Dongeng GST menurut sang penglipurlara; Ahmad Maslan - [VIDEO]



 oleh Maclean Patrick

PANTAUAN GST: Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan buat hal lagi. Kali ini menuduh peniaga-peniaga yang menaikkan harga sebagai pro-pembangkang, dan mahu memburukkan Barisan Nasional.

"Peniaga yg sokong pembangkang tidak akan turunkan harga barang & tanpa etika mereka naikkan kemarahan rakyat sbb GST adalah dasar Kjaan BN." coretnya dalam Twitter.

Wujudkah mana-mana kajian empirikal untuk menyokong tanggapan bahawa peniaga-peniaga pro-pembangkang yang menyebabkan kenaikan harga? Atau adakah peniaga-peniaga ini hanya wujud dalam fantasi ‘mamai’ seorang pelawak istana yang cuba menyelamatkan sebuah kapal yang sedang karam.


biaqpila.blogspot.com

Tanggapan mudah bahawa GST adalah lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), semuanya kerana kadar cukai yang lebih rendah adalah salah. Pada kadar 6%, GST mungkin kelihatan lebih rendah daripada SST 10%, tetapi GST adalah cukai pelbagai peringkat, yang mengenakan cukai terhadap keseluruhan rantaian bekalan sedangkan SST hanya mengenakan cukai kepada pengguna akhir.

Dengan GST, semua produk dikenakan cukai kecuali dinyatakan secara khusus, manakala SST hanya membenarkan barang-barang tertentu dicukai. Nampak perbezaannya?


www.detikdaily.net

GST mempunyai jangkauan yang lebih luas, yang membolehkan kerajaan untuk memperolehi lebih banyak pendapatan di semua peringkat masyarakat.

Tanggapan bahawa semua produk akan menjadi lebih murah sebanyak 4% adalah palsu, kerana ia tidak mengambil kira sifat pelbagai peringkat GST.

Import dari luar negara adalah bebas GST, tetapi apabila ianya dibawa masuk ke Malaysia dan diangkut menyeberangi sempadan kita, ia dikenakan GST. Dan apabila barang-barang ini bertukar tangan, GST dikenakan pada setiap pertukaran. Dan akhirnya pengguna perlu membayar 6% akhir yang dikira selepas mengambil kira semua kos overhed.

Bolehkah Ahmad Maslan meyakinkan kita bahawa ada pengurangan kos secara sengaja di seluruh rantaian bekalan, supaya harga akhir produk dikurangkan sebanyak 4% apabila ia tiba di tangan pengguna?



Adakah peniaga-peniaga, secara beretika, membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan dengan kerugian dengan cara tidak mengambil keuntungan, apabila produk bertukar tangan sepanjang rantaian bekalan?

Ahmad Maslan sedang cuba menjelaskan sistem cukai tanpa mengambil kira sebab mudah orang ramai berniaga – untuk membuat keuntungan. Di setiap peringkat rantaian bekalan, keuntungan perlu dibuat. Jika tidak, ramai orang akan bungkus. 

Rantaian bekalan yang kompleks sememangnya akan mendorong harga yang lebih tinggi, contohnya industri pembinaan. Rantaian bekalan yang datang bersama-sama untuk membina sebuah rumah akan dikenakan cukai GST di setiap peringkat. Dan walaupun rumah itu sendiri mungkin tidak akan dikenakan cukai, kenaikan kos pembuatan akan menyebabkan harga jualan akhir rumah itu melambung tinggi.

Kredit Fb - Rafizi Ramli

Sifat berulang GST itu sendiri akan menidakkan ‘dongeng’ diskaun 4%, yang telah Ahmad Maslan isytiharkan dengan bangganya.

Jadi adakah betul bahawa peniaga-peniaga pro-pembangkang yang menyebabkan harga kekal tinggi?

Sifat sistem GST itu sendiri menaikkan harga. Dan peniaga-peniaga yang membekalkan pengguna akhir berada di penghujung sebuah rantaian bekalan yang terpaksa membayar cukai 6% dan masih harus membuat keuntungan. Akhirnya kos menjalankan perniagaan – overhed dan cukai – dialihkan kepada pengguna.


Di penghujungnya, bolehkah sesiapa yang waras menyatakan bahawa GST itu baik untuk negara? Sebuah negara yang mempunyai pelbagai masalah dengan ekonomi yang merudum, upah yang rendah dan menteri-menteri yang keliru terus menghina kepintaran rakyat yang menderita di bawah cukai itu.

Sumber bm.theantdaily.com



Tonton Video ini bro

Published on Apr 27, 2015YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan, Naib Presiden dan Setiausaha Agung KEADILAN memberi penerangan mengenai isu GST dan bagaimana rakyat terkesan akibat dasar zalim UMNO-BN ini.





Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO