PKR, PAS Dah Bawa Haluan Masing2 Ke?

Antara PAS, PKR dan DAP sudah nampak perpecahan yang membara bro ! cuma PAS masih lagi kekal dalam Pakatan. Kekalnya Pas dlm Pakatan belum tentu boleh 'menyelamatkan' kerusi Ptg Pauh yang bakal diadakan PRKnya nanti. Ini kerana Umno tidak tinggal diam dan mereka cukup ghairah dan terliur sangat untuk merampas semula kerusi ini sejak dominasi PKR sekian lama dari tahun 1999 dahulu lagi..sudah 16 tahun bro ! 

Walau apa pun, Pas diharap tidak jadi 'biang keladi' dalam 'percaturan' PRK kali ini kiranya ia diadakan nanti. Mat Sabu boleh memainkan peranan besar bagi mengembalikan kekeruhan yang masih di kuala bro ! belum lagi keruh di hulu? Moga PRK kali ini tidak membuka ruang kpd Umno menangguk di air keruh, sekalipun rakyat terbeban sakan dengan GST ? Janganlah bawa haluan masing2..kita juga yang pasrah nanti..Kah Kah Kah




PRK Permatang Pauh dianggap ‘pilihan raya kecil terpenting’ oleh pihak media, kerana berpotensi memberi implikasi besar ke atas pilihan raya itu sendiri dan juga bekas penyandangnya, Anwar yang berprofil tinggi. - Foto TRP/Zalinah Noordin



PKR mungkin sukar 
menang besar di Permatang Pauh


BUKIT MERTAJAM, 1 April:
Pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan di Permatang Pauh, selepas permohonan petisyen pengampunan diraja ahli Parlimenya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak Lembaga Pengampunan, mungkin menyaksikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengekalkan kerusi Parlimen itu, namun akan berlaku sedikit perubahan.

Kajian di tiga kawasan Permatang Pauh; Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir mendapati, penduduk tempatan percaya, PAS mungkin boleh mendominasi undi, terutama di Permatang Pasir.


Mereka kini melihat PKR hanya parti di bawah telunjuk DAP dan tunduk dengan sentimen anti hududnya.


Menurut Yuha, tidak memeranjatkan, jika pengundi Melayu menyokong PAS dalam PRK kali ini.- Foto TRP/Zalinah Noordin

“Apa yang boleh saya katakan adalah penduduk tempatan kini dapat melihat dengan jelas, PKR hanyalah boneka DAP untuk tunduk dengan sentimen antihudud.

“Sebelum ini, kami memang memandang tinggi PKR, tetapi keadaan itu sudah berubah,” kata Yuha Ruzi, 26, penjual kuih dari Kampung Pelet.
Beliau juga tidak terperanjat, jika pengundi Melayu menyokong PAS.

“Saya turut berharap Permatang Pauh tidak akan menjadi medan perang politik ketika pilihan raya kecil nanti.

“Setiap kali pilihan raya diadakan, terlalu banyak permainan politik berlaku. Kami tidak mahukan itu semua, tetapi apa yang kami mahukan adalah Permatang Pauh menjadi lebih baik dan maju.

“Ahli politik yang datang ke sini sepatutnya memberitahu kami, apa yang mereka boleh lakukan kepada kami, penduduk Permatang Pauh dan mengotakan janji-janji mereka, bukan muncul ketika tempoh berkempen, kemudian hilang,” tambahnya.

Beliau menjangkakan PRK Parlimen Permatang Pauh kali ini akan menyaksikan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimainkan.
Seorang lagi penjual kuih, Shahidan Rahman, 40, berkata dia dapat melihat pengundi memberi tumpuan kepada PAS, bukannya PKR dalam PRK kali ini.


“Saya dapat melihat banyak drama dimainkan kali ini dan ia bukan seperti mana-mana pilihan raya, terutama sentimen terbaru mengenai hudud dan juga beberapa isu lain membabitkan parti-parti politik,” katannya.



Shahidan berkata, kalau tahun-tahun sebelum ini, PKR mungkin berjaya mendapat majoriti besar, namun dalam keadaan sekarang, ia mungkin dibahagi antara PKR dan PAS.- Foto TRP/Zalinah Noordin


Shahidan berkata, kalau tahun-tahun sebelum ini, PKR mungkin berjaya meraih majoriti besar, namun dalam keadaan sekarang, ia mungkin dibahagi antara PKR dan PAS.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said ketika dihubungi yakin, parti itu dapat mencuri kerusi yang disandang PKR sejak 1999.

“Kami sudah lama bersedia dan telah menggerakkan jentera pilihan raya, sebelum penahanan Anwar.
“Penduduk tempatan tahu sumbangan UMNO dan paling penting untuk mereka tahu dan rapat dengan kami, melalui pelbagai program yang dianjurkan,” katanya.

Tambahnya, UMNO Bahagian Permatang Pauh sentiasa memantau kes Anwar dan akan melaksanakan strategi untuk merapatkan parti dengan penduduk kampung melalui pelbagai program.

Katanya lagi, PKR mungkin tidak dapat mempertahankan kerusi parlimen itu, memandangkan banyak konflik yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, terutama persepsi orang awam mengenai pendirian PKR tentang hudud.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Muhammad Salleh Man berkata, buat masa ini PAS memutuskan akan terus bekerjasama dengan PKR dalam PRK ini, kerana mereka masih berada dalam Pakatan Rakyat.

Pada Ogos 2008, PRK diadakan di Permatang Pauh.
Kerusi Parlimen itu kosong, selepas penyandangnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan pada 31 Julai 2008.

PRK ini dianggap ‘pilihan raya kecil terpenting’ oleh pihak media, kerana berpotensi memberi implikasi besar ke atas pilihan raya itu sendiri dan juga bekas penyandangnya, Anwar yang berprofil tinggi.

Anwar memenangi PRK itu dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada 28 Ogos 2008...therakyatpost


Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$