila pula Najib?
Tanya pengguna media sosial
Rentetan Kemelut
Akhirkalam
AMANAH: Gulingkan Mukhriz tidak demokratik
Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan tindakan Umno Kedah menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan menteri besar Kedah sebagai tidak mengikut lunas-lunas demokrasi.
Kontroversi ?
Aku bawakan kat hangpa rencah dan rempah ratus kemelut Emm Bee di Kedah hingga tersingkirnya Mukhriz Mahathir - Layan bro !
Sambil tu aku nukil sikit apa kata AAM untuk tatapan kita bersama.
Pada aku, pergolakan yang berlaku dalam kerajaan negeri Kedah antara Najib dan Mukhriz, seperti melihat Rom berperang dengan Parsi...... Mukhriz diibaratkan seperti Rom dan Najib adalah Parsi.
Pada awal-awal permulaan Islam, ketika Nabi SAW masih di Mekah belum hijrah ke Madinah, dua kuasa besar dunia yang sedang berperang ketika itu ialah Rom dan Parsi.... dua-dua bukan Islam.... orang Rom beragama Kristian manakala orang Parsi menganut agama Majusi.
Ketika itu, di kota Mekah, orang Islam lebih menyokong Rom, manakala orang Musyrikin Quraish menyokong Parsi.... Kalau Rom menang, orang Islam gembira, sebaliknya bila Parsi menang, orang musyrikin akan bersorak dan mengejek-ngejek orang Islam.
Bila Najib sebagai PM nak pecat Mukhriz sebagai MB Kedah, saya lebih menyokong Mukhriz..... Sebagai penyokong Pakatan Harapan, saya tidak nampak apa keperluan saya perlu menyokong tindakan Najib mahu memecat Mukhriz, sebaliknya yang kita harapkan ialah mahu menukarkan Najib itu sendiri.
Senyum SimpulBila Dah Timbul !
Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah dinamakan sebagai pengganti Menteri Besar Kedah yang baru, menggantikan penyandang Mukhriz Mahathir..(Ahmad Bashah Sah Bakal Menteri Besar Kedah Yang Baru) Baca juga (Siapa Ahmad Bashah?)
*****
Bergaya sakan MB baru kita nie bro?Maklumlah.....lama dah dok berangan ?Dah lama memendam rasaaa..Dah lama dok taghamm
Kah Kah Kah
ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dijadual mengadakan sidang media di pejabatnya pada pukul 10 pagi Rabu atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.
Beliau dipercayai akan mengumumkan peletakan jawatannya secara rasmi selepas mempertahankan jawatannnya itu sejak dua minggu lepas..@Mukhriz Adakan Sidang Media Pukul 10 Pagi)
*****
Luka tu memang luka laaaTapi kena cepat 'berubat' bro !Esok masih ada lagi !jangan putus asa kalo nak hidup?dan jangan hidup kalo nak putus asa?itu bukan sikap orang beriman !keyakinan kena ada bro !Hari ini kalah, boleh jadi esok kita suksess ?Kah Kah kah
Umum lepas jawatan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sidang media sebentar tadi mengumumkan meletak jawatan serta merta..@Mukhriz Umum Lepaskan Jawatan Menteri Besar Kedah Serta Merta )
Tolong beringat sama naa !
'Aku' dah duduk luaq pagaq
Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam kenyataan medianya hari ini telah mengumumkan meletak kesemua jawatannya termasuk sebagai Menteri Besar di Wisma Darul Aman pagi tadi..@"Pucuk Kepimpinan UMNO Perlu Waspada, Saya Kini Bebas Bersuara," Mukhriz Mahathir)
sumber asal via Berita Online Terkini
Rakyat Kedah
Sukar Untuk Terima Bashah
Selepas pergolakan hampir dua minggu, Datuk Ahmad Bashah hari ini dilantik sebagai menteri besar yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Namun, bagi penganalisis politik, ia bukanlah permulaan yang baik bagi timbalan ketua badan perhubungan Umno Kedah itu.
Penganalisis politik, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata ini kerana buat seketika ini agak susah untuk rakyat di negeri itu untuk menerima beliau sebagai menteri besar yang baru..@Penganalisis: Sukar bagi rakyat Kedah terima Bashah sebagai MB ))
Mola2 tu memang la depa rakyat nie rasa berbagai, sukar terima laa, itu laa, ini laa. Lepas tu hangpa tengok laa..Umno nie, sapa dok atas, macam enjit2 semut jer..rasa sakit punya jam? depa pakat pulun dok atas punya?
Terima tak terima ? MB baru tetap akan jalankan tugas dia! Biaq laa ke dia buat kerja, orang Umno orang Pas boleh sokong apa> apa yang dok loghatnya? Kah kah Kah
Umno paling lemah
di bawah Najib, kata Mukhriz
Umno akan berada pada kedudukan paling lemah selagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai presiden, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata demikian dalam sidang media di Alor Setar bagi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, selepas mendapat tekanan daripada Umno negeri itu.
"Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih ada, Umno akan berada pada titik yang paling lemah ketika ini," katanya disambut tepukan daripada penyokongnya.
"Skandal demi skandal, kita tidak boleh terima semua ini. Ini sudah melampau. Ini trauma kita semua. Kita tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara," katanya.
Katanya, meskipun Umno memiliki tiga juta ahli, namun ia tidak bermakna apabila mereka tidak boleh bersuara terhadap presiden parti itu..@Umno paling lemah di bawah Najib, kata Mukhriz
"Jangan Lena" Bro !
Pesanan Sinis dari Mukhriz
Mukhriz pagi ini meninggalkan pesanan sinis untuk Bashah sebagai penggantinya: "Jangan lena masa angkat sumpah (jadi menteri besar).”
Terdapat serangan di Internet kepada kumpulan anti-Bashah sebelum ini yang cuba menggambarkan timbalan pengerusi Umno Kedah itu sebagai 'kaki tidur'.
Selepas dua minggu pergolakan, Mukhriz hari ini melepaskan jawatannya selepas dimaklumkan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau hilang keyakinan majoriti ADUN di negeri itu.
Dua puluh satu ADUN BN dan 15 ADUN pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah menyuarakan pandangan mereka kepada jemaah itu hari Isnin dan Selasa lalu.
Pelantikan Bashah sebagai menteri besar Kedah yang baru diumumkan dalam satu sidang media khas oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din pagi ini..@Mukhriz harap Bashah tak lena masa angkat sumpah
*****
Ingat Pak Lah jer dulunya asyik lena? ropanya ramai dalam Umno macam tu bro?Kalo tidak apasal Mukhriz nak bagi pesan cam tu?Kah Kah Kah
Dakapan Simpati
Untuk Warga Kedah ?
Sekeping gambar yang memaparkan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang didakap ibunya Tun Dr Siti Hasmah Ali menarik simpati daripada warga maya.
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Mukhriz Mahathir FC dirakamkan di Titi Gajah, kediaman rasmi menteri besar selepas Mukhriz mengumumkan peletakan jawatannya pagi ini.
Kira-kira dua minggu selepas pergolakan politik di Kedah tercetus, anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu akur melepaskan jawatannya tetapi berikrar tidak akan berdiam diri..@
Dakapan Siti Hasmah tarik simpati warga maya
*****
Bila tengok gambor nie, aku ingat sesuatu bro !Lagu nie laa dulu bila DSAI disingkirkan dari Umno masa era Mahathir dulu, juga pasai dok beghebut 'sesuatu' ? DS Wan Azizah pergi terpa jumpa Siti Hasmah. pergi dakap beliau juga lebih kurang macam nie la bro ! mengadu hal? tapi hukum kebenaran tetap berjalan? yang atas nie, sikit pun aku tak dak rasa sedih apa-apa...Kah Kah Kah
Desas Desus
Susulan peletakan jawatan sebagai menteri besar Kedah, kini terdapat spekulasi bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga akan dipecat daripada Umno.
Meskipun perkara ini belum menjadi kenyataan - tetapi sekurang-kurangnya Mukhriz sudah mendapat simpati daripada portal Umno yang pro-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mykmu.net..@Timbul desas desus Mukhriz akan dipecat dari Umno
*****
Aku rasa dak kot? depa Umno pun macam PAS juga? Bukan sampai nak pecat pulak? Cer tengok bro Husam (PAS mungkin ambil tindakan terhadap Husam berhubung kritikan terbuka) cuma nak ambil tindakan jer? Dulu pun nak ambil tindakan juga? tapi tidak pun bro? pasai yang cakap nie, hanya Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah..Kah Kah Kah
Bila dah jatuh
Memba sendiri tumpang sindir
Mukhriz jangan perasan sangat, sindir Nazri AzizPenyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar tidak akan menjejaskan UMNO Kedah malah tiada siapa akan peduli kata-kata anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Datuk Seri Nazri Aziz menempelak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa beliau mendapat mandat dan sokongan rakyat terbanyak..
“Janganlah perasan sangat,” kata Nazri kepada Mukhriz.Mukhriz pagi tadi meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas tidak mendapat sokongan majoriti dalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.Nazri, yang juga Menteri Pelancongan turut mengutuk sindiran sinis Mukhriz kepada penggantinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah agar “tidak tidur semasa upacara angkat sumpah MB” esok.“Saya fikir ia berniat jahat, peribadi, kelas rendah dan kebudak-budakan.“Dia (Mukhriz) memang patut kena buang, tak mencapai tahap yang dikehendaki,” katanya..F M T
*****
Lagu tu laa budaya dalam Umno bro, kalo dah jatuh? tak dak sapa nak pi tatang nak pi timang lagi..yang mengampu, membodek dan menjilat akan terus beramal dengan ampu sana wa ampu sini, bodekism dan jilatism dalam Umno akan terus kekal selagi mana mereka mampu untuk terus bertahan 'de status quo' yang sedia ada. Siapa juga dalam Umno yang tidak berapa 'cerdik'? akan berperanan beginilah sepanjang diperlukan ! Dan siapa juga yang pegang 'teraju' ? maka dialah yang diutamakan walau bagaimana pun dia tu? Kah Kah Kah
no retreat no surrender !
Mukhriz Mahathir berkata usaha untuk menyingkirkannya sebagai menteri besar Kedah tidak akan mendiamkan beliau daripada mengkritik isu sumbangan RM2.6 bilion dan 1MDB.
"Tetapi sekarang saya rasa merdeka dan bebas dan tidak akan berdiam diri," katanya.
Ketika ditanya adakah beliau akan bersara daripada politik, Mukhriz berkata: "Tidak, ia darah daging saya. Jika rakyat masih mahukan saya, saya akan teruskan..@Mukhriz: Saya tidak akan berdiam diri
*****
Ikut kaedah 'ilmu', diam itu tanda redhoo bro?Macam anak dara nak disunting jejaka laa..Bila mak pak dia tanya, suka ke dengan mamat nie?Kalo dia diam? tu tanda suka, tanda mau laa bro !Jadi, yang nie pun sama laa..kalo Mukhriz diam?apa tandanya bro? Bila dah merdeka, dah bebas? baru tak boleh diam? Begitu?Dulunya awat? Kasian kat orang2 Umno? masa ada 'kuasa' sikit2 pun dok rasa tak merdeka tak bebas? Kah kah kah
don't judge
a book by its cover bro?
Majoriti ADUN di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukhriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.
Bakal Menteri Besar Kedah baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebenarnya bukan hanya mempunyai Sijil Rendah Pelajaran (SRP) tetapi juga lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Lokman Noor Adam berkata, serangan jentera siber bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang menyerang taraf pendidikan Ahmad Bashah turut ‘menggelikan’ hatinya.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kluang itu berkata, jentera siber Mukhriz sepatutnya sedar bahawa tindakan itu mengaibkan ‘bos’ mereka sendiri.
“Apa tidaknya, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukhriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.
“Cuba bayangkan kalau calon yang menentang beliau mempunyai ijazah atau Phd, lagilah Mukhriz jauh ketinggalan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Lokman, fitnah jentera siber Mukhriz hanya sekadar untuk membunuh karakter Ahmad Bashah dan ia turut boleh mengundang serangan balas ke atas bekas Menter Besar itu..@(Bashah bukan hanya ada SRP tapi ada SPM – Pemimpin UMNO)
******
Kah Kah Kah - Masing2 dok kata hang aku dahh !Jangan cemuh Mat Bashah, pasai dia ada takat SPM saja! Mukhriz pula depa kata SPM pangkat 2 saja walau pun masuk MRSM.Londeh bro londeh, biaq jadi ? Kah Kah Kah
Aku teringat masa Malaya baru merdeka, Umno didominasi oleh ramai geng cikgu saja bro ! Khir Johari cikgu, Senu A.Rahman cikgu, Rahman Talib cikgu - semua tu jadi menteri belaka bro !kadang tu guru-guru melayu nie lulus TUOS saja (Teacher's Under Other Schemes) ..masa aku sekolah atap dulu, Inilah de so called 'ijazah' tertinggi dan tersohor para guru-guru melayu bro ! Depa nanti gantung dalam 'frame' dan gantung kat depan sebelah papan hitam bro !
Ramai guru Melayu tentu masih ingat tentang kumpulan lulusan Darjah VII Sekolah Melayu yang telah rnendapat peluang latihan perguruan di Maktab tempatan di bawah Schema khas iaitu Scheme 'TUOS' (Teacher's Under Other Schemes). Dalam latihan selama 3 tahun itu tumpuan kurikulum lebih berat kepada mata pelajaran peringkat Sekolah Menengah tetapi terdapat juga pelajaran bahasa teori dan asas perkaedahan dalam pengajaran.
So n so bro, Jangan tengok kulit buku saja, mau tengok isi sama? Tapi aku seniri, kalo kulit buku tu tak berapa menarik? Maaf cakap laa, payah sikit aku nak beli nak baca buku tu? Kah Kah Kah
Bila pula Najib?
Tanya pengguna media sosial
Rata-rata pengguna media sosial terutama juga rakyat Malaysia terkilan dengan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah susulan kemelut politik Kedah dan mempersoalkan bilakah nasib yang sama bakal menimpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2016.
Peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah hari ini mendorong pengguna media sosial bertanya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula akan meletak jawatan.Baca lanjut di sini bro..Selepas Mukhriz undur pengguna media sosial persoal bila giliran Najib
Rentetan Kemelut
Krisis politik di Kedah bermula sejak tahun lepas apabila kedengaran suara-suara dalam kepemimpinan Umno negeri mendesak Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Pada mulanya ia berkisar kepada kegagalan Mukhriz menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan serangan berterusan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga bapa Mukhriz, terhadap Najib.
Pada 12 April tahun lepas, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin secara terbuka mendesak Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar kerana gagal menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Najib sebagai Perdana Menteri, terutama berhubung isu 1MDB..@Kronologi krisis politik di Kedah )
Akhirkalam
AMANAH: Gulingkan Mukhriz tidak demokratik
Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan tindakan Umno Kedah menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan menteri besar Kedah sebagai tidak mengikut lunas-lunas demokrasi.
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata, tindakan tersebut kini dilihat sudah menjadi amalan apabila ia pernah berlaku di negeri Terengganu, Kedah dan Perak.
Tambahnya, tindakan untuk menyingkirkan seseorang menteri besar seharusnya dibuat mengikut cara demokrasi melalui undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).“Saya rasa itu satu proses yang tidak demokratik, yang kita rasakan. Maknanya mereka telah buat di Terengganu, Kedah dan Perak.“Dah banyak kali dibuat (gulingkan sampai) jadi amalan dibuat di luar DUN, ini tidak demokrasi,” katanya di luar Bangunan Tabung Haji hari ini.
Pintu perbincangan terbuka
Mengulas lanjut Salahuddin berkata, pihaknya sedia membuka pintu perbincangan dengan Mukhriz sekiranya ingin menyertai AMANAH.
“Kita akan lihat perkembangan dulu. Dia pun ada maruah. Lagi pun pintu perbincangan kita boleh buka kalau dia nak berjumpa,” katanya.. Malaysiakini
*****
Nak cakap pasai demokratik? Dalam Umno mana ada lagi demokratik bro? Cer hangpa tunjuk mai sat? Cer tengok di Perak dulu?Cer tengok kes Muhyiddin Yasin umpamanya? Cer tengok apa dia kata (says Muhyiddin ...)
PAS pun bila berkawan dengan Umno? Dia pun terikut sama bro ! Habis setandan dia buang ! Cuba tengok yang nie (PAS mungkin ambil tindakan terhadap Husam berhubung kritikan terbuka) Kan sama tu? Kah Kah KahJadi bagi aku, bekas2 Umno totok macam 'mat kerih' nie, tak payah laa dok ulur tepak sireh ! Kalo depa mau, tak payah dok laung dari jauh, kalo depa berhajat, tunggu depa seniri mai semawa diri, puak nie bukan boleh dok layan sangat bro ! Kah Kah Kah
Aku suka apa yang AAM kata di bawah nie bro
Din Ayub jangan buat pasal..... Secara peribadi,aku pun setuju Din Ayub nak ajak Mukhriz masuk Amanah, tapi...... Pergi lah jumpa dia dan bincang depan-depan......Janganlah melaung dari jauh melalui media begitu..... Dulu masa Anwar kena pecat, Fadzil Noor datang ke rumah Anwar, untuk berziarah dan bertemu mata.... Ustaz Fadzil tak main sound dari jauh macam tu..Din Ayub kena faham, bukan semua orang Amanah berpendirian sama macam kita, mengenai Mukhriz Mahathir..Abe Awang MalayaPikior Sikit
Kontroversi ?
Empat dari 10 MB yang berhenti secara kontroversi?Yang EMPAT tu mai dari Kedah bro !- Syed Nahar- Othman Arop- Sanusi Junid-Mukhriz Mahathir
Kah Kah Kah
Comments
Post a Comment