Makanan dalam tin bukan lagi pilihan golongan miskin

Dulu-dulu maggi sekupang saja sebungkus bro ! kami belajar dulu..maggi nie laa buat sendai perut tengah2 malam masa dok 'study' ngan kawan2..kalau masak nasi ! sardin ikan cap ayam dan lain, kami tak lepas bro, maklumlah..geng jantan macam kami mana rajin sangat nak buat gulai ikan? sardin tu laa satu2nya jalan pintas untuk makanan berkuah..tu pun tambah air bagi banyak kuah sikit bro ! kalau tak habis ? masih boleh cicah roti bro..tapi jarang tak habis. 

Dengar citer, sardin pun naik mencanak ! sekali ganda naik dari sekarang seperti yg disuarakan oleh 'Edgar Ong' dalam tulisannya di bawah..nampaknya sardin dah jadi makanan eksklusif bro ! Dah tak der apa dah yg murah laa nie sejak gst melanda negara ! manakala di setengah tempat masih ada lagi si miskin yang hanya mampu makan nasi dengan kicap bro ! Sentiasalah bersyukur !






Oleh Edgar Ong


FOKUS: 
Pada suatu ketika dahulu, namun tidaklah terlalu lama - malah barangkali masih segar dalam ingatan golongan berusia 40-an, makanan bertin secara umumnya dianggap sebagai makanan ruji bagi golongan yang “kurang berada” – terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah, atau tinggal di pedalaman dan pesisir pantai – yang tidak memiliki peti sejuk (kerana tiada bekalan elektrik). Mereka bergantung kepada makanan bertin apabila tiada apa yang dapat dituai di kebun atau hutan; atau apabila nelayan tidak mendapat hasil tangkapan.

Zaman itu nampaknya sudah berlalu.


Gambar Hiasan

Hari ini, anda pasti terkejut apabila melihat harga makanan bertin di pasar raya atau kedai di kampung, pekan atau bandar sudah melonjak naik.

Kita ditimpa bencana berganda – pertama, nilai ringgit yang melemah berbanding kebanyakan mata wang lain, dan sejak kedua, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan sejak 1 April lalu – yang meliputi 75 peratus produk berpakej dan makanan bertin sama ada keluaran tempatan atau import.

Memburukkan lagi keadaan, kita berhadapan ramai pemilik restoran dan peniaga yang tamak dan terlalu mengutamakan keuntungan, yang telah mengambil kesempatan atas pelaksaaan sistem itu dengan menaikkan harga lebih daripada yang dibenarkan undang-undang.

Saya masih ingat ketika harga setin sardin hanyalah RM0.80 (kecil) dan RM3.80 (besar); namun kini berharga RM1.80 (kecil) dan RM5.80 (besar). Begitu juga dengan harga setin ayam kari Yeo’s yang dahulunya berharga EM2.80, namun kini hampir mencecah RM6.

Dulu, kebanyakan keluarga sering menjadikan sardin dan seumpamanya sebagai makanan untuk kucing dan anjing mereka, namun tidak lagi – ia sudah jadi makanan golongan berpendapatan pertengahan dan ke atas.


Sardin macam ni
memang mahal sikit bro

Seorang warga prihatin, Mary Goh menulis di Facebook, “Mereka di kementerian berkata banyak negara laksanakan GST – namun gaji penduduk di negara-negara itu cukup untuk menampung kehidupan mereka. Kasihan kepada orang miskin terutama di Sarawak – di mana orang miskin benar-benar miskin – kebanyakan anak mereka akan mengalami malnutrisi. (Kebanyakannya hanya makan) nasi dengan kicap. Saya merasa sungguh sedih apabila melihat mereka yang berpendapatan rendah hanya mampu melihat harga barangan di kedai, sebelum berlalu pergi. Saya kasihan kepada keluarga yang hanya mampu menyediakan masakan asas namun tidak mampu membeli setin sardin.”

Seorang warga emas Roger Tay berkata, “Golongan berpendapatan rendah paling teruk terjejas. Malaysia sepatutnya menyelesaikan isu-isu penting dahulu sebelum mengenakan GST. Gaji minimum masih belum dilaksanakan sepenuhnya, dan kini beban jatuh ke bahu rakyat dan mereka di kawasan pedalaman. Mereka menderita dalam diam, menyedihkan.”

Secara umumnya, makanan bertin sentiasa menjadi sandaran, disimpan untuk digunakan ketika hari hujan, atau ketika mereka rasa tidak mahu memasak.

Sekali lagi, zaman itu sudah tiada lagi. Bolehkah keluarga pada hari ini menyimpan sejumlah sardin, tuna, atau ayam dan daging kari bertin, apabila harga purata bagi makanan bertin keluaran tempatan pun mencecah RM6 atau lebih?


Cepat dimasak, Sedap dimakan

Mujurlah harga sayuran, makanan laut, daging (seperti lembu dan ayam) masih lagi pada harga yang munasabah, walaupun tetap mengalami kenaikan.

Sekilogram ikan, ayam atau daging masih boleh mengisi perut empat sekeluarga sekurang-kurangnya untuk dua atau tiga kali makan, jika digunakan dengan bijak.

Dari sisi lain pula, ia semacam satu kemenangan bagi mereka yang sentiasa mempromosikan makanan, buah-buahan dan daging tempatan yang sihat.

Pasti ada di kalangan rakyat Malaysia yang akan mengatakan tidak pernah memakan makanan dan buahan dalam tin, melainkan sudah tidak ada apa lagi untuk dimakan, atau ketika mereka berada di dalam hutan dan tidak dapat memakan hasil hutan dan ikan sungai. Namun mereka ini hanyalah sebilangan kecil.

Kenaikan harga tidak semena-mena dan dramatik bagi makanan bertin, terutama keluaran tempatan, juga mempunyai kesan yang agak menarik. Untuk kali pertama, perbezaan harga antara keluaran tempatan dan makanan bertin yang diimport (daripada United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand) tidak terlalu besar.

Sebagai pengguna yang bijak, tidakkah anda akan menimbang untuk membeli makan bertin yang diimport, daging daripada Australia dan Brazil misalnya, berbanding keluaran tempatan atau daripada China, jika perbezaan harganya hanyalah dua atau tiga ringgit? Dahulu, perbezaannya hampir mencecah sekali ganda.

Seperti dalam banyak keadaan – baik atau buruk, pasti ada pihak yang akan rugi, dan juga pihak yang mendapat manfaat. Namun dalam kes ini, malangnya pengguna yang kurang berada – anda dan juga saya – yang terpaksa menanggung akibatnya!.. Theantdaily



www.sunnti.com

وأمـا بنعمــة ربـك فحــدّث

قال تعالى: {وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ} سورة الضحى(11)
معنى الآية: إن الله أمر النبي صلى الله عليه وسلم أن يتحدث بنعم الله 
فيشكر الله قولا كما يشكره عملا، 
فالتحدث بالنعم كأن يقول المسلم : إننا بخير والحمد لله ،
وعندنا خير كثير ، وعندنا نعم كثيرة ، نشكر الله على ذلك .
وأمـا بنعمــة ربـك فحــدّث
لا يقول نحن ضعفاء، وليس عندنا شيء . . لا . 
بل يشكر الله ويتحدث بنعمه، ويقر بالخير الذي أعطاه الله،
لا يتحدث بالتقتير كأن يقول: ليس عندنا مال ولا لباس . . 
ولا كذا ولا كذا لكن يتحدث بنعم الله، ويشكر ربه عز وجل. 
والله سبحانه إذا أنعم على عبده نعمة يحب أن يرى أثرها عليه في ملابسه وفي أكله وفي شربه،
فلا يكون في مظهر الفقراء، والله قد أعطاه المال ووسع عليه، لا تكون ملابسه ولا مآكله كالفقراء،
بل يظهر نعم الله في مأكله ومشربه وملبسه. 
ولكن لا يفهم من هذا الزيادة التي فيها الغلو، وفيها الإسراف والتبذير.

الشيخ عبدالعزيز بن باز

Huraian ringkas dan mafhum ayat sebelas dari Surah Ad-Dhuha..seperti dijelaskan oleh As-Shiekh Abd Aziz Bin Baz (Bekas Mufti Saudi) yg masyhur.

Mafhum ayat 11 Surah Ad-Dhuha..
(Adapun nikmat Tuhanmu hendaklah engkau zahirkan (jangan disembunyikan) - mafhum ayat 11 Ad-Dhuha

Sesungguh Allah menyuruh Nabi s.a.w, hendaklah zahirkan (jangan disembunyikan) dgn nikmat Allah yang (dilimpahkan).. hendaklah mereka bersyukur dalam ucapan sepertimana mereka bersyukur dalam amalan..

Menzahirkan dgn ucapan adalah seperti yg disebut olehAlMuslim: Aku dlm keadaan baik, Alhamdulillah. dan kami diberi kebaikan dan ni'mat yg banyak dan kami bersyukur kpd Allah atas yg demikian itu..وأمـا بنعمــة ربـك فحــدّث

Janganlah merungut, "kami ini orang2 lemah dan kami tiada miliki sesuatu apa pun..JANGAN !
Tetapi hendaklah bersyukur kepada Allah dgn segala ni'mat yg dilimpahkan, dan senantiasalah melakarkan dengan kebaikan apa yang Allah telah berikan (nikmat hidup,nikmat iman dan Islam -mt)...
dan jangan bercakap (menzahirkan) sifat kedekut atau bakhil seperti berkata, "kami tak ada harta, tak ada pakaian" Jangan berkata seumpama begitu juga begini..tetapi zahirkan nikmat Allah itu, bersyukurlah kepada Rabb (Tuhan) Azzawajalla.

Dan Allah SWT bila memberikan nikmat atas hambaNya..Allah amat suka untuk melihat kesan (dari nikmat) itu dalam masa kita berpakaian dan makan minum..(kesan dalam pengurusan harta tadi, seperti bersedekah, dan menginfaqkan ke jalan Allah - mt) [Inilah teras Hablu Minallah dan Hablu Minan nas -teras hubungan kita dengan Allah dan manusia]

Orang yang diberikan nikmat yang banyak..jangan pula dia berlagak macam orang susah (faqir) dalam berpakaian dan makan minumnya. (ertinya zahirkanlah untuk kepentingan Islam dan umatnya..mt)

Tetapi tunjukanlah (zahirkan) nikmat yang Allah kurniakan itu dalam makan minum dan berpakaian (mengikut apa yang digariskan Islam..dan bukan atas sifat kesombongan, membazir dan menunjuk2-mt)
Tetapi ramai tidak memahami ini sebagai suatu penonjolan Islam itu sendiri kerana dalam menguruskan nikmat tersebut terdapat ramai yang bersikap melampau (berlebi2han) dan banyak melakukan pembaziran dan pemborosan.

As-Sheikh Abd. Aziz B in Baz.

Wallahu'alam

Sumber : www.sunnti.com



Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO